Monday 29 August 2011

> 6 Blog Yang..

HOlla Peeps,

Seperti yang dijanjikan, 6 blog baru pilihan aku untuk nuffnang blog day 2011 (Rujuk entry semalam : Nuffnang dan Blog Day 2011) sedikit briefing mengenai BlogDay ni:

Blog Day was created with the belief that bloggers should have one day dedicated to getting to know other bloggers from other countries and areas of interest, and Nuffnang is proud to be celebrating the 6th Blog Day on 31st August 2011! 
On Blog Day, bloggers will post a recommendation of 6 new blogs, and this way, everyone will find themselves discovering new, previously unknown blogs thanks to the viral effect of social media. Sounds great, doesn’t it?

Here’s how you can be a part of Blog Day 2011: 
1. Spot 6 new blogs that interest you the most, preferably blogs which are different from your own culture, point of view and attitude. 
2. Share with us why you have recommended those 6 blogs – are they funny? Do they tell unusual stories? Maybe the photos are out of this world? 
3. Publish your blog post about your 6 recommendations by 11.59 pm, 31 August 2011. 
4. Fill in your details in the form below to submit your entry.


ready?





Mempunyai personaliti menarik, masih muda tapi berfikiran matang dan mampu menulis entry yang sangat menarik pembaca untuk membacanya, 1st time aku baca blog ni apa yang bermain di fikiran aku adalah "how old is she?". Seorang pelajar sekolah yang tinggal bersama keluarga di Indonesia, tapi asalnya dari Malaysia. She got a sister who also blog and have a good one, Fifiey Lychee Maration. Plus, dia ni sangat ramah, tringin nak jumpa dia secara personal.. 



Blogger yang membuatkan aku pening kepala dan tak kering gusi dengan celoteh dia.. Bukan sekadar blog personal yang menceritakan mengenai hidupnya, ia adalah blog yang berinformasi dan mempunyai banyak tips untuk dipelajari. Banyak juga aku dapat dari blog ni, dan banyak juga aku gelak bila aku baca blog ni. Jangan tertipu dengan header dia, kerana dia jauh lebih comel dari itu.. Jika anda inginkan humor + informasi, she got the package..




1st time kita masuk sesuatu blog, benda yang pertama kita nampak adalah header, dan bila aku tengok header blog ni, "This blog should be an interesting one!" and yes it is!!! Penulisan entry yang bersahaja dan spontan, selalu membincangkan topik menarik pembaca. Aku agak terkejut yang dia masih baru dalam blogging kerana gaya penulisan dia sangat bagus sampai aku sendiri tak terkomen apa yang dia tulis.. A blogger who can rise up to the top!



TLC Promise Me :
For the Children of Rumah Aman..




Blogger yang bagus dalam setiap hujah dia mengenai setiap isu, dan mostly current issues menjadi topik perbincangan dia.. Aku suka style interface blog ni, lebar dan menyenangkan pembaca membaca, dan untuk pengetahuan dia adalah seorang programmer yang juga menulis untuk Negative Zero, jadi kalau ada pertanyaan mengenai coding boleh tanya dia.. Banyak info berguna diselitkan di setiap entry dia.. Seorang blogger yang humble..




Satu blog berbahasa inggeris, sesuai dengan tagline dia "Interpretations for words that touches my soul" blog yang banyak menyelitkan quotes dalam setiap entry dia dan akan terjemahkan quotes tu mengikut pendapat penulis itu sendiri..  A simple simple blog with simple entry that will make people think..




Totally new blog on the block!!! Sangat rare blog yang mempunyai cerita mengenai haiwan sebab ramai yang tidak berapa ambil peduli pasal haiwan. Penulis blog ini ingin menukar pemikiran pembaca ke lebih positif terhadap haiwan, yang mana ramai tidak begitu mengambil perhatian dan menyanyangi haiwan. Blog yang menarik untuk di ikuti.. sesuai dengan tagline dia "here where we fight for their rights" blog ni mampu buka minda pembaca.


kalau nak join, sini


-zuan-
p.s : harap semua brpuas hati dengan pilihan aku.. sori la kalau tak terpilih.. 

Sunday 28 August 2011

> Kempen : Jom Beri Duit Raya

HOlla Peeps,


Apa tujuan kempen ini?

Tujuan aku dah jelas dan nyata, kita akan bagi duit raya kepada orang. HOHO 


"Bro, gua tak ada duit nak bagi kat orang. Gua sendiri pokai."

Relax dulu bro, meh aku nak bagitahu sikit camne caranya. Jangan gelabah, atau kau memang nak mengelak? #sarcasm 

Kempen ini mudah sahaja, ianya berlaku bermula sekarang, sehingga tamat bulan Syawal. Lama tu, sebulan tau. HAHA




Bagaimana?

Mudah sahaja. Korang cuma perlu ikhlaskan diri untuk klik iklan di setiap blog yang korang lawati, hehe. 

Aku tahu kebanyakkan (baca : mostly) daripada kita semua ni memang malas gila nak klik iklan kat blog orang. Tapi nak orang datang klik iklan kat blog kita kan? #rollingeyes 

Jadi, apa salahnya di bulan raya ini, setahun sekali kita rajinkan diri untuk klik iklan setiap blog yang kita lawati. Tahun ini kita beraya sebagai blogger, jadi mesti kena ada duit raya kan. Walaupun setiap klik itu cuma bernilai beberapa sen, tapi jikalau dikumpulkan dalam masa sebulan, insyaAllah boleh dapat lebih dari RM 2 setiap seorang. Kan? #sengih 

Itu sahaja, mudah dan senang je kan? 


Camne nak join kempen ni bro?

Mudah jugak, korang cuma perlu copy paste entri ini, dan backlink kepada blog yang berkenaan. 

contoh :
Saiazuan nampak entri ini di blog aku, Saiazuan copy dan backlink kepada aku. Tia pula nampak entri ini dari blog Freaky, Tia copy dan baclink kepada Freaky.

so untuk aku :
Aku nampak entri ni di blog Keroro. Aku copy dan backlink kepada Keroro


Bila korang dah join kempen ini, tanamkan sifat amanah dan jujur serta ikhlas dalam diri. Ikhlas memberi duit raya kepada orang lain, tanpa menyatakan korang dah klik iklan si polan sekalian. 

Itu sahaja rasanya, aku tak paksa korang. Korang join dengan kehendak korang sendiri.#senyum

Selamat Berkempen!!!


-zuan-
p.s : terpaksa delaykan 6blog fav aku sebab baru dapat 4.. need 1 blogger girl and 1 blogger boy.. 

Saturday 27 August 2011

> Nuffnang dan Blog Day 2011

HOlla Peeps,


Dunia blogging semakin menarik dengan idea-idea baru dari blogger-blogger baru, idea fresh walaupun kadang-kadang agak childish, tetapi mampu memberi satu sumber inspirasi trutama pada aku yang baru 2 tahun bertapak dalam dunia blogging..


iklan jap..
ok sambung..


Blogger baru mengingatkan aku tentang resmi padi, "makin tunduk, makin berisi" walaupun dah lama dalam blogging dan banyak pengetahuan janganlah angkuh bersikap rendah dirilah kita dengan semua orang..

Nuffnang ingin menghargai bloggers dengan menganjurkan Blog Day 2011 pada 31 Ogos 2011!!!



Dengan idea Blog Day ni, nuffnang ingin blogger mencadangkan blog baru yang masih belum dikenali ramai (bila dah kata blog baru, mestilah idea baru, dan menarik perhatian pembaca). Ok disebabkan new blogs, aku akan cari dan senaraikan 6 blogger yang start blogging tahun ni (so aku pilih blogger yang bermula januari 2011 so blog yang start 2010, 2009, dan yang lagi lama sorry ya, jangan kecik hati, KORANG TETAP DI HATI AKU hehe try ambek hati balik)...

Tengok pada gambar (poster) 3 laki dan 3 perempuan, jadi aku akan pilih 3 blogger lelaki dan 3 blogger perempuan.. Jadi doa-doa la korang terpillih ya.. hehe insyaAllah aku akan post entry 6 blogger terpilih tu pada pukul 12 tengah malam ni (macam biasa la ikut schedule blog aku.. Entry baru 12AM & 12PM)..



-zuan-
p.s : dari tengah malam semalam sebenarnya aku carik list blog yang aku nak senaraikan, ada cadangan? kalau nk cadangkn tinggalkan url blog di ruangan komen dibawah dan nyatakan kenapa blog itu harus dipilih (nak recommend diri sendiri pun boleh) :) 

> Entry Untuk Sahabat Blogger

HOlla Peeps,


Bangun tidur, tak gosok gigi sebab makruh gosok gigi bila tah terbit matahari.. Aku jaga betul bab tu, tapi tidur sampai matahari ada atas kepala? #LOL tak dapat aku tepis tabiat burukku itu.. Ops bukak lappy... tiba-tiba....

iklan pendek jap.. 


bersambung...


"Wan!!!" nama manjaku di rumah, dah-dah jangan nak mengada pangil aku wan kat sini haha..

"Nak apo omak oi?" jawab den.

"Ada orang hantar surat cinta tuk hang" umi aku ni orang kedah, tapi tahun ni umi sedih sebab raya kat melaka, kampung nenek bolah abah den.

"Surat sapo lak ni? Eden takdo hutang along deh!!! Ha mesti surat cinto~" muka aku penuh bangga dan exited dapat surat.. memang rare la aku dapat surat ni.. Copek-copek den bukak surat tu.. Bau harum jew...










Apa isi surat???















KAD RAYA DARI SEORANG SAHABAT BLOGGER!!!


nampak tak tulisan tu?
sangat kemas tulisan dia, kalau banding tulisan aku memang korang tak boleh nak baca la




"Ampun maaf seandainya, 
Terkasar Bahasa,
Tersilap Bicara,
Tertanya Tak Tentu Hala,
Tersasul Yang Tak Sengaja,


Tertak-terkomen Entry,
Ter-tak Tag Kau
Ter-tak singgah blog kau,


Maaf ye Kawan if aku aa buat silap"

haaaa kenal tak siapa dia???
ala takkan tak kenal blogger ni???
Syazwan Che Deraman!!!
Seorang blogger yang mempunyai kualiti dalam setiap penulisan dia,
*dia kata nak bawak aku fly ke paris,
dan salah seorang top commentator kat blog aku, TERJAHHHH!!!


HOYEAH aku dapat kad raya!!!!
thanks bebanyak bro!!! 
Dah bertahun-tahun aku tak dapat kad raya, 
terima kasih banyak-banyak, 
totally speechless and typeless,
hanya Allah S.W.T. je mampu balas budi baik ko bro... 




Kepada Syazwan dan semua readers, harap korang satisfy dengan komik raya dari aku, itu je aku mampu bagi kat sahabat blogger aku buat masa ni (segala kritikan dan idea sangat dialu-alukan), 
komik aku ni hanyalah satu idea dari seorang blogger bernama saiazuan (",)
*currently tengah brainstorm buat komik merdeka - the invasion plan (xde kaitan dgn keroro)


-zuan-
p.s : sebenarnya aku bukan anak kelahiran negeri9 pun, aku dak penang.. duduk lama sangat kat negeri9, tu yang dah pelat nogori tu

Friday 26 August 2011

> Kurangkan Ketawa

HOlla Peeps,


Ketika duduk menonton sitkom di kaca tv yang masih montel dan belum menjadi nipis, aku tertawa terbahak-bahak mendengar lawak yang dibuat oleh duo yang salah seorangnya berambut afro dan seorang darinya behidung senget.. Aku tertawa tanpa menyedari batas-batas ketawa.. Kemudian ku belek-belek google, ye la google ni memudahkn pencarian informasi di masa kini, taip je, copat bonar dia kuar apa yang kita nak cari :


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar r.a. berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa,
maka Nabi Muhammad s.a.w. berhenti didepan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan."
Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?"
Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Mati."
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira,
maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNyaandaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis."
Kemudian dilai hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara,
maka Nabi Muhammad s.a.w. memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat."
Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?"
Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.)

jangan lah jadi macam ni

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.


rujukkan : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/laranganketawa.htm


-zuan-
p.s : dah baca komik raya? harap kroang trhibur.. raya dah nak dekat, aku kena prepare bnyak draft untuk raya ni huhu..

Thursday 25 August 2011

> Tech Thursday : iPad vs Galaxy Tab

HOlla Peeps,


Tech Tech Tech, hari-hari kita dalam teknologi, tambahan mereka yang gilakan gadget, tak akan lepaskan peluang untuk memiliki salah satu atau mungkin kedua-dua tablet pc yang hangat dipasaran dan masih belum hangit.. Jika ada 5k di tangan, kedua-duanya akan aku rembat (wei jangan tamak, satu sudah) sebab senang aku nak bawa ke mana-mana, senang aku nak online dimana-mana, dan senang aku nak update blog dimana-mana, senang semua senang la..


Tetapi mana satu piihan hatiku?




Galaxy Tab 10.1
iPad 2 (WiFi only)
Model
GT-P7510
MC769LL
OS
Android Honeycomb 3.1
iOS 4.3.3
Processor
1Ghz dual-core Nvidia Tegra 2 with ARM Cortex 9 CPUs & GeForce GPU
1Ghz dual-core Apple A5
Memory
1GB RAM; 16GB flash storage
500MB RAM; 16GB flash storage
Display
10.1-in. (diag); 1280×800; 149 ppi
9.7-in. (diag); 1024×768; 132 ppi
Cameras
front 2MP; rear 3MP with 720p recording
front 0.3MP (640×480); rear 1MP (720p); 30fps recording on both
Speakers
stereo
mono
Video formats supported
H.264, H.263, XviD, WMV7/8, VP8, MP43, VC-1 format: 3GP (MP4), WMV (asf), AVI
H.264 with AAC-LC audio in .m4v, .mp4, .mov formats; MPEG-4 video in m4v, .mp4, .mov formats; M-JPEG with audio in ulaw, PCM stereo audio in .avi format
Audio formats supported
MP3, OGG, AAC, AAC+, eAAC+, WAV, AMR, MID, IMY, WMA, Vorbis, RTTTL/RTX, OTA
HE-AAC (V1/V2), AAC, Protected AAC , MP3, MP3 VBR, Audible (formats 2, 3, 4, Audible Enhanced Audio, AAX, AAX+), Apple Lossless, AIFF, WAV
Wireless
Wifi (802.11a/b/g/n; Bluetooth 2.1
Wifi (802.11a/b/g/n; Bluetooth 2.1
Location
GPS
Digital compass (no GPS on wifi-only models)
Expansion
Proprietary dock port (charging, usb, hdmi); 3.5mm audio in/out
Proprietary dock port (USB, sound, video, power); 3.5mm audio in/out
Battery
7000mAH 3.7V Li-polymer
6930mAH 3.8V Li-polymer
Dimensions
10.1 x 6.9 x 0.34 in
9.5 x 7.31 x 0.34 in
Weight
19.9 oz
21.3 oz
Default installed apps
Browser, Email, Gmail, Gallery, Maps, Books, Google Search, Google Talk, Voice Search, Latitude, Music Hub, Navigation, Places, Pulse, QuickOffice, YouTube, Music Player, Android Market, Samsung Apps
Mail, Safari Browser, iBooks, Videos, Photos, Find my iPad, iPod, iTunes, App Store, Maps, YouTube, Game Center, Notes, Calendar, Contacts, FaceTime, Photo Booth


Selepas di analisa, aku lebih meminati Galaxy Tab berbanding iPad, banyak kelebihan pada Tab jika dinilai, seperti, ia mempunyai kamera dan sebenarnya adalah sebuah phone (cuma tak boleh masuk poket je la)



-zuan-
p.s : komik istimewa raya dah siap.. insyaAllah akan dipublish pada pukul 12 tengah hari esok.. dan pada yang like facebook page aku, mesti ada perasan kad raya yang aku tag, hope korang suka (",) 



Wednesday 24 August 2011

> Benci Membenci Budaya Siapa?

HOlla Peeps,


Lama aku tak bincang mengenai masaalah kita dalam diri kita.. JOm layan situasi dibawah :


Pagi tadi aku, lepas aku ping entry aku kat satu group ni (nama group tu biar aku je la yang tau), aku terbaca satu post (bukan entry, sapa yang tulis biar aku je la yang tau) yang mengajak rakan-rakan dalam group ni menjatuhkan salah seorang blogger yang tengah top sekarang, aku taknak la bagitau nama blogger tu, nanti lain lak jadinya..
*tak pasal-pasal lepas ni diorang nak jatuhkan aku yang memang dah jatuh ni, haih makin jatuh la..termenung memandang bulan la lepas ni aku.. 


Ramai respon post 'si penjatuh' ni, dan ramai yang tak setuju dengan apa yang dia cuba buat. ye la, benda tak elok takkan la nak sokong kan? Tapi ada je yang sokong, macam berada di dalam satu kerajaan yang baik, tetiba ada pembangkang nak jatuhkan atas sebab tidak puas hati..
*waktu subuh aku terganggu sekejap sebab aku terlalu nak tengok apa yang diorang tak puas hati


Kenapa 'si penjatuh' tak puas hati dengan 'blogger famous' ni? Apa dia buat? Mungkin la entry 'blogger famous' tu tak ada informasi berguna untuk korang, mungkin juga populariti dia tidak mempopularkan korang
*arghhh aku nak sangat printscreen apa yang diorang tak puas hati tu.. tapi tak baik la macam tu, kang cakap "tak ada modal nak post entry la tu"


adoi, obama jatuh pun jugak

Malas la aku nak cerita banyak kan, sebab dalam kepala aku "benci tu buat apa? Tak dapat faedah pun, buat sakit hati je, makin busuk hati tu tau",


so kepada 'si penjatuh' apa kata naikkan diri sendiri dari jatuhkan orang lain?
dan kepada yang terasa tu terutama 'blogger famous', jangan nak kecik hati atau naik angin, banyak brsabar yok, bulan puasa ni, training untuk kita jadi lebih baik...


-zuan-
p.s : dah boleh pasang lagu raya? 

Tuesday 23 August 2011

> Lagu Dulu Dan Sekarang

HOlla Peeps,


Semalam aku terdengar lagu nyanyian sebuah band indie dan nashid yang kita di Malaysia sangat biasa mendengarnya..


Terkenang
Di ketika itu
Ku di manja
Dan di sayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba di penuhi
Walau hidup
Dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibir mu kan menutur senyum
Andainya anak-anak mu bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti

Di Aidilfitri X2


Tau an lagu apa kan? Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda nyanyian Hujan Dan Raihan. Itu je satu-satu lagu raya versi moden yang aku gemar dan menyentuh jiwa.. kalau dibandingkan lagu-lagu raya versi sekarang yang seperti kurang sos di dalam burger, seperti tiada earning dalam iklan, seperti kurma tiada lagi manisnya, seperti kisah cinta antara Adam dan Hawa tiada lagi sayangnya, seperti apa-apa je la yang boleh di sepertikan..




Lagu dulu..

Lagu dulu sangat bermakna, sangat mendalam maknanya, sangat menyentuh jiwa...Mereka begitu menjiwai lagi itu.. Mereka begitu bersungguh-sungguh ingin menyampaikan mesej mereka, menyampaikan kesyukuran mereka, menyampaikan kegembiraan mereka..

Kalau diberi peluang, ingin ku menyanyikan lagu itu di kaca tv, tapi aku tiada bakat, tiada rupa paras k-pop, dan cuma ada keyakinan dalam diri.. Mungkin komen membina dari pembaca telah bawa ku ke tahap ini..
*Apa aku mengarut ni????


ops, kenal mamat ni, Syazwan Che Deraman? Dia ada link download lagu raya, terjah-terjah sini > koleksi-lagu-raya


-zuan-
p.s : busy buat komik n header raya harini..  

> Aku Bersyukur

HOlla Peeps,


Ramadhan ke23,
Kita semakin hari semakin hampir dengan 1syawal,


Hati kanak-kanak semakin riang,
Menanti 1syawal dengan bunyi kemeriahan,


Tetapi ada sesetengah yang begitu menikmati ramadhan,
Berasa sedih ingin meninggalkannya,


Aku juga begitu sedih,
Adakah mampu aku bertemu ramadhan lagi?
Adakah mampu aku bergembira lagi?
Adakah mampu aku berpakaian serba baru lagi?
Adakah mampu aku mengucap syukur lagi?

budak ni kacau konsenterasi korang membaca tak? hehe

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...


Aku sungguh bersyukur kerana masih mampu menaip sesuatu disini,
Aku sungguh bersyukur kerana tidak perlu berasa takut di negeriku ini,
Aku sungguh bersyukur kerana aku boleh brsahur dan brbuka tanpa kekurangan,
Aku sungguh bersyukur kerana masih bersama kedua ibu bapaku dan adik-adikku..



-zuan-
p.s : aku ada tringin nak beli satu seluar ni, tapi mungkin terbantut sebab bajet raya aku dah terlalu over budget.. ye la setahun sekali je aku shopping..itu pun kalau aku nak shopping, kalau tak, duit tu jadi duit kocek aku la..tak pe la, ada rezeki lebih bila-bila boleh beli seluar tu.. (",)  

Monday 22 August 2011

> Hampir Hilang Rentak

HOlla Peeps,

Beberapa harini aku sangat dalam sleep mode (atau dalam bahasa komputer idle atau low power).. Maybe disebabkan kepenatan melanda diri sampai solat terawih tadi pun aku tak boleh kusyuk, sleepy je time solat tadi.. Ya Allah, kena banyak rehat ni, kalau brterusan macam ni aku risau tertidur time solat..

kau pun sleep mode jugak???

Disebabkan itu, entry aku jadi kelang-kabut, aku dah tak mampu ikut schedule yang biasa aku buat, entry baru setiap 12AM dan 12PM (2 entry satu hari) even entry ni pun aku main post je..

Rehat rehat rehat... aku perlu rehat...


-zuan-
p.s : aku terlalu risau pasal trafik aku sampai aku kurang peka akan kualiti entry aku...haha ada kualiti ke entry aku..?  

> Papercraft Collection : Danbo

HOlla Peeps,


Berdasarkan last post aku pasal model papercraft aku, ramai yang seperti kurang memahami dengan apa itu papercraft. Mai aku terangkan apa tu papercraft, papercraft atau papermodel (juga dipanggil card model) adalah model yang diperbuat dari kertas..Ia berbeza dengan origami yang mana origami adalah berkonsepkan lipatan, tetapi papercraft berkonsepkan tampalan yang mana model yang akan dibuat akan diskalakan, dicetaj, dipotong dan dilekatkan bersama menjadi satu model. Papercraft ni sangat popular di Eropah dan Jepun. (rujuk wiki)

Entry kali ni, aku nak share pula salah satu koleksi papercraft kegemaran aku, Danbo.. Ramai kenal Danbo?




Aku start addict ngan papercraft ni kira-kira 5-6 bulan lepas.. so masih baru la, time tu sama-sama buat ngan housemate aku.. Dan start dari tu aku makin suka ngan papercraft ni..

Ni ada sedikit tips untuk yang baru-baru n lama bermain ngan papercraft ni, kalau korang perasan ada ruang-ruang kosong pada dalam papercraft ni, sebagai contoh, danbo kan, tengok kaki dia.. dalam kaki dia kosong, macam kotak, tak ada apa-apa jadi sangat senang untuk kemek kalau pegang dengan kasar.. Jadi untuk mengurangkan kemek tu, aku cadangkan korang letak tisu dalam dia.. Macam mana? Ok, koyak tisu tu dan jadikan macam bola kecil, padatkn dalam kaki tu, kemudia baru gam untuk tutupkannya.. (perlukan imaginasi kalau nak paham apa yang aku ceritakan ni)


Selamat Mencuba (",)


-zuan-
p.s : blog aku tak sediakan link download.. tapi aku leh ajar korang kat mana aku dapat benda alah ni, just google it.. just type "danbo papercraft download" goodluck  

Sunday 21 August 2011

> Cita-cita

HOlla Peeps,


Ketika kecil dahulu ketika masih memakai baju sekolah berseluar biru sering aku ditanyakan soalan:

google it

"besar mau jadi apa?" tanya cikguku, *bukan skolah indon.

"saya nak jadi pilot cikgu" jawabku dengan malu-malu.


Tetapi setahun kemudian...

google it

"Awak nak jadi apa bila besar nanti?" tanyak cikguku.

"Saya nak jadi peguam cikgu, boleh bela orang salah" jawab ku dengan yakin.


beberapa tahun kemudian...

google it

"Cita-cita kau nak jadi apa?" tanya kawan aku.

"Aku nak jadi arkitek, sebab aku nak kalahkan KLCC" jawab aku dengan bangga.


dan aku teruskan cita-cita aku tu dengan memasuki sekolah teknik, belajar civil.. kemudian minat aku pada architectural makin kurang, tapi hatiku masih pada seni, cuma bukan senibina..

nampak tak cara aku jawab soalan-soalan tu, bermula dengan malu-malu, kepada yakin dan kepada bangga, tapi bangga tu perlu dibuang, kerana ia mampu membawa kepada riak..oh, ramai orang benci manusia riak..

google it
Dalam perlahan-lahan minatku pada komputer.. aku teruja bagaimana sesautu mesin kecil mampu membuat pelbagai benda, mampu keluarkan visual manusia bergerak, mampu mengeluarkan suara seperti kita dan mampu menyiapkan tugasan dengan masa yang cepat..

Pada yang dah lama follow blog aku mesti ingat cerita ni, Pengalaman di Simpang Jalan.. Kisah dimana aku menjadi seorang guru dan aku jatuh cinta dengan kerja itu.. Tetapi tidak lama kisahku...

Dan selepas beberapa tahun aku minat pula pada bidang penulisan blog, ia menarik, anda bebas menyampaikan apa yang anda ingin luahkan.. Dalam blog boleh kenal macam-macam orang, dan macam-macam gaya penulisan dengan macam-macam idea..


Tapi dengan blog mampu ke aku milik rumah ditepi pantai? Sebuah kereta vw beatles? Dan sebuah ipad? Set hometheater untuk aku layan astro first? Menikmati makan malam di hotel sambil mendengar ahli musik bermain musik untuk aku? Memakai pakaian berjenama dan mampu menghantar ibu bapaku ke haji dan umrah pada bila-bila masa mereka nak? Menderma tanpa limit kepada mereka yang memerlukan?

Tapi aku percaya tiada yang mustahil jika anda percaya anda boleh buat!!! HOYEAH!!!!!


-zuan-
p.s : 3 hari yang memenatkan untuk aku.. maaf kalau aku gagal lawat ke blog korang beberapa hari ni 

Saturday 20 August 2011

> Limitasi Masa

HOlla Peeps,

Semakin hari semakin hampir dengan 1syawal, tapi hatiku semakin berat meninggalkn ramadhan..

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

"Harapan Ramadhan" oleh Raihan dan Man Bai

google it

Ok berbalik ke tajuk, aku mungkin akan kurang blogwalking beberapa hari ni disebabkan aku busy tolong parent aku buat kerepek pisang, kemas rumah, etc.. Biasa la, persiapan menyambut 1Syawal.. hurm tu je kot nak bagitau noh.. so aku dapat rasakan trafik aku drop, komen aku drop, bnyak drop..haha


-zuan-
p.s : how i met ur mother? 

> How I Met Your Mother

HOlla Peeps,

Suddenly i came addicted to this series, owh thanks to this man, he completely ruined my scedule!!!
Well, practically not 'completely' but yes, it ruined my blogging schedule, my sleep time and my eating time (yeah its fasting month), and i almost forgot to watch spongebob.. Its kinda late addict coz this series, yeah i know it had been on air since 2005 until now and still the seasoned had reach number 7 (just when will this series end????), and still the full stop didn't make a sign..



How i met your mother is an American sitcom. As a framing device, the main character, Ted Mosby (Josh Radnor) with narration by Bob Saget, in the year 2030 recounts to his son and daughter the events that led to his meeting their mother, which explains the title and allows for a narration in the past tense. How I Met Your Mother follows Ted alongside his friends Lily Aldrin (Alyson Hannigan), Marshall Eriksen (Jason Segel), Robin Scherbatsky (Cobie Smulders), and Barney Stinson (Neil Patrick Harris). (wiki)


-zuan-
p.s : kepenatan melanda diri.. semalam penat shoping, arini penat kemas bilik.. hoho then rehaaaaaaaaaat untl raya~ 

Friday 19 August 2011

Masjid Yang Diperbuat dari kaca dan keluli : Masjid Kristal

HOlla Peeps,



Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Tempoh pembinaan kira-kira 2 tahun, 2006-2008 dan ia dibuka secara rasmi pada 2 Feb 2008, berkeluasan 2,146.12 m² dan boleh menampung kapasiti jemaah 700.. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia kerana mempunyai perkhidmatan wi-fi didalamnya bagi membolehkan pengguna mengaccess internet dan menggunakan al-Quran elektronik. (wiki)

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.


-zuan-
p.s : tak pernah pergi pun lagi.. korang dah? 

> Fenomena Doodle Dalam Blog?

HOlla Peeps,


Doodle doodle dodol~ Nama yang tidak asing lagi pada pengemar/atau kaki blog harini (semalam dan mungkin esok? Mayb ada je yang tak kenal doodle ni) kerana ia banyak terdapat pada banyak entry di banyak blog sampai bila aku baca entry tu, "oh doodle~"


Jom berkenalan dengan doodle. Apa itu doodle? Ia adalah coretan atau lukisan pada kertas yang dilukis oleh individu dalam keadaan tidak sedar, senang cerita dia lukis ketika perhatian dia kat tempat lain (eg. sedang call bf, then tangan dia melukis sesuatu dekat kertas tanpa dia sedari yang dia tengah lukis)..
thanks to Cik Asfz sebab buat doodle tuk aku siap ada danbo lagi hehe.. 
apa lagi, terjah la blog dia sekarang huhu (",)
(tanda love tu tak de makna apa-apa, so jgn risau gadis-gadis ya..hehe)

Doodle juga ni dalam bahasa mudah faham, satu lukisan simple atau mudah (tapi comel / cute) yang abstrak dan boleh mewakili sesuatu.. Biasanya doodle ni banyak terdapat dalam buku text skolah untuk grab atau tarik perhatian pelajar atau murid-murid dari berkhayal ketika dalam kelas..


Tapi dalam dunia blog kini, doodle ni macam avatar, iaitu graphical representation atau perwakilan watak dalam bentuk grafikal bagi menunjukkan pengguna punya alter-ego (perwatakkan ke2 individu) atau character, ia boleh dalam bentuk 3D, Virtual, 2D, atau Icon seperti yang biasa digunakan dalam forum.


contoh doodle yang diambil dari wiki

Satu fakta menarik mengenai doodle ni menurut kajian, ia boleh meningkatkan daya ingatan dan perhatian seseorang individu terhadap sesuatu perkara termasuk mengelakkan dan mengurangkan berkhayal atau daydreaming..



-zuan-
p.s : rasanya tak dapat nak blogwalking malam ni sebab penat.. sok je la ye (",) 

Thursday 18 August 2011

> Tech Thursday : SpeedFan

HOlla Peeps,

"Eh Berapa suhu?"


Tertanya-tanya suhu dan speed/kelajuan kipas di hardware lappy/pc anda? SpeedFan adalah satu software yang mampu menukar speed fan bergantung kepada suhu laptop/pc anda. Ia mampu membaca S.M.A.R.T values (dan suhu) dari HD/HardDisk dan menukar FSB (Front Side BUS) speed.



untuk maklumat lanjut, sini 

-zuan-
p.s : ini adalah autopost nye entry, aku akan bw blog korang malam ni ek, tq (",) 

> Tech Thursday : Notebook Cooler - NotePal U2

HOlla Peeps,


"Ala dah panas lappy gua.. bukak aircond mat"


Macam biasa, setiap hari khamis adalah Tech Thursday di Saiazuan Blog dan minggu ni aku nak share gadget Notebook Cooler model NotePal U2 keluaran Cooler Master. Cooler ni sangat bagus dan direkomenkan oleh aku..




Ia sebuah cooler yang bermaterialkan aluminum dan getah dan membunyai rekabentuk yang mampu menyejukkan lappy anda dan mengurangkan laptop anda dari overheat. Ia kecil, ringan dan mudah dibawa kemana-mana.


Pada awal pembelian anda akan dapat kipas je untuk cooler ni, dan yang best nye korang boleh tambah kipas lagi ikut kehendak korang (max 6 kipas). Pada yang suka mengembara, anda boleh selitkan notebook/laptop anda di cooler ni (seperti gambar ke4)..

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web ini

-zuan-
p.s : mood shopping dah datang.. hehe (",) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...