Islam itu agama yang indah, tapi ia jadi kurang enak dipandang apabila ada dikalangan umatnya membuat perangai yang tidak enak dipandang orang lain..
Mama : Papa! Tengok muka boboi tu, merah kena lempang dengan cikgu disiplin sekolah dia.
Papa : Apa? Berani dia tampar anak kita? Nak kena ni! Dia tak tau ke aku ni sapa? Aku ni orang paling kaya dan paling berpengaruh di area Lembah Dingin Sejuk ni! Berani dia!
Mama : Go Papa go! Go ajar itu cikgu!

Papa : Boboy jangan risau, biar papa ajar itu cikgu apa itu disiplin!
*di Sekolah..
Dato' Papa : Cikgu! Kenapa lempang muka anak saya?
Cikgu Disiplin : Kerna dia tak hormat dengan cikgu lain, dia juga selalu ponteng dan malas buat kerja rumah!
Dato' Papa : Saya salurkan dana ke sekolah ini bukan untuk cikgu lempang anak saya! Bukan untuk cikgu judge anak saya ni salah ke tak. Mana cikgu tau dia tak hormat cikgu lain? Mana cikgu tau dia ponteng dan tak buat kerja rumah? Anak saya ni kat rumah sangat hormat dan sayang saya dan isteri saya, apa kitorang suruh buat dia tak bantah! Saya tak percaya apa cikgu buat ni!
Guru Besar : Cikgu Disiplin! Apa cikgu dah buat ni? Saya nak cikgu mintak maaf kat Dato' sekarang juga atau cikgu akan dipecat!
Cikgu Disiplin : Tapi cikgu...
Guru Besar : Takde tapi-tapi, minta maaf sekarang atau kamu akan dipecat!

Seringkali perkara di atas terjadi. Orang yang berkuasa dan berharta sering dipandang baik dan di pandang tinggi. Segala bentuk keadilan diutamakan kepada mereka. Ramai antara kita terlena, dan terleka dalam mengejar kemewahan dan akibatnya kita lupa satu tanda khiamat seperti yang pernah diriwayatkan ;
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Ia terjadi akibat manusia terlalu mengejar kesenangan dan kemewahan di dunia sehingga terabai ibadah, dan kewajipan lain yang perlu dilakukan. Disebabkan itu, tersebarlah penyakit akhir zaman yang menjadikan kita THE LIVING ZOMBIE!
-zuan-
p.s : khamis, hari yang memenatkan, kelas dari pagi hingga malam, tapi aku brjaya siapkan entry ni..opsss ni entry ke 500 blog ni!!! alhamdulillah dah 2 tahun lebih aku bergelar blogger! Teruskan support blog ni thanks (",)