Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Friday, 24 February 2012

> Topi Terbang

HOlla Peeps,

Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” Surah Adz –Dzariyat Ayat 56


Lepas entry cerita ketika di asrama, ada yang request aku buat entry cerita hantu.. Hehe, aku tak ada pengalaman berkawan or terserempak dengan makhluk halus ni, tapi ada la satu story yang aku experience dalam mimpi, boleh?

Korang pernah mimpi kena himpap/ditindih? Rasa sesak nafas akibat dihimpap/ditindih sesuatu yang sangat berat. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakitnya rasa dihimpap/ditindih dengan tekanan yang sangat kuat sehingga menyukarkan pernafasan. Dikatakan ia adalah tindihan suatu makhluk Allah, Wallahu a'lam!

Ceritanya macam ni~

#justgoogleit
Bermula dengan mimpi dimana aku berdiri seorang diri di hadapan satu istana lama, aku tak dapat gambarkan dengan perkataan di mana tempat itu, tapi yang pasti ia sakan-akan kota A'Famosa Melaka. Aku pandang kiri dan kanan, aku nampak sebuah pokok tua yang tidak berdaun di sebelah kiri aku.. Ya, aku berdiri seorang diri sahaja.. Tiba-tiba aku nampak begitu banyak topi beterbangan keluar dari istana itu. Ia adalah topi ber-style-kan Top Hat, semakin banyak topi itu beterbangan keluar dari istana itu. Mula-mula ia berkeliaran dan ia mula menuju ke arah aku. Aku hanya berdiri kaku di situ,  hanya mampu melihat topi itu beterbangan, tak dapat di definisikan perasaan aku ketika itu.. 
Dan topi itu mula menghimpap aku satu persatu! Ketika itu aku mula merasakan tekanan yang sungguh kuat di atas badan aku, aku tak boleh bergerak, ketika itu aku mula teringat kisah orang dihimpap ketika tidur. Memang benar yang mata tak boleh bukak ketika itu, cuba leh menjeri, ia tak mungkin boleh dilakukan. 
Malangnya aku tak tau apa bacaan yang aku harus bacakan. Aku hanya ingatkan Allah ketika tu! Jika ini saat terakhir ku, biarlah aku dengan menyebut, Allah u Akbar! Allah u Akbar! Allah u Akbar! berkali-kali aku menyebutkannya, dan tak lama kemudian, beban itu mula kurang dan mata aku mula terbuka dengan sendirinya..

Begitulah pengalaman aku ditindih.. Macam mana pula korang? Pernah mengalami sedemikian?

Aku tertanya-tanya dan tak berpuas hati, lalu google untuk mendapatkan kepastian (ini la sebab aku suka online, hampir semua yang kita nak cari dihujung jari. Jadi persoalan yang mengatakan aku hanya habiskan masa aku dengan blogging telah terjawab).

Menurut bacaan aku ia adalah, Sleep Paralysis!


#gambaran pelukis mengenai sleep paralysis demon

Sleep Paralysis ni jadi time tidur di mana orang yang tidur tu rasa macam kena cekik, dada rasa sesak, dan seluruh badan rasa susah nak bergerak. Nak jerit pun tak boleh. (nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini)


Adakah betul ia adalah Sleep Paralysis? Bagaimana pula dengan mimpi dihimpap topi itu?


Well, lets get back to Islamic, Nabi SAW bersabda bahawa:
Mimpi ada tiga jenis: "Antaranya permainan syaitan untuk menyebabkan anak Adam menjadi sedih." (sumber : Hakikat Mimpi Menurut Islam)

Wallahu a'lam ~ Semuanya kuasa Tuhan..  Apa pula pendapat korang mengenai hal ini? 


-zuan-
p.s : minggu lepas, kutbah jumaat menceritakan tentang kelakuan zina yang semakin menjadi-jadi pada hari ini. Manusia seperti tidak lagi tahu malu dan tidak lagi segan melakukannya..apa pula topik untuk minggu ini? 

Thursday, 1 September 2011

> Tidur di Siang Hari

HOlla Peeps,

Pukul 3 Petang di hari selasa.. kebosanan melanda diri sebab tak ada apa nak buat di hari raya ke2 ni, kawan-kawan pun belum balik lagi, so takkan la nak beraya sorang-sorang kan? So aku mengantuk, sepatutnya dah solat zuhur, tapi aku lambat-lambatkan.. Ya, tak elok lambatkan solat.

Aku baring atas katil.. "bestnyaaaa baringgggg~ jap g aku zohor" dalam kepala aku...Tup-tup terlena kejap dalam 3:15 aku rasa.. Jarang orang mimpi di siang hari, dan aku bermimpi di siang hari... kisahnya begini..

seram wei klu macam ni

Menaiki motosikal bersama rakanku, tapi aku tak nampak muka dia sebab aku membonceng je.. Waktu malam, suram.. Jalan kosong dan hanya ditemani lampu jalan.. Banyak pokok tinggi-tinggi.. "Kenapa aku macam pernah lalu jalan ni?" dalam mimpi pun aku boleh berfikir??? Lalu satu pokok besar, aku nampak ada lembaga berwarna putih, ketika tu pun aku terfikir "aku pernah nampak benda ni..
Kemudian memasuki suatu terowong.. nampak 3 lembaga di salam terowong itu di sebelah kanan.. Badan mereka diselaputi kain putih.. Kawan yang bawak aku dah pengsan! Aku kat belakang? Pandang depan nampak lembaga duduk di antara aku dan kawan aku!!! "Ya Allah! Ya Allah!! Ya Allah!!!" itu je yang keluar dari mulut aku..

Dan aku tersedar.. Ya Allah, aku tertidur.. Dah lebih 5 minit aku tertidur, terjaga pada 3:30 kalau tak silap aku.. Cepat-cepat aku ambek wuduk dan solat Zohor..


Pengajaran yang aku dapat petang tadi :

  1. Jangan tidur di waktu petang.. tak elok.. boleh ganggu proses pemikiran, mungkin sebab tu aku mimpi bukan-bukan..Ikut sunnah, tidur 10 minit sebelum zuhur boleh meningkatkan daya tumpuan disamping menambahkan kesegaran badan.
  2. Jangan lewatkan solat.
  3. Jangan malas, malas menyebabkan mengantuk.


-zuan-
p.s : ni bukan cobaan! ini betul-betul.. jadikan pengajaran apa yang aku alami ni.. Lepasni aku akan tidur cukup-cukup di malam hari, so tak de la mengantuk di siang hari! tapi ada ke maksud tersirat disebalik mimpi tu? 

Tuesday, 9 August 2011

> Mimpi Kot : "La Salah Ukur Ke Maman?"

HOlla Peeps,


Kisah aku mimpi tak basah :
Tengah aku sebuk blogging, maman aku masuk bilik aku, *kacau betul la


Maman : Meh tolong maman sat
Aku : Yela yela. (adoi malas tul~)


keluar bilik, pergi ke tepi rumah,


Maman : Ha tolong potong kayu ni ek, ni 14*10 nak buat peti surat.
Aku : Ok..
Maman : Maman nak pergi kedai beli barang jap, nanti maman balik dah tau semua siap
Aku : Ok..


kenapa aku cakap ok time tu? Ops ni mimpi je.. ok ok 
Jangan tanya aku "ko reti potong kayu ke?" sebab ni mimpi je


Aku : Err, tadi berapa ek? owh 14cm yang ni... POTONG!!!! yang ni lak? hmm 10cm, POTONG!!!!


 kemudian maman balik


Maman : Dah siap potong?
Aku : Beres!!! *muka bangga
Maman : Bagus, mana ko letak kayu tu? Eh knapa pendek semacam je ni?
Aku : La, dah maman soh potong 14cm *10cm, den potong la macam tu..


maman ketuk kepala aku


Aku : Hatoiiiii~ sakit la!!!
Maman : Maman suruh potong 14x10 inci, bukan cm..
Aku : Ooooooooowh, awat tak habaq awai-awai tadi 
Maman : Yang kau pun satu, tengok la betul-betul sebelum potong tu, tak kan la peti surat kecik macam tu je


terdiam sambil usap kepala sebab sakit kena ketuk

sumber google
Moral of the mimpi:
  1. Kalau tak paham, tanya betul-betul sampai paham
  2. Tak semua mimpi akan basah
  3. Take note la kalau ada masaalah untuk ingat
  4. Mimpi mainan tidur yang tak berpeluh tapi boleh 'basah'
  5. Nak tolong tu kena la ikhlas ye~

-zuan-
p.s : dalam mimpi pun boleh blajar something, harini nak mimpi pe lak ek?  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...