Showing posts with label Papercrafts. Show all posts
Showing posts with label Papercrafts. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

Tips and Tricks - CD Cover Fold

HOlla Peeps,

Lama gua tak buat tutorial kan? Rasanya last tutorial gua buat adalah tutorial Oriami Ros menggunakan kertas. Ramai dah boleh buat belum? Haa? tak boleh? Aiyoo kena buat versi vlog la rasanya lepas ni untuk tutorial origami ros tu haha..

Alright peeps, percaya atau tidak, selain menggunakan plastic cover yang biasa dibeli di kedai untuk menyimpan cd, kita juga boleh menjimatkan kos dengan menggunakan kertas!  Laaa dah tau ke? Ok belum??

Jom blajar bagaimana nak buat paperfolding atau teknik lipatan kertas dengan mengguakan hanya sekeping kertas dan kerajinan (note: kreativiti tidak diperlukan untuk membuat paper fold ini.. hehe)



Membuat tempat simpan cd dengan menggunakkan kertas


Senang kan?


Lets REduce, REuse and REcycle (",)


-zuan-
p.s : kurangkan pengunaan plastik! pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Zuan di #SaiazuanBlog hehehe :P


click ads to show your support (",)

Wednesday, 19 October 2011

> Papercraft Collection : One Piece Nakama

HOlla Peeps,

Dah berapa lama aku tak tunduk koleksi papercraft aku? Rasanya last collection yang aku share adalah Danbo... Entry kalini aku nah share koleksi papercraft one piece aku! Ingat lagi kapal Going Merry aku?

Tak perlu menghabiskan berastusan duit untuk hobi macam aku ni, hanya perlukan kerajinan! Dan tak perlukan kreativiti sebenarnya, rajin je, serius tak tipu! Tapi koleksi ni belum cukup, misi aku lepas ni nak dapatkan kapal Thousand Sunny! hehe (",)





Amacam? InsyaAllah aku akan gantikan Wordless Wednesday dengan Papercraft Collection kalau ada koleksi baru dari aku.. (",)


-zuan-
p.s : nak beli almari kaca, letak semua koleksi model aku dalam tu.. hoho 

Monday, 22 August 2011

> Papercraft Collection : Danbo

HOlla Peeps,


Berdasarkan last post aku pasal model papercraft aku, ramai yang seperti kurang memahami dengan apa itu papercraft. Mai aku terangkan apa tu papercraft, papercraft atau papermodel (juga dipanggil card model) adalah model yang diperbuat dari kertas..Ia berbeza dengan origami yang mana origami adalah berkonsepkan lipatan, tetapi papercraft berkonsepkan tampalan yang mana model yang akan dibuat akan diskalakan, dicetaj, dipotong dan dilekatkan bersama menjadi satu model. Papercraft ni sangat popular di Eropah dan Jepun. (rujuk wiki)

Entry kali ni, aku nak share pula salah satu koleksi papercraft kegemaran aku, Danbo.. Ramai kenal Danbo?




Aku start addict ngan papercraft ni kira-kira 5-6 bulan lepas.. so masih baru la, time tu sama-sama buat ngan housemate aku.. Dan start dari tu aku makin suka ngan papercraft ni..

Ni ada sedikit tips untuk yang baru-baru n lama bermain ngan papercraft ni, kalau korang perasan ada ruang-ruang kosong pada dalam papercraft ni, sebagai contoh, danbo kan, tengok kaki dia.. dalam kaki dia kosong, macam kotak, tak ada apa-apa jadi sangat senang untuk kemek kalau pegang dengan kasar.. Jadi untuk mengurangkan kemek tu, aku cadangkan korang letak tisu dalam dia.. Macam mana? Ok, koyak tisu tu dan jadikan macam bola kecil, padatkn dalam kaki tu, kemudia baru gam untuk tutupkannya.. (perlukan imaginasi kalau nak paham apa yang aku ceritakan ni)


Selamat Mencuba (",)


-zuan-
p.s : blog aku tak sediakan link download.. tapi aku leh ajar korang kat mana aku dapat benda alah ni, just google it.. just type "danbo papercraft download" goodluck  

Monday, 15 August 2011

> My Collection : 3D Super Robot Dog Papercraft

HOlla Peeps,

Entry kali ni aku nak share salah satu koleksi aku.. Super Robot Dog Version 3D Papercraft!!! Sebelum ni aku ada share mengenai Kapal Going Merry One Piece, kalau korang ingat lagi la.. Ok kalini aku nak share papercraft cool yang unik sebab ia adalah dalam 3D!!! *tak perlu pakai kacamata nak tengok ni, perlukan kamera phone je

perhati mata dia

mengikut kamera kan?
ini adalah 3D Dog, sama konsep dengan 3D Dragon kalau korang pernah tengok..
salah satu koleksi papercraft aku

disebalik anjing robot ni, sebenarnya macam ni je bentuk dia

pereka anjing robot ni, so korang boleh ke laman web berkenaan untuk muat turun papercraft ni dan cuba sendiri di rumah

Satu lagi koleksi special dari aku, tapi tak ada kat rumah seremban, aku tinggal kat rumah sewa arau, 3D Dragons Papercraft!!! Meh layan video dia kat sini 3D Dragon




-zuan-
p.s : aku ni sangan gemar mengumpul toys.. macam budak-budak kan? Tapi ni la sumber inspirasi aku (",)
btw thanks to wancikgumuzik (ramai lagi yang tegur tapi tak tertulis nama korang kat sini, sori ek..hehe)yang semalam menegur aku mengenai kelembapan blog aku dari segi load dan scroll,  puncanya disebabkan widget wibiya, jadi aku dah remove dan mengemaskini beberapa widget..harap korang suka tq...

Monday, 1 August 2011

> ATWR Comic : #5 Selamat Berpuasa

HOlla Peeps,

Senarai siri ATWR Yang Korang Dah Terlepas :

ATWR : #5 Selamat Berpuasa


kemunculan semula Robot Kuning yang tidak bernama
Dan kemunculan semula Robot Monitor yang juga tidak bernama




-zuan-
p.s : salam ramadhan.. Aku perkenalkan pula Danbo.. Pasti ramai yang familiar dengan papercraft Danbo (papercraft yang bertemakan kotak amazon dot co dot jp ni), my latest papercraft work.. Salam Ramadhan kepada semua..Jangan ponteng puasa tau nanti mak marah... hehe ;D






Thursday, 28 July 2011

> Aku Hampir Sesat

HOlla Peeps,

Melihat salah satu papercraft ciptaan aku..
Membuatkan aku teringat sesuat yang hampir membuatkan aku menitis air mata..
Bukan kisah sedih atau simpati si hati lembut ku inginkkan..
Bukan publisiti si gedik mengadu nasib badan..
Bukan juga kisah dongeng si prejudis dengan si naif..
Buka juga kisah cendawan baru mendapat payung si pecinta kecantikkan dunia..

Kalau bukan apa dia?
Mungkin cebisan silang kata yang masih tergantung soalnya...
Mungkin juga kisah robot yang hanya menjalankn tugas yang diberikan tuannya tanpa mengenal erti penat, tanpa mengenal erti kehidupan sebenar..
Si robot ini tidak mendapat ganjaran atas apa yang dikerjakannya..
Tapi adakah dia merungut?


Adakah dia menangis kepenatan menjalankn kerjanya?
Sepanjang kerjanya tiada silap..
Tetapi akibat sedikit silap dia dipinggirkan..
Sedikit silap dia dibenci..
Mungkin kerana rupanya yang semakin hodoh dimamah usia..
Robot cendawan baru semakin mendapat tempat di hati tuannya..


Menjadi kebiasaan manusia mencintai yang cantik luaran, bukan dalaman..
Menjadi kebiasaan manusia akhir zaman mencintai yang baru dan yang merosakkan mata hati..
 Menjadi suatu kebingungan juga apabila yang kualiti disisihkan..
yang sampah dimahkotakan akibat cebisan kasihan kepada mereka..
mungkin akibat kecomelan juga mereka di hipnotasi oleh mata hati si busuk hati..



Keseronokkan dan hiburan membawa kelalaian,
Berfesyen membawa kepada pembaziran,
Keseksian si gadis melemahkan nafsu si lelaki,
dan disini mereka bertapak mempengaruh minda kita yang rapuh...





-zuan-
p.s : manusia kini begitu leka dengan maya tanpa endahkan sesuatu yang selamanya akan kita diami, ingatan untuk diriku dan dirimu.. mungkin suatu hari nanti ketika ku hembuskan nafas terakhir, baru mereka ingati apa yang aku karangi.. Selamat menyambut bulan ramadhan

Tuesday, 31 May 2011

> My Collection - One Piece (Going Merry)

HOlla Bloggers

Maaf kalau 2-3 hari ni aq jarang Blog Walking ke blog korang, busy akan sesuatu benda atau dengan kata yang lebih terang, kerja.. hehe dan hasil kerja yang ingin di share dengan semua pada post kali ini ialah..... hehe apa dia??? Pada yang sudah tau, mesti akan perasan bila tengok gambar di bawah ni...







Zoro

Sanji

Nami

Vivi

Where are they headed without Luffy?

hehe, ini lah hasil nya kapal dari animasi popular One Piece, Going Merry..hehe Papercraft Going Merry (aq dapat dari internet).. Pada aq sangat berharga walaupun kos nk buat tak sampai RM15.. kenapa aq kata sangat berharga, hmm sebab ia bermula dengan masa aq, tenaga aq, dan berakhir dengan kepuasan kepada aq (dan mungkin tak akan siap kalau aq xde usaha nk siapkannya).. ya sangat puas apabila mencantum cebisan terakhir kapal ni (meriam adalah cebisan terakhir) 


p.s bosan-bosan pada cuti anda? apa kata wat papercraft macam aq.. satu hobi yang tak perlukan banyak modal, dan hasil kerja tu leh jadikan koleksi lagi






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...