HOlla Peeps,
Hari ini adalah hari di mana blogger melakukan pertukaran entri sesama blogger di atas persetujuan kedua-dua pihak. Idea ini terhasil hasil dari kerjasama
Jue, Hanie dan aku
Saiazuan.
Demo utk
X-Change Project. Entri dari Jue & Hanie. Kalau nak tau apa aku tulis kat blog Jue & Hanie,
click sini. Jom layan entry yang ditulis diorang..
**********
Jom Pergi Konsert!
(by
Jue)
Tajuk entri yg sudah terang lagi bersuluh tp lebih ke arah nak cecite pasal 7 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Hendak Ke Konsert tapi disebabkan terlampau panjang diringkaskan ke Jom Pergi Konsert!
Sapa penah p konsert? Angkat tangan! Sapa belum tapi bakal pergi? Meh sini aku share 7 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Hendak Ke Konsert
1. Jangan bawa air mineral dari rumah guna BOTOL LAWA. Diulangi jangan bawa BOTOL LAWA terutamanya kalau botol tu botol kesayangan korang sebab nanti BOTOL LAWA korang tu kena duduk luar mgadap bintang di langit sorang diri. Tak boleh bawa masuk. Kalau nak jugak bawa, guna botol cap itik eh cap ayam (itik lagi mahal kot dari ayam)
2. Jangan pakai baju macam nak pergi bercuti di tempat yg sejuk. Menutup aurat takpe. Melainkan anda pergi konsert yg ada akon eh aircond. Kalau nak pakai jugak, sukati ang la. Nanti ketiak peluh bau masyamasyam, mau fenin lalat org sblh korang.
3. Pastikan dlm beg korang ada raincoat plastic tu ataupun payung. Lebih2 lagi kalau g konsert yg xde bumbung. Kat tmpt konsert mmg ada jual, tapi kalau korang p konsert sorg, sapa nak jaga tmpt duduk atau tmpt korang beratur time korang p beli **so far aku p konsert, masih ada lg orang bergerak jual raincoat. Ingat keta ngan moto je bole jadi benda bergerak time jual barang?hihi.
4. Kalau korang beli tiket free seating, pastikan korang dah beratur awal giler giler giler punya giler utk dpt seat dan view yg TERBAEK punya. Kalau tak, pejam celik pejam celik mata korang (dgn harapan boleh nmpk dgn jelas) la korang nak tgk artis korang yg seconet je atas pentas tu
5. Kalau namanya dah beratur awal, korang standby la awal-awal pe2 barang utk korang “kill the time” sewaktu mnunggu pintu masuk tu dibuka. Baca novel ke, main game kat henpon & pasaipa (PSP) dan mcm2 lg lah. Kalau tak, BOSAN siot beratur
6. Bagi yg naik pengangkutan awam macam LRT, Monorel; PENTING NI. Pastikan anda ada kad Touch & Go atau kad Rapid tu, senang nak balik. Kalau takda kad2 tu, pastikan anda ada duit syiling seelok-eloknya utk beli tiket.
7. Kalau yg xnak bersempit2 naik pengangkutan awam time balik, cuba cari jalan alternative utk pergi mana2 perhentian pengangkutan awam yg terdekat. PASTIKAN ANDA TIDAK BERSEORANGAN TAK KIRA ANDA LELAKI ATAU PEREMPUAN. Zaman skrg ni susah nak mengagak nafsu manusia.
Itu apa yg wa mampu senaraikan setakat ni. Kebetulan wa baru balik dr Konsert Avril Lavigne td. Terdetik nak kongsikan =)
**********
Bagi mereka yg berminat utk menyertai X-Change Project ni nanti, jangan lupa inform kitaorg ya’!
Pss: Bagi mereka yg nak tukar entri dgn aku, boleh tinggalkan email korang di ruang komen atau di sini (link ke fan page) InsyaAllah boleh schedule-kan setiap minggu
-zuan-
p.s : Amacam? Ada suka? Kalau suka, tekan like dan share dengan kawan-kawan yang lain. Jangan lupa terjah entry yang aku tulis pula di blog Berdua Lebih Baik..