Thursday, 7 July 2011

> Movie Review : Lada Land

HOlla Peeps,


Keluarga bergerak ke rumah baru di mana mereka secara beransur-ansur mula menghadapi peristiwa paranormal dan seram.

Pada penggemar cerita seram, filem Lada Land dari Thailand ini adalah cerita seram yang mesti ditonton.. Cerita ni aku kena ke GSC Alamanda Putrajaya baru boleh tengok sebab tak ada tayangannya kat Seremban (walaupun ada TGV, GSC, dan MBO)..


Arahan : Sophon Sakdapisit
Penulis : Sophon Sakdapisit
Pelakon : Piyathida Woramuksik, Saharat Sangkapreecha
Genre : HorrorMystery
Durasi : 90 minutes
Tarikh Tayangan : April 282011 (Thailand) / July (Malaysia)

Storyline : Sebuah filem yang agak slow moving pada awalan, tetapi teratur dan sangat mudah difahami, kerana sebuah cerita seram tidak perlukan penceritaan yang melalut-lalut. Jangan bangun dari tempat duduk anda kalau permulaannya agak bersifat kekeluargaan.

Horror : Dalam filem ini banyak setting horror dilakukan di kawasan perumahan (taman) dan dalam rumah keluarga Mangsa ni (bermula dengan setting rumah jiran).. Pada aku, cerita seram yang berSettingkan rumah, sangat seram!!! Sebab kehidupan aku (dan kita semua) banyak di rumah, jadi impak cerita ni sangat dalam sampai aku nak ke tandas pun rasa takut (walaupun dah pasang semua lampu).. Banyak unsur suspen dengan sound effect yang selalu buatkan aku dan penonton-penonton terkejut. Pada ibu mengandung dan budak berumur 18 tahun ke bawah, disarankan JANGAN TENGOK sebab banyak efek-efek darah, terkejut, dan lain-lain yang tidak elok untuk ditonton yang ada dalam filem ini.

Moral : Ia lebih menekankan kekeluargaan sebenarnya dalam cerita ni (horror tu macam letaknya di tempat ke2), yang mana si suami yang tidak tahan dengan tekanan membesarkan anak dan pekerjaan membuatkan dia bertindak diluar jangkaan. Harapan si suami dalam cerita ni adalah untuk membesarkan anak dia bersama isterinya dengan baik dengan berpindah keluar dari Bangkok, tetapi gagal menyesuaikan diri di tempat baru akibat keadaan pekerjaan, dan sekitarnya. Pada awalan menunjukkan kawasan residen rumah mereka begitu harmoni (dimana ramai bersembang-sembang dan beriadah di kawasan taman) tetapi semuanya mula berubah dengan kematian seorang pembantu rumah.

Apa Yang Kurang : Thailand memang hebat dengan cerita horror, jadi tiada kekurangan dalam elemen horror dan misteri dalam cerita ni, apa yang kurang adalah cerita ini terlalu panjang dan perkembangan cerita terlalu lambat, bermaksud ia lambat ke klimaks.. Dan jangan terpengaruh dengan poster filem ni, kerana kurang berunsur horror padanya.

RATING : 7/10 (berbaloi tengok pada tengah malam dan make sure itu adalah last tayangan. Kalau anda duduk di kawasan taman yang ramai penduduk yang ramah-ramah pun kena tengok cerita ni)
sumber : 

-zuan-
p.s : melepas nak tengok monte carlo dan transformers 3D (walaupun aku dah tengok

11 comments:

  1. bagi aku cite ni sedikit tergantung la

    pasa mulenya kan kawasan tu dilanda hantu maid kan.. hantu tu buat kacau kan..

    setat dari tu, satu2 keluarga kat taman pindah..

    then pada tgh cerita jiran sebelah watak utama bunuh diri n keluarga dia dan jadi keluarga hantu..

    so, hantu maid tibe2 ghaib hilang dilupekan.. hahaha.

    overall ok la, msg kekeluargaan tu yg penting dalam tu.

    ReplyDelete
  2. Anonymous7/7/11 15:41

    Cerita yg agak seram utk aku yg sikit penakot ni...wakakakakaka !

    Buleh plak lepas tgk cite ni, pintu tertutup rapat, kereta yg dicari hilang tah ke mana ... dan yg paling hampeh sekali, hantu jpj pulaki muncul !

    Nasib hantu polis yg sempoi menggembirakan keadaan.... !

    _hi*fN*

    ReplyDelete
  3. ceita seram,.... x berani nak tgk

    ReplyDelete
  4. wayang dkt sini langsung tak tayang filem nih
    lagi sadis
    hahahaha

    Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

    ReplyDelete
  5. hahaha . da kua panggung ke ? nak yengok . nak tengok :D

    ReplyDelete
  6. Dah tengokk ! For me, tak bagus perkaitan antara tekana kekeluargaan dengan seram. Jalan cerita kurang lancar.

    Tapi part seram dia memang seram la.. igt tak part hantu dekat ampaian ? tanjat boboi! hahaha.


    kasi 5/10 je.. kejamm kan ?

    ReplyDelete
  7. horror movie eh? lariiiiiiiiiiii! hahaha.

    ReplyDelete
  8. Tak sempat nk tengok. Citer tu dh takde lg. Tayangan kejap sgt~ Maybe xdpt sambutan kot, sebab dkt2 dgn citer TRANSFORMERS ,,,

    ReplyDelete
  9. dh download aritu, tp xsmpat2 lg nk tgk..huhu

    ReplyDelete
  10. aku tak berani nak tengok. sbb, mcm ygn ko mention kat entry ni. unsur horror bertemakan rumah mmg kasi impak gile mendalam punya. yg ko lelaki pun takut, apa lagi pompuan. huuu..xnak la tengok.

    thailand mmg the best dlm citer seram. teringat satu kisah hantu juga pasal persahabatan.

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...