Saturday 30 March 2013

G.I. Joe: Retaliaition Review - The Rock is Back!

HOlla Peeps,



Dwayne Johnson a.k.a The Rock (malangnya bukan lakonan The Rock Malaysia) sekali lagi kembali ke layar perak dalam filem aksi lebih berdebar-debar (Sebenarnya aku teringin nak tengok The Rock belakon filem romance #LOL) kalini di dalam G.I. Joe: Retaliation.

Sinopsis: Kalini G.I. Joe bukan sahaja berhadapan dengan musuh ketat mereka, Cobra. Tetapi mereka juga berhadapan dengan Zartan (Arnold Vosloo) yang telah menyamar sebagai Presiden yang bertindak membubarkan pasukan G.I. Joe. Dengan ketiadaan Duke yang telah terbunuh didalam satu serangan, bagaimanakah mereka boleh menumpaskan Cobra?

http://nerdrepository.com/wp-content/uploads/2012/05/gi-joe-retaliation-channing-tatum.jpg


Sebuah filem aksi Sci-Fi yang telah biasa kita lihat teknologi-teknologi beyond imaginasi kita. Filem ini dilihat lebih menarik ditonton 3D mengikut cadangan Ezad kerna angle kamera dan kekemasan 3D yang dilakukan. Tetapi pada yang kurang gemar menonton dalam 3D, boleh sahaja menonton di dalam 2D kerna kualiti yang sangat memuaskan.

Dengan lineup cerita ini yang kelihatan begitu sesuai dengan peranan mereka seperti The Rock sebagai RoadblockByung-hun Lee sebagai Storm ShadowJonathan Pryce sebagai Presiden yang sebenar, Bruce Willis sebagai General Joe Colton, dan Channing Tatum sebagai Duke.


http://www.hdwallpapers.in/walls/snake_eyes_in_gi_joe_2_retaliation-wide.jpg


Overall aksi filem ini agak memuaskan dan mendebarkan terutama di babak Snake Eyes (Ray Park) bertempur dengan Ninja di cerun bukit ketika di dalam misi mencolek Storm Shadow. Dilihat watak Snake Eyes begitu dinantikan penonton. Dan kehadirannya tidak mengecewakan dengan aksi lincahnya.

Plot cerita kalini dilihat lebih ringan, senang difahami dan tiada twist sehingga ke penghujung. Pada yang masih belum menonton Rise of Cobra.


RATING: 7/10 (dengan plot yang simple tapi dibantu dengan aksi yang menarik dan lineup yang hebat, ia sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton.)


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: kul 10 je ngantuk, kul 10 je ngantuk.. zzzZzzzz  


click ads to show your support (",)

Friday 29 March 2013

Kelebihan Pendeposit Tabung Haji - Bonus Jubli Emas TH

HOlla Peeps,


Bonus Jubli Emas TH 2012

  1. Berlandaskan syariah Islam
  2. Suci
  3. Dividen kompetitif
  4. Zakat Perniagaan dibayar
  5. Dikecualikan cukai
  6. Dijamin oleh kerajaan
  7. Pengeluaran tanpa had




Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: perkongsian simple di hari jumaat (busy sikit minggu ni, tak sempat karang entry).. Salam Jumaat semua :) 


click ads to show your support (",)

Wednesday 27 March 2013

With A Hope To Win Everyone's Heart - How to Win Friends & Influence People

HOlla Peeps,

How to Win Friends and Influence People - Dale Carnegie


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: bukan senang nak buat semua orang suka kita..  


click ads to show your support (",)

Monday 25 March 2013

Bukan Lagi Kehendak - Aku dan Dunia Dewasa

HOlla Peeps,

Ketika berjalan di uptown, begitu banyak baju-baju yang menarik untuk disarung badanku yang semakin buncit ini. Begitu banyak beg-beg yang  kelihatan berguna untuk di 'show-off' di stesen Bus dan Komuter. Begitu banyak kasut kasut dan seluar yang segak untuk diperagakan di depan gadis-gadis KL.

Hati ingin beli itu, ingin beli ini. Akal membataskan, dengan mengingatkan akan yang mana keperluan, dan yang mana tidak perlu. Aku bukan lagi remaja yang ingin sentiasa menunjuk-nunjuk baju baru. Yang sentiasa ingin 'up-to-date'. Yang sentiasa ingin kelainan dan inginkan 'wow' dari kawan-kawan.

Baju-baju yang masih ada sekarang belum lagi tahap ingin dibuat alas kaki atau kain buruk. Masih elok dipakai. Lagipun adalah lebih elok membeli di butik-butik walaupun harganya lebih mahal, tetapi kualitinya baik dan boleh dipakai lebih lama. Tiada penyesalan menghabiskkan berpuluhan, beratusan ringgit kerna kualitinya.

Tidak ada lagi kemahuan itu. Tiada lagi kemahuan untuk sentiasa bergaya. Kerna matlamat aku ingin berjaya. Ingin kaya. Kaya bukan sahaja dari segi wang dan harta, tetapi dari aspek intelek, social dan pelbagai yang baik untuk hidup. Moga dipermudahkan, In-Shā’-Allâh..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: salah satu buku yang sangat aku rekomenkan untuk dibaca semua adalah Rich Dad Poor Dad hasil tulisan Personal Financial Expert, Robert T. Kiyosaki.. Semoga korang mendapat manfaat dengan membacanya.. 


click ads to show your support (",)

Sunday 24 March 2013

Ambisi - Antara Rimba Bara dan Rock Oo

HOlla Peeps,

Walaupun demam Rimba Bara kelihatan semakin reda, tapi lagu OST untuk karya ulung sutradara hebat Malaysia, Mamat KalidRock Oo sangat mendalam maknanya, dan penuh anspirasi..  Boleh kata setiap tika aku mendengar lagu ini. Walaupun ada sesetengah telinga, lagu Rembau Most Wanted nyanyian W.A.R.I.S adalah lebih bagus, pada aku Rock still ROCK! #YouKnowWhatIMean





Cahaya didalam cermin
Memukau hingga memaksa
Ku cari kedasar diri
Cintaku yang hilang

Rupanya ku salah sangka
Kasihmu tak pernah sepi
Kerana terlalu hampir
Ku leka hadirmu

Chorus:
Sentiasa disisi ku
Merestui ambisi ku
Lantas ku takkan berubah
Berganjak dari jalan ku

Selagi bumi berputar
Tekadku terus berjuang
Wohoo..

Wohoo..
Wohoo..
Wohoo..

Disisiku
Merestui ambisiku
Hohohohoho..

Takkan berubah
Berganjak dari jalan ku
Jalan ku
Jalan.. ku..


Tika - Rimba Bara (Nyanyian Khir Rahman)



Setiap orang ada ambisi. Pengerak ambisi mereka adalah mereka yang sentiasa dekat dengan kita, ibu bapa kita, sahabat, dan juga yang tersayang. Teruskan ambisi untuk berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: Al-Fatihah kepada Arwah Loloq (nama sebenar Rosli Khamis) yang menulis lirik untuk lagu Tika.. 


click ads to show your support (",)

Saturday 23 March 2013

Review Ebene Bio-Ray Foot Massage Socks

HOlla Peeps,

Selepas hampir sebulan menggunakan produk Ebene Bio-Ray Foot Massage Socks, ternyata ia satu produk yang bagus dan berkesan. Dengan hanya memakai ketika tidur, aku sekarang dapat tidur lena, dan boleh bangun tidur tanpa rasa penat dan lesu. #seriustaktipu!


Ebene Bio-Ray Foot Massage Socks


Ebene adalah sebuah brand yang mengeluarkan produk seperti socks, ankle guard, knee guard, glove dan cap. Keunikkan produk ini adalah pengunaan tenaga bio-ray di dalam produk mereka. Untuk makluman, bio-ray adalah sejenis sinaran tahap rendah yang trbentuk daripada bahan semulajadi yang dicampur dengan banyak unsur mineral semulajadi dan mineral surih.
Ia berfungsi memancarkan sejenis tenaga  yang bleh menembus masuk ke dalam daging dan tulang badan manusia, menambahkan bekalan oksigen dan juga meransangkan peredaran darah dan oksigen untuk membakar lebih lemak. Ia juga menjaga tenaga untuk melegakan kesakitan.

Apa kelebihan produk ni? Seperti yang tertulis di kotak:

> Ia berfungsi sebagai pengurut kaki untuk meransang peredaran darah dan oksigen. (Bukan seperti rasa getaran mengunaakan produk massage, bila pakai akan terasa sedikit pergerakkan otot-otot kita. Badan rasa lebih fresh)
> Membantu mengekalkan haba pada kaki semasa tidur dan mencegah kekejangan. (Aku sekarang tidur tidak lagi memakai selimut kerana terasa warm di bahagian kaki, memang selesa)
> Menyalurkan tenaga pada kaki supaya dapat berlari dengan lebih pantas semasa bersukan (Sangat sesuai untuk mereka yang suka berjoging atau melakukan aktiviti-aktiviti riadah)
> Membantu melegakan masalah nocturia (Simptom-simptom bangun pada larut malam untuk buang air, menyebabkan ganguant tidur)



Selepas try hampir sebulan, ternyata kesannya bukan hanya tertulis di kotak dan laman sesawang. In-Shā’-Allâh ada duit lebih bulan depan, nak beli satu pair untuk Umi (Produk ini sangat sesuai untuk orang tua dan yang bersukan).

Sekarang ni aku tengah try produk Bio-Ray Knee Guard pula sebab sering kali sakit lutut lepas balik kerja. In-Shā’-Allâh nanti aku review yang tu pula.




Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: kesihatan tu mahal.. Menjaga lebih baik dari merawat..  


click ads to show your support (",)

Wednesday 20 March 2013

Value Buy at MPH Bookstore - Dale Carnegie's Book

HOlla Peeps,


Dale Carnegie's How to Stop Worrying and Start Living, The Leader in You, How to Develop Self-Confidence And Influence People By Public Speaking

Yesterday, I brought all this interesting books written by Dale Carnegie with just RM59.90
(Each book actual price is RM31.90). 
I also got another 10% less by using Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M). Value Buy only at MPH!


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: moto den meragam semalam, battery habis pulak. Terpaksa pi stesen komuter naik kereta arini..


click ads to show your support (",)

Shakiddo Top Commentator Februari 2013 - Alhamdulillah Menang Lagi

HOlla Peeps,

Alhamdulillah, rezeki lagi.. Thanks Shakiddo
Kerna insentif dari KID, aku boleh buat belanja makan untuk satu minggu hehe..
Arigatou! Bulan depan harap dapat lagi..hehe


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: aku dengar sekarang ni Watsons ada buat Win Our Wheels (WOW) Contest. Pemenang akan dapat Ford Fiesta! Woahhh!!! (Ini bukan iklan berbayar......................lol)
Harap ada rezeki menang contest ni, amin.. 


click ads to show your support (",)

Monday 18 March 2013

Rutin Harian Budak Praktikal Dari Senawang - From Senawang to KL

HOlla Peeps,

Ringggggggggggg~ Bunyi alarm! Menandakan sudah pukul 5:30, dan aku perlu bangun untuk ke tempat praktikal. Sudah 2 minggu berlalu, masuk minggu ke 3. Ia menjadi rutin harian. Sudah leka dengan bunyi alarm, dan tidak lagi tangan cuba menekan snooze button untuk sambung tidur lagi 5 minit..

Keluar dari bilik, sudah nampak Umi di dapur. Ternyata Umi ingin menyediakan sarapan pagi untuk anak kesayangannya walaupun tidak pernah diminta berbuat demikian. Thanks Umi :)

Selesai mandi dan bersiap, aku ke meja makan dan makan apa yang disediakan. Breakfast Like A King they said, kerna sarapan pagi sangat penting untuk otak. Jadi makanlah, tapi berhentilah sebelum kenyang, Kerna dikuhatiri tak larat nak ke tempat kerja nanti.

Jam menunjukkan 6:10, beberapa minit lagi azan Subuh akan kedengaran. Untuk mengelakkan tertinggal Subuh, aku bangun lebih awal untuk bersiap dan sarapan supaya boleh mengerjakan solat tanpa tergesa-gesa.

Selepas selesai solat, jam menunjukkaan ada lebih kurang 15 minit sebelum train tiba di platform. Aku mengambil masa selama seminggu untuk mengira timing supaya tidak tertinggal train. Biasanya di waktu pagi, train akan ada setiap 15 minit. Thanks to KTM Komuter kerna alert dengan pekerja yang berulang-alik menaiki train. Dan thanks to Kad Komuter 1Malaysia, dapat save 50% tambang ulang alik setiap hari.




Aku biasa tunggu train pukul 6:35 di stesen KTM Senawang, kira-kira 5 minit dari rumahku.. Biasanya train awal 2 minit atau lewat 2 minit. Sangat efficient service Komuter di pagi hari. Buku sudah ada di tangan, aku tidak membaca novel atau buku-buku fantasi untuk mengelakkan mengantuk di dalam train nanti, jadi korang mungkin dah boleh figure buku jenis apa aku baca ketika di dalam train.

Kebiasaan akan tiba ke Stesen Komuter Kuala Lumpur pada pukul 8 atau 8 suku, bergantung pada keadaan. Tiada masalah padaku kerna bas Rapid KL biasanya akan tiba pada pukul 8:30. Aku biasa akan berjalan kaki dari Stesen KTM ke Pasar Seni. Ramai mengatakan ia adalah short walk, tapi sebenarnya melebihi 500 meter perjalanan dan ia adalah rutin yang bagus pada pendapat aku, kerna free exercise di pagi hari. Sangat bagus untuk jantung dan kesihatan.

Bus dari Pasar Seni ke Solaris Dutamas biasanya mengambil masa dari 15 minit ke 40 minit bergantung pada trafik. Jika nasibku baik, akan tiba awal. Boss di sini tak kesah jika pekerja datang lewat, tapi pada aku, etika kerja datang awal kena sentiasa amalkan walaupun hanya praktikal dan elaun yang diberikan tidak banyak mana.




Some ask, "tak penat ke berulang? Why tak stay dengan Faid (Salah sorang programmer di situ)?"

Yeahh its soo penat~ But kepenatan itu hilang bila dapat lihat jumlah wang yang dapat di jimatkan (banyak benda boleh dimanfaatkan dengan saving ni).

Ngantuk di tempat kerja tu biasa la, jadi selalunya jika ngantuk, aku akan bangun dari tempat duduk, dapatkan segelas air, atau ke tandas untuk mencuci muka, ataupun take a walk in Publika. Tiada masalah bagi boss-boss (overall ada 4 orang boss yang juga merupakan shareholder company software house ini) di sini. Kerna mereka lebih suka melihat pekerja dalam keadaan happy dari murung atau ngantuk.

Waktu lunch tidak menentu, ada yang turun awal, ada yang lewat. Bergantung kepada tahap kelaparan sendiri. Kadang join group, kadang solo~

Biasanya aku yang paling awal keluar office untuk balik kerna tidak ingin tertinggal bas. Bas terakhir ke Pasar Seni yang singgh Solaris adalah pukul 6, kalau lewat terpaksa naik cab. Boss tak kesah aku blah awal disebabkan keadaan aku yang tidak mengizinkan untuk kerja lewat. Masing-masing memahami, mereka pun sedar yang aku selalu datang awal, jadi tiada masalah jika aku keluar awal.

Kebiasaan bus tiba pukul 6, dan akan tiba di Pasar Seni antara 7 ke 7 lebih bergantung pada trafik. Biasanya aku turun di belakang bangunan yang terletak Stesen KTM Komuter Kuala Lumpur. Lebih dekat dan menjimatkan masa. Komuter pada waktu kemuncak ada setiap 15 minit, seperti waktu kemuncak pagi. Pada waktu-waktu biasa, akan ada setiap 30 minit.

Pada kebiasaan akan sampai di Senawang pada pukul 8 lebih, dan paling lewat pukul 9.. Yups, this is true, this is rutin harian budak praktikal dari Senawang.




Kata-kata denaihati memberi inspirasi kuat untuk aku terus berulang seperti sekarang ;
"Alah bisa tegal biasa, mungkin kerja nanti itu pilihan yg ada, terpaksa duduk jauh dr tempat kerja. terutamanya bila dah kawin, isteri pun kerja jauh dr tempt kita kerja.http://denaihati.com/

No Sweat! No Regret! No Pain, No Gain! Kerna bagus for both my leg and financial.. Tak cukup rehat? Hehe I guess not, sebab normally akan go to sleep at 10, dan wake up at 5:30. So total sleep lebih kurang 7 jam setengah. More than enough right? Takde life? Still got 2 days break on weekend, shouldn't ask more than that..

Some said; it's a waste of time, banyak benda boleh buat kalau menyewa di sana. Bila difikir, klu duduk menyewa pun, apa aku buat is tidur jugak time balik kerja (Mungkin lebih dari 8 jam aku tidur nanti). Plus need to spend more money on eating (breakfast n dinner) & renting. 

Ada 12 minggu lagi.. Alhamdulillah, until now everything goes smoothly according to the plan  :D


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: agak lama aku tak tulis entry panjang macam ni.. Yeah! satu kepuasan... 


click ads to show your support (",)

Saturday 16 March 2013

Biografi Syed Mokhtar Albukhary - A Must Read Book!

HOlla Peeps,

Last month one of my buddies introduce aku buku ni tika aku mencari-cari buku best tuk spend Baucer Buku RM250 1 Malaysia aku.


Biografi Syed Mokhtar Albukhary
Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Sebelum ini aku kurang mengenali siapa Syed Mokhtar ni, then just buy this book to know. Finish reading this in just beberapa hari kerna curiosity aku membaca buku ini sangat menebal.. Ternyata sangat terhibur, penuh inspirasi dan puas kerna padat dengan cerita pahit getir perjalanan Syed Mokhtar menjadi salah seorang hartawan terkenal di Malaysia yang tidak mengenal erti putus asa dan sangat dermawan. Ia mengetengahkan hubungan Syed Mokhtar dengan bekas PM Malaysia Tun Dr Mahathir ketika pemerintahan beliau (The 4th) dan cabaran getir Syed Mokhtar selepas itu.

Buku ini tidak begitu menceritakan kisah peribadi Syed Mokhtar, ia lebih kepada siapa disebalik kejayaan beliau dan pahit getir yang dilalui sebelum berjaya. Beliau membukitan yang walaupun tanpa pendidikkan formal, kita boleh berjaya di dalam kehidupan kita.

Sebuah biografi keluaran pVm Communications Sdn Bhd ditulis oleh Premilla Mohanlall yang sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harga yang sangat berpatutan dengan hanya RM19.90 dan boleh dibeli di mana-mana MPH berdekatan, atau korang boleh beli laman web MPHOnline.

Apa tunggu lagi, moh pi MPH, aku dengar tengah sale sehingga 50% (terms n conditions apply) sekarang ni..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: harap korang suka design baru blog ini.. :) 


click ads to show your support (",)

Friday 15 March 2013

Keep Calm - Entry Hanya Kata

HOlla Peeps,


KEEP CALM

AND

EARN MORE INCOME




Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: not much thing to say today..hehe happy weekend peeps ;) 


click ads to show your support (",)

Thursday 14 March 2013

Hampir Jinakkan Mereka - Arsenal Melopong Lagi

HOlla Peeps,

http://e1.365dm.com/13/03/660x350/Arsenal_2914488.jpg?20130313221819


Walaupun hanya tewas kerna perbezaan goal tempat lawan (Result Game sebelum ni, Bayern Munich menang 3-1 di Emirates, game pagi tadi Arsenal menang 2-0 di Allianz Arena),
Arsenal berjaya membuktikan mereka masih kental menghadapi lawan walaupun peluang untuk menang begitu tipis. Dengan kekalahan ini, sekali lagi Arsenal gagal meraih piala.. #facepalm

Pada yang terlepas game tadi, google-google la hightlight game.. Aku dapat tengok 2nd half sebab kerja pagi ni, tapi enjoy and impressed dengan game dan semangat Arsenal. 

Lets see what Arsenal can do in EPL..



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: dah 2 hari gua pakai jersi kat tempat kerja.. Hoho boss pun chill je.. best!! hehe semalam gua pakai Netherlands Away, harini pakai Arsenal Away jersey.. Wear with pride.. 


click ads to show your support (",)

Wednesday 13 March 2013

Tunggu Cek - Cashout Nuffnang

HOlla Peeps,

Baru 2 kali cashout..  Kali ni nak spend duit jejalan ke Krabi Island pula..hehe


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: wordless Wednesday... 


click ads to show your support (",)

Tuesday 12 March 2013

Tips and Tricks - CD Cover Fold

HOlla Peeps,

Lama gua tak buat tutorial kan? Rasanya last tutorial gua buat adalah tutorial Oriami Ros menggunakan kertas. Ramai dah boleh buat belum? Haa? tak boleh? Aiyoo kena buat versi vlog la rasanya lepas ni untuk tutorial origami ros tu haha..

Alright peeps, percaya atau tidak, selain menggunakan plastic cover yang biasa dibeli di kedai untuk menyimpan cd, kita juga boleh menjimatkan kos dengan menggunakan kertas!  Laaa dah tau ke? Ok belum??

Jom blajar bagaimana nak buat paperfolding atau teknik lipatan kertas dengan mengguakan hanya sekeping kertas dan kerajinan (note: kreativiti tidak diperlukan untuk membuat paper fold ini.. hehe)



Membuat tempat simpan cd dengan menggunakkan kertas


Senang kan?


Lets REduce, REuse and REcycle (",)


-zuan-
p.s : kurangkan pengunaan plastik! pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Zuan di #SaiazuanBlog hehehe :P


click ads to show your support (",)

Saturday 9 March 2013

Sejak Dua Menjak Ini - Internship Life

HOlla Peeps,

Rich Dad's Cashflow Quadrant - Robert T. Kiyosaki

Sejak dua menjak ini,
Aku banyak habiskan masa aku dalam train, dalam bus, 
dan di stesen-stesen menuggu public transport,
untuk menuju ke destinasiku,
no sweat,
kerna peneman aku adalah buku,
i used to be someone who hates book,
but now, 
they are one of my best buddies..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: apakah lagu kegemaran korang yang sering kali ingin didengari bila bukak radio? 


click ads to show your support (",)

Wednesday 6 March 2013

Kojap Jew - Pengalaman Bekerja

HOlla Peeps,

Beberapa pengalaman bekerja pernah den lalui sebelum ini;


Promoter Buku Kanak Kanak

Promoter Kasut Kulit Lelaki

Promoter Seluar Dalam Lelaki

Cikgu Sandaran sekolah rendah

Tukang Buat Burger, Fries dan macam-macam lagi di restoran makanan segera


One thing in common, den TAK pernah stick in one work for more than 2 month! lol xD


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: lepas join seminar AE last week, semangat gua untuk dapatkan 1st asset semakin membuak-buak.. 


click ads to show your support (",)

Friday 1 March 2013

Komisen Affiliate JomNiaga - Jom Buat Duit Dengan Blog

HOlla Peeps,


Jom dapatkan komisen affiliate dengan mudah dengan JomNiaga!



Aku masih baru berjinak jinak dengan JomNiaga dan tertarik untuk belajar lebih mendalam mengenai teknik menjana income melalui JomNiaga. Sebelum ini hanya bergantung dengan Nuffnang yang tidak kedekut dengan iklan dan event-event mereka. Thanks Nuffnang! Ada juga cuba pasang Google Adsense, tapi beberapa kali di reject.

Apa itu JomNiaga?

JomNiaga adalah sistem integrasi e-dagang dan affiliate yang pertama di Malaysia. Ia disyorkan oleh pakar-pakar internet dan ternyata berkesan!


Teringin nak menjana pendapatan sampingan? Teringin nak tukar phone baru? Teringin nak tukar laptop baru? Teringin nak tukar kereta baru? Apa tunggu lagi?



JOM DAFTAR SEKARANG!!! 





Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: jadikan blog salah satu sumber pendapatan anda sekarang :) 


click ads to show your support (",)

Rimba Bara Kembali - Review Rock Oo

HOlla Peeps,

ROCK! Sebuah filem yang pernah menyegarkan kenangan zaman rock 80an dan 90an tanah air pada tahun 2005 kembali mengegarkan peminat Rock tanah air terutamanya Rock Kapak! Mamat Khalid kembali dengan; Rock Oo! - Rimba Bara Kembali.

sumber - buahmulut.com

Sinopsis Rock Oo - Rimba Bara Kembali : Mengisahkan Amy Mat Piah yang berniaga menjual ABC, amat mengagumi dan ingin menjadi vokalist kumpulan Rimba Bara selepas ketiadaan Zul Kapak. Berhasrat untuk menjadi vokalist kumpulan itu, Amy mula mendampingi Jijo, Basis kumpulan Rimba Bara. Untuk memikat hati Jijo dan Black, Amy memperkenalkan dan menarik Slash, seorang guitarist hebat menyertai kumpulan itu, dan kemudian Amy mendapat peluang menjadi vokalist Rimba Bara. Bermulalah episod penuh suka duka dalam usaha mendapat tempat di arena rock.



Permulaan cerita dengan salah satu lagu Sweet Charity memberi impak sentimental pada awalnya dan kemudian seluruh panggung terbahak ketawa melihat telatah Amy (Que Haida) mengisar ais untuk membuat ABC. Penuh dengan Humor, Sentimental dan Musical! Ia sebuah filem melayu terbaik tahun ini pada pendapat aku selepas kegagalan filem Mamat Khalid; Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit memberi kesegaran baru kepada aku walaupun isinya begitu padat.


sumber - buahmulut.com


Begitu teruja untuk menonton, sehingga tak terasa menggu lebih 15 minit di depan panggung dengan sahabatku untuk masuk ke dalamnya. Ditambah lagi dengan lagu lagu rock kapak yang dimainkan di sepanjang perjalanan kami ke panggung, menambah lagi semangat Rock kedalam jiwa kami.

Begitu banyak lagu-lagu 80an dimainkan sehingga membuatkan aku ingin karok lagu lagu rock kapak selepas itu. Dibantu dengan plot yang ringkas dan sangat mudah difahami, dan barisan pelakon-pelakon yang begitu menjiwai watak mereka, membuatkan aku ingin menontonya untuk kali ke dua, ketiga dan seterusnya. Keunikkan filem ini adalah, tiada ayat-ayat jiwang, tiada lawak kosong, tiada berebut awek dan berebut harta sepeti yang biasa dibuat filem filem tempatan yang lain. Semuanya ROCK!


sumber - nazrulakram.blogspot.com


Begitu teliti pengarah mencari tempat-tempat nostalgic dan bertemakan 80an untuk mendapatkan feel cerita ini walaupun ada beberapa scene kelihatan moden. Bak kata kawanku, "Aku teringin nak ke zaman ni, nak feel sendiri era rock tu" kerna kelihatan dimana-mana sahaja ada rock ketika itu.

Kepuasan cerita ini adalah elemen nostalgianya, lagu-lagu pilihan yang diselitkan, dress-up rockers, dan semangat rockers untuk memperjuangkan seni musik mereka. Tak perlu menonton filem Rock (2005) untuk memahami filem ini kerna filem ini boleh dimakan (dilayan) begitu sahaja.. an an annnnn~?

"Filem ini sangat dekat dengan saya. Walaupun sudah lebih 80 kali menonton ketika proses suntingan, tetapi saya tidak bosan langsung setiap kali menontonnya. Jiwa saya jelas terlihat dalam filem ini." Mamat Khalid (Dipetik dari Yahoo Entertainment)

Applause!! Filem ini sangat hebat! So far, My favorite Film for 2013!!! Mamat Khalid membuatkan aku nak tengok filem ini lagi..


OST untuk filem Rock Oo - Rimba Bara Kembali


Rating: 8/10 (sebuah lagi filem hebat dan unik arahan Mamat Khalid yang mesti ditonton semua peminat filem tempatan dan peminat musik Rock khususnya)


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sapa suka main futsal? Kasut Joma bagus tak? Ramai kawan kata best pakai, better than other brand yang dah femens amos~ 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...