Thursday, 4 August 2011

> Tech Thursday : Makan Quota

HOlla Peeps,


Masaalah yang dihadapi pengguna Broadband

Broadband biasanya dilimitkan quota 5GB (pengguna servis berwarna biru), dan pada pengguna internet non ordinary macam aku, "tak cukup mat~" ni awal bulan lagi, dan aku dah dapat mesej dari "si dia", dah sampai limit.. Ya, boleh tambah lagi quota, tapi aditional 1GB cost RM12.88 kalau tak silap, aku boleh abiskan 1GB dalam beberapa jam (mungkin minit) je sebenarnya dan ini kisah benar seorang pengguna internet yang agak kurang normal (Mungkin patut cadangkan 10GB atau unlimited lepas ni?)..

ikhsan google
Aku cerita la ye penyebab utama atau punca quota cepat habis (bajet tau macam-macam) sebab hari ini khamis, so banyak hal pasal teknologi aku boleh cerita dan kongsi (internet juga dikonsider teknlogi)..
  1. Salah satu penyebab quota habis cepat adalah terlalu kerap tengok video di Youtube.. Youtube adalah salah satu medium hiburan yang sangat popular didalam dunia, music dan berita banyak disumbat dalam nya.. Dan yang menjadi kebiasaan sekarang ialah, Live Streaming!!!
  2. Download Mp3, aku akan download lagu-lagu yang berkenan di hati.. So kalau tak berkenan tak ada la download.. Biasanya aku download time weekend, tak banyak, dalam 5-10 lagu je kadang-kadang..
  3. Update! Update!! Update!!! biasanya orang atau user sesebuah komputer tu jarang turn of automatik update, macam antivirus, windows dan macam-macam lagi yang secara tak langsung memakan quota anda dalam diam. 
  4. Di ibaratkan quota ni macam air dalam tangki air, semakin besar paip dibuka, semakin laju air keluar dan semakin sikit air dalam tangki tu, jadi semakin banyak kita surf internet semakin? Ya semakin cepat abis quota itu. Tapi jangan risau, kalau quota abis pun, kita masih boleh layari internet, tetapi dengan kelajuan yang sangat pelahan, kalini diibaratkan pula kita mendapat bantuan syarita air berdekatan, jadi tiada bantuan yang akan disalurkan dengan kuantiti yang besar dan biasanya lambat, macam tu la di ibaratkan kelajuan internet kita ketika itu.
  5. Masaalah yang selalu bermain di dalam kepala aku ialah ketika melawati blog-blog atau laman web yang berat-berat dimana banyak widget diletakkan dan yang memeningkan kepala background mp3 (Audio Clip).. Bayangkan 1 mp3 bersaiz 3mb, dan jika ia dimainkan (secara streaming) ia seperti kita download mp3 tu secara paksa, jadi cuba kira kalau kita bukak 10 laman web yang ada mp3, 30mb terpaksa didownload secara paksa (just dengar je mp3 tu, tak dapat pun), dan 100 laman web yang ada mp3, berapa banyak dah yang kita rugi?
  6. Dan banyak lagi sebenarnya, nak cerita semua kang, ada yang berdarah telinga nanti #LOL


Macam mana nak kurangkan pengunaan? 

Ok, aku pun tak tau macam mana sebab aku kurang normal bab internet ni (bangun pagi, sebelum mandi n gosok gigi, internet! Sebelum makan, internet!!! Sebelum tidur, internet!! Ops, pause time solat~) Kalau tak ada tidur, mayb 24/7 aku dan internet..
  1. Untuk pengguna youtube, rendah kan setting video tu (biasanya by default settingnya adalah "Always choose the best option for me based on my player size" jadi tukar ke "I have a slow connection. Never play higher-quality video").
  2. Kurangkan download MP3 (dengar radio je la).
  3. Kurangkan melawat laman web berat (ada banyak widget dan ada audio clip, p.s kepada pengguna blog yang berat-berat jangan salahkan aku kalau aku kurang ke blog korang.. Ok "simple tips, the simpler your web, the more people like it").
  4. Tutup automatik update pada komputer anda (windows update, dan apa-apa update termasuk update of your ex relationship).
  5. Rasanya cara yang terbaik adalah rosakkan atau terminate broadband anda, dengan ini hidup anda dan internet akan "No Longer In Relationship"


-zuan-
p.s : quota aku abis dalam 1 mgu je (ops, klu ada salah informasi sila bagitau untuk pembetulan).. aku akan abiskan sisa 3 minggu dengan kelajuan kura-kura.. jangan marah r klu gua kurang blogwalking lepas ni
 

31 comments:

  1. selalu download citer korea...sehari abes sudah 3G...

    ReplyDelete
  2. ni cuti gune stimik je unlimited..nanti balik u balik kene lah gune brodband lagi..adehh same la kita..cepat abis...blogwalking pn banyak guna..

    ReplyDelete
  3. same la kite..hehe..tp lady 3GB je..:)

    ReplyDelete
  4. konklusinya, gunalah streamyx sebab unlimited.. ;)

    MySuaraBlog: Jin Islam Puasa Tak?

    ReplyDelete
  5. aku x pernah ade BB, maka hanya boleh baca je..;)

    ReplyDelete
  6. aku punye masalah contract..abes contract kene bayar 98 hengget..waa~~nak sambung contract buleh?

    ReplyDelete
  7. missh takk pakai bb :(

    ReplyDelete
  8. hmm. nikmatnya bila tak habis lagi kuota. dah habis jadi berukband terus =__=

    ReplyDelete
  9. guna streamyx aje..nak ddk dpn lappy sampai lebam mata pun x pe

    ReplyDelete
  10. @to all

    streamix dah mahal skrng.. sobs...

    ReplyDelete
  11. blog aku xmakan quota wehh ringan je. xbanyak widget. leh la datang blog aku selalu. kekekeke.

    ReplyDelete
  12. Hoho, setuju sangat pasal blog yang guna app mp3. Sangat annoying dengar lagu diorang. kalau sama2 taste takpe gak. Hehe.


    #1 Ramadhan entri: Pengalaman pertama.

    ReplyDelete
  13. salam...ramadhan buat awak..

    ReplyDelete
  14. hohohoho...aku takyah crita la..dpt jew tenet kompem download video clip korea kat youtube.dah tue,download lagi drama korea..perghh..bnyk tue......

    ReplyDelete
  15. Anonymous4/8/11 15:13

    Ahaha, study nnt kne la pkai broadband ><

    *skrg abah byr wifi, kikiki*

    Blog kte ringankn? So boleh la dtg hari2 ;D

    ReplyDelete
  16. rindu internet free kat U , wuwuwuwu .

    ReplyDelete
  17. sudah2 dia suruh stop la tu..jap lg meletop pc tu baru taw =) hahhaha..

    ReplyDelete
  18. huhu ..
    alhamdulillah aku gune streamyx ..
    takde la limit2 .. huhu

    ReplyDelete
  19. aku baru je register berokben maxis,.

    ReplyDelete
  20. Anonymous4/8/11 20:34

    sye plak, selalu x abis gune quota..huhuhu rugi2...

    ReplyDelete
  21. streamx dah mahal..yeke..sib bik ayah yg bayo..heee

    ReplyDelete
  22. ooo..hehehhe..macam tu ea?..
    aku pakai P1wmax.kongsi ngan kawan kawan..ada jgak limitnya..

    first aku pakai kan..
    aku download 5 movie..hahha..dah guna about 12gig..internet slow..dorang perasan..then aku baru teringat..hahha..selalunya guna steamik kat rumah..hehehe.

    aku jarang tengok video kat youtube..

    selamat bersahur.

    ReplyDelete
  23. wuahahaha..kalu dgr radio je mao mati oo..lagu sume zaman 60an..lmbt masuk malaysia lah :D

    ReplyDelete
  24. disebabkan quota itu lah mambang gune streamyx :) unlimited usage...hehee

    ReplyDelete
  25. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip periksa kerosakan san servis radiator

    yupppp guna ajerrrr sereamx tanpa batasan senang......

    ReplyDelete
  26. oo macam ni keadaan pengguna broadband. baru tau. haha.

    ReplyDelete
  27. huhu sama lah kita .. kena sound ujung bulan .. haaha ;p

    nk kurgkan usage mmg takleh la -..-''

    ReplyDelete
  28. Tutup automatik update pada komputer anda (windows update, dan apa-apa update termasuk update of your ex relationship).

    ni tak boleh blah. hahahaha
    XD

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...