Showing posts with label Movie Review. Show all posts
Showing posts with label Movie Review. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

Fast 6! Pantas dan Garang

HOlla Peeps,

Ok sebelum gua terus buatkan korang tak senang duduk, ada satu valuable information pasal next installment untuk filem ni, iaitu Fast 7! Yes Fast 6 baru keluar, DVD cetak rompak pun tak keluar lagi, tapi Universal Pictures dah set 7th installment untuk filem ini. Kenapa aku cerita pasal 7th installment, tak cerita pasal 6th? Sebab director untuk filem ke 7 ni adalah director yang dilahirkan di Sarawak, Malaysia. Dan sekarang menjadi Producer dan Director di Australia! Beliau adalah James Wan! Malaysian blood beb!!!


source http://spinningplatters.com/2013/05/24/film-review-fast-furious-6/


Alright! Pasang tali pingang kalendar ketika di dalam panggung kerna korang takkan senang duduk menonton Fast 6!!!

Sinopsis: Since Dom (Diesel) and Brian's (Walker) Rio heist toppled a kingpin's empire and left their crew with $100 million, our heroes have scattered across the globe. But their inability to return home and living forever on the lam have left their lives incomplete. Meanwhile, Hobbs (Johnson) has been tracking an organization of lethally skilled mercenary drivers across 12 countries, whose mastermind (Evans) is aided by a ruthless second-in-command revealed to be the love Dom thought was dead, Letty (Rodriguez). The only way to stop the criminal outfit is to outmatch them at street level, so Hobbs asks Dom to assemble his elite team in London. Payment? Full pardons for all of them so they can return home and make their families whole again. (Sumber)

Selepas kejayaan kesemua installment sebelum ini, Justin Lin (Director) kembali lagi dengan racer tak pernah complain harga minyak kereta naik, Vin Diesel (Dominic Toretto) dan Paul Walker (Brian O'Conner). Dilihat installment kalini tak kurang hebat dari segi storyline dan action kalau dibandingkan dengan installment sebelum ini. Kalini dilihat Don lebih fokus untuk mendapatkan semula apa yang pernah diambil darinya, Letty (Michelle Rodriguez). Adakah dia akan dapat kembali sesuatu yang sudah tiada lagi?


image sources http://assets1.ignimgs.com/vid/thumbnails/user/2013/02/03/fast6.jpg


Polis dan penjenayah didunia yang sebenar seperti batu dan kaca. Pemenang akan jadi batu dan yang kalah akan jadi kaca. Tetapi berbeza di dalam filem ini yangmana kita lihat, mereka seperti air yang di cincang takkan putus. Hobbs (The Rock) dilihat berjaya 'menggoda' Dom untuk membantunya menewaskan Mastermind Criminal, Owen Shaw (Luke Evans). Bagaimana Hobbs 'menggoda' Dom yang dilihat takkan bekerjasama dengan pihak berkuasa?


Dari dulu Muscle Car dan Tuning Car (juga dikenali dengan istilah 'Imported Car' didalam Fast 6) dibandingkan kelajuannya. Dom dengan Muscle Car-nya dan Brian dengan Skyline. Memang tak terpisah dari dulu. Masih tertanya-tanya sehingga sekarang which one is the best on the road?


image sources http://fastnfurious6watch.files.wordpress.com/2013/05/watch-fast-and-furious-6-online-7.jpg?w=522&h=348


Roman (Tyrese Gibson) seperti biasa menjadi tukang 'kelang-kabut' untuk cerita ini. Tanpa peranan dia, mungkin filem ni hanya sebuah filem serius tanpa kata-kata humor.

Fast 6 memang sudah lari dari konsep Street Racer sejak installment ke 4 lagi sudah mula lari dari idea asal filem ini. Tapi ini yang membuatkan filem ini terus mantap sehingga installment ke 6! Storyline dan Action serta kaitan setiap series membuatkan fans Fast and Furious franchise tetap setia menontonnya. Bayangkan jika mereka teruskan budaya Street Racer di dalam filem ini, sudah tentu bilangan follower juga semakin berkurang.


7th installment! Sejak dari awal lagi aku merasakan yang 7th installment akan berlaku disebabkan beberapa scene didalam Tokyo Drift masih menjadi persoalan di dalam minda aku. Masih ingat part Han mati dilangar kereta? Adakah ia kebetulan atau sudah dirancang? Dan scene kedua dimana Don ke Tokyo, apa yang membuatkan dia ke sana? Masih banyak yang boleh diceritakan dan masih banyak yang boleh diaksikan. Jangan lepaskan peluang menonton sequel Fast 6 di pawagam berhampiran!


picture sources http://wac.450f.edgecastcdn.net/80450F/screencrush.com/files/2013/02/Fast-and-Furious-6-Poster1.jpg


Rating: 8.5/10 (Best installment untuk Fast n Furious series! Penuh dengan aksi dan drama. Ia bakal membuatkan anda ingin membeli Muscle Car sebagai new toys!)


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: beberapa kali ditegur kawan aku sebab review aku selalu mengandungi spoiler hehehe.. sorry.. bwt sapa dah tengok cerita hantu thai, 9.9.81? Tak sempat ar gua nak tengok filem tu.. Download tah keluar tak? hehe 


click ads to help me buy GOLF GTI (",)

Sunday, 28 April 2013

Iron Man 3 Review - Tony Stark dan Pepper Potts

HOlla Peeps,

"Ladies, children, sheep... Some people call me a terrorist. I consider myself a teacher. Lesson number one: Heroes, there is no such thing." The Mandarin
http://cache.g4tv.com/ImageDb3/316087_S/iron-man-3-reveals-super-bowl-spot-and-new-poster.jpg


Robert Downej Jr. kembali menyarung Suit Besi di dalam sebuah filem Superhero keluaran Marvel Cinematic Universe, Iron Man 3. Selepas Iron Man berjaya selamatkan dunia dari Alien bersama team The Avengers, siapa pula musuhnya kali ini?


Sinopsis: Marvel's "Iron Man 3" pits brash-but-brilliant industrialist Tony Stark/Iron Man against an enemy whose reach knows no bounds. When Stark finds his personal world destroyed at his enemy's hands, he embarks on a harrowing quest to find those responsible. This journey, at every turn, will test his mettle. With his back against the wall, Stark is left to survive by his own devices, relying on his ingenuity and instincts to protect those closest to him. As he fights his way back, Stark discovers the answer to the question that has secretly haunted him: does the man make the suit or does the suit make the man? Sumber IMDB


Robert Downey Jr. kembali mengalas tugas sebagai Tony Stark / Iron ManGwyneth Paltrow sebagai Pepper Potts, Don Cheadle sebagai James Rhodes / War Machine, Guy Pearce sebagai Aldrich Killian dan Ben Kingsley sebagai The Mandarin. Kebanyakkan watak masik dikekalkan dengan pelakon yang sebelum ini, dan kali ini ditambahkkan dengan beberapa watak baru yang dilihat membawa peranan dengan sangat baik.



"You're not a man. You're nothing more than a maniac. I'm not afraid of you. No politics here: just good old fashioned revenge!" Tony Stark

Filem kali ini sedikit lari dari penceritaan asal Ironman, dan watak The Mandarin. Apa yang lain? Kena tengok di pawagam berhampiran untuk mengetahuinya. Secara keseluruhannya, begitu banyak twist yang tidak dijangka dari awal sampai habis filem ini.

Plot cerita tidak begitu typical dan memberi demensi baru didalam penceritaan Superhero. CGI yang super ohsemmm tak perlu diceitakan lagi kerna mereka ada teknologi dan ada wang untuk membuatnya. Walaupun aku sedikit kecewa dengan Mandarin, tetapi plot twist yang dikemaskan sedikit melegakan hati aku.




Tak banyak aku nak di reviewkan untuk filem kali ini, tak banyak untuk di kritik, dan tak banyak untuk dipuji, mungkin kerna terlalu biasa dengan filem bergenre Superhero. Dan aku nak lebih lagi untuk installment kali ini. Hope The Avengers 2 yang diramalkan tayangan pada 2015 tidak mengecewakan.

Ops, dah habis cerita jangan terus balik, tunggu scene Post-Credit..


RATING: 7.5/10 (Sebuah filem yang menarik untuk ditonton bersama seisi keluarga.)


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sapa join bercuti dan shopping bersama Zarul Umbrella ke Ho Chi Minh? Menarik wo pakej tu.. 


click ads to show your support (",)

Saturday, 30 March 2013

G.I. Joe: Retaliaition Review - The Rock is Back!

HOlla Peeps,



Dwayne Johnson a.k.a The Rock (malangnya bukan lakonan The Rock Malaysia) sekali lagi kembali ke layar perak dalam filem aksi lebih berdebar-debar (Sebenarnya aku teringin nak tengok The Rock belakon filem romance #LOL) kalini di dalam G.I. Joe: Retaliation.

Sinopsis: Kalini G.I. Joe bukan sahaja berhadapan dengan musuh ketat mereka, Cobra. Tetapi mereka juga berhadapan dengan Zartan (Arnold Vosloo) yang telah menyamar sebagai Presiden yang bertindak membubarkan pasukan G.I. Joe. Dengan ketiadaan Duke yang telah terbunuh didalam satu serangan, bagaimanakah mereka boleh menumpaskan Cobra?

http://nerdrepository.com/wp-content/uploads/2012/05/gi-joe-retaliation-channing-tatum.jpg


Sebuah filem aksi Sci-Fi yang telah biasa kita lihat teknologi-teknologi beyond imaginasi kita. Filem ini dilihat lebih menarik ditonton 3D mengikut cadangan Ezad kerna angle kamera dan kekemasan 3D yang dilakukan. Tetapi pada yang kurang gemar menonton dalam 3D, boleh sahaja menonton di dalam 2D kerna kualiti yang sangat memuaskan.

Dengan lineup cerita ini yang kelihatan begitu sesuai dengan peranan mereka seperti The Rock sebagai RoadblockByung-hun Lee sebagai Storm ShadowJonathan Pryce sebagai Presiden yang sebenar, Bruce Willis sebagai General Joe Colton, dan Channing Tatum sebagai Duke.


http://www.hdwallpapers.in/walls/snake_eyes_in_gi_joe_2_retaliation-wide.jpg


Overall aksi filem ini agak memuaskan dan mendebarkan terutama di babak Snake Eyes (Ray Park) bertempur dengan Ninja di cerun bukit ketika di dalam misi mencolek Storm Shadow. Dilihat watak Snake Eyes begitu dinantikan penonton. Dan kehadirannya tidak mengecewakan dengan aksi lincahnya.

Plot cerita kalini dilihat lebih ringan, senang difahami dan tiada twist sehingga ke penghujung. Pada yang masih belum menonton Rise of Cobra.


RATING: 7/10 (dengan plot yang simple tapi dibantu dengan aksi yang menarik dan lineup yang hebat, ia sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton.)


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: kul 10 je ngantuk, kul 10 je ngantuk.. zzzZzzzz  


click ads to show your support (",)

Friday, 1 March 2013

Rimba Bara Kembali - Review Rock Oo

HOlla Peeps,

ROCK! Sebuah filem yang pernah menyegarkan kenangan zaman rock 80an dan 90an tanah air pada tahun 2005 kembali mengegarkan peminat Rock tanah air terutamanya Rock Kapak! Mamat Khalid kembali dengan; Rock Oo! - Rimba Bara Kembali.

sumber - buahmulut.com

Sinopsis Rock Oo - Rimba Bara Kembali : Mengisahkan Amy Mat Piah yang berniaga menjual ABC, amat mengagumi dan ingin menjadi vokalist kumpulan Rimba Bara selepas ketiadaan Zul Kapak. Berhasrat untuk menjadi vokalist kumpulan itu, Amy mula mendampingi Jijo, Basis kumpulan Rimba Bara. Untuk memikat hati Jijo dan Black, Amy memperkenalkan dan menarik Slash, seorang guitarist hebat menyertai kumpulan itu, dan kemudian Amy mendapat peluang menjadi vokalist Rimba Bara. Bermulalah episod penuh suka duka dalam usaha mendapat tempat di arena rock.



Permulaan cerita dengan salah satu lagu Sweet Charity memberi impak sentimental pada awalnya dan kemudian seluruh panggung terbahak ketawa melihat telatah Amy (Que Haida) mengisar ais untuk membuat ABC. Penuh dengan Humor, Sentimental dan Musical! Ia sebuah filem melayu terbaik tahun ini pada pendapat aku selepas kegagalan filem Mamat Khalid; Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit memberi kesegaran baru kepada aku walaupun isinya begitu padat.


sumber - buahmulut.com


Begitu teruja untuk menonton, sehingga tak terasa menggu lebih 15 minit di depan panggung dengan sahabatku untuk masuk ke dalamnya. Ditambah lagi dengan lagu lagu rock kapak yang dimainkan di sepanjang perjalanan kami ke panggung, menambah lagi semangat Rock kedalam jiwa kami.

Begitu banyak lagu-lagu 80an dimainkan sehingga membuatkan aku ingin karok lagu lagu rock kapak selepas itu. Dibantu dengan plot yang ringkas dan sangat mudah difahami, dan barisan pelakon-pelakon yang begitu menjiwai watak mereka, membuatkan aku ingin menontonya untuk kali ke dua, ketiga dan seterusnya. Keunikkan filem ini adalah, tiada ayat-ayat jiwang, tiada lawak kosong, tiada berebut awek dan berebut harta sepeti yang biasa dibuat filem filem tempatan yang lain. Semuanya ROCK!


sumber - nazrulakram.blogspot.com


Begitu teliti pengarah mencari tempat-tempat nostalgic dan bertemakan 80an untuk mendapatkan feel cerita ini walaupun ada beberapa scene kelihatan moden. Bak kata kawanku, "Aku teringin nak ke zaman ni, nak feel sendiri era rock tu" kerna kelihatan dimana-mana sahaja ada rock ketika itu.

Kepuasan cerita ini adalah elemen nostalgianya, lagu-lagu pilihan yang diselitkan, dress-up rockers, dan semangat rockers untuk memperjuangkan seni musik mereka. Tak perlu menonton filem Rock (2005) untuk memahami filem ini kerna filem ini boleh dimakan (dilayan) begitu sahaja.. an an annnnn~?

"Filem ini sangat dekat dengan saya. Walaupun sudah lebih 80 kali menonton ketika proses suntingan, tetapi saya tidak bosan langsung setiap kali menontonnya. Jiwa saya jelas terlihat dalam filem ini." Mamat Khalid (Dipetik dari Yahoo Entertainment)

Applause!! Filem ini sangat hebat! So far, My favorite Film for 2013!!! Mamat Khalid membuatkan aku nak tengok filem ini lagi..


OST untuk filem Rock Oo - Rimba Bara Kembali


Rating: 8/10 (sebuah lagi filem hebat dan unik arahan Mamat Khalid yang mesti ditonton semua peminat filem tempatan dan peminat musik Rock khususnya)


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sapa suka main futsal? Kasut Joma bagus tak? Ramai kawan kata best pakai, better than other brand yang dah femens amos~ 


click ads to show your support (",)

Friday, 8 February 2013

Husin, Mon dan Mamat Khalid - Review Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

HOlla Peeps,

Agak lama aku tak menonton wayang, filem terakhir yang aku berjaya tonton dan review di sini adalah The Hobit arahan Peter Jackson. Semalam diberi kelapangan masa untuk menonton filem yang paling ditunggu ramai peminat filem tanah air, khususnya peminat penduduk kampung pisang, iaitu filem Husin , Mon dan Jin Pakai Toncit. Hati agak curious untuk melihat keadaan Husin (Awie), Kak Limah (Delimawati) dan penduduk kampung pisang yang lain..

Jika di dalam filem Zombie Kampung Pisang, penduduk kampung Pisang terkena serangan penyakit zombie. Kemudian mereka diganggu Hantu Kak Limah di dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kalini didapati mereka dibelengu masalah lain pula. Bala ni bala~

Masalah bermula apabila beberapa orang teruna di dalam Kampung Pisang termasuk Husin hilang secara mengejut. Apakah kaitannya dengan kehilangan Wahab B (Afdlin Shauki) pada tahun 1967? Siapakah pula Jin Pakai Toncit? Begitu banyak persoalan yang ada di dalam kepala dari sebelum melihat cerita ini, sehinggalah pengakhiran cerita ini.. Begitu banyak yang ingin diceritakan Mamat Khalid.



Seperti yang semua tahu Mamat Khalid adalah seorang director! Ye dia seorang director~ Director ni mengarah filem.. Haaaa begitulah ceritanya~ #LOL


Jika ingin dibandingkan dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang merupakan filem box office, filem ini kelihatan kurang seri tanpa Abi (Johan) yang dibawa lari ke Jawa. Kelihatan begitu banyak mesej yang ingin disampaikan tetapi kurang jelas untuk difahami penonton. Filem ini sedikit suram berikutan masalah yang dihadapi Husin. Beberapa babak seram juga dilihat kurang menjadi, mungkin kerna sudah terbiasa dengan Hantu Kak Limah, jadi babak seram kalini dilihat seperti di recycle semula.

Ramai yang tergelak didalam panggung dari awal cerita, mungkin kerna mereka rindukan lawak santai Mamat Khalid dan penduduk kampung pisang.. Tapi lama kelamaan, bunyi riuh rendah didalam panggung semakin kurang volumenya.. Ramai sudah kelihatan mula muak dengan lawak yang dihidangkan. Mungkin Mamat Khalid cuba untuk mengekalkan trademark setiap penduduk kampung dengan lawak mereka tersendiri, tetapi dilihat tidak lagi menjadi impak. Kelihatan di dalam filem kalini, lawak kampung pisang sudah mula mual~

Walaubagaimanapun, kekuatan filem ini adalah pada lakonan Awie, Ezlynn, dan Rashidi Ishak yang kelihatan begitu menjiwai watak mereka. Beberapa babak romantis dan sedih berjaya dijiwai Awie, jiga dibantu dengan pengalamannya berlakon untuk beberapa lama. Kekuatan pada CGI juga tidak kurang hebatnya walaupun ada beberapa scene dan scene climax yang agak tidak masuk akal. Apabila di lihat di credit, nama-nama anak muda melayu di dalam senarai disebalik seni filem ini. Pilihan lagu untuk filem ini juga sangat bagus, tetapi lagu tema Lamunan Terhenti nyanyian Awie dan Ezlynn kedengaran kurang menyegat seperti Cinta Kristal di dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Disebabkan ramai terlalu mengharapkan yang terbaik dari Mamat Khalid berikutan kejayaan filem sebelum ini, filem ini di kira early-rated, tetapi gagal menyengat disebabkan expectation yang tinggi dari penonton. Apapun, goodluck kepada Mamat Khalid untuk filem Rock 2: Rimba Bara Kembali.

Rating : 7/10 (Kelihatan filem ini kurang memberi impak seperti yang sebelumnya, tetapi ia adalah sebuah filem yang bagus dengan plot, mesej dan jenaka kampung pisang)



Al-Fatihah kepada Arwah Zami Ismail


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: agak bosan dengan gaya review yang sama, jadi kalini aku karang lebih sikit atas sebab concern dan sayang dengan industri filem tempatan.. 


click ads to show your support (",)

Tuesday, 18 December 2012

The Hobbit: An Unexpected Journey - Movie Review

HOlla Peeps,

Setelah mendengar Peter Jackson (pengarah LOTR) mengumumkan untuk buat filem The Hobbit pada tahun 2005 selepas beliau mengeluarkan cerita King Kong, aku terus menantikan filem ini. Tetapi sayangnya, menyepi sehingga 2010 yang mana beliau mengeluarkan statement akan kembali mengeluarkan watak middle earth. The Hobbit akhirnya berjaya menemui semua peminat karya Peter Jackson dan LOTR.

the hobbit wallpaper http://www.thehobbit.com/

Berdebar-debar aku menunggu saat hujung minggu untuk menonton filem ini, dan ternyata, tidak sia-sia perjalanan dari Arau ke Alor Star semata-mata untuk tonton filem ini (Jitra Cinema hanya tayangkan filem berformat 3D).

Seperti biasa, tiada spoiler akan didedahakn di dalam review ini. Hanya sinopsis ringkas dan alasan mengapa perlu filem ini ditonton.

the hobbit wallpaper http://www.thehobbit.com/

Sinopsis: Bilbo Baggins, seorang Hobbit yang  tinggal di Shire di pilih oleh Gandalf the Grey untuk mengikuti pengembaraan bersama 13 Dwarf yang diketuai pahlawan lagenda, Thorin Oakenshield untuk claim semula istana mereka daripada Smaug. Perjalanan membawa mereka ke Wild; iaitu melalui treacherous lands swarming dengan Goblins dan Orcs, deadly Wargs, Giant Spiders, Shapeshifters dan tak terkecuali Sorcerers. Walaupun destinasi mereka terletak ke Timur dan Wastelands of Lonely Mountains, pertama mereka mesti melaui Goblin Tunnels, di mana Bilbo bertemu makhluk yang akan mengubah hidupnya selama-lamanya ... (sumber)

Kenapa Filem Ini Berbaloi Ditonton?

  • Smeagol kembali di dalam filem ini yang mana ia menceritakan bagaimana Bilbo Baggins ditemukan dengan 'The One Ring'.
  • Filem arahan pengarah hebat Peter Jackson (King Kong, LOTR) yang dilakonkan lineup yang tidak mengecewakan seperti Martin Freeman dan Ian McKellen.
  • Filem bergenre fantasi yang mana seekor naga menjadi main antagonist.
  • Kebanyakkan tempat-tempat di dalam LOTR ada di dalam filem ini yang mana Bilbo pernah ceritakan beberapa pengembaraannya kepada Frodo.
  • Pada yang belum tengok LOTR, dinasihakan tengok filem ini untuk mendapatkan feel melayan trilogi LOTR.

Rating: 9/10 (Super-duper adventure menanti anda di sana yang mana setiap scene sangatlah rugi jika ditinggalkan)



-zuan-
p.s: aku cuba lain kan style review untuk kali ni.. hope gettin better than before sebab inginkan pembaca review yang setia daripada anda ;) 


click ads to show your support (",)

Thursday, 1 November 2012

> Movie Review : Skyfall

HOlla Peeps,

Rasanya dah lama aku tak tulis review filem. Mungkin sebab kurang luangkan masa untuk blogging dan hangout menonton wayang lately. Bond. Menurut salah seorang kawan aku, dia seorang agent 007 yang pervert dan membosanan dan hanya digemari orang tua. Jadi tak hairanlah yang waktu aku tonton Skyfall, purata di dalam panggung adalah orang dah berumur dan begitu sedikit bilangan remaja. Aku tak begitu familiar dengan watak dan cerita 007, tapi kisah kalini membuat aku tertarik untuk menonton 2 filem bond yang lepas lakonan Daniel Craig iaitu Casino Royale (2006) dan Quantum of Solace (2008).


http://en.wikipedia.org/wiki/File:Skyfall_poster.jpg
 Sinopsis (English) : After an operation in Istanbul ends in disaster, James Bond is missing and presumed to be dead, the identities of every active undercover MI6 agent are leaked onto the internet, and M becomes the subject of a government review over her handling of the situation. When the service itself is attacked, Bond's sudden reappearance gives M the pretext she needs to seek out Raoul Silva, a dangerous villain claiming a personal connection to both of them - but as he follows a trail from London to the South China Sea, Bond soon finds his loyalty to M challenged over secrets from her past. (sumber)

Kenapa Perlu Tonton Filem Skyfall?

  • Sebuah filem penuh aksi dan drama lakonan Daniel Craig (James Bond), Javier Bardem (Silva) dan Judi Dench (M).
  • Bond sering dikaitkan dengan Super Gadgets, tapi di dalam movie ini, hanya skill berlawan dan pistol menjadi senjata.
  • Adele diberikan sandaran menyanyikan ost filem ini dengan tajuk lagu Skyfall.
  • Lakonan selamba dan cool Daniel menjadikan filem ini lebih menarik. Dan watak psyco yang dibawa Javier di dalam filem ini sungguh hebat. 
  • Kemelut menimpa MI6 menjadi tulang belakang cerita ini, menjadikan plot cerita untuk filem ini sangat menarik dan tidak membosankan.
  • Filem kali ini lebih fokus pada watak M daripada watak Bond.
  • Bagi yang minat filem berdurasi lebih 2 jam, ia filem yang tidak membosankan dan amat berbaloi untuk tahan diri dari pergi ke tandas.
  • Aksi kejar mengejar di dalam kereta api, aksi letupan bangunan dan bayak lagi begitu realistik dan mengagumakan.

Rating: 8/10 (penuh dengan aksi dan tidak membosankan.)


Video Clip OST Skyfall, Skyfall oleh Adele.
Persembahan vocal mantap daripada Adele dibantu music yang sangat menyegarkan
menjadikan OST ini sangat bagus.


-zuan-
p.s: jika sebelum ni aku rasa The Avengers dan Dark Knight Rises adalah to be considered movie of the year, kini aku letakkan Skyfall di dalam senarai. But aku expect Twilight dan The Hobbit bakal berada di dalam senarai aku untuk tahun ini.    


click ads to show your support (",)

Tuesday, 24 July 2012

> Jangan Nak Ngado Ponteng Puasa

Salam Ramadhan Peeps,

Sebelum terlupa,

"SALAM RAMADHAN KEPADA PEMBACA SETIA SB DAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA, 
SEMOGA KITA DIBERI PELUANG UNTUK BERIBADAH DENGAN LEBIH BANYAK TAHUN INI DAN LEBIH DIBERKATI ALLAH S.W.T HENDAKNYA, AMIN"


Alrite, busy tu dah menjadi sesuatu yang mesti dilalui pelajar final  year. Dengan FYP yang perlu disiapkan sebelum october, aku perlu lebih fokus dan tumpukan masa untuk siapakannya.. 


Workstation untuk siapkan projek

Jadi untuk bulan puasa ni, aku aim untuk siapkan 80% Projek Bijak Jawi aku supaya proses testing dan implementation boleh dilakukan lebih awal henyaknya...
so bila dah naik semester nanti, leh aku goyang kaki sambil kacau projek orang lain hehe (",)


Alrite bulan puasa ni jangan la nak mengada gi tengok wayang pulak, bukan apa, dalam wayang tu macam-macam jenis 'wayang' kita mungkin nampak. Bukan disengajakan, orang kata
"Sekali pandang rezeki, dua kali pandang dah kira dosa tu"
 hehe so sendiri punya ingat la ye..


Opss RATING DARK KNIGHT RISES, 9/10! Pada awalnya aku aim ia menjadi 10/10, tapi filem kali ini tak dapat beat THE DARK KNIGHT (2008) yang mana The Joker nampak lebih ber-karaktor dari Bane! Apa-apa pun, Good Job NOLAN!!!

Adehh nampak benar busy-nye, habis semua benda aku tulis dalam satu entry! #LOL


-zuan-
p.s: salah bapa kepada seorang sahabat baik aku mendapat Stroke, harap keadaan beliau tidak bertambah kritikal dan beliau sembuh dan sehat seperti biasa hendaknya, amin.. 

click ads to show your support (",)

Friday, 1 June 2012

> Movie Review : Snow White and the Huntsman

HOlla Peeps,

Rasanya dah dekat sebulan aku tak tulis review mengenai filem kan? Hehe i'm back with a review of a film you peeps should not miss (",)

http://www.snowwhiteandthehuntsman.com/downloads/wallpaper.html?file=desktops/swath12_standard.jpg
Sinopsis : Snow White is the only person in the land fairer than the evil queen. Unable to tolerate the insult to her vanity, the evil queen decides that Snow White must die. The queen sends a huntsman to kill Snow White. However the huntsman finds himself unable to murder the innocent young woman, and instead ends up training her to become a warrior capable of threatening the queen's reign. (imdb)

Kenapa perlu tonton filem ini?

  • Lakonan mantap Kristen Stewart (sebagai Snow White), Chris Hemsworth (sebagai The Huntsman) dan Charlize Theron (sebagai Ravenna).
  • Sebuah filem fairy tail yang bergenre Aksi, Drama, Adventure dan Fantasi yang mana sedikit berlainan cerita dari Snow White and the Seven Dwarf yang biasa kita dengar dan lihat.
  • Plot yang tidak membosankan dibantu perkembangan watak yang menarik untuk diikuti terutama watak Snow White dan Queen Ravenna. Lakonan Kristen mungkin tiada banyak beza dengan twilight, tapi lakonan Chris Hemsworth yang selama ini kita lihat di dalam filem Thor dan Avengers sebagai watak yang angkuh dengan kuasa, tetapi di didalam Snow White dilihat seorang duda yang bermasaalah..
  • Watak 7 dwarf di dalam filem ini sangat menghiburkan hati dan banyak kali membuatkan penonton ketawa.
  • Ever wonder how the fairy Snow White fight in a war? hehe
  • Jika korang rasa Loki (Thor/Avengers) adalah villain yang paling kejam, korang patut konsider untuk letakkan Queen Revenna di atas takhta.
  • Ia sebuah filem fantasi sehebat Narnia dan Alice in Wonderland.
  • Percaya atau tidak, kecantikkan mampu menundukkan lelaki, haiwan dan makhluk ganas? Wanna know how the beauty did it?



Rating : 7.5/10 (penuh dengan adventure, fantasi dan aksi mendebarkan)

http://www.snowwhiteandthehuntsman.com/downloads/wallpaper.html?file=desktops/swath10_standard.jpg
Snow White and the Huntsman


-zuan-
p.s : alhamdulillah sering dapat pujian dari kawan kawan aku mengatakan "aku sangat rajin dan review filem dan banyak membantu diorang untuk tonton filem-filem baru".. menanti free ticket untuk filem-filem akan datang, dan harap free tiket tu untuk mana mana panggung hehe...  

Friday, 27 April 2012

> Movie Review : The Avengers

HOlla Peeps,

Yeah, terasa macam baru semalam tengok trailer The Avengersehh semalam mana tengok trailer, terus tengok premiere screening hehe (Malaysian are lucky because US people need to wait until 4 May to watch this awesome movie)..



Sinopsis : Nick Fury is director of S.H.I.E.L.D, an international peace keeping agency. The agency is a who's who of Marvel Super Heroes, with Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye and Black Widow. When global security is threatened by Loki and his cohorts, Nick Fury and his team will need all their powers to save the world from disaster. (imdb)

Kenapa perlu tonton?

  • Filem lakonan mantap Robert Downey Jr., Chris Evans, Chris Hemsworth, Samuel L. Jackson Scarlett Johansson dan Jeremy Renner.
  • Pernah tertanya-tanya bagaimana Nick Fury menyatukan semua hero ini?
  • Jika selama ini tertanya-tanya dimana Hulk bersembunyi dan bagaimana Hulk kawal kuasanya, jawapannya ada di dalam filem ini.
  • Sebuah filem aksi, sfi-fi dan adventure.
  • Ever think how a man who slept for 70 years survive today's tech?
  • Loki yang dilihat di dalam Thor begitu licik, semakin licik dan menjadi jadi tricknya di dalam filem ini.
  • Official OST untuk filem ini adalah lagu nyanyian Soundgarden, Live to Rise.
  • Jika korang lihat si Tony Stark adalah seorang yang gila gila di dalam Iron Man, di dalam movie ni, dia dilihat, lebih gila! hehehe.
  • Penuh dengan aksi, drama dan CGI yang mantap!
  • Plot cerita yang tidak membosankan, ada naik turun dimana kemelut dalaman selepas hasutan Loki keatas ahli avengers.
  • Pengkritik movie macam aku susah nak kritik movie macam ni lol.
  • Tunggu sehingga habis credit, dimana post-credit scene akan memberi klu kepada sambungan filem Avengers?
  • Situasi serius selalu bertukar menjadi humor apabila masing-masing mula naikkan ego mereka.
    • and more humor.. 
Tony Stark: When they come, and they WILL come, they'll come for you.
Loki: I have an army.
Tony Stark: We have a Hulk.
Loki: I thought the beast had wandered off...
  • Tak perlu begitu mengenali semua watak Marvels untuk menghayati filem ini.


Rating : 9/10 (Worthy to watch more than once!)




-zuan-
p.s : ada 2 hari saki baki cuti...   

Monday, 16 April 2012

> Movie Review : Battleship

HOlla Peeps,

Zuan kembali dengan movie review setelah beberapa lama tak review movie (last aku review John Carter) best best untuk ditonton! SO movie apa pula nak review kalini?



BATTLESHIP!

Sinopsis : Based on the classic Hasbro naval combat game, Battleship is the story of an international fleet of ships who come across an alien armada whilst on a Naval war games exercise. An intense battle ensues over sea, land and air. What do they aliens - known as 'The Regents' - want? (IMDb)


Kenapa korang kena tengok movie ni?


  • Sebuah filem ber-genre sci-fi, aksi dan thriller!
  • Sebuah filem lakonan pelakon hebat seperti Taylor Kitsch (yang juga berlakon dalam John Carter), Liam Nesson dan penyanyi sensasi, Rihanna!
  • Jika korang peminat kapal perang terutamanya yang berbentuk futuristik seperti Transformers, korang perlu lihat teknologi yang mereka cuba bayangkan.
  • Kapal perang konsep HASBRO!
  • Jika korang peminat filem berbentuk Alien Invasion, ini sebuah filem yang sangat sesuai ditonton.
  • Plot cerita tak membosankan dibantu CGI yang awesome!
  • Korang tau macam mana nak ngorat anak Navy Admiral? Usya filem ni kalau nak tau bagaimana hehe.
  • Make sure korang stay sampai after credit kerna ada satu scene menarik selepas itu.
  • Berkemungkinan ada sequel?

Untuk menaikkan adrenalin korang untuk tonton filem ni, aku sertakan sekali teaser filem ini.



RATING : 8/10 (Totally awesome movie! Full of action, drama and surprise! Worth to watch more than once!!)

Rihanna sebagai Raikes


-zuan-
p.s : banyak benda aku nak tulis, tapi time constrain menidakkan aku.. So kerja perlu diutamakan dulu kan?  

Wednesday, 14 March 2012

> Movie Review : John Carter

HOlla Peeps,

Selepas teaser petang tadi, review yang dinantikan ;

Sinopsis : Dipindahkan secara tak sengaja dari Bumi ke Marikh,  John Carter terperangkap di dalam perang saudara yang menemukannya dengan kaum berwarna hijau setinggi 12 kaki dan kaum yang mempunyai rupa seperti manusia tetapi mempunyai teknologi yang canggih. John Carter kemudian ditangkap dan menjadi 'pet' kepada kaum ini kerana kebolehannya upayaannya melopat tinggi. Dia perlu membantu mengatasi masalah di planet itu jika ingin kembali ke bumi. Tapi secara tak sengaja jatuh cinta dengan prices of Helium, Dejah Thoris.

Kenapa Filem Ini Perlu Ditonton :
  • Filem bergenre aksi, pengembaraan, fantasi dan sfi-fi.
  • Salah satu filem produksi Disney.
  • CGI yang superb yang mana membuatkan korang kagum bagaimana pelakon boleh berinteraksi dengan makhluk setinggi 12 kaki.
  • Plot cerita yang sedikit membosankan pada permulaan dan pertengahan, tapi penuh dengan teka teki yang membuatkan anda stay on your sit.
  • Idea yang baru, dan pengembaraan yang baru yang mana hero mempunyai ability untuk melompat.
  • Penuh dengan aksi dan drama.


Rating : 7/10 (new world, new idea! A bit slow and confusing start, tapi mempunyai penamat yang memuaskan)


-zuan-
p.s : dalam usaha naikkan trafik ke 500uv.. mampukah? 

Monday, 20 February 2012

> Movie Review : Ghost Rider : Spirit of Vengence

HOlla Peeps,

Sinopsis : Johnny Blaze, still struggling with the curse of being the Ghost Rider, is hiding out in a remote part of Eastern Europe when a secret sect of the church asks him to save a boy from the devil. At first Johnny is reluctant to use his power, but it's the only way to save the boy and possibly rid himself of this curse forever. (sumber wikipedia)

Kenapa perlu tonton filem ini?

  • Ia adalah sambungan Ghost Rider (2007) based on komik Marvel.
  • Sebuah filem lakonan Nicolas Cage.
  • Bergenre Aksi, Fantasi dan Anti Superhero(Dark Hero) berdurasi 1 jam 35 minit.
  • CGI yang superb apabila motor terbakar disebabkan Blaze bertukar ke Ghost Rider form.
  • Beberapa part lawak yang mana Danny (budak kecil half Devil) membayangkan bagaimana keadaan Ghost Rider ketika membuang air kecil.
  • Memang tidak dinafikan yang poster filem ini mampu membuatkan penonton tertarik untuk menontonnya.

#justgoogleit
Untuk Pertama kali aku akan nyatakan kenapa filem ini tak perlu ditonton kerana rating untuk filem ini yang aku boleh beri adalah bawah daripada 7, yang mana pada aku, sebuah movie yang tak berbaloi ditonton.

  • Story line yang membosankan dan typical. Tiada aksi yang menarik untuk diingati atau dikagumi dalam filem ni.
  • Ia sebuah kisah superhero (atau Anti Superhero secara lebih tepat) yang mana heronya tak mampu kawal kuasa sendiri.
  • Tak patut diberi nama Ghost Rider sebab membonceng moto ketika dalam Ghost form pada waktu siang dalam usaha mengejar watak jahat.
  • Cage seperti tidak berapa sesuai dengan watak ini, rasanya patut bagi watak Ghost Rider dekat wrestler WWE, Undertaker.
  • Memberi pengaruh negative kepada Mat Motor untuk membayangkan yang mereka akan jadi Ghost Rider jika mereka membuat Deal With The Devil.
  • Aku terpaksa mengakui yang 1st installment lebih baik dari yang kedua ni walaupun aku kurang gemar yang 1st punya.


RATING : 5/10 (Sangat mengecewakan, aku rasa nak tertidur apabila tonton filem ni. Mungkin aku tak begitu mengenali watak Ghost Rider. This Anti Superhero is cool, but it's story sucks!)


-zuan-
p.s :  aku tertunggu-tunggu tayangan Battleship, The Avenger, The Dark Knight Rises dan The Hobbits.. 

Saturday, 18 February 2012

> Movie Review : The Decendants

HOlla Peeps,

#ThanksToNuffnang

Sinopsis : Dari penulis SIDEWAYS, pemenang Oscar® Alexander Payne,, THE DESCENDANTS sebuah filem yang berlatarkan Hawaii mengikuti kisah keluarga America yang tak menentu dan teratur.Matt King (lakonan George Clooney), seorang suami dan bapa kepada dua orang anak perempuan, perlu meneliti semula kesilapannya di masa lepas dan cuba mengemudi masa depannya bersama keluarganya apabila isterinya terlibat dalam kemalangan apabila menaiki bot ke Waikiki. Dia cuba membaiki semula hibungannya dengan anak perempuannya – Scottie (lakonan Amara Miller) berusia 10 tahun tetapi terlalu cepat matang dan banyak terpengaruh dengan kakaknya dan seorang yang berjiwa memberontak Alexandra (lakonan Shailene Woodley) yang berusia 17 tahun – sementara bergelut dengan keputusan untuk menjual tanah pusaka keluarganya yang mana broker hartanah yang ingin membeli harta pusaka mereka mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.


Kenapa perlu tengok filem ini?
  • Sebuah filem bergenre Komedi, Drama.
  • Memaparkan kisah hidup sebenar orang Hawaii yang sebelum ini kita anggap adalah seperti Paradise (Syurga).
  • Banyak unsur komedi dalam filem ini yang akan korang tergelak apabila menontonnya, walaupun ia bukanlah filem berbentuk komedi.
  • Mengikuti perjalanan bagaimana seorang bapa ingin membaiki hubungan dan memenangi semula hati anaknnya.
  • Perkembangan setiap watak menarik untuk diikuti. Bagaimana anak-anaknya secara perlahan berubah baik dan mula menerima bapanya, dan menerima hakikat yang ibu mereka tiada harapan.
  • Sebuah filem yang mempunyai plot yang tak membosankan sehingga membuatkan korang rasa takkan ke tandas untuk membuang air kecil supaya tak terlepas babak-babak menarik.
  • Mempunyai banyak mesej tersirat yang mengajar kita tentang erti hidup yang sebenar seperti jangan terlalu sibuk bekerja sehingga lupakan tanggungjawab terhadap keluarga, sifat sabar adalah sesuatu sifat yang mesti di dalam diri setiap individu bagi menangani sesuatu masaalah.
  • Sebuah filem yang korang takkan jangka penamatnya dan korang takkan minta untuk ditamatkan.
  • Berdurasi 2 jam, tetapi tak rasa yang ia adalah 2 jam kerana penuh dengan babak menarik dan dialog yang tak melalut.
  • Bak kata kawan aku "aku akan ingat movie ni sampai bila-bila sebab ia berkaitan dengan hidup kita".
  • Mengajak penonton berfikir apa tindakkan yang akan dilakukan jika berada didalam situasi yang sama Matt alami.
  • Lakonan mantap George Clooney dibantu beberapa pelakon yang hebat.
  • Di dalam kehidupan sebenar jangan terlalu mengharapkan keajaiban kerana tak semua benda ada keajaiban.

Rating : 8/10 (Ia sebuah filem yang sangat bagus dan sarat dengan mesej yang boleh dikatakan antara filem terbaik setakat ini untuk tahun ini. Tidak nampak kenapa anda perlu ke tandas untuk terlepas babak-babak menarik)





-zuan-
p.s : happy weekend peeps.. isnin or selasa ni aku publish review ghost rider.. 

Sunday, 12 February 2012

> Movie Review : Chronicle

HOlla Peeps, 

Hujung minggu duduk rumah selepas kecewa tak plan untuk mandi air panas tak jadi (disebabkan kawan bangun tidur lambat).So just spend time hangout n watching movies with homies..

Chronicle 2012
Sinopsis : Tiga kawan sekolah tinggi memperoleh superpower selepas membuat satu penemuan yang luar biasa pada satu malam. Tidak lama kemudian mereka mendapati kehidupan mereka menjadi tidak terkawal dan persahabatan mereka mula teruji. Dan mereka mula menggunakan kuasa mereka untuk tujuan tidak baik.

Kenapa perlu tonton filem ini?

  • Ia filem bergenre Sci-Fi, Thriller dan Aksi.
  • Mempunyai plot yang tidak berserabut dan perkembangan cerita yang sangat menarik dan mendebarkan.
  • Perkembangan watak filem Chronicle dari setiap scene jelas ditunjukkan. Pergolakkan watak menarik.
  • Kamera efek yang jauh lebih baik dari beberapa filem bergenre found footage yang lain (Paranormal Activity, Cloverfield dan Quarantine).
  • Menggunakan pelakon yang kurang popular untuk menghidupkan cerita ini (ada sedikit je unsur lovedan romance dalam filem ini).
  • Satu bentuk filem yang lain dari filem superhero yang ada superpower yang lain yang mana biasanya kita lihat yang baik nak selamatkan, dan yang jahat nak musnahkan.
  • Efek kamera dan CGI yang awesome!!!
  • Durasi 80 minit tak terasa sebab diisi dengan drama, lawak dan aksi yang tak membosankan.  
 
Rating : 8/10 (Make sure korang tak makan sebelum tonton filem ini kerana ia ber-genre Found Footage jadi pergerakkan kamera memang memeningkan. Cerita ni tak begitu menerangkan bagaimana diorang dapat kuasa tersebut, dan ada beberapa persoalan yang memungkinkan ada sambungan cerita ini.)


-zuan-
p.s : korang dah guna voucher rm200? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...