Showing posts with label Moral of The Story. Show all posts
Showing posts with label Moral of The Story. Show all posts

Thursday, 27 December 2012

Tech Thursday: Cut/Copy and Paste - Sejarah Copy dan Paste

HOlla Peeps,

Seremban, seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah instittusi pengajian tinggi yang terkenal di negara ini telah ditahan berikutan sidiket copy photocopy beberapa buah buku text akademik yang dijual di institut. Sindiket dianggotai suspek sendiri dan dibantu watak-alter egonya. Mereka ditahan ketika sedang menekan butang 'ctrl' dan dipercayai akan menekan butang 'c' sebelum meletakkannya di tempat yang lain. Sabit kesalahan beliau mungkin didenda dibuang pengajian, atau didenda membuat aktiviti ilmiah di pusat serenti, atau keduanya sekali. Mangsa dikatakan mempunyai sindrom 'kemalasan' dan 'ketagihan' yang mana beliau begitu malas untuk memikirkan idea menulis sesuatu sehingga sanggup 'copy' idea orang lain bulat-bulat tanpa memberi kredit kepada mangsa, dan 'ketagihan' dengan keuntungan kewangan yang beliau dapat. Sekian berita dari #BeritaAkuKenaTrollLOL

Cut, Copy, dan Paste... Perkataan yang 'biasa' di dengar di corong-corong telinga dan radio. Tapi adakah aktiviti Cut, Copy, dan Paste ini suatu yang normal dan tak salah dari segi etik mahupun undang-undang?

Pada awalnya, Cut dan Paste adalah aktiviti memotong sesuatu paragraph dari ketas dengan menggunakan gunting, dan kemudian menampalkannya di tempat lain menggunakan gam. Kemudian kaedah ini di digunapakai di dalam komputer, yang mana di komputer, ketika kita copy, memori di simpan di dalam buffer sebelum di-transfer ke lokasi yang dikehendaki dengan menggunakan command.

Pasti ramai tertanya-tanya siapa sebenarnya si genius di sebalik 'Cut, Copy and Paste' ini. Si pencipta telah mencipta sesuatu dengan niat asal hanya untuk 'experiment' yang mana beliau yakin ia tidak sangka akan digunapakai hari ini. Say thanks to Larrry Tesler, seorang Software Engineer yang mana juga expert di dalam HCI. Beliau adalah salah seorang engineer di dalam Xerox ketika beliau mencipta 'Cut, Copy and Paste' di sekitar tahun 70an.


http://www.designinginteractions.com/img/interviews/LarryTesler.jpg


Kemudian Apple (seperti biasa, mendiang Steve Job di sebalik tabir) telah mem-popular-kan 'Cut, Copy and Paste' dengan mengambil idea ini dan mencipta key untuk HCI ini iaitu 'x', 'c', dan 'v' didalam OS Lisa dan Macintosh. Dan beberapa tahun kemudiannya baru digunapakai di dalam Windows. Dan semakin lama, semakin mudah untuk copy dan paste.. (sumber wiki, sumber discovery)


Dan harini...



'Ala copy je la, sama je.. malas gua nak buat'

'banyak giler kerja, tak sempat la beb, copy je la'

'Klau copy benda ni, bukan orang nak tau pun! Konfirm gua dapat 'A' punya lah'

'Huh! Entry Copy paste je ni!!'



Di dunia akademik, aktiviti copy dan paste ini didefinisikan sebagai aktiviti 'meniru' hasil kerja orang lain, dan claim sebagai hasil kerja sendiri. Ia adalah aktiviti 'academic fraud' atau 'academic dishonesty' yang mana menipu didalam akademik. Ia dianggap suatu plagiarism yang mana jika ! Sesetengah pelajar bertindak 'copy' beberapa quotations secara tak sengaja atau secara sengaja tanpa memberi kredit atau citation dari mana mereka mendapat sumber berkenaan. Kebanyakkanya mereka terlalu obsessed untuk mendapatkan gred yang bagus sehingga sanggup 'copy' sesuatu kerja orang lain. Tak salah nak copy, tapi letak la citation supaya tidak disabitkan plagiarize!


http://inqka.uitm.edu.my/index.php/home/103-anti-plagiarism-campaign-/205-title-minister-surrenders-phd-cos-of-irregularitiesq-
I found some interesting presentation about plagairism, and i want you guys to look at it just by clicking this link *bukan spam!*

Alrite, dari segi lain pula, bayangkan kita sudah siap buat suatu jurnal, or tutorial yang akan dipublish kepada public setelah bertungkus lumus menyiapkannya. Tup-tup dah publish, n beberapa hari kemudian kita jumpa benda yang sama kita dah buat dan publish, ada di publish di blog orang lain dan malagnya, dia tak creditkan pun dekat kita. Apa perasaan kita? Annoyed? Nak report? Or takpe la....? Yup yup, you can disable others by copying something dari blog korang dengan disable-kannya (aku pun tak tau macam mana korang buat). Tapi INGAT, bila orang nak buat jahat, ada je cara mereka..


http://windowsxphelpnow.com/wp-content/uploads/2012/01/1.jpg


Banyak jugak aku cerita kalini, hehe dah ada free time sikit sebelum exam, boleh la sembang pung-pang pung-pang... Alright, secara konklusinya, aktiviti copy paste adalah aktiviti tidak beretika dan tidak bermoral dan dipandang hina oleh masyarakat JIKA disalah guna. Jadi, just gunakan idea ini, untuk sesuatu kebaikkan kepada semua, bukan untuk diri sendiri sahaja.. Jadilah manusia yang bermoral dan ber-etika..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: dulu aku rasakan word 'untongla' sangat annoying.. sekarang aku rasa word 'biasala' pun dah annoying, ia suatu word yang 'potong' kita punya mood untuk bercerita..


click ads to show your support (",)

Sunday, 8 April 2012

> ABPBH 2012 : And The Winner Goes To...

HOlla Peeps,

ABPH 2012 : And The Winner Goes To

Semua orang berdebar-debar dan ternanti-nati siapa pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini kan? Well the writer of this blog already know the winner!!!


Host : Pemenang ABPBH 25 jatuh kepada.................
ZUAN! 


The Crowd : 

ehhh Zuan? 

Sapa tu??

BOoOoOoOooooooooo~

Undi Hantu ek?

Tak kenal Tak kenal!!!


Host : Tahniah kepada pemenang, sila Sampaikan Satu dua Kata,


ABPH 2012 : And The Winner Goes To


WTFish??!!!!


Ini entry mencapap~ #LOL xD



Moral Of The Entry : Jangan la mintak orang vote kita secara paksa or push push suruh vote, tak ikhlas vote tu masuk. Then kalau menang pun, fair ke? Berkat ke apa kita dapat tu? Renung-renungkan dan selamat beramal (",)


lebih 50% takkan baca keseluruhan entry ni dan akan fikir bukan bukan akan penulis blog ni #fakta


-zuan-
p.s : happy weekend, aku harap leh luang lebih masa untuk taip lebih banyak entry dan untuk blogwalking ke blog korang.. 

Sunday, 18 March 2012

> Opocottt~

HOlla Peeps,



Di suatu malam yang dingin,
sedang sedang ku blogwalking sambil mendengar lagu Buka lah Hatimu nyanyian Zarul di Media Player,





tiba-tiba..



"Aik dah habis ke lagu tadi?"  kataku,

*click click* memeriksa lagu tadi..

"Owh rupanya lagu dari blog ni... Patut la berat semacam je loading blog ni tadi" kataku lagi..


Moral of the story : Jauhilah Lagu yang boleh membuatkan anda terkejut, kerna ia mungkin akan melemahkan jantung anda, sekian..


-zuan-
p.s : entry yang dijanjikan akan dipublish esok hari... tunggu.. 

Tuesday, 6 March 2012

> Mintak Ubat Batuk Je Pun

HOlla Peeps,

Doc : Sakit apa ni?
Aku : Sakit tekak, hmm ada selsema sikit.
Doc : Ok ok,

*ambil alat apa tah, then letak kat leher aku*

Aku : Err dah 3 minggu batuk ni sebenarnya Doc..
Doc : Ow, ok saya ubat yang lain la macam tu.. Dari suara, dah nak ok batuk tu. Takpe ni mesti kes makan ubat batuk orang lain ni..
Aku : Err mana doc tau?
Doc : Saya kan doctor!


Macam tu la perbualan aku dan doc tengah hari tadi. Baru start sem dah mintak ubat kat Unit Kesihatan UiTM.




Haaaa ni makannya!!! Mintak ubat batuk dan selsema je, dia bagi ubat kahak, batuk, demam, antibiotik, dan selsema.. Haihhh nasib baik la free, kalau berbayo? Abis duit aku bulan ni, dah la tengah hari tadi habis RM6++ untuk sewa rumah, dan total bill lain (yang termasuk bill internet free kitorang guna setahun lebih)

Lepas lunch aku terus makan ubat tu.. Then kat kelas petangnya (lebih kurang pukul 2) Satu benda lecturer ajar aku tak leh masuk dalam kepala (padahal pengenalan je harini).

Kepala dah kejap ke kiri kejap ke kanan, aku dok heran kenapa lecturer tu ada clone kat sebelah dia, dah macam cloning-jutsu yang Naruto selalu buat tu aku tengok.. Kepala aku kejap ke kiri kejap ke kanan lagi.. Apahal ni? Berat je mata ni adeh~ "Layan je la kelas ni" dalam kepala aku..


Habis kelas, balik rumah, cek balik ubat. Kat ubat selsema ada tulis ;

'PERHATIAN! Ubat ini boleh menyebaban mengantuk. Jangan membawa kenderaan'  


Dan baru aku paham kenapa lecturer aku buat cloning-jutsu tadi dalam kelas tadi..


Moral Of The Story : Jadi janganlah makan ubat dan sebelum anda ke kelas, kerana ia mengakibatkan lecturer anda menjadi naruto..


-zuan-
p.s : aku dah malas la nak pegang gelaran 'Zuan Macho', nak jadi 'Zuan Bon Jovi' plak la.. Smart gak nama tu, thanks Bro KiD hehe~ 

Tuesday, 9 August 2011

> Mimpi Kot : "La Salah Ukur Ke Maman?"

HOlla Peeps,


Kisah aku mimpi tak basah :
Tengah aku sebuk blogging, maman aku masuk bilik aku, *kacau betul la


Maman : Meh tolong maman sat
Aku : Yela yela. (adoi malas tul~)


keluar bilik, pergi ke tepi rumah,


Maman : Ha tolong potong kayu ni ek, ni 14*10 nak buat peti surat.
Aku : Ok..
Maman : Maman nak pergi kedai beli barang jap, nanti maman balik dah tau semua siap
Aku : Ok..


kenapa aku cakap ok time tu? Ops ni mimpi je.. ok ok 
Jangan tanya aku "ko reti potong kayu ke?" sebab ni mimpi je


Aku : Err, tadi berapa ek? owh 14cm yang ni... POTONG!!!! yang ni lak? hmm 10cm, POTONG!!!!


 kemudian maman balik


Maman : Dah siap potong?
Aku : Beres!!! *muka bangga
Maman : Bagus, mana ko letak kayu tu? Eh knapa pendek semacam je ni?
Aku : La, dah maman soh potong 14cm *10cm, den potong la macam tu..


maman ketuk kepala aku


Aku : Hatoiiiii~ sakit la!!!
Maman : Maman suruh potong 14x10 inci, bukan cm..
Aku : Ooooooooowh, awat tak habaq awai-awai tadi 
Maman : Yang kau pun satu, tengok la betul-betul sebelum potong tu, tak kan la peti surat kecik macam tu je


terdiam sambil usap kepala sebab sakit kena ketuk

sumber google
Moral of the mimpi:
  1. Kalau tak paham, tanya betul-betul sampai paham
  2. Tak semua mimpi akan basah
  3. Take note la kalau ada masaalah untuk ingat
  4. Mimpi mainan tidur yang tak berpeluh tapi boleh 'basah'
  5. Nak tolong tu kena la ikhlas ye~

-zuan-
p.s : dalam mimpi pun boleh blajar something, harini nak mimpi pe lak ek?  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...