Showing posts with label Uptown. Show all posts
Showing posts with label Uptown. Show all posts

Monday, 25 March 2013

Bukan Lagi Kehendak - Aku dan Dunia Dewasa

HOlla Peeps,

Ketika berjalan di uptown, begitu banyak baju-baju yang menarik untuk disarung badanku yang semakin buncit ini. Begitu banyak beg-beg yang  kelihatan berguna untuk di 'show-off' di stesen Bus dan Komuter. Begitu banyak kasut kasut dan seluar yang segak untuk diperagakan di depan gadis-gadis KL.

Hati ingin beli itu, ingin beli ini. Akal membataskan, dengan mengingatkan akan yang mana keperluan, dan yang mana tidak perlu. Aku bukan lagi remaja yang ingin sentiasa menunjuk-nunjuk baju baru. Yang sentiasa ingin 'up-to-date'. Yang sentiasa ingin kelainan dan inginkan 'wow' dari kawan-kawan.

Baju-baju yang masih ada sekarang belum lagi tahap ingin dibuat alas kaki atau kain buruk. Masih elok dipakai. Lagipun adalah lebih elok membeli di butik-butik walaupun harganya lebih mahal, tetapi kualitinya baik dan boleh dipakai lebih lama. Tiada penyesalan menghabiskkan berpuluhan, beratusan ringgit kerna kualitinya.

Tidak ada lagi kemahuan itu. Tiada lagi kemahuan untuk sentiasa bergaya. Kerna matlamat aku ingin berjaya. Ingin kaya. Kaya bukan sahaja dari segi wang dan harta, tetapi dari aspek intelek, social dan pelbagai yang baik untuk hidup. Moga dipermudahkan, In-Shā’-Allâh..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: salah satu buku yang sangat aku rekomenkan untuk dibaca semua adalah Rich Dad Poor Dad hasil tulisan Personal Financial Expert, Robert T. Kiyosaki.. Semoga korang mendapat manfaat dengan membacanya.. 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...