Ketika berjalan di uptown, begitu banyak baju-baju yang menarik untuk disarung badanku yang semakin buncit ini. Begitu banyak beg-beg yang kelihatan berguna untuk di 'show-off' di stesen Bus dan Komuter. Begitu banyak kasut kasut dan seluar yang segak untuk diperagakan di depan gadis-gadis KL.
Hati ingin beli itu, ingin beli ini. Akal membataskan, dengan mengingatkan akan yang mana keperluan, dan yang mana tidak perlu. Aku bukan lagi remaja yang ingin sentiasa menunjuk-nunjuk baju baru. Yang sentiasa ingin 'up-to-date'. Yang sentiasa ingin kelainan dan inginkan 'wow' dari kawan-kawan.
Baju-baju yang masih ada sekarang belum lagi tahap ingin dibuat alas kaki atau kain buruk. Masih elok dipakai. Lagipun adalah lebih elok membeli di butik-butik walaupun harganya lebih mahal, tetapi kualitinya baik dan boleh dipakai lebih lama. Tiada penyesalan menghabiskkan berpuluhan, beratusan ringgit kerna kualitinya.
Tidak ada lagi kemahuan itu. Tiada lagi kemahuan untuk sentiasa bergaya. Kerna matlamat aku ingin berjaya. Ingin kaya. Kaya bukan sahaja dari segi wang dan harta, tetapi dari aspek intelek, social dan pelbagai yang baik untuk hidup. Moga dipermudahkan, In-Shā’-Allâh..
Till then, Adiós peeps ;)
-zuan-
p.s: salah satu buku yang sangat aku rekomenkan untuk dibaca semua adalah Rich Dad Poor Dad hasil tulisan Personal Financial Expert, Robert T. Kiyosaki.. Semoga korang mendapat manfaat dengan membacanya..
click ads to show your support (",)
Hehehe...jgn buat kain buruk.hntr je ke rumah ank yatim...dpt jg pahala... :-)
ReplyDeletehehe kat rumah pun tak cukup kain buruk, tu yang buat kain buruk tu :D
Deletesemoga dipermudahkan
ReplyDeleteIn-Shā’-Allâh. amin :)
Deleteentri ni 'terpublish' lps bca buku tu..
ReplyDeleteaku agak..:D
hehe buku tu dah sebulan baca.. entry ni dalam draft sebenarnya :)
Deletekaya adalah pilihan.
ReplyDeleteIn-Shā’-Allâh :)
Deletebila dah masuk alam pekerjaan, banyak perubahan yang mendatang tambah lak hasil duit yang kita perolehi dari penat lelah sendiri.. nak bergaya pon ikot kepentingan dan keperluan :)
ReplyDeleteyups, harap kekal dengan apa yang dihajadi, untuk melawan hawa nafsu dari membazir :D
DeleteDah boleh kmpul duet utk kwen dahhh ni.hewhew
ReplyDeletehehe tgu sarah kawin dlu la..hehehe
Deletei've been meaning to read that book for so long. bawang rekomen jugak suruh Dhiya baca.
ReplyDeleteIntipati padat yang positif dhiya dapat baca blog zuan arini. simple tapi kena tepat sealiran dgn peningkatan usia kita sekarang. we now know better what we need and what we want :)
the book u must read.. pas u baca, mesti akan cakap "i wish i read this book earlier" :)
Deleteits normal bro.... keperluan vs kehendak.....
ReplyDeleteitu yang cuba dilakukan bro, mengatasi apa yang normal :)
Deletedh kena start simpan duit :)
ReplyDeletekan, sepatutnya dari dulu kita buat mcm tu :D
Deletebagus bro kalau niatnya dah macam tuh...:)
ReplyDeletethanks bro, harap kekal dengan niat begini :)
DeleteDah masuk alam pekerjaan biasalah dik.. semuanya kt kena fikir, mana satu keperluan, mana satu kehendak, kena pandai bezakan.. All the best dik.. :)
ReplyDeletebagus bro.. dahulukan mana yang penting dalam kehidupan dulu.. :)
ReplyDeleteRich Dad Poor Dad? Pernah dgr buku tu..nti la cari kt popular :)
ReplyDeletekehendak ok lagi, kalau nafsu shopping mungkin lebih merisaukan, beli tapi tak pakai...heee
ReplyDeleteya, berjimat cermat amalan mulia...
ReplyDeletemenabung untuk hari tua...
kamu boleh macam2 kerja + business utk jadi kaya...
smoga sukses selalu zuan..:)
Kena tau beza keperluan dengan kehendak tu. Kalau ada duit lebih baru boleh beli kedua2 nya. Haha
ReplyDeletego go go zuannnnnnn :D
ReplyDelete