Sunday, 7 August 2011

> Aku Nak Bela Unta

HOlla Peeps,

Aku nak bela unta, mana sapa nak bagi bela? Eh, rumah parent aku pun kecik je, nak campak mana binatang ni? Meh aku nak cerita pasal unta.. Unta atau dalam bahasa english Camel mempunyai dua spesies ungulat (atau maksud kasar "being hoofed" atau "hoofed animal"), Spesis pertama unta adalah dromedaris (atau unta Arab) mempunyai bonggol yang tunggal, dan Bactrian mempunyai dua bonggol. Unta ni adalah sejenis Mamalia yang berkaki empat dalam genus Camelus. Unta mengandungi lemak yang tersendiri yang dikenali sebagai bonggol di belakang badan mereka (atau lebih tepat atas). Kedua-dua genus ni hebat sebab ia berasal dari gurun dan tinggal di kawasan kering Asia dan Afrika utara (water~)!!! Purata jangka hayat seekor unta adalah antara 30 hingga 50 tahun (agak lama gak untuk jangka hayat seekor haiwan).




Ini bukan animal planet nak cerita pasal untak, sebenarnya aku nak share fakta-fakta menarik pasal unta ni:

  • Unta mengenali tuannya dan ingat tempat kembali, sebab tu la dalam hukum fiqh jika ada jumpa binatang yang sesat maka boleh ambil untuk diiklankan kecuali unta sebab unta akan tahu jalan pulang. Pengajarannya, kita sebagai manusia kena kenal dan tahu tempat kembali iaitu akhirat sana, kita perlu sentiasa beramal untuk akhirat.
  • Unta mempunyai sifat pemalu yang tinggi, ia tidak akan melakukan hubungan seks di hadapan manusia, dan jika ada manusia yang mengintai ketika ia mengawan, ia akan marah dan mungkin akan bunuh orang tersebut. (jadi jangan nak menggada-ngada 'skodeng') Jadi kita sebagai manusia pun kena ada sikap malu yang tinggi, bukannya bermegah-megah bermaksiat di khalayak ramai.
  • Unta tidak akan berkongsi pasangan dengan unta lain, macam binatang lain (binatang biasanya selepas berasmara ditinggalkan). Justeru, manusia juga harus jaga maruah dalam berkeluarga.
  • Tahu atau tidak? Unta mempunyai sifat sabar yang sanggat tinggi, sebab apa? Sebab ia mampu merempuhi padang pasir yang panas dan salji yang sejuk tanpa sebarang bantahan atau rungutan. Oleh yang demikian, kita sebagai manusia kena belajar sikap tersebut khasnya dalam memperjuangkan Islam.
  • Unta juga mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekelilingnya, jika musim sejuk kulitnya akan menjadi baju sejuk baginya (kerana ada aliran pemanas badan). Jika musim panas pula dia akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekelililng. Justeru itu, manusia harus pandai dalam bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana keliling.
  • Unta adalah seekor haiwan yang mentaati tuannya, sebab itu ia senang untuk dipelihara atau dibela. Jadi, kita sebagai manusia kena taat Allah S.W.T. dan mudah amalkan ajaran agama.
  • Bahagian-bahagian dari diri unta banyak manfaatnya, bermula dengan hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat (ini betul-betul, bukan cobaan~). Justeru, manusia kena jadikan diri mereka sentiasa memberi manfaat untuk umat bukannya mudarat dan racun bagi umat.
sumber : tajdid-dakwah

Salah satu fakta menarik yang ingin ditambah : Ustaz aku ada cerita, unta ni tau dia akan diqurbankan, dan apabila tiba masa untuk di qurbankan, unta itu sendiri akan ke tempat qurban dan menjatuhkan lehernya untuk diqurbankan tanpa melawan.. Hebat!!!


-zuan-
p.s : hari ahad ni kurang idea sikit nak post entry..
 

30 comments:

  1. byk jugak kebaikan unta ni ye..
    taat la kuat ingtan la...hebat/mke blur jer unta ni//bela la byk2...hahabuat team bola masuk liga FA

    ReplyDelete
  2. unta mmg sbr :) manusia je yg xboley sbr :) umm, sara pon nk bela la.. antr sekor kt umh sara ek !

    ReplyDelete
  3. ehehehhe..mmg unta nie pemalu, dan dia tak akan mengawan dgn ibunya sendiri seperti haiwan2 lain.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Saiazuan

    Alhamdulillah saya dapat menambahkan pengetahuan tentang unta disamping memperbaiki diri dengan pengajarannya


    ada kesempatan nanti, izinkan untuk saya siarkan semula

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. nice entry ! respect gle ngan unta skang ! hehe ;D so sape nama jamal tu xpayah nak malu2 kena panggil unta da ok !

    ReplyDelete
  6. walawehh,,, nice info! x jdi r bela sugar glider,, nk bela unta gak r,, kah33 ^^

    ReplyDelete
  7. Anonymous7/8/11 16:47

    Wasehhh, tggi btol thap malu unta ni ;D

    *siap nk mrh2*

    Btw, baru tahu semua ni ;)

    ReplyDelete
  8. bagus unta ni. nampak baik. jom bela :D

    ReplyDelete
  9. waaah pasni boleh lah aku bela unta ..
    bagus nih .. hehehehe

    ReplyDelete
  10. Tetibe terasa cam nak bela unta.Thanks for the info bro..=)

    ReplyDelete
  11. wah.....baru tw psl unta.....suke3 post ni ^_^

    ReplyDelete
  12. nice sharing bro..
    baru aku tahu info pasal unta.
    unta ni memang berbeza dari haiwan lain rupanya..
    banyak benda yang positive dari unta.

    selamat berbuka puasa bro.

    ReplyDelete
  13. suka entry ni... bagus atas perkongsian yang menarik...

    ReplyDelete
  14. raya ni makan unta lah tu!!

    ReplyDelete
  15. tingginya angan2. hehe

    ReplyDelete
  16. uishhhh sayanggggg unta lah camni <3 ;p

    ReplyDelete
  17. bijak jugak eh. br tau yg unta ingat jln balik. mungkin slama ni wa xpnah tfkir nak google psl unta
    skali tahu, bole thn best cite psl unta ni =)

    ReplyDelete
  18. ohh macam tuh rupe nye pasal unte..err..ade ke yg nk skodeng unte mase tgh ehem-ehem :D

    ReplyDelete
  19. ko bela la unta..letak kat rumput banyak dengan kolam ada kat depan sekolah seri pagi tu..hehe.. saiazuan penternak seri pagi berjaya..hehe..glamor tu..

    ReplyDelete
  20. WATCHING ONLINE MOVIE WATCHING
    HBO,ZEEL CHANNEL,SPOT CHANNEL,GOLF
     CHENNAL.B4U CHANNEL ,TV3 .TV1 ,NATIONAL GEOGRAFI
    HISTORY CHANNEL  AND MORE
    CHANNEL FREE JUST CLICK LINK CLICK TO WATCHING 
    LISTEN MALAYSIA RADIO ONLINE CLICK LINK TO LISTEN

    ReplyDelete
  21. Anonymous8/8/11 01:54

    terdetik nak bce pasal unta..
    nice sharing.. =)

    ReplyDelete
  22. Anonymous8/8/11 09:07

    info yg amat berguna..
    ha..nati jgn terjzot la kn kalu malaysia nh jd pengeksport no 1 unta.. :D

    ReplyDelete
  23. baru aku kenal enrti ape itu unta..
    hahahahaha..
    mmg syg lah unta kat tua d kn??
    huh =)

    ReplyDelete
  24. pergh~~blh tahan gak unta ni kan..

    ReplyDelete
  25. zuannnnn,betul lah tu .... bila tiba masa qurban ja,unta tu jatuhkan kepala dia tanda tunduk pada-Nya, unta ni memang bagus lah, nak beli satu lah ^__^

    ReplyDelete
  26. nice sharing...

    cemburu dengan bulu mata untaaaa... hehe..tak lah... ^_^

    ReplyDelete
  27. unta sngt brguna sbb dye sngt rjin dok khulur khilir :)

    ReplyDelete
  28. tapi, unta degil tau... jgn main2..

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...