Friday, 24 February 2012

> Topi Terbang

HOlla Peeps,

Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” Surah Adz –Dzariyat Ayat 56


Lepas entry cerita ketika di asrama, ada yang request aku buat entry cerita hantu.. Hehe, aku tak ada pengalaman berkawan or terserempak dengan makhluk halus ni, tapi ada la satu story yang aku experience dalam mimpi, boleh?

Korang pernah mimpi kena himpap/ditindih? Rasa sesak nafas akibat dihimpap/ditindih sesuatu yang sangat berat. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakitnya rasa dihimpap/ditindih dengan tekanan yang sangat kuat sehingga menyukarkan pernafasan. Dikatakan ia adalah tindihan suatu makhluk Allah, Wallahu a'lam!

Ceritanya macam ni~

#justgoogleit
Bermula dengan mimpi dimana aku berdiri seorang diri di hadapan satu istana lama, aku tak dapat gambarkan dengan perkataan di mana tempat itu, tapi yang pasti ia sakan-akan kota A'Famosa Melaka. Aku pandang kiri dan kanan, aku nampak sebuah pokok tua yang tidak berdaun di sebelah kiri aku.. Ya, aku berdiri seorang diri sahaja.. Tiba-tiba aku nampak begitu banyak topi beterbangan keluar dari istana itu. Ia adalah topi ber-style-kan Top Hat, semakin banyak topi itu beterbangan keluar dari istana itu. Mula-mula ia berkeliaran dan ia mula menuju ke arah aku. Aku hanya berdiri kaku di situ,  hanya mampu melihat topi itu beterbangan, tak dapat di definisikan perasaan aku ketika itu.. 
Dan topi itu mula menghimpap aku satu persatu! Ketika itu aku mula merasakan tekanan yang sungguh kuat di atas badan aku, aku tak boleh bergerak, ketika itu aku mula teringat kisah orang dihimpap ketika tidur. Memang benar yang mata tak boleh bukak ketika itu, cuba leh menjeri, ia tak mungkin boleh dilakukan. 
Malangnya aku tak tau apa bacaan yang aku harus bacakan. Aku hanya ingatkan Allah ketika tu! Jika ini saat terakhir ku, biarlah aku dengan menyebut, Allah u Akbar! Allah u Akbar! Allah u Akbar! berkali-kali aku menyebutkannya, dan tak lama kemudian, beban itu mula kurang dan mata aku mula terbuka dengan sendirinya..

Begitulah pengalaman aku ditindih.. Macam mana pula korang? Pernah mengalami sedemikian?

Aku tertanya-tanya dan tak berpuas hati, lalu google untuk mendapatkan kepastian (ini la sebab aku suka online, hampir semua yang kita nak cari dihujung jari. Jadi persoalan yang mengatakan aku hanya habiskan masa aku dengan blogging telah terjawab).

Menurut bacaan aku ia adalah, Sleep Paralysis!


#gambaran pelukis mengenai sleep paralysis demon

Sleep Paralysis ni jadi time tidur di mana orang yang tidur tu rasa macam kena cekik, dada rasa sesak, dan seluruh badan rasa susah nak bergerak. Nak jerit pun tak boleh. (nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini)


Adakah betul ia adalah Sleep Paralysis? Bagaimana pula dengan mimpi dihimpap topi itu?


Well, lets get back to Islamic, Nabi SAW bersabda bahawa:
Mimpi ada tiga jenis: "Antaranya permainan syaitan untuk menyebabkan anak Adam menjadi sedih." (sumber : Hakikat Mimpi Menurut Islam)

Wallahu a'lam ~ Semuanya kuasa Tuhan..  Apa pula pendapat korang mengenai hal ini? 


-zuan-
p.s : minggu lepas, kutbah jumaat menceritakan tentang kelakuan zina yang semakin menjadi-jadi pada hari ini. Manusia seperti tidak lagi tahu malu dan tidak lagi segan melakukannya..apa pula topik untuk minggu ini? 

103 comments:

  1. penah alami benda ni. sgt berat ! paling penting, b4 tdo jgn lupa berwuduk + baca doa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni zuan tak baca doa laaa nih kan..? hehehee

      Delete
    2. huhu tak ingat time tu wat pe sblum tdo..hehe

      Delete
  2. aku zaman skolah kat mrsm kuala berang selalu kena.bukan stakat mimpi je tau.siap nampak depan mata.bila nampak muka benda tu,tetiba aku kaku.tapi sume budak tahfiz cakap,cuba gerkkan jari tangan dah leh.tak pon baca je bismillah.mrsm kuala berang memang kawasan jin bertendang.hohoho

    ReplyDelete
  3. hempap selalu kene.
    wehuu. rasa maca tanak lelap kan mata balik bile dapat bukak mata and lawan rasa sengal tuh.

    cite topi terbang ituh.

    keke.

    ReplyDelete
  4. sy x pasti sma ada penah kene tindih atau tidak. tp pnah bbrapa kali terasa x selesa, mata mcm sedar, tp susah nak bukak, nak bersuara pun sangat2 susah, nak bergerak lagi la susah. huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa.. lebih kurang camtu laa simptom2 nyaa...

      Delete
  5. aku pernah mimpi hantu.. haha tp kang klau aku tulis panjang2 kat sini mcm melebih lak..

    ReplyDelete
  6. Petua yang aku selalu guna kalau kene,vube sedaya upaya gerakkan ibu jari kaki.once bole.ia akan beransur hilang.alaa.sleep paralysis tu la.
    Kite kene fikir dr dua dimensi.alam ghaib dan alam sains

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm time tu tak terfikir pun.. thanks for the petua.. :D

      Delete
  7. bell terus scroll down.HAHAHA..dah la kat bilik sorang2..kureng betul..nantikan komen bell yg kedua utk entri nie esok..hua3x

    ReplyDelete
  8. tak boleh bukak mata? huhh tapi kakak senior dila mata die terbukak dan tak boleh tutup. selalu dia kena mata tertutup, yang hari tu pulak nampak bapak segala seram punya muka makhluk tu. astaghfirullahalazim-_-

    ReplyDelete
  9. selama ni orang cakap kena tindih hantu. rupanya sleep paralysis. kiranya badan kita dah ready untuk tidur n tak bergerak tapi kita still dalam keadaan sedar. menarik info ni.

    ada satu masa dulu pernah jadi. kerap jugak la. sampai nak tidur pun rasa takut. alhamdulillah sekarang dah takde. hehe.

    ReplyDelete
  10. dhiya kerap kali kena macam ni (ditindih) sebulan tu dua tiga kali. i cant scream or do anything except praying. i akm still unsure weather keadaan ni betul ditindih atau badan terlalu letih.

    ReplyDelete
  11. Great malm jumaat cerita mcm ni haha
    Aku tak pernah kena tindih, Harap2 dijauhkan huhuhu..

    ReplyDelete
  12. kebetulan pulak. td ustaz ada cerita yg katanya jin perlu bergabung sehingga 40x x silap untuk bg kita nmpk bayangannya dia. kalau hat nmpk benda pelik2 truih tu mknanya beribu2 jin berkumpul. ustaz kata, sebab jin ni lemah sebenaqnya.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah setakat ni yana ta pena kene lagi,, mintak-mintak di jauhkan la semua tu,, so sebelum tidur tu amal an bace 3 kul,, selawat 3x,, ayat khursi 3x,, insya'Allah kta akan di lindungi sampai subuh,,

    ReplyDelete
  14. Anonymous24/2/12 02:16

    hantu tindih tu.
    *muke kompiden*

    ReplyDelete
  15. pena kena hempap lepas tngok kwin sodara dulu,time tu pakai baju yng sama p tdo,then tk basuh kaki..nasib baik masih mampu tersedar,suma kkuasaan tuhan..

    ReplyDelete
  16. waaa.. takot tengok gambar tu pagi2 ni.. terpakse on lampu balik.. hohoho

    aku penah tengok satu cite ni, ashraf muslim ngan diana danielle berlakon.. cite pasal ashraf ni, slalu kene tindih.. padahal sebenarnye, die dok dibayangi ngan mase lampau die die kne sleep paralysis tulah mase tido.. tengok cite tu barulah aku taw yang tindih menindih ni ade theory scientific gak sebenarnye dan bukan based on mistik semate-mate..

    err, himpap? aku jarang dengar word tu.. maybe kalau ko tukar ngan hempap sesuai sket kot..

    btw zuan, aku benci betol bile aku dah type pjg2, nak publish comment, baru aku realize ni acc adik aku so aku ngan malasnye maleh nak sign out dan hye zuan! ni aku lah, ked! hahaahaha

    p/s : kepade blogger len, jangan tiru tahap kemalasan aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe panjang bebenar..layan je :D

      Delete
  17. mak aihhh.. panjangnye..
    gud job ked! hohoho

    ReplyDelete
  18. erk, seram plak. (baca 3 pgi dgn di luar hujan)..

    menjemput blogger join
    segment kenangan persahabatan masa sekolah rendah.


    mesti korang ada kenangannya kan?
    jemput join segment ini ya

    ReplyDelete
  19. topi ajaib ke yg menghempap?? hehe...kes zina mmg dah makin mnjadi2..skg xleh dbendung rsanya..moga mereka sedar dari terus tjerumus kkndang neraka..huhu..

    ReplyDelete
  20. dulu selalu la kena macam tu..skrg ni da takde lagi..:D

    ReplyDelete
  21. Anonymous24/2/12 05:08

    susah nak cakap . ada banyak fakta sains dan dari sudut agama yang kita boleh amik dan relatekan. wallahualam.

    ReplyDelete
  22. betul jugak...aku pun pernah kena la brader. memang fuhh..pasni better tidur dlm wuduk kan

    ReplyDelete
  23. wuduk and ayat kursi sblum tdo..

    ReplyDelete
  24. kena tindih bru 2 kli kot..huhu..tp msa bgun srius rsa takut nk pjam mata balik..huhu

    sy pnh mmpi yg undefined.. sy mmpi kwn ngan hntu, bnuh org,jd the most wanted, kna kjar org gila..all in 1 nite..bgun tido rsa pnat gilerr..huhu

    ReplyDelete
  25. apesal tak elak zuan time topi tu datang??ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aish,kan tengah tido mane sempat nak elak...hihi

      *mentang2 boleh reply comment...=p

      Delete
    2. hehehe sakan dia ya.. hoho jom meriahkn ruang komen ni.. :p

      Delete
  26. ade sorg member slalu kena tindih ni...siang2 pon slalu..

    ReplyDelete
  27. xpernah lg dpt pengalaman kene himpap nie..scary jgk eh...mintak dijauhkan la

    ReplyDelete
  28. hmm pernah kena tindih.. mulanya ingat mimpi je.. tapi adik terperasan.. nmpak akak meronta2 masa tue.. dia dengar mulut akak sebut Allahu Akbar..

    ReplyDelete
  29. aaaa... pernah dua kali :D

    hmm.. ada link kat dalam entry tu,, tapi malas baca :D

    seingatnya,, sebab otak tak function habis lagi kot.. haha :D

    *aku pernah jadi dua kali

    dan,, aku tersedar time jadi (dua kali) bila rasa ada angin masuk ikut telinga, kemudian keluar ikut telinga.. kua3.. berpeluh.. haha :D

    ReplyDelete
  30. uh. aku pernah kena hempap dgn kakak je. dgn benda lain tak pernah laa pulak.

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah, aku x pernah mimpi kena tindih ke atau betul2 kena tindih...kalau berlaku kat aku entah la aku boleh survive ke tak hehehe

    ReplyDelete
  32. Anonymous24/2/12 10:58

    seram mimpi kau .

    aku tak ingat kalau aku pernah rasa ke tak kena tindih masa tidur . aduhh

    ReplyDelete
  33. selama aku hidop ni alhamdulillah x pnh aku kene gangguan cmtu.. dan aku berdoa stiap kali sblm tido supaya jgnla ade ape2 yg m'ggu aku.. aku rasa aku xckup kuat utk tempuh perkara cmtu..






    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  34. masa kat mrsm..pernah kene..dua hari berturut2 waktu subuh. aku nmpk bnde hitam atas aku..tapi masa tu, aku tak tidur.aku cuma baring..

    ReplyDelete
  35. tidur mengiring ke kanan ikut sunnah nabi. berwuduk, baca 3kul, ayat kursi. al-ikhlas 3kali sma mcm khatam 1 quran kan. so, amalkan tiap2 malam sblum tidur. insya Allah tadak jadi pape. ;)

    ReplyDelete
  36. Akak pernah sekali.. Ya Allah tuhan je tahu rasa berat yang amat sangat.. nak baca ayat Quran pun payah.. tapi cuba banyak kali baru boleh.. Ni semua mainan syaitan..

    tapi ni semua salah kita jugak, tido x basuh kaki & sembahyang pun tak hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak larat kan.. skarang ni nak elakkan lupa ambik aik smbahyang sblum tdo, zuan amalkn solat isyak sblum tdo..

      Delete
  37. alhamdulillah tak pernah lg kena tindih selama ni..harap dijauhkan

    ReplyDelete
  38. Anonymous24/2/12 14:23

    prnah kne time duk hostel skolah dulu..duk u ni mimpi kne patuk ular plak..haha..adehh..xtaula ptande ape plak tu...^^

    ReplyDelete
  39. pernah gak tidor kena hempap tu..... mmg penat dan sesak nafas dibuatnya....


    ustad ada cakap sebelum tidur kena amalkan bacaan surah 3 Qul... mudahan terhindar dari segala kejahatan malam sehingga subuh harinya...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy tukar manual transmision oil

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm ramai cakap bagus baca 3 qul ni sblum tidur.. thanks :D

      Delete
  40. orang kata jangan tidur terlentang tapi tidur mengiring aku leh kene. sebb tu aku tak leh tido dlm gelap.otometik mata bukak even dah tido lame. huhu

    ReplyDelete
  41. erk... dulu aku selalu kena tindih... almost everynight smpai dh lali dah pun. DULU.. skunk kurang dah. hehe. ade lagi

    ReplyDelete
  42. ku semangat..so far aku pnahkena lg dan aku xmo kena
    scary worrrrrrrrr

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillah tak pernah alaminya

    ReplyDelete
  44. nanti saya bc entri ni.. nak testing dulu tempat komen baru .. ahhahaha

    ReplyDelete
  45. Misz Domu adalah orang yang selalu kena tindih(dahulu) dan juga sleep paralysis..

    misz domu bukan nak citer pnjang sal tu.. tapi normally, yang membezakan kedua2 nya bagi misz domu..

    bila nak kena tindih..biasanya ada bunyi..spti bunyi kipas tu dah mcm bunyi kipas helikopter..

    dan kadang kala.kita tau nak kena tindih..

    dan bila kita buka mata..kita boleh nampk benda yg tindih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu rasanya nak bukak mata pun tak boleh.. zuan bru experience skali n hope xde la experience mcm ni dah.. tkt nanti nmpk mcm gmbar tu pulak nanti bila bukak mata..hehe

      Delete
  46. blom penah kene tindih.belom penah jumpa...rasa nya tak berani jugak kalau "berjumpa"... >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe menakutkan bila sebut 'berjumpa' ni kan?

      Delete
  47. saye penah jumpe.. hehe...

    btw, maybe betul lah tu sleep paralyse... =)

    ReplyDelete
  48. Tak pernah jumpa n tanak jumpa...

    ReplyDelete
  49. tak pernah kena tindih tapi pernah nmpk 1 benda putih mcm rabbit terjun dr atas katil kte masa kt asrama skolah dulu.
    mula2 katil double decker tu bergoyang,kte tido bwh tmpt kwn sbb die tade mlm tu,seram sejuk kte ble nmpk benda tu lompat dr atas katil kte...zuppp!laju gler...nak kata rabbit dari mana dtgnye mlm2 buta cmtu...misteri tak citer kte ni?hehehe

    ReplyDelete
  50. hoho yeke? thanks bro :D

    ReplyDelete
  51. Pernah gak kena mimpi camtu... Kena himpit oleh durian yang sangat besar...

    ReplyDelete
  52. saya membalas kunjungan anda, terima kasih ke laman WADi, moga beroleh manfaat darinya insyaAllah..

    ditindih itu ada dua pendapat, pertama dari gangguan jin dan syaitan dan seterusnya dari sudut sains, kelumpuhan ketika tidur..yang kerapa terjadi adalah kelumpuhan itu, adapun dari gangguan jin itu ada beberapa tanda lainnya yang tidak sama seperti dihimpit/lumpuh biasa

    wallahumusta'an

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pendapat dan komen WADi :)

      Delete
  53. wahh zuan..
    xpernah kena tindih wpon ada je dormate y tdur katil sblh ms dok ostel dl kena tindih..

    amalan utk elakkan gangguan syaitan..sblm tdur baca 3qul,ayat kursi, istigfar then bc dia tidur...insya-Allah tak diganggu..

    psss : nape comment ni tak pop up dah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lebih senang nak reply komen :)

      Delete
  54. ku tidur mengiring.. lepas tu tak tau dah tidur terlentang ke ape.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha awal2 je tidur elok2. pastu dah tah macam apa tidur..haha

      Delete
  55. Tak pernah pula kena. Huuu.. Gerun sikit bila dengar

    ReplyDelete
  56. aik
    dh tkr cr taip komen ni
    ghehehehee
    punye lame den x ngomen
    hehehe
    soriii eh zuannn

    stakat ni..alhamdulillah x penah lag kene tindih ha..
    huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saja je tuka style komen macam ni, senang nak reply :)

      Delete
  57. yupp akak pun x pernah rasa, x pernah jumpa dan x mau rasa serta x mau jumpa, takutttttt

    ReplyDelete
  58. hee.. menakutkan. pernah kena.. byk kali..tp bkan dgn topi.. :)

    ReplyDelete
  59. pernah sekali kena sleep paralysis ni masa dekat asrama dulu. ustaz kata gerakan ibu jari kaki~ insyaallah boleh gerak. sejak dari tidur pakai stokin.

    ReplyDelete
  60. Anonymous25/2/12 00:51

    chemay selalu gak kena.
    then baca ayat kursi.
    baru boleh okay.
    :)

    ReplyDelete
  61. memacam dah misskonspirasi rasa dalam mimpi.. paling terasa sakit hingga bangun tue bila mimpi dibunuh..atau something yg berdarah..takut pon ada coz member kata ada org sedang beiat jahat kat kita...MasyaAllah...hanya Allah SWT sahaja yg maha mengetahui..

    ReplyDelete
  62. mula kena masa form 3..masa skola ngn matrik, slalu sgt kena. mula2 takut, mcm2 ayat baca lepas kena tu. tp ada skali tu, dah x heran..bleh smbg tdo mcm bese smbil ckp,lantak la hihi..skrg x kena da..ade yg ckp sbb kita penat sgt. wallahualam..

    ReplyDelete
  63. kot suroh pakai kopiah hari2 kot..hahahahaha

    pernah jugak kene dulu.. haishh mmg tak leh jerit langsong.. dalam otak kita mmg dah jerit sekuat hati rupanya tidak.. Allah jer tahu perasaan tu.. takut sgt.. sbb lama sgt

    ReplyDelete
  64. Dkna pernah kene himpap waktu belajar kat kedah. Hanya allah jer tau apa yg jasi.

    ReplyDelete
  65. tak pernah rasa and hope takkan. takut je. tapi banyak dengar cerita kawan kena. dok hostel lagi kan time sekolah menengah dulu.

    ReplyDelete
  66. salam :)

    dan berturut-turut malam mimpi ular...
    ade kecik ade besar
    bile google : jodoh atau rezeki atau musuh nak datang :(
    bile ingat pesan nenek : gangguan jin
    akhirnya : biarlah,asal jangan dye muncul depan mate sudah!! geli~~

    hehehee..sekian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. sangat mengerikan mimpi ular tu.. harap dijauhkn bnda2 tak elok ya :)

      Delete
  67. pernah kena sekali masa dekat matrik Melaka dulu. mulut gatal sangat dok nak rasa macam mana sekali malam tu jugak kena tindih. rasa nak sesak nafas betul. huhuhuh

    ReplyDelete
  68. kena tindih tu selalu jugak, tapi dulu2 aje time stay asrama. time tu pulak ramai org kena histeria, serius risau --"
    mmg rasa mcm tu la, sesak nafas, mcm kena cekik, nk bc ayat2 Quran pun susah.
    then bila cita kat mama, mama ckp kita rasa cmtu sbb letih sgt :> skrg tak rasa dah pun, hihi.


    pasal mimpi tu pulak, wallahualam lah zuan. mgkin yg tu sleep paralyze yg bcmpur dgn mmpi kot, hee.

    ReplyDelete
  69. assalammualaikum. best. tu semua bersebab. walau pun tak pernah alami. tindih tu derang kate sakit.

    ReplyDelete
  70. dulu masa time sekolah2 mak dara pernah alami perkara ni juga..

    ReplyDelete
  71. pernah beberapa kali jadi mcm ni..agak menakutkan tp bila fikir secara saintific..da rasa x takut ngat~ ^^
    tp masa zaman asrama dulu, ada kwn yg selalu kene tindih n siap bley nampak lagi..wallahu'alam..~

    ReplyDelete
  72. namee kalau tak solat isyak mesti kena. time kat university dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu jadi kalau tak solat? nightmare!!!

      Delete
  73. Saya sangat berterimah kasih banyak kepada PAK MANDALA atas bantuannya saya bisa menang togel, saya benar2 tidak percaya dan hampir pingsan karna angka yang di berikan beliau ternyata tembus. awalnya saya cuma coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di daerah Malaysia. kerja sebagai TKI dan tidak ada ongkos pulang, mulanya saya ragu tapi dengan penuh harapan saya pasangin kali 100 lembar dan ALHAMDULILLAH berhasil. sekali lagi makasih banyak ya PAK… dan saya tidak akan pernah lupa bantuan dan kebaikan PAK MANDALA. kepada saudara yang ingin merubah nasibnya seperti saya silahkan Hub 0823"4898"5714 PAK MANDALA. Demikian kisah nyata dari saya dan ini tanpa rekayasa. INGAT. kesempatan tidak akan pernah datang Yang ke.(2).kalinya…!

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...