Thursday 29 November 2012

> #MyToysCanTalk - Android Can Talk

HOlla Peeps,


Link Part1


-zuan-
p.s: mengikuti tema Tech Thursday yang dah lama aku tak tulis, Android diperkenalkan di siri kali ini.. 


click ads to show your support (",)

Wednesday 21 November 2012

> Plan Naik Berat Badan

HOlla Peeps,

Ramai tanya or tegur aku;

"Kurus la kau ni" > maksudnya aku ni kurus
"Awat hang ni kecik sangat?" > maksudnya aku ni kecik (atau 'comel')
"Awat hang ni pendek sangat" > maksudnya diorang kurang ajar (ok gurau)

Ok ok aku tau aku secomel Yuyu Zulaikha, dan korang nak puji aku sebenarnya kan??? Admit it!!! #LOL

Gambar time aku dalam train OTW ke Hat Yai. Time ni dalam 56kg 

Alright, dah lama niat aku nak naikkan berat badan aku sebenarnya.. Tapi tak naik-naik.. Sampai la satu masa, aku betul betul bagi komitmen untuk naikkan gak.. Dan aku makan makan dan makan (sapa follow instagram aku tau la apa aku makan). Ini juga salah satu Langkah Kanan untuk aku jadi salah satu host Jalan Jalan Cari Makan musim baru nanti barangkali? Hehe


Ayam memang makanan favorite aku, yang sedikit kecewanya tak ada gambar aku makan burger. 


And now, berat aku dah mencecah 61kg! Alhamdulillah, berbaloi segala 'usaha makan' aku hehe..

Pada yang ada niat nak naikkan berat badan, jangan lupa baca bismillah sebelum makan, sebab kalau tak baca, bukan kita yang kenyang, 'Sang Bertanduk' yang kenyang hehe.. Dan pada yang niat nak turunkan berat badan tu, sila sila la ke Fitness Concept or mana-mana kedai yang menjual alatan untuk workout atau bersukan. Tak yah la percaya sangat dengan produk fat burner tu, menghabiskan duit je..

Alright, sampai sini je entry pendek aku.. Harap ada peluang untuk mengarang lebih panjang di masa hadapan.. Adiós~


-zuan-
p.s: save gaza! Jangan putus-putus berdoa untuk mereka.. 

click ads to show your support (",)

Tuesday 20 November 2012

> Pre-Graduates Dinner (RageFace)

HOlla Peeps,

Gua dah lama tak update kan? Soooooo layan je la gambar dinner gua dan kengawan gua (Yang telah di Rage Face secara teknikalnya)..






Malas nak edit banyak banyak gambar, so ni je la tuk update kalini.. Byee


-zuan-
p.s: #FreeGaza! 


click ads to show your support (",)

Monday 5 November 2012

> Blogger Lama Tak Update Lepaks

HOlla Peeps,

Venue: KFC, KLCC
Time and Date: 18:30, 2 Nov 12
Attendee: Azham (Organizer), Jue & Hanie, Ezad, Sal, and Meeeeeeeeee!!!


Dan apa yang terjadi?







Sometimes, you dont have to write much to tell the story~


-zuan-
p.s: Lama tak buat comic strip. harap comic pendek ni mengubat kerinduan korang.. (",)  


click ads to show your support (",)

Thursday 1 November 2012

> Movie Review : Skyfall

HOlla Peeps,

Rasanya dah lama aku tak tulis review filem. Mungkin sebab kurang luangkan masa untuk blogging dan hangout menonton wayang lately. Bond. Menurut salah seorang kawan aku, dia seorang agent 007 yang pervert dan membosanan dan hanya digemari orang tua. Jadi tak hairanlah yang waktu aku tonton Skyfall, purata di dalam panggung adalah orang dah berumur dan begitu sedikit bilangan remaja. Aku tak begitu familiar dengan watak dan cerita 007, tapi kisah kalini membuat aku tertarik untuk menonton 2 filem bond yang lepas lakonan Daniel Craig iaitu Casino Royale (2006) dan Quantum of Solace (2008).


http://en.wikipedia.org/wiki/File:Skyfall_poster.jpg
 Sinopsis (English) : After an operation in Istanbul ends in disaster, James Bond is missing and presumed to be dead, the identities of every active undercover MI6 agent are leaked onto the internet, and M becomes the subject of a government review over her handling of the situation. When the service itself is attacked, Bond's sudden reappearance gives M the pretext she needs to seek out Raoul Silva, a dangerous villain claiming a personal connection to both of them - but as he follows a trail from London to the South China Sea, Bond soon finds his loyalty to M challenged over secrets from her past. (sumber)

Kenapa Perlu Tonton Filem Skyfall?

  • Sebuah filem penuh aksi dan drama lakonan Daniel Craig (James Bond), Javier Bardem (Silva) dan Judi Dench (M).
  • Bond sering dikaitkan dengan Super Gadgets, tapi di dalam movie ini, hanya skill berlawan dan pistol menjadi senjata.
  • Adele diberikan sandaran menyanyikan ost filem ini dengan tajuk lagu Skyfall.
  • Lakonan selamba dan cool Daniel menjadikan filem ini lebih menarik. Dan watak psyco yang dibawa Javier di dalam filem ini sungguh hebat. 
  • Kemelut menimpa MI6 menjadi tulang belakang cerita ini, menjadikan plot cerita untuk filem ini sangat menarik dan tidak membosankan.
  • Filem kali ini lebih fokus pada watak M daripada watak Bond.
  • Bagi yang minat filem berdurasi lebih 2 jam, ia filem yang tidak membosankan dan amat berbaloi untuk tahan diri dari pergi ke tandas.
  • Aksi kejar mengejar di dalam kereta api, aksi letupan bangunan dan bayak lagi begitu realistik dan mengagumakan.

Rating: 8/10 (penuh dengan aksi dan tidak membosankan.)


Video Clip OST Skyfall, Skyfall oleh Adele.
Persembahan vocal mantap daripada Adele dibantu music yang sangat menyegarkan
menjadikan OST ini sangat bagus.


-zuan-
p.s: jika sebelum ni aku rasa The Avengers dan Dark Knight Rises adalah to be considered movie of the year, kini aku letakkan Skyfall di dalam senarai. But aku expect Twilight dan The Hobbit bakal berada di dalam senarai aku untuk tahun ini.    


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...