HOlla Peeps,
Every
main story terselit
mini story.. Aku ada 2 main story lepas story
Lucky Day | Wavin' Flag.. dah berapa lama gak aku simpan cerita ni..Well its aku berjumpa beberapa orang blogger.. Hehe
Syafiq : Jadi tak lepak?
Zuan : Hmm ok! Bleh. Sunway Pyramid mau? Gua ada hal kat situ malam tu, so petang tu kita lepak la area situ.
Then seperti yang dijanjikan pada 25 febuari yang lepas aku keluar rumah lebih kurang pukul 11 lebih menaiki Skuter Nouvo kesayangan aku ke KTM Nilai.
Kenapa Nilai? Kenapa bukan KTM Senawang? Well ada story disebaliknya atau mini story yang aku rasa malas nak ceritakan, hehe..
Dan sampai je sana, aku lost.. Haha
lost jalan ke KTM Nilai, so aku tanya la sorang pakcik yang sedang duduk smoking di tepi rumahnya ;
Zuan : Asalamualaikum, nak tanyo sikit arah mano nak ke KTM ni pakcik?
Pakcik : Waalaikumussalam, Ekau teruih, pehtu kek traffic light ekau ambik kanan, peh tu teruih jo sampai ekaou nampak stesen bas.. Haa belakang stesen tu jo Stesen KTM tu..
Zuan : Owh, arigatou uncle hehe..
Pakcik : Sesamo~
Sampai je stesen, aku terus queue.. Tengok kat platform dah sampai Tren, dan aku masih beratur di belakang seorang mamat yang aku nampak masih dalam proses membeli tiket "
lamanya dia ni beli tiket" dalam kepala aku.
 |
Then tren pun blah dari situ...
|
Zuan : Arghh terlepas train, kena tunggu lagi 30 minit..
Tunggu punya tunggu punya tunggu sambil cuci mata, tren yang akan membawa aku ke KL Central Pun Sampai...
Sampai je Stesen UKM, ada announcement ;
"Sila turun dari Train kerana Train ini mengalami kerosakkan Terima Kasih"
Zuan : What theeeee??
Dan aku keluar dari train, menunggu dekat sejam kat sana.. Dalam kepala aku "
si Syafiq mesti dah sampai ni"
Then aku mesej Syafiq bagitau kelewatan aku. Syafiq bagitau dia dah tunggu aku dekat sejam.. Well ada tiga sebab kelewatan aku ;
#1 Sesat cari Stesen KTM Nilai.
#2 Terlepas Train dan terpaksa tunggu next tain selama lebih kurang 30 minit.
dan...
#3 Terpaksa turun train lain sebab train mengalami kegagalan.
Nasib baik si Syafiq ni tak marah yang aku dah lambat.. Selepas menunggu lebih kurang satu jam, sampai pun train yang dinantikan. Dan macam biasa, semua orang bertolak tolak nak masuk ke dalam train kerana kelewatan, dan dalam train pack macam
sardin~ sepanjang perjalanan. Adeh, lepas
problem pasal tiket, problem pasal ni plak.. KTM oh KTM
Alrite, korang dah terperangkap dalam
entry bersiri yang akan diceritakan dalam entry akan datang.. this story will proceed with '
Sebab Naik Public Transport Seperti KTM'..
-zuan-
p.s : alhamdulillah, tajuk FYP aku dah di approve prof.. So boleh proceed dengan proposal lepas ni.. (",)