Friday, 1 March 2013

Rimba Bara Kembali - Review Rock Oo

HOlla Peeps,

ROCK! Sebuah filem yang pernah menyegarkan kenangan zaman rock 80an dan 90an tanah air pada tahun 2005 kembali mengegarkan peminat Rock tanah air terutamanya Rock Kapak! Mamat Khalid kembali dengan; Rock Oo! - Rimba Bara Kembali.

sumber - buahmulut.com

Sinopsis Rock Oo - Rimba Bara Kembali : Mengisahkan Amy Mat Piah yang berniaga menjual ABC, amat mengagumi dan ingin menjadi vokalist kumpulan Rimba Bara selepas ketiadaan Zul Kapak. Berhasrat untuk menjadi vokalist kumpulan itu, Amy mula mendampingi Jijo, Basis kumpulan Rimba Bara. Untuk memikat hati Jijo dan Black, Amy memperkenalkan dan menarik Slash, seorang guitarist hebat menyertai kumpulan itu, dan kemudian Amy mendapat peluang menjadi vokalist Rimba Bara. Bermulalah episod penuh suka duka dalam usaha mendapat tempat di arena rock.



Permulaan cerita dengan salah satu lagu Sweet Charity memberi impak sentimental pada awalnya dan kemudian seluruh panggung terbahak ketawa melihat telatah Amy (Que Haida) mengisar ais untuk membuat ABC. Penuh dengan Humor, Sentimental dan Musical! Ia sebuah filem melayu terbaik tahun ini pada pendapat aku selepas kegagalan filem Mamat Khalid; Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit memberi kesegaran baru kepada aku walaupun isinya begitu padat.


sumber - buahmulut.com


Begitu teruja untuk menonton, sehingga tak terasa menggu lebih 15 minit di depan panggung dengan sahabatku untuk masuk ke dalamnya. Ditambah lagi dengan lagu lagu rock kapak yang dimainkan di sepanjang perjalanan kami ke panggung, menambah lagi semangat Rock kedalam jiwa kami.

Begitu banyak lagu-lagu 80an dimainkan sehingga membuatkan aku ingin karok lagu lagu rock kapak selepas itu. Dibantu dengan plot yang ringkas dan sangat mudah difahami, dan barisan pelakon-pelakon yang begitu menjiwai watak mereka, membuatkan aku ingin menontonya untuk kali ke dua, ketiga dan seterusnya. Keunikkan filem ini adalah, tiada ayat-ayat jiwang, tiada lawak kosong, tiada berebut awek dan berebut harta sepeti yang biasa dibuat filem filem tempatan yang lain. Semuanya ROCK!


sumber - nazrulakram.blogspot.com


Begitu teliti pengarah mencari tempat-tempat nostalgic dan bertemakan 80an untuk mendapatkan feel cerita ini walaupun ada beberapa scene kelihatan moden. Bak kata kawanku, "Aku teringin nak ke zaman ni, nak feel sendiri era rock tu" kerna kelihatan dimana-mana sahaja ada rock ketika itu.

Kepuasan cerita ini adalah elemen nostalgianya, lagu-lagu pilihan yang diselitkan, dress-up rockers, dan semangat rockers untuk memperjuangkan seni musik mereka. Tak perlu menonton filem Rock (2005) untuk memahami filem ini kerna filem ini boleh dimakan (dilayan) begitu sahaja.. an an annnnn~?

"Filem ini sangat dekat dengan saya. Walaupun sudah lebih 80 kali menonton ketika proses suntingan, tetapi saya tidak bosan langsung setiap kali menontonnya. Jiwa saya jelas terlihat dalam filem ini." Mamat Khalid (Dipetik dari Yahoo Entertainment)

Applause!! Filem ini sangat hebat! So far, My favorite Film for 2013!!! Mamat Khalid membuatkan aku nak tengok filem ini lagi..


OST untuk filem Rock Oo - Rimba Bara Kembali


Rating: 8/10 (sebuah lagi filem hebat dan unik arahan Mamat Khalid yang mesti ditonton semua peminat filem tempatan dan peminat musik Rock khususnya)


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sapa suka main futsal? Kasut Joma bagus tak? Ramai kawan kata best pakai, better than other brand yang dah femens amos~ 


click ads to show your support (",)

22 comments:

  1. "Rimba Bara sama macam kumpulan Scorpion cuma agama je lain - Zainuri Misfar....

    kahkahkah!!

    ReplyDelete
  2. "Rimba Bara sama macam kumpulan Scorpion cuma agama je lain - Zainuri Misfar....

    kahkahkah!!

    ReplyDelete
  3. rock yg first pon ct da suka..kamu review yg kedua ni mcm best je...mesti tgk! :D

    ReplyDelete
  4. semoga hari2 anda bertambah ceria di awal march ini
    moning..

    ReplyDelete
  5. Boleh luangkan masa tengok filem ni.
    Pasti mengusik jiwa rockers kapak!

    ReplyDelete
  6. perghhh....cepat giler tengok movie nie....gigih sungguh la bro....

    ReplyDelete
  7. Kalau dah 8/10 kena g tgk nih.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom laaaa nurul.. bila nak dating? hehehee

      Delete
    2. Jom Kid.. bila2 jer.. hehehe :)

      Delete
  8. macam x minat tengok cite ni~

    ReplyDelete
  9. sejak bini pregnant ni, susah skit nak ke panggung sorang2 beb... huhu

    ReplyDelete
  10. wahh nak kena tengok nie

    ReplyDelete
  11. suka part sorang ahli malaikat maut kokak itik serati tu hahahaha

    then zul kapan sampai kena sawan silat sebab lapar giler. hahahah

    mmg lawak giler :p

    ReplyDelete
  12. hahahahaha.....
    macam best jer...
    hehehehehe

    ReplyDelete
  13. huiyyyooooo... syioknyaaaaa nampak nih,, siap ada adegan berendam tu.. hahahahaa

    ReplyDelete
  14. lepas ko buat review terus aq terjah pawagam...serius...mmg layan beb movie ni...terasa macam kita masuk sekali dalam zaman tu...mmg asyik gelak je bila layan movie ni...tapi scene yg dorang berendam dalam tasik tu aq tak tahu apa motif...HAHA...zul kapan sampai bersilat sbb da lapar sgt...tu mmg aq bantai gelak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous21/3/14 13:36

      berendam dalam tasik sebab cover photo kump Wings... Hukum Karma..

      Delete
  15. kome semua mmg kene nengok cite nierh.... teman pon yg dh tgk pon rase nk tengok lagi sbb filem ni mmg betoi2 dekat kt jiwe teman..huhuhu.... mmg standing ovation utk mamat khalid!!!! filem ni boleh jd legend setanding dgn Filem arahan nasir jani Kembara Seniman Jalanan cume filem ni di buat pendekatann komedi tp ttp x ilang jiwe rock nyer... harrap2 kengkawan tgk yer.. sbb filem ni sgt bess terutama utk pengikut muzik rock 80- n awal 90an.. harp maklum.... :)

    ReplyDelete
  16. nk pegi tengok cite ni dgn adik2.. mesti diorg suka.. :)

    ReplyDelete
  17. aku dengan semangat ajak kawan² pegi tengok hari pertama. penuh, dapat seat asing² haha ok lah kan janji dapat tengok..
    Aku suka watak sulaiman @ slash.. "ok.. aku ok je" ;D plus lagu latar yang zul kapan nyanyi memang terbaik!

    tapi... entah ek, nak cakap aku tak minat muzik rock 80/90 an aku minat je. Nak kata aku tak karok lagu rock zaman tu aku karok je. Hasil filem ni memang cun, rasa macam betul² ada di zaman tu.. tapi aku rasa macam ada sesuatu yang kurang untuk aku rasa puas hati tersenyum lebar keluar panggung lepas tonton filem ni.. apa pun aku tetap sokong filem malaysia!

    ReplyDelete
  18. kene terjah gak ni...cerita Mamat Khalid mmg selalu ada isinya...

    ReplyDelete
  19. tinggi ratingnya, mesti best filem mamat khalid ni.

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...