Thursday 31 May 2012

> Tech Thursday : Cybercrimes

HOlla Peeps,

Online, online, online.. KOrang tau tak yang selangkah korang ke dunia maya or dunia internet, anda sudah dalam keadaan bogel? Iaitu terdedah (vulnerable) dengan pelbagai serangan jenayah cyber (cybercrimes) seperti hacking, spamming, identity theft, tabnabbing phishing dan banyak lagi malware. Setiap data korang adalah berharga kepada mereka. Lets share something in Tech Thursday;


Berikut adalah salah satu senario attacking style yang aku pernah dapat yang aku ingin share kepada semua.


Biasanya pemilik account tidak sedar yang account dia digunakan oleh spammers (jadi jangan blame si pemilik account yang beri spam kepada korang ni ya?). Biasanya spammer akan menggunakan account orang lain untuk menghantar spam kepada mangsa mereka. Mereka biasanya menghantarkan mesej yang menarik untuk menarik minat si mangsa menekan url yang telah diberikkan.


(Click untuk tumbesaran)

Dan di sini berlaku trick yang kita kadang-kadang tidak perasan. Perhatikan URL yang aku dah bulatkan di atas. Ia tiada langsung kaitan dengan laman web twitter. Ini jenis serangan phishing iaitu dengan meminta email dan password si mangsa (ia seperti memancing korang untuk bogelkan diri korang). Salah satu cara untuk mengenali yang anda sedang di phish adalah melihat pada pangkal url korang, ada tak 'https'? https adalah "Hypertext Transfer Protocol Secure" yang mana adalah kombinasi http dan "ssl/tls" yang menghalang data korang daripada dicuri.


Jadi tips untuk elakkan diserang?
  • Gunakan web browser yang menjamin security yang baik seperti google chrome.
  • Pastikan korang menggunakan password yang kuat dan uji kekuatan password korang di sini.
  • Pastikan korang alert dengan url yang korang nak masukkan id dan password korang.
  • Jangan sesekali memberikan email dan password korang kepada orang yang tidak dikenali.
  • Jangan download file dari sumber yang tidak dikenali kesahihannya.
  • Pastika firewall, antivirus dan webbrowser anda up-to-date.
  • Report sebarang tindakan mencurigakan di laman web kepada pihak yang bertanggungjawab.


Jom jadikan dunia maya dunia yang bersih dari cybercrimes (",)


-zuan-
p.s : maaf kalau tak dapat regularly update seperti dulu, aku cuba kekalkan update sekurang-kurangnya satu entry untuk satu minggu. 

Monday 28 May 2012

> #NNBMY2012 : Nuffnang Blogopolis 2012

HOlla Peeps,




What the heck is this? Some apocalypse? Lolz it's Blogopolis by Nuffnang!

Malaysia's blogging community coming together from all corners of the country to educate, learn and foster the growth of the Malaysian blogosphere for the first time in Malaysia! Blogopolis is a conference put on for bloggers, by bloggers. Blogopolis is a day-long event covering nine different blogging master-classes suitable for bloggers both big and small. Through these master-classes, we aim to engage and educate Malaysian bloggers by furthering their blogging skill set and knowledge. You will also have the opportunity to meet and hear from some of the biggest and most influential names in the Malaysian blogosphere!

Lots of speakers will attend like Nara (beautifulnara.com), Xia Xue (xiaxue.blogspot.com), Maria Elena (peliks.blogspot.com), Kenny Sia (kennysia.com), Premesh Chandran (malaysiakini.com), etc..


Its kinda interesting event to attend! see ya there peeps (chekin my wallet)!



-zuan-
p.s : back to work~ 

> Aku dan Air

HOlla Peeps,

Nak dijadikan cerita, stime aku bermain gitar ngan member aku ;

John Mayer : "Macho, sikit air"
Zuan : "Nah Jambu, jangan teeee~" belum sempat habis cakap..

glup glup glup

*dan John meneguk air aku tanpa rasa bersalah*

Zuan : "~guk air smbil berdiri",
John Mayer : "Sedap air mineral ni, terima kasih Macho!! Don't forget to buy my new album!"
Zuan : "Err habiskan la... Aku dah tak dahaga.."
John Mayer : "Sure? Ok Thanks Macho!!!"


Macam tu la kisah aku dan John pada suatu ketika dulu yang mana tiada ketika yang terjadi, ia hanyalah rekaan semata-mata.. Dan kenapa aku tak minum air tu lepas John minum? Sebab apa? Sebab aku dari kecik memang tak minum air yang orang lain minum, lebih-lebih lagi kalau mulut/bibir dah sentuh cawan/botol/straw minuman.. Pasaipa? Sebab,

mulut dia berbau bucuk!!!

Nehhh just kidding hahahaha.. Tak kesah pun sebenarnya, minum je.. hehe just wanna share salah satu sabda Rasulullah;

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135) (sumber Wahai Anakku, Beginilah Cara Minum Rasulullah)

Jadi minumlah air sambil duduk. Pesanan ikhlas dari blogger yang malas nak update.. lol


-zuan-
p.s : sori la tak dapat nak update setiap satu minit sebab setiap satu minit hehe memang suatu yang mustahil sangat.. btw currently workin on some project.. so tak dapat nak blogwalking much and update regularly.. sorry peeps, pray for my DL this semester (",) 

Thursday 24 May 2012

Tech Thursday : Quran Android

HOlla Peeps,

Aku bukan pengguna android, tapi aku nak promote satu apps menarik untuk dimuat turun ke dalam android mobile anda! Ia adalah Quran Android (boleh dirujuk di sini http://android.quran.com/).




Apa yang menarik?
  • Ia adalah free (open source).
  • Bila dah di dalam mobile, means portability. So boleh membaca al-Quran di mana sahaja anda berada (so lepas ni no more excuse kenapa tak baca Quran).
  • Terjemahan dalam pelbagai bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris Sahih Antarabangsa Terjemahan, Perancis, Jerman, Indonesia, Melayu,Sepanyol, Turki, Transliterasi, dan Urdu).
  • Boleh search terjemahan kegemaran anda.
  • Mempunyai interface yang menarik dan easy to navigate.
  • Dan banyak lagi..

Apa tunggu lagi? Dapatkan applikasi ini di Android Market


-zuan-
p.s : nak kena beli satu android phone ni :D 

Monday 21 May 2012

Alif Ba Ta Duniaku

HOlla Peeps,

Normal la pada seseorang pelajar tu untuk tetiba vanish dari dunia maya disebabkan ke-busy-an melanda diri. Tapi jangan salah faham yang pelajar itu sibuk belajar (terutama aku yang pemalas membaca ni) kerna dia mungkin hilang dicolek alien!

Progress final year projek aku semakin nampak jelas. Proses siapkan proposal dah 90%, dan bulan 6 ni dah nak kena present proposal before aku kena start developing. Ingat lagi pool yang pernah aku buat bulan lepas? Projek aku ada kaitan dengan Jawi. Yups membina aplikasi mengajar membaca tulisan Jawi berbentuk interaktif (menggunakan konsep fonik) kepada murid praskolah. Satu projek amal boleh dikatakan, kerana membantu mengelakkan jawi dari pupus ditelan zaman.

Jangan biarkan mereka senyum kerana tidak tahu menulis Jawi..

Jika kita lihat, akhbar-akhbar semakin kurang dalam penulisan jawi, semuanya rumi. Internasionale la kononnya? Tapi tak boleh la biarkan tulisan jawi ni pupus begitu sahaja, dan diharapkan ia digunakan dengan meluas suatu masa nanti seperti zaman kesultanan Melayu melaka dulu. Kita tengok negara maju di Asia seperti Jepun dan Korea, mereka masih menggunakan tulisan Kanji dan Hanja dalam penulisan mereka. Kenapa kita tak teruskan menggunakan Jawi dalam penulisan kita seperti mereka?

Thanks to both of my supervisor, mereka mencadangkan aku develope satu applikasi untuk mengajar membaca jawi, which is what i like, pendidikkan. Hope that one day, aku kembali dalam dunia pendidikkan :)

Jom layan lirik lagu Awie, Alif Ba Ta Duniaku (video ada kat bawah)..


Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku

Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku

Alif,ba,ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini

Ku, ku, I, I, I
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku

Kau, kau, you, you, you
tak mungkin boleh tahu
selagi ku tak cerita

Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarahmu itu
Sedarlah
Kawanku

Aa, aa, ih, ih, uu, uu,
Tak depan, bawah, atas
tiga cara saja
Membacanya

Oh, oh
Jangan ternganga
Uh... uh...
sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar ( 3X )
Kawanku

Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu/sama
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama 



Janganlah biar Jawi pupus ditelan zaman..


-zuan-
p.s : penat main futsal dan badminton semalam.. huhu ni la akibatnya dah lama tak bersukan, stamina pun dah tak ada.. 

Friday 18 May 2012

> Salam Jumaat : Surah Yasin

Salam Jumaat,

Di hari jumaat yang mulia ni apa kata kita berkongsi pengetahuan mengenai surah Yassin. Ia adalah surah yang ke-36 di dalam al-Quran yang mana diturunkan selepas surah Al-Jin. Surah ini terkandung 83 ayat yang menceritakan pelbagai perkara antaranya kisah Nabi Isa A.S dengan penduduk Anthakiyah, bukti Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan, Ajal dan hari Khiamat dan banyak lagi.


credit gambar

Disebutkan di dalam satu riwayat;


"Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."


Begitu banyak kebaikkan surah yang diturunkan oleh Allah SW.T. kepada kita. Jom amalkan membacanya tak kira ketika senang atau ketika susah, semoga kita mendapat kebaikkan dengan mengamalkannya, insyaAllah, Amin..


sumber http://ptm.umt.edu.my/doc/lestari_1/FADHILAT%20YASSIN.pdf



-zuan-
p.s : rasanya, aku sudah semakin faham kenapa aku diputuskan dari dunia maya oleh-NYA untuk beberapa hari.. 

Thursday 17 May 2012

> Pengalaman Aku Dicolek Alien

HOlla Peeps,



Hohoho sori peeps sebab lama menghilang dari dunia muka buku, dunia burung tweet dan tak lupa dunia blog!!! Totally nak nangis happy bila dapat wish appy bday last week, tambahan ada pulak, ada yang sanggup call dan nyanyi lagu happy birthday untuk aku!!!! wohoo Arigatou!!! Nak jam tangan Lego Limited Edition X Star Wars Darth Vader!!!

Sebab hilang selama semingu?

Di suatu petang yang panas di Arau, sedang aku sibuk mengambil gambar dragonfly, aku terdengar suatu bunyi anih di atas kepala aku, ku pandang atas, ku lihat cahaya berwarna biru kekuningan, modelku terbang melarikan diri. Aku masih tertanya-tanya apakah di atasku, jadi aku menjerit "Aku nak alienw aa.. " belum sempat aku habis meluahkan kata, aku terasa badanku terapung di udara.. Dalam sekali kelipan mata, aku nampak 2 makhluk yang 'seperti ku kenal wajah mereka' tetapi tak dapat nak recall nama mereka. 
AKu seperti di dunia lain, kiri kanan ku lain rasanya, habanya, baunya, dan bunyinya.. Ketika itu aku sedar aku dicolek oleh Alien :O! Ia adalah beberapa hari sebelum tarikh hari lahir aku. Mereka menyedarinya. Mereka mengetahuinya.. Dan mereka berkata, "kamu tidak boleh pulang sebelum hari itu" dan Alien-alien tersebut telah mengadakan majis appy bday di planet mereka dan semua perbelanjaan di tanggung oleh Loki dan Thor!!! Aku mintak hadiah Lappy Alienware, tapi dorang kata out of stock dan terus kick aku balik ke bumi! the end! (malas nak cerita panjang-panjang)

Ok dah clear kan sebab aku hilang? Hehe thanks sooooooooooooooooo much for your wish!!! (",)


-zuan-
p.s : offline tak semestinya busy study, lol 

Friday 11 May 2012

> Everyone Have Their Own Wishlist

HOlla Peeps,

What is my 10 wishlist?





# Nak test Bungee jumping tertinggi di dunia!

Credit picture : World's Best / Highest Bungee Jumping Locations

# Nak beli lappy Alienware yang paling power so aku boleh main Diablo III nanti

http://www.giantbomb.com/pc/60-94/



# Nak masuk gameshow "101 Ways To Leave A Gameshow"



# Nak parking Test Drive Golf GTI kat depan rumah sewa.



# Nak pergi ke Universal Studio bersama kawan semua kawan blog yang lain.

Universal Studios Uniglobe



-----------Alright, pause kejap dekat sini boleh?-----------


Semperna hari yang istimewa ni, aku nak bagi GA!!! Dan GA ni khas untuk pengomen terpantas yang berjaya meneka tajuk entry aku yang mempunyai bilangan komen terbanyak
*klu* kat entry tu, aku hanya balas komen 3 kali je.. dan bilangan komen tu melebihi 150..hehe
Hanya satu pemenang akan dipilih! Pemenang akan dapat topup bernilai RM10 untuk celcom atau maxis atau digi!

Update : Tahniah kepada Norlida Ramli kerana berjaya meneka dengan tepat soalan yang diberikan itu!!! kepada yang lain, cuba lagi..hehe
-----------Goodluck kepada semua (",)-----------


# Nak pergi london tengok Sukan Olimpik!



# Nak update blog ni setiap satu minit.

http://hamiasraff.blogspot.com/2011/08/kenapa-tak-rajin-update-blog.html

# Nak Dean List!




# Nak panjat gunung everest dan jerit kuat kuat "Aku suka gila kat kau la wei".

http://www.makna.org.my/images/everest_pic01.jpg


And,

My most important wish list adalah Jam Tangan. Kenapa? Coz time is 'my Precious' (gaya smeagol).

Credit Picture : Best Luxury and Expensive Watches Brands for Men


Moral of the Entry : Tanpa time, mampukah kita buat apa yang kita hajati? Hargailah masa yang kita ada, bersama keluarga dan orang yang tersayang (",)




-zuan-
p.s : sapa pakai num Celcom UOX? hehe 

Thursday 10 May 2012

> A happy guy who love to EAT DELICIOUS FOOD

HOlla Peeps,

Ensem : Din makan mana harini?
Din : Hmm mana ek? Tah la, xde idea la beb.. Got one?
Ensem : Ko ada internet kat phone ko?
Din : Ada.. Kenapa?
Ensem : Haaa jom kita carik tempat makan best kat blog ni..


http://hazmanfadzil.com/
Eat - Delicious - Food

Din : Woahhh blog apa ni?
Ensem : Ni blog yang review tempat makan best. Senang cerita, mana area ko nak memang ada dan memang best semua makanan yang dia rekomenkan untuk makan.
Din : Wahh cun! Jom try tempat ni. 




Din : Perhh betul la cakap ko, tempat makan dia rekomen memang sedap!
Ensem : Kan aku dah cakap! Apa lagi, Undi la bro ni tuk DiGi WWWOW Awards : Fav Makan-Makan Expert! Ajak kawan kawan sekali k!
Din : Alright bro!

Hazman Fadzil : A happy guy who love to EAT DELICIOUS FOOD

-zuan-
p.s : dekat semiggu aku menyepi, miss me? hehehe 

Friday 4 May 2012

> Diciptakan Hawa Untuk Adam

Salam Jumaat,


Mood menulis entry, dipukul ombak..


Adam,
Nabi yang pertama,
manusia yang pertama bergelar Khalifah,
Allah tempatkan Adam di Syurga,
diberikan segalanya kepadanya..

tetapi,
Adam kesepian,
kesorangan..

Ketika Adam tertidur,
Allah ciptakan manusia kedua dari tulang rusuk kiri Adam,
dan apabila Adam terjaga,
seorang manusia berdiri disampingnya..

dan Adam bertanya ;
"Siapakah engkau, dan siapa namamu?"

jawab manusia itu ;
"Saya adalah wanita, dan aku belum tahu akan namaku sendiri."


Adam tersenyum gembira, dan berkata ;
"Engkau aku beri nama Hawa ertinya: Orang yang aku rindukan,""


Maka hilanglah kesepian Adam setelah ditemani Hawa, di dalam Syurga.


Dan Allah berfirman kepada Adam ;
"Hai, Adam! Iblis itu  adalah musuhmu dan musuh isterimu. Dia akan selalu menggoda engkau berdua agar engkau berdua terusir pula dari Syurga ini, sehingga engkau berdua hidup sengsara. Di Syurga ini engkau berdua dapat hidup bahagia, tidak akan menderita lapar dan susah."


(sumber rujukkan alhakimbestari.org - Kisah Nabi Adam)


Setiap manusia, telah diciptakan pasangan mereka, mungkin belum sampai masa dan ketika untuk seorang Adam atau Hawa itu berjumpa pasangan mereka.. Dan mungkin akan selamanya merasa kesepian di dunia ini..


-zuan-
p.s :  bakal menyepi untuk beberapa hari...mungkin?

Thursday 3 May 2012

> Tech Thursday : Angry Bird Space

HOlla Peeps,

Lama tak berkabaran dengan Tech Thursday dari Zuan, dan kalini nak bercerita mengenai game paling hangat di muka bumi ini buat masa ini. 

Terbaru dari Rovio, Angry Bird Space! Telah dilancarkan pada 22 March lepas dan mendapat sambutan hangat dengan bilangan download melebihi 50 juta dalam 35 hari!!! 

Download Free Demo untuk PC di sini > http://download.angrybirds.com/#ABP

Kelainan dalam Angry Bird Space ini adalah, diperkenalkan Zero Graviti yang mana lebih mencabar logik akal fikiran dan memperkenalkan watak Ice Bird.
Ia mempunyai lebih 60 level untuk dimainkan



Rating Selepas Bermain Versi Demo Di Laptop : 8/10 (Disebabkan angry bird, aku nak dapatkan Samsung mobile dan download full version kerna dikatakan bermain di telefon bimbit lebih cool!)


-zuan-
p.s : jangan salahkan aku kalau korang punya kerja tak siap disebabkan ketagihan dengan game ini..hehehe 

Wednesday 2 May 2012

> #IWishYouKnew

HOlla Peeps,



#IWishYouKnew
You Are Beautiful (James Blunt)

#IWishYouKnew
I'll Be There For You (Bon Jovi)

#IWishYouKnew
I Only Have Eyes For You (The Flamingos)

#IWishYouKnew
I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith)

#IWishYouKnew
I Belong To You (Muse)

#IWishYouKnew
Thank God I Found You (Mariah Carey)

#IWishYouKnew
I'll Be Waiting (Lenny Kravitz)

#IWishYouKnew
I'm Yours (Jason Mraz)

#IWishYouKnew
I Cant Help Falling In love With You (Elvis Presley)

#IWishYouKnew
I Will Be Here Waiting For You (Bryan Adams)


-zuan-
p.s : lagu memainkan peranan dalam macam-macam situasi.. dan menjadi peneman ketika sepi.. 

Koleksi Komik Gempak Starz: Zint

HOlla Peeps,

Koleksi Novel Grafik Gempak Starz : Zint


-zuan-
p.s : dah ada rumah sendiri nanti, rasanya nak ada satu bilik khas untuk koleksi komik dan toys aku...ada masa lapang, nak teruskan hobi membuat diorama dan papercraft hehe 

Tuesday 1 May 2012

> Minggu Balas Dendam

HOlla Peeps,

Harini 1 May! Opss maaf, harini takde entry gila untuk 1 May kerna aku tak punya masa untuk memikirkannya yang mana mereka ada bertanya adakah Aku Suka Sex? Jawapannya "entah la" kerna aku belum pernah merasainya dan takut menanggung dosa besar jika melakukannya dan jika kamu fikir seketika Masjid Yang Diperbuat dari kaca dan keluli iaitu Masjid Kristal sangat cantik dipandang dan bila diTanya Pendapat : Ketinggian Menjadi Persoalan? Ramai yang rasakan ia tidak apa, adakah ini bermakna mereka berfikiran terbuka? Pening kan? Well kalau tak pening tak ada la PENINGkatan! Sebab tu la ramai pening kenapa entry tu dapat bilangan komen melebihi 170. Owhhh Ketatnyeeeee~ aweks tu pakai~ Sekali pandang adalah rezeki, dua kali pandang, neraka kata mari. KOrang tau tak yang Movie Review : Lada Land adalah movie review aku yang paling famous? #LOL ia mengalahkan Konspirasi Panas Duit Syiling Siri Ke-3 Malaysia woahh.. Ehh tak tau ke? Alaaa syiling baru yang macam token tu.. Haishh dan komik ATWR edisi #6 Raya Raya dan Raya adalah entry komik aku yang paling brjaya membuatkan ramai membaca komik aku (bahasaku semakin berterabur) dan aku nak bagitau yang Harun Aziz bukan pemenang ABPBH 2012! Alright lepas ni aku mungkin boleh berjinak-jinak dengan entry Tempat Makan Best : Steamboat Embun Dingin Corner kerna SEO untuk itu sangat menjadi untuk blog yang kurang menyegat seperti blog aku ini hehehe ada yang tertanya-tanya adakah aku plan entry ni sebulan awal? Owhh tidak, seorang pelajar tidak mempunyai begitu banyak masa untuk berbuat demikian..

Luffy Cuba Keluar dari Baju Aku

Minggu Pembalasan!!!

Minggu lepas boleh konsider minggu membalas dendam dengan menaip sebanyak nama entry yang termampu selepas boleh dikatakan bulan april adalah permulaan minggu busy untuk aku spend masa blogging..

Student Life is fun!!! 

Assignment adalaha makanan, test adalah minuman, dan projek adalah makan besar.. Dan masa adalah emas..

Addicted to internet!!!

Bila difikirkan, satu hari tu tak senang duduk kalau tak dapat online. LOL it is internet addiction! Get addicted to the internet. Everytime dekat ngan kedai komputer, akan rasa nak kidnap satu ipad n on9. (i hope i have an ipad)

Spend time Cuti with homie, family, and...

Futsal dan futsal, dua game futsal cuti ni. Memang tertunai hajat aku nak main futsal. hehe. And hangout with my homies, lepak ruma spend time with family and celebrating my dad's bday. And not to forget, spend time with her at putrajaya and watch avengers. Seriously berbaloi cuti 1 minggu aku..

Secara jujurnya, aku lebih enjoy cuti pendek! Sebab takkan terlalu buang masa dengan cuti. Cuti pendek, biasanya akan luangkan masa dengan aktiviti-aktiviti best je!

cuti sudah habis bro, and today.. Selamat Hari Pekerja :)



Sebenarnya aku malas berkempen suruh orang vote.. lol


-zuan-
p.s : dah lama tak menulis tanpa susunan dan plot macam ni..lol 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...