Showing posts with label Masaalah Kita. Show all posts
Showing posts with label Masaalah Kita. Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

Keyword Melayu - Lucah! Lucah!! dan Lucah!!!

HOlla Peeps,

Need info? Just Google it..

Sekarang ni maklumat di hujug jari asal ada wifi, streamix, unifi dan seangkatan dengannya.. Semalam aku ada Google untuk dapatkan idea untuk design logo team futsal. Aku fikir nak buat tema pahlawan melayu, and ada unsur kemelayuan untuk logo tu, so just keyword-kan 'melayu' untuk dapatkan gambaran secara general what is melayu. But the result was...


melayu?
Beberapa gambar terpaksa di-blur kan sedikit untuk mengelakkan blog ini di cop blog porno

And I was like, WTFish??? Apahal benda macam ni naik pulak? Kot ye nak test SEO pun, jangan la melibatkan gambar sebegini.. Apa yang lebih memalukan bila ada related search yang lagi teruk dan memalukan seperti 'awek melayu', 'melayu 3gp' dan 'melayu terlampau' .. Bayangkan klu omputih nak search pasal Melayu, and end up looking at this? Apa respond diorang?

This is not normal peeps, this is NONSENSE (Bak kata sorang lect kat U aku bila tengok Journal budak tak ikut apa yang dia nak) Takkan sebab nak traffic murahan sanggup letak benda sebegini?

So how do we reduce this? Report to Google? Or banyakkan tulis artikel mengenai melayu yang lebih positive dan baik?

Sepatutnya keyword melayu berkaitan dengan keris, jawi, tanjak, sultan, hang tuah, congkak, gasing, kedaulatan raja, dan banyak lagi yang melambangkan who we actually are not who we try turn into.. Ini semua poyo!!!


Nota Marah: Peeps, PLEASE be more ethical when write something on your site.. I know its your site, but, what you write could affect others as well..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: aku baru merasa burger pizza, thanks to my best buddies sbb sudi bawak n belanja aku mkn aritu..moga dimurahkan rezeki kalian.. 


click ads to show your support (",)

Monday, 4 February 2013

Uh-Pin-Yuh N - Tanya Pendapat

HOlla Peeps,


Sang kerdil pulang dari perantauan,
mendapat ilmu dari bertapa jauh di sana,
mengharapkan mulutnya, akalnya diterima semua,
jika dulu dia hanya senyap,
takut ditertawakan katannya, ideanya, mulutnya,

kalini dia sedikit berbeza,
mula yakin dengan apa yang dikeluarkan sendiri,
mula yakin menghadapa mereka,

tapi sang kerdil mula bingung, 
mengapa begitu banyak perkara yang diluahkan boleh diterima pakai
dia pada mula fikir masalah, hanya ada satu pendapat masuk akal,
tapi mula memahami yang satu masalah, ada pelbagai pendapat yang lebih masuk akal,
sang kerdi mula girang, melihat dunia yang begitu besar ilmu perlu diterokai..



Koleksi Lego Shell Ferrari


Some agrees dengan pendapat yang diluahkan kita, but some don't..
Walauapapun, jangan berhenti, atau segan untuk menyatakan pendapat kita..
Apa kata mulakan dengan, "in my humble opinion.."

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: selepas 3 hari tidur di bilik baru, ternyata aku sangat gembira.. hehehe


click ads to show your support (",)

Friday, 1 February 2013

And I'm Home - Tamat Semester 6 Di UiTM

HOlla Peeps,

Alhamdulillah, berjaya sampai ke rumah setelah mengharungi perjalanan yang agak ridiculus jauh dari segi masa semalam. In short summary, aku gerak naik bus dari Kangar pada pukul 12.30 tengah hari, and end up sampai Pudu pukul 9.30 malam.. Secara normalnya perjalanan Perlis ke KL adalah 6 jam, klu naik GOLF GTI mungkin dalam 5-4 jam je.. Tapi ia bus.. Well rata-rata akan kata, "Ala bus, biasa r lambat", tapi secara hakikat, korang pernah kena potong dengan bas di highway tak? So logik mengatakan bus slow adalah tidak relevant lagi.. And the rest is history..

Pagi ni, menghirup udara segar di bilik baru aku, kerna bilik lama di ambil adik aku. So nak tak nak kena mengalah je la.. Tapi bilik baru ni kecik je, aku dok fikir, klu dah kawin n bawak balik bini nanti, bini nak letak mana? LOL jauh benar aku dok fikir.. Well that is me, always worry and think about future.. I dont wanna slack my future with unneeded things..


Alright, that's it for now, harini aim aku nak siapkan packaging dan send GA aku kepada semua lucky 5..

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: maktok aku pun dah perli aku buncit.. time to workout!!! 


click ads to show your support (",)

Friday, 4 January 2013

Jangan Di Salah Erti - Puisi Budak Sengal

Salam Jumaat,


Si bongkak kembali dari bertapa,
kembali dengan wajah baru,
kelihatan berjambang.. dan sudah tak terurus,
Apakah muslihatnya kali ini? 
Persoalan negative dilontarkan mereka yang jumpanya,
Ternyata si bongkak dibenci dan dicaci masyarakat,
Si bongkak cuba berkawan,
Si bongkak cuba mengelak lawan,
Semakin rendah si bongkak tunduk,
Semakin banyak caci maki diterima si bongkak,
Si bongkak masih tidak mengalah,
Terus bersabar,
Masyarakat tidak menerima nasihat si bongkak,
apabila si bongkak cuba menyatukan masyarakat,
Masyarakat begitu ego,
Mereka mula menjadi seperti yang mana si bongkak pernah jadi,
Apakah sudah bertukar suasana?
Si bongkak mula mengalah, 
Dikala masyarakat mula rosak,
Mula runtuh akhlak,
Nama si bongkak mula bertukar,
Masyarakat menjadi si bongkak yang baru,
Dan.. Si bongkak yang lama mula membawa diri,
Niat baiknya dipersia, 
Ceritanya menjadi jenaka,
Ceritanya di salah erti, 
Dan si bongkak ke pulau, 
Duduk kesorangan,
Menanti masa dia diperlukan semula..


Firman Allah : “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."(Surah al-Hujurat, ayat 12) (sumber)


Sebuah cereka pendek mengenai seseorang yang pada awalnya banyak membuat kesilapan sehingga tidak diterima masyarakat. Kemudian dia sedar dengan kesilapannya, dan membawa diri ke suatu tempat sehingga dia jumpa sesuatu yang mengubah kehidupannya. Dia belajar pelbagai perkara. Dan apabila dia kembali ke tempat asalnya, segalanya berbeza dengan apa yang dia pernah jumpa sebelum ini. Ia mungkin tiada kaitan dengan dunia sebenar, dan mungkin juga berkait di mana kita sendiri tidak sedar akannya.. Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk semua..


Till then, As-salamu alaykum :)

-zuan-
p.s: Aku tak tau nak labelkan ini puisi atau cereka pendek? Apa pendapat kalian? 


click ads to show your support (",)

Saturday, 22 December 2012

Janji, Masa dan Ceritanya.. Entry Zuan dan Fifi Sazali

HOlla Peeps,

*PERHATIAN, 

Ini adalah special entry yang mana aku dan Fifi Sazali telah make a deal untuk menulis entry dengan topik yang sama pada masa yang sama. Boleh kata ia adalah Entry Challenge..*


20:00

"Mana Awie ni?" kata Lisa
"OTW la tu, jauh aku datang, dia lambat pulak" kata Najib.
"Waduhh waduhh.. lambat bangat ya dia" kata Wulan pula.

20:15

*Najib sending text "Mana lu ni awie? Show dah nak start!".
*Awie Reply "5 minit lagi, bini gua drive slow la Jib, lek tu.. "

20:30

Masing-masing dah mula tarik muka menunggu Awie sampai.
Wulan call Awie "Mu di mana sih? Begitu lambat bangat.. sudah berpeluk ketiak menunggu mu tiba.."
"Jangan nak poyo sangat, aku memang selalu datang lambat, janji Melayu memang begini" kata Awie.

20:59

"Taraaaaa! kan on time tu! hehehehehe" Awie tiba dengan senyuman kegembiraan cuba mengubati muka masam di sahabatnya.
"Janji pukul 8! Tak on tima la kau ni..." kata Lisa.

(Watak, dialog dan plot hanya rekaan semata-mata untuk isi entry ini)


Dan..... Apa terjadi seterusnya? Tunggu aku jadi direktor filem tuk ceritakan lebih lagi.. 



Dan tunai olehmu akan janji sesungguhnya janji itu sesuatu tanggungjawab (Surah Al-Esw: 34) (sumber)

Agama kita iaitu Islam juga melarang supaya tidak memungkari janji dengan berpegang pada janji.. Kita hendaklah mencuba sedaya upaya untuk menunaikan janji jika kita dah berjanji supaya kita tidak tergolong di dalam golongan orang munafik;

Tanda orang munafik itu ada tiga perkara apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janji dan apabila dia diamanahkan dia mengkhianati’. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Astaghfirullah, semoga kita tak tergolong dalam golongan tersebut.. Jadi sebelum membuat janji, hendaklah fikir akan kemampuan kita untuk tepatinya. Jangan sebab tak tepati janji, kita hilang kepercayaan, kita hilang kawan..

Secara etika-nya pula, jika Awie tak dapat make it in time, dia sepatutnya call or mesej sahabat yang ingin ditemuinya mengenai kesulitan yang dialami Awie dalam perjalanan bertemu sahabatnya supaya tak timbul pula isu, melayu tepati janji, tak tepati masa, dan tak ada la sahabat yang bermasam muka..


Apa tips untuk tepati janji atau on time? Secara mudahya ada;
  1. Berdoa supaya tiada kesulitan pada hari yang dijanjikan
  2. Set reminder di phone/calendar/buku nota.
  3. Keep remind dalam kepala.
  4. Mintak someone tolong remind.
  5. Make sure tiada masalah pada hari yang dijanjikan, dan bersiap awal supaya boleh tiba awal.

Dan banyak lagi cara tuk tepati masa.. Semoga kita menjadi individu yang dibercayai dan boleh menepai janji InShaaAllah..



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sometime, bila kita baca komen di blog, vlog or apa-apa sahaja di laman social, begitu banyak komen berbentuk sindiran, cacian, dan jenaka yang dilontarkan.. adakah mereka benar-benar bermaksud dengan apa yang mereka taipkan? tak ke dorang fikir perasaan mereka yang menerima cacian tersebut? Is joke something positively accepted by all people? Think twice before you make a fun on anyone..


click ads to show your support (",)

Sunday, 21 October 2012

> "Untonglaaaaaa"

HOlla Peeps,



Do something, dan got some reward for it, then hears a word "untongllaaaaaa"

Semakin hari semakin banyak kali aku dengar word ayat annoying macam ni.. Its like there is another words to respond to something or to congrats for something.... Untongla untongla untonglaaaaaaaa....


Situasi 1

Dia: You pergi mana semalam?
Aku: Pergi mandi air panas je..
Dia: Untongla!


Situasi 2

Update status "Sedang lunch di Mekdi" di Facebook
Komen "Untongla"


Situasi 3

Dapat 1000 trafik dalam 2 jam.
Respon "Untonglaaaa!"


Situasi 4

Progress projek dah cecah 80%.
Respon "Dah nak siap projek kau? Untongla.."



See? see?? seeeeee??? Dah takde ayat lain nak respond ke? Apa salahnya cakap "Alhamdulillah" atau "Tahniah" atau "Omedetou", or pun "Murah rezeki kome, tak macam kita ni, tak sampai-sampai rezeki".

Just a simple entry to see how many comment will type in "untongla" at this entry~ lol


-zuan-
p.s: selamat hari raya haji kepada semua.. lately, penat dengan work sampai tak fokus dengan blog.. thinkin about gettin back soon~


click ads to show your support (",)

Friday, 28 September 2012

> Apa Yang Aku Lihat dan Apa Yang Aku Pelajari

Salam Jumaat,

cloud


Sepanjang trip aku di negeri orang, mataku sibuk memerhatikan budaya mereka disamping melihat dengan lensa sendiri bagaimana keadaan negeri orang. Bak kata pepatah, "sambil menyelam minum air" tapi jangan tak larat berenang sebab perut dah kembung minum air ye hehe


Di Hat Yai, apa yang aku perhatikan di sini budaya mengemis seperti yang banyak kita lihat di dalam negara kita. Tiada pengemis duduk di tepi jalan dan menagih simpati mereka yang lalu lalang, dan tiada juga kanak-kanak ke orang dewasa meminta wang untuk makan. Tiada juga 'badan organisasi' yang menegur kita untuk meminta derma untuk sekian sekian. Ia seperti tidak pernah berlaku. Mungkin didalam pemikiran mereka, walaupun mereka hidup susah, tetap berusaha untuk mendapatkan sesuap makanan dan setitis minuman.


Budaya bertolak ansur sering kali aku lihat di sini. Aku perhatikan pemandu kereta banyak bertolak ansur dengan pejalan kaki dan pemandu yang lain. Mereka kelihatan tidak tergesa-gesa ke destinasi mereka sehinggakan sanggup memberi keutamaan untuk pejalan kaki melintas jalan walaupun hijau di line mereka. Penunggang motosikal begitu sempoi memacu kenderaan bertayar dua ke mana sahaja tanpa perlu press minyak untuk menarik perhatian ornag lain.


Berbeza dengan apa yang aku ketahui, dan apa aku dengar yang tempat ini bahaya kerna sering dibisikkan mengenai kes pengeboman di salah sebuah hotel di sini. Pada detik awal aku melangkah kaki ke negara ini, aku rasa takut dan sentiasa bersedia untuk apa apa perkara buruk yang mungkin akan timpa keatas aku. Tetapi selepas melihat dan mempelajari tempat ini, di hari kedua aku di sini, hatiku seperti tidak ada ketakutan dan keraguan lagi seperti di hari pertama. Aku rasa tenang dan selamat dari masalah. Ia seperti tidak pernah berlaku peristiwa hitam di sini. Aku boleh berjalan di kaki jalan dengan senang dan apabila senyum kepada orang di sana, dengan senang mereka membalas kembali senyuman. Ia sesuatu yang jarang aku dapat di negara aku sendiri.


Keunikkan adalah suatu yang menunjukkan keberanian untuk melakukan apa yang orang lain tak pernah buat. Keunikkan di sini yang aku perhatikan adalah keunikkan cara berdagang di floating market. Ia sesuatu yang tidak ada di dalam negara kita sendiri. Ia adalah sesuatu yang unik dan menjadi salah satu destinasi popular dan mesti dilawati di sini kerana keunikkannya yang tersendiri. Ia memberi idea kepada kita yang, jika kita berani buat sesuatu yang tidak pernah dicuba oleh orang lain, ia mungkin akan menjadi sesuatu fenomena atau keunikkan yang akan dikagumi oleh orang lain nanti. Tak kisah la ia adalah weirdo, tetapi jika berani cuba sesuatu yang baru, mungkin hasilnya lebih hebat dari mencuba sesuatu yang sudah ada.


Aku juga pelajari menghormati tempat orang yang mana pernah diberitahu "Di tempat orang jangan berlagak samseng, jangan buat hal, respect tempat mereka dan mereka akan respect kita" dan Alhamdulillah, aku selamat pergi, selamat tiba, selamat dalam trip, dan selamat pulang ke tanah air.


Its a fun trip, and next stop? Maybe Jakarta or maybe Singapore..


train station


-zuan-
p.s: rasanya dah semua benda aku cerita mengenai pengalaman aku di Hatyai (part1, part2, part3, part4).. Jika ada rezeki ke negeri lain yang menarik untuk diceritakan pengalamannya, aku kongsi nanti insyaAllah.. (",)  


click ads to show your support (",)

Wednesday, 5 September 2012

> Budi Bahasa dan Banjir Kilat


HOlla Peeps,

"dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu" (QS. Al-Qasas: 77)

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Bandar_Tasik_Selatan_station_(Rawang-Seremban_Line)_(platform_with_upgraded_canopies,_northward),_Kuala_Lumpur.jpg


Setiba di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan,

"Bang tiket ke Senawang" kata aku kepada penjual tiket.
"Tak dengar ke tadi ada announce PERKHIDMATAN KTM KE SUNGAI GADUT DI HENTIKAN DI SERDANG KERJA BANJIR!" kata si penjual tiket dengan nada tinggi.

aku paham yang tekanan kerja mungkin memaksa dia bernada begitu,

"Err sorry bang, saya baru sampai tadi, jadi tak dengar announcement tu. Ada alternative lain tak nak ke area Seremban coz bas ke Seremban pun dah tak ada time ni" jawab aku
"TAK ADA! PERKIHDMATAN DIHENTIKAN UNTUK HARI INI! ESOK ADA TRAIN PUKUL 6 PAGI, TU PUN KALAU AIR DAH SURUT " kata si penjual tiket, masih dengan nada tinggi..


*bateri phone dah nak kong*


Sending text to Umi, "Esok Pan kena daftar pagi pukul 7.30 kan? Stuck kat TBS sekarang ni, maybe lewat balik or balik sok pagi-pagi on 1st train insyaAllah"

Aku tengok jam, dah dekat pukul 10 malam..

Sementara tu aku ke TBS untuk cari alternative lain untuk balik ke Senawang kerna urusan penting esok pagi untuk adik aku (Jadi driver hantar dia ke SDAR)

Mula temui jalan buntu..?

Cuba dapatkan help kawan tuk balik, tapi diorng terlalu jauh tuk datang.. Abah pula ada dan perlu bangun awal untuk ujian kenaikkan pangkat esok pagi..

Nak naik cab? Berapa pula kena cas ni? Sure mahal giler.. Plus duit dalam pocket pun tinggal sikit.. Batery phone pun dah tinggal sikit.. Mungkin boleh buat beberapa call dan texting lagi.. Badan pun dah makin kurang tenaga selepas penat beraya seharian di rumah kawan-kawan UiTM..

Stuck with a mission to get back home tonight, dalam kepala "nak mintak tolong sapa la ni"

Then aku just tanya random people yang ada di kawasan KTM, kebanyakkan mereka terpaksa bermalam di situ dan ada yang tumpang di rumah kawan..

Then,

Seorang lelaki melambai-lambai kearah aku ketika aku sedang bersandar di dinding memikirkan penyelesaian masalah yang dihadapi..

"Dik Senawang dekat mana?" tanya seorang bro yang aku ada tegur tadi.
"Dekat dengan Giant Senawang bang" jawab aku, di kepala banyak tanda tanya, dan agak blur ketika itu.
"Kalau abang drop dekat tol senawang boleh? Abang duduk kat bangi, abang nak hantar kawan abang ni dekat Seremban, jadi dah dekat la tu kan?" offer bro tu dengan senyuman.

Alhamdulillah, ada Hamba Allah sudi tumpangkan aku kerna kebetulan dia nak hantar kawan dia yang stuck di TBS juga ke Seremban. 


"KTM sepatutnya fikirkan alternative lain untuk jika masalah macam ni timbul, not stop kan servis diorang macam tu je. Macam mana dengan penumpang? Kalau perkara macam ni berlaku lagi macam mana? Kalau penumpang yang naik KTM tak kerja tak apa, diorng mungkin boleh tidur di situ, tapi kalau yang kerja? Diornang kena fikirkan solution untuk ni, perlu letak bus ke Seremban di TBS coz yang ada bus ke Seremban just dekat Pudu, itu pun sampai pulul 9 sahaja" kata kawan kepada bro tersebut yang tinggal di Seramban.


Ternyata antara punca sebenar train stuck dan adalah sebab hujan lebat pada siang hari menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan. Dan menyebabkan jem teruk di Kajang dan beberapa jalan keluar dari KL yang lain yang mana menghala ke Selatan..

Dan apabila sampai di Tol Senawang, bro tu offer untuk drop aku di KTM Senawang, tempat dimana aku tinggalakn Nouvo aku. Alhamdulillah.. Terima kasih banyak banyak kepada Bro tu kerna sudi tumpangkan aku. Di dalam kepala aku, mungkin Allah nak uji dan tunjuk yang masih ada manusia yang berhati baik dan suka tolong orang ketika di dalam kesusahan..


..............


Bangun pagi tadi, terus jalankan duty as a brother dengan menghantar adik ke SDAR untuk ujian, kemudian baca beberapa news mengenai;

http://mindaperkasa.blogspot.com/2012/09/banjir-di-serdang-bangi-dan-kajang.html


What a long day for me.. Apa apa pun, Alhamdulillah selamat sampai di rumah..


-zuan-
p.s: counting down days.. back to Arau this Sunday.. 



click ads to show your support (",)

Thursday, 16 August 2012

> Pengaruh Tony Stark dan The Joker

HOlla Peeps,

Pengaruh media massa banyak memberi impak kepada semua orang terutama golongan remaja pada masa kini. Jika dahulu ibu bapa risau jenis kawan apa yang anak mereka kawan, sekarang ibu bapa mungkin akan risau rancangan tv apa yang anak mereka sedang tonton..

Tengok cerita di tv memang memberi influence pada hidup aku dari sudut +ve dan ada juga -ve nya..


http://img35.imageshack.us/img35/6959/79822424.jpg


Sebagai contoh, bila lepas tengok ironman, aku rasa nak jadi Genius dan visionary macam Tony Stark. Tapi ambil dari sudut positive je la an, yang mana aku nyah sikap playboy dan poyo yang ada dalam diri dia.. Tapi malangnya impak itu hanya melekat sekejap sahaja, aku akan jadi seorang yang rajin untuk buat sesuatu perkara untuk jangka masa pendek je, then tak lama kemudian akan jadi diri aku yang sebenar, seorang pemalas.. 

http://hijinksinc.com/wp-content/uploads/2010/07/leverage.jpg


Dan ada juga pengaruh negative pada aku. Seperti apabila selesai melihat siri tv Leverage. Aku mula akan berangan nak jadi Robin Hood moden, dengan mencuri sesuatu dari organisasi/syarikat yang corrupt sudah curi dari sumber yang lain. Tapi just berangan je la, sebab mencuri tu kan haram? Walaupun kita cuba buat benda baik, tapi ia menjadi tak baik jika caranya salah kan?

Sofar aku masih belum terpengaruh dengan The Joker! Menjadi individu psyko, dan penjenayah yang sanggup buat apa sahaja untuk kepuasan diri dan untuk keseronokkan.

BTW Apa pula impak cerita di tv kepada korang?


-zuan-
p.s: sangat lama tak update.. Alhamdulillah progress Projek develope applikasi Membaca Jawi aku semakin ok walaupun begitu banyak dugaan yang aku terpaksa tempuh..


click ads to show your support (",)

Monday, 30 July 2012

> What A Wonderful World

HOlla Peeps,

http://www.myartbythefoot.com/images/wonderful_world2_n4up.jpg


"Some of you young folks been saying to me," Hey Pops, what you mean 'What a wonderful world'?

How about all them wars all over the place? You call them wonderful?

And how about hunger and pollution? That ain't so wonderful either."

Well how about listening to old Pops for a minute. Seems to me, it aint the world that's so bad but what we're doin' to it.

And all I'm saying is, see, what a wonderful world it would be if only we'd give it a chance. Love baby, love. That's the secret, yeah. If lots more of us loved each other, we'd solve lots more problems. And then this world would be better.

That's wha' ol' Pops keeps saying."





I see trees of green, red roses too

I see them bloom, for me and you

And I think to myself

What a wonderful world



I see skies of blue, and clouds of white

The bright blessed day, dark sacred night
And I think to myself
What a wonderful world

The colors of the rainbow, so pretty in the sky
Are also on the faces, of people going by
I see friends shaking hands, sayin', "How do you do?"
They're really sayin', "I love you"

I hear babies cryin', I watch them grow
They'll learn much more, than I'll ever know
And I think to myself
What a wonderful world

Yes, I think to myself
What a wonderful world
Oh yeah!


http://en.wikipedia.org/wiki/File:Louis_Armstrong_What_a_Wonderful_World.jpg


-zuan-
p.s: kejap je dah 1/3 bulan puasa :)  


click ads to show your support (",)

Friday, 6 July 2012

> Pengaruh Mee Segera

HOlla Peeps,

Semalam,
Bintang Segera
dilahirkan melalui rancangan realiti tv..

Harini,
Filem Segera
pula diterbitkan syarikat penerbitan filem..


Dan hasilnya masih sama, 'melapik perut yang lapar' untuk jangkamasa pendek.. Tapi untuk jangka masa panjang pula? Kesannya?

Harini, filem tempatan makin banyak ditayangkan di panggung.. Tapi bagus ke? Kualiti filem masih sama? Or better? Kutipan pula? Makin mengecewakan bukan? Ditambah pula dengan Astro First dan Free Download, sure kutipan tidak se-champion kutipan semalam...

Dan di poster filem, balik-balik muka tiga hero malaysia yang berlakon.. Apa tiada bakat baru? Atau bakat yang lebih hebat? Or sebab nak dapatkan publisiti?


"Owhhh hero gegurl berlakon la, jom tengok cerita ni..."


Come on la, karipap pun rasa tak sedap kalau hari hari makan.. Cuba la buat pembaharuan sikit.. Buat something yang boleh buat orang barat pandang tinggi pada industri filem kita.


"Kuantiti mengurangkan kualiti


Diharap lepasni jangan terlalu segera made filem filem ni.. Nak buat, buat yang betul-betul berkualiti.. Rasaanya kalau diberi peluang keluarkan filem kepada mereka yang lebih menghargai seni macam 'pengarah' dan 'penerbit' dapat, filem yang lebih berkualiti akan terhasil InsyaAllah.. 


kebersihan amalan mulia
Say no to Trash Film!


-zuan-
p.s : menunggu masa yang sesuai untuk kembali serius ke blogging world..hehe



click ads to show your support (",)

Sunday, 24 June 2012

> Memutuskan Silaturrahim

HOlla Peeps,

Lama rasanya tak share something menggunakan dialog.. Well, here we goes peeps! Enjoy this little ride~ hehe..


Berlaku suatu situasi..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtkM0oKxEU3XR5-X1fHDGkmCY8kxQ5UX0IX5Jl7sS0TY1Rv6YzRUCIScwtFo-JevLCjyd-WjIEMaRuzt-yzPdlCMRZ2Cp-SKvULn85Gi_f4EaRp1PlLF_cy4L9vXJParDg8USLQ0pq5kIF/s1600/fight.gif

Ali: Ko ni siot la!!! Semua ko cakap nak betul je!!!
Baba: Betul la apa aku cakap tu, aku google dulu kot sebelum cakap..
Ali : Ahh sudah la Babu!!! Eh Baba mulai sekarang, kita bukan lagi kawan!! Nyah kau dari rumah aku.
Baba: Ehh ni rumah aku ke rumah engkau?

Hari ke 2;

Ali keluar dari rumah Baba dan tinggal di rumah Cha.

Hari ke3;

Ali dan Baba berselisih di pasar malam, tapi tidak bertegur siapa dan meninggikan hidung mereka.
Dan pergaduhan mereka berterusan untuk suatu masa yang lama..


Disebabkan suatu perkara kecil, habis rosak suatu persahabatan, putus suatu silaturrahim..


Riwayat al-Bukhari : "tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" (al-Bukhari)
dan "Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi" (al-Bukhari)
 (credit sumber sumber Zaharuddin[dot]net: Memutuskan Silaturrahmi)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgok4hxQoVUv-E6EF3NwLlqeoR_CwalSzlv9j50OPC_sSQKdaMLybxbMNcVSFKKNAe-NV2Ux-4wtVoSSP5_xSF_bXtR3rhF4A8xUU_VmsTi3-oyvi-0xfCeZZ4pwRCZwzrJ_YnnVD7a5LI/s1600/silaturrahim.png

Jadi, sambungkan benang yang putus, rapatkan kutub yang jauh.. (",)


-zuan-
p.s : examination weeks bermula :) 

Monday, 9 April 2012

> Budak Sekolah Zaman Sekarang Perangai Pelik

HOlla Peeps,

Seronok kan lepak kat kedai, sembang-sembang ngan kawan rapat, bercerita mengenai macam-macam perkara.

Sebak rasa hati bila mengetahui salah seorang adik sedara kawan baik aku sendiri pernah dibuang sekolah akibat terlibat dalam kegiatan gangsterisma. Dia sedang berada  di tingkatan 5, tapi di buang sekolah dan sekarang sedang memohon untuk masuk semula ke sekolah dan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Di beritahu yang dia telah dibuang sekolah beberapa bulan sebelum tamat sesi persekolahan tahun lepas dimana dia sedang menduduki tingkatan 4. Jika dia di beri peluang untuk menduduki SPM tahun ini, pasti begitu banyak yang perlu dia lakukan untuk mendapat keputusan lebih elok




Mungkin sebab banyak terpengaruh dengan Crows Zero dan KL Gangster?




Memang tergamam aku apabila mendapat tahu berita ni dari kawan aku sendiri. Aku pernah berjumpa dengan adik sedara kawan baik aku ni. Kelihatan di mata aku, tiada gaya seorang gangster. Seorang yang tak banyak bercakap apabila berada semeja dengan aku. Barangkali dia menghormati orang yang lebih tua sehingga mendiamkan diri. Tapi hahikat sebenar yang aku baru ketahui yang dia ni adalah salah seorang Taiko di sekolah. Aku juga dengar yang dia juga tidak menghormati gurunya.. 

Pernah diceritakan kawan aku yang dia pernah marah cikgu sebab cikgu tegur salah seorang murid sama kelas dengannya. "Dia bangun kerusi, dia marah cikgu".

Rasanya mataku salah memberi penilaian..Harap yang dia dapat sambung pengajiannya di tingkatan 5, dan lebih penting, berubah perangai tu.. Takkan ke mana dengan perangai macam tu..


-zuan-
p.s : apa yang guru masa kini lakukan? berpeluk tubuh? We need GTO!!! 

Friday, 6 April 2012

> Kerja Untuk Belajar?

HOlla Peeps,


"La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja...kerja..."


Sure ramai yang dah bekerja mula rindu akan zaman belajar kan? Yang mana waktu belajar tak perlu buat benda yang sama kita buat setiap hari ketika bekerja. Menurut pengalamana aku bekerja, kerja boleh jadi membosankan dan boleh juga jadi menyeronokkan.. 

Kerja jadi membosankan kalau kita tak minat dalam bidang kerja kita, dan gaji yang diberikan terlalu sedikit dan tidak berbaloi dengan kerja yang dilakukan.

Kerja jadi best kalau kerja tu memang kerja yang kita minat nak buat, kerja tak memberi tekanan yang banyak dan semestinya gaji yang tinggi diberikan.


Tidak menghairankan jika ada dikalangan yang bekerja itu adalah seorang pelajar, dan sebaliknya. Ada yang sedang belajar, tetapi disebabkan masalah kewangan, mereka terpaksa membuat part time work di tempat tempat kerja yang menawarkan kerja part time kepada pelajar. Ada juga pelajar yang menggunakan blog atau laman sosial untuk mendapatkan pendapatan.

Apa pendapat korang mengenai pelajar yang bekerja sambil belajar?




So enjoy student life while you still study (",)


-zuan-
p.s : i need t manage my time properly... 

Tuesday, 27 March 2012

> Kalah Di Awal Perlumbaan, Tapi Menang Di Hujungnya

HOlla Peeps,

Apa khabar semua? Sehat? Mood ok? Ada yang down? What the??? SPM tak berapa bagus? Adehhhh~ Dapat berapa? Ops lambat pulak aku tegur pasal SPM kat sini. But takpe, sure ramai yang dah mula nak mencari hala tuju selepas ni, so aku rekomen jadi cikgu! Kenapa cikgu? Baca entry ni kalau nak tau kenapa aku suruh jadi cikgu.

Alright gagal sekali tak bermakna gagal selamanya, "oh yeahhh selamanyaaaa harimau malayaaaaa~" (ehhh mengarut pulak dah)

Aku nak tekankan kat sini betapa ruginya orang yang dah 'white flag' bila dapat bad result in SPM. Well result "hanya di radiooooo~" eh di kertas sorry sorry sorry, terOVER pulak kat entry ni.

Korang masih ingat kisah Arnab dan Kura-kura? Hahh? yang Zizan Razak berlakon tu? Beb, tahun mana kau lahir ni? Cikgu tak cerita ke kisah kura-kura dan arnab kat korang???

Mehh sini aku cerita, di suatu hari...





Dan pemenangnya adalah? Kura kura~ yeahhhh tepat sekali!!! Macam mana arnab yang laju tu boleh kalah padahal dia dah speeding kaw kaw punya?

Sebab arnab tu ada perangai yang biasa kita tengok atau jumpa pada orang melayu, that is suka sombong dan berlagak apabila berada di hadapan. Bila dia dah kat depan, confident level dia untuk menang sangat memuncak sehingga dia leka dan lalai sehingga kura kura, haiwan yang mempunyai sifat sabar yang tinggi dan tak mudah putus asa (yang mana susah nak nampak dalam orang melayu) berjaya memotongnya dan menang pada akhirnya. Walaupun kura kura kalah pada awalnya, tapi sebab determination yang kuat yang ada di dalam diri kura kura, kura kura berjaya menang perlumbaan itu.

So lesson learned..

Bawah ni pula full video untuk cerita tadi, thanks to youtube dan filem animasi terbitan Filem Negara Malaysia.



-zuan-
p.s : majulah melayu untuk negara, throw that 3rd class mentality and be the 1st class mentality!!! 

Wednesday, 22 February 2012

> Ini Tiket Komuter Ke Tiket Bas?

HOlla Peeps,

# Tiket Manual Komuter (Tunai) ke Stesen KTM Senawang dari Bandar Tasik Selatan

Dah berbulan-bulan rasanya KTM gunakan tiket manual macam ni untuk destinasi ke Stesen KTM Senawang dan Sg Gadut, berbeza dengan tiket yang digunakan untuk ke destinasi yang lain.. Lagi mengecewakan, tiada perkhidmatan public transport di kawasan Stesen KTM Senawang untuk pengguna yang ingin meneruskan perjalanan mereka..

"aku jalan-jalan kat area Stesen, memang tak ada cab atau bus.. Geram betul, terpaksa call kawan untuk ambil sebab abah tak ada nak ambil" adu salah seorang kawan aku yang berhenti di Station Senawang.

Satu lagi masalah timbul adalah, pengguna perlu naik ke tingkat 1 menggunakan tangga untuk membeli tiket, kemudian turun semula ke bawah mengguankan tangga untuk menunggu Train, berbeza dengan Stesen KTM Sg Gadut yang lebih canggih kerana ada eskalator yang kalau tak salah dibina pada masa yang sama dengan Stesen KTM Senawang. Jadi apa salahnya bina eskalator juga kan di Stesen KTM Senawang?

Kedudukkan Stesen KTM sangat strategik iaitu ia bedekatan dengan Tesco Senawang, Tol Lebuh Raya PLUS, Taipan Senawang (bersebelahan dengan Giant Senawang) dan Carrefour Senawang, tapi tiada perkhidmatan awam disediakan seperti Bus dan Taxi kepada orang awam.. 

Aduan Rakyat versi Saiazuan Blog hehe


-zuan-
p.s : Alhamdulillah, result aku sem ni agak bagus, bnyak peningkatan dari pointer aku.. Alhamdulillah.. Trimakasih atas doa korang, aku usahakan dapat Dean sem akan datang insyaAllah (",)..

Tuesday, 14 February 2012

> Bagai Musuh Dalam Selimut

HOlla Peeps,

Bila sebut pasal kawan, mesti dikatakan kawan itulah tempat kita mengadu. Tempat kita bercerita. Tempat kita hilangkan rasa bosan. Tempat kita hu ha hu ha. Tempat kita meluahkan kasih sayang dan tempat kita tidur? Ops tak la kot?!!

Bila bercerita mengenai kawan ni, mostly adalah fun dan beautiful (macam love story la pula, tapi lain kisahnya sebab kalau laki ngan laki? gay la kot? dan sebaliknya la..) dan sure ada pertelingkahan punya (sedangkan lidah lagi tergigit)! Based on pengalaman/pemerhatian/bacaan, selalunya laki gaduh tak lama tempoh masanya macam perempuan bergaduh. Gaduh kejap je, then beberapa minit or jam dah elok balik, dah boleh main congkak sesama balik (apa ke congkak perginya tu?). Kalau perempuan, pasal perkara kecil, habis satu asrama tau pasal pergaduhan diorang. Betul tak kaum hawa?

Dan persahabatan ni jadi menyedihkan apabila kawan makan kawan, atau musuh dalam selimut yang mana ;
  • orang terdekat yang diam-diam berkhianat.
  • mempunyai musuh yang dekat dengan kita dan dapat mencelakai kita.
  • musuh dalam kalangan sendiri. (sumber : Wikiquote)

Sure ada pernah alaminya kan? Kita put trust, kita jujur dengannya, tapi di belakang, diam diam dia khianat, dalam diam memburukkan kita. Mungkin atas sebab dengki? Cemburu? Khianat? Dan mungkin saja-saja tikam kita? Mungkin diorang kurang senang dengan personaliti kita yang hebat itu?

Mungkin dia hanya rapat dengan kita untuk mengambil kesempatan atas apa yang kita miliki hari ini?

Tom n Jerry

Macam mana karakteristik manusia yang menjadi musuh dalam selimut ni?

  • Ia suka menggoda pasangan - yang mana suka memuji untuk mendapatkan perhatian.
  • Ia juga suka meminjam - tetapi tidak tahu untuk memulangkan wang yang dipinjam.
  • Selalu kita perasan, dia ni jenis selalu mungkir janji! Berbeza dengan yang tak tepati janji, yang tak tepati ni mungkin disebabkan masalah probadi yang menhalang dari tepati janji.
Mungkin banyak lagi karakteristik mereka yang berhati busuk ini. Kita takkan tahu, takkan perasan kerana selama ini kita duduk satu selimut dengannya.

Sebagai mangsa musuih dalam selimut ni, bersabar, redha dan brdoa la banyak-banyak agak pintu hati si pemakan mangsa dalam selimut ni tidak lagi melakukan perbuatan terkutuk tu. Dan janganlah bertindak menjadi peng-karma atau percaya kepada karma, iaitu bertindak membalas dendam terhadap mereka kerna percaya yang 'what goes around comes around'. Biarlah dia dapat pembalasan di akhirat kelak..

Hargai suatu persahabatan tu, jangan tikam belakang, jangan jadi musuh dalam selimut.. Dan ingatlah disebabkan mulut, badan binasa!



mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?



-zuan-
p.s : insyaAllah esok aku akan ke Tropicana Mall, sesiapa ada terjumpa atau area berdekatan, roger-roger la ye.. Mungkin akan kurang blogwalking beberapa hari ni disebabkan quota broadband sudah kehabisan.. 

Monday, 2 January 2012

> Elak Dari Masaalah?

HOlla Peeps,

Selalu orang akan cakap,

"Don't get into a trouble, don't make a mistake"

Dan ia adalah benar, sangat benar yang kita tak perlu mencari masaalah bukan? Kalau tak ada masaalah, tak perlu pening-pening kepala, tak perlu menyusahkan diri dan boleh relax sahaja, bila relax happy je tak ingat dunia orang kata.

Tapi kalau ada masaalah mula lah mengeluh "adoiiiiii~ leceh betul la..."

Aku selalu 'play safe' dan nak avoid masaalah, tapi fikiran aku berubah selepas aku tengok salah satu movie awesome tahun ini The Three Musketeers! Apa yang mengubah fikiran aku? Ia adalah satu pesanan terakhir bapa D'Artagnan sebelum dia berangkat ke kota untuk menjadi Musketeers,

"Get into a trouble and learn from mistake!"   


Cari dan masaalah dan belajar darinya.. Dalam hidup kita ni, perlulah ada masaalah, jangan bagi akal kita terlalu lama berehat tanpa masaalah. Dan jika ada masaalah, ada la benda baru yang kita akan belajar, ia samalah konsep dengan PENINGkatan

"tiada pening, tiadalah peningkatan"

Alhamdulillah, PENINGkatan adalah entry aku yang paling banyak komen aku dapat, lebih 170 komen aku dapat untuk entry tu (PENINGkatan) apa kekuatannya? Aku pun tak tau tapi ia membuktikan yang aku tak bertepuk sebelah tangan! Thanks for the support, setiap komen memberi inspirasi dan semangat untuk aku terus menaip (",) 

Selamat menghadapi masaalah pembaca semua.. 


-zuan-
p.s : entry pendek tak semestinya kosong, entry panjang tak semestinya penuh.. ini entry terakhir aku sebelum aku berehat dari dunia blog kerna perlu fokus dengan final exam, sayonara untuk sementara waktu.. 

Sunday, 25 December 2011

> #taknak

HOlla Peeps,


Duit free akan diberikan kepada pemenang photo contest #GayaHidupSehat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dan Nuffnang! Berapa banyak? Ia mungkin tak cukup untuk gunakan untuk membeli kamera yang gagal aku menangi pada contest lepas! Ia adalah contest untuk mempromosikan kempen #taknak merokok dan Smoking Kills dalam masa yang sama mengasah bakat dan skill dalam photography dan banyak lagi kelebihannya.. 

Sekali menyalakan 'lighter' untuk membakar sebatang rokok,
seperti membakar sehelai duit seringgit,
Kira berapa batang rokok dan berapa helai duit telah anda bakar?

Apa kata mereka?

"Yeah memang susah nak berhenti merokok ni, gua demam-demam sebab berhenti merokok, tak leh stop la beb~"
tapi sampai bila sahaja kau akan demam kawan?

"Hahaha macho wei hisap rokok! Kau tak rasa macam tu ke? Go get one!!"
tapi aku tak 'smoke', dan 'macho' sahaja setiap hari..

"Smoking kills? Aku tak mati pun lagi! Hahaha"
tapi ia membunuh dalam senyap..

"Katakan #taknak? Rokok patah? Haha dah terang-terang rokok yang dia tak nak tu rokok yang dah patah"
tapi itu untuk memberi mesej supaya tak merokok..

"Eh aku yang hisap, bukan kau yang hisap, sukati aku la"
tapi aku hisap apa yang kau lepaskan..

"Rokok sumber inspirasi!"
tapi banyak lagi sumber inspirasi yang jauh lebih bagus di sekitar kita..

"Duit aku, suka hati aku la"
tapi bukankah lebih baik gunakan duit itu untuk sesuatu yang lebih berfaedah?


Cegah sebelum terlambat.. Katakan #taknak! Smoking kills, anda boleh mengubahnya.. Jom sertai photo contest dan dapatkan duit free.. Jangan benci perokok, benci rokok! Sebab rokok mereka merokok..

-zuan-
p.s : minggu sibuk hampir berakhir, tapi msalah internet masih gagal diatasi.. 

Tuesday, 15 November 2011

> Aku Bukan 18 Tahun

HOlla Peeps,


Fuhh percubaan pertama aku dalam vlog arigatou mendapat banyak kritikkan! HOYEAHHH aku berjaya membuat orang kritik aku!! (serius aku suka gila dikritik, sebab aku nak tahu kelemahan aku)!!! So another vlog???


Damn i look like a kid!!!


#aKidLikesToDrinkAMilo

Alrite, how to be more matured (Or look matured)???


Aku ada buat bacaan mengenai cara untuk nampak lebih matang,

  • Most of it bagitau yang pakaian akan menampakkan kematangan kita. Most of it mencadangkan memakai baju polo atau kemeja dipadankan dengan seluar hitam dan kasut hitam! (banyak lagi la yang sesuai seperti cara pemakaian Matt Bomer di bawah)


#MattBomer

But itu je ke? Muka? Aku nak muka aku nampak more matured!!! (Serius muka aku macam budak-budak sebab ditegur ramai orang)

  • Ada yang sarankan ada beard! Adoi beard tu bukan keluar macam rambut. Tak mudah nak dapat beard
  • Misai? Neeeeh not interested to have one!


Lagi?


Sebenarnya, tingkah laku kita sendiri menunjukkan kematangan kita! Lagi cool seseorang itu, lagi matang sebenarnya dia. Macam mana?

  • Jadi seorang yang berkeyakinan tinggi! Cara berkomunikasi itu menunjukkan keyakinan seseorang itu. Bertutur dengan budi bahasa, postur (atau kedudukkan tubuh) yang baik, pengunaan kosa kata yang bagus, dan jangan tinggi suara.


Banyak lagi sebenarnya cara untuk nampak matang, iaitu be professional.


  • Salah satu cara yang mudah ialah, jadikan seseorang itu sebagai role model kita. Pilih satu tokoh atau public figure dan jadikan beliau sebagai contoh dari segi pemakaian, cara percakapan, dan banyak lagi sudut.


Secara konklusinya, untuk nampak matang, bukan pada paras rupa (jadi boleh ketepikan soal penampilan tu sebenarnya), tapi pada tindakkan, cara berfikir, berinteraksi dan banyak lagi sebenarnya.. Apapun, bersyukur dengan apa yang anda dapat right? Alhamdulillah.. (",)


Experience more and you will look cooler and older dude...


-zuan-
p.s : bangun pagi je, terus aku baca komen-komen yang aku dapat dari vlog aku, dan dengan perasaan ingin menambah ilmu, aku google terus info pasal 'how to look more matured' haha harap entry kali ni berguna untuk semua 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...