Showing posts with label uitm life. Show all posts
Showing posts with label uitm life. Show all posts

Monday, 18 March 2013

Rutin Harian Budak Praktikal Dari Senawang - From Senawang to KL

HOlla Peeps,

Ringggggggggggg~ Bunyi alarm! Menandakan sudah pukul 5:30, dan aku perlu bangun untuk ke tempat praktikal. Sudah 2 minggu berlalu, masuk minggu ke 3. Ia menjadi rutin harian. Sudah leka dengan bunyi alarm, dan tidak lagi tangan cuba menekan snooze button untuk sambung tidur lagi 5 minit..

Keluar dari bilik, sudah nampak Umi di dapur. Ternyata Umi ingin menyediakan sarapan pagi untuk anak kesayangannya walaupun tidak pernah diminta berbuat demikian. Thanks Umi :)

Selesai mandi dan bersiap, aku ke meja makan dan makan apa yang disediakan. Breakfast Like A King they said, kerna sarapan pagi sangat penting untuk otak. Jadi makanlah, tapi berhentilah sebelum kenyang, Kerna dikuhatiri tak larat nak ke tempat kerja nanti.

Jam menunjukkan 6:10, beberapa minit lagi azan Subuh akan kedengaran. Untuk mengelakkan tertinggal Subuh, aku bangun lebih awal untuk bersiap dan sarapan supaya boleh mengerjakan solat tanpa tergesa-gesa.

Selepas selesai solat, jam menunjukkaan ada lebih kurang 15 minit sebelum train tiba di platform. Aku mengambil masa selama seminggu untuk mengira timing supaya tidak tertinggal train. Biasanya di waktu pagi, train akan ada setiap 15 minit. Thanks to KTM Komuter kerna alert dengan pekerja yang berulang-alik menaiki train. Dan thanks to Kad Komuter 1Malaysia, dapat save 50% tambang ulang alik setiap hari.




Aku biasa tunggu train pukul 6:35 di stesen KTM Senawang, kira-kira 5 minit dari rumahku.. Biasanya train awal 2 minit atau lewat 2 minit. Sangat efficient service Komuter di pagi hari. Buku sudah ada di tangan, aku tidak membaca novel atau buku-buku fantasi untuk mengelakkan mengantuk di dalam train nanti, jadi korang mungkin dah boleh figure buku jenis apa aku baca ketika di dalam train.

Kebiasaan akan tiba ke Stesen Komuter Kuala Lumpur pada pukul 8 atau 8 suku, bergantung pada keadaan. Tiada masalah padaku kerna bas Rapid KL biasanya akan tiba pada pukul 8:30. Aku biasa akan berjalan kaki dari Stesen KTM ke Pasar Seni. Ramai mengatakan ia adalah short walk, tapi sebenarnya melebihi 500 meter perjalanan dan ia adalah rutin yang bagus pada pendapat aku, kerna free exercise di pagi hari. Sangat bagus untuk jantung dan kesihatan.

Bus dari Pasar Seni ke Solaris Dutamas biasanya mengambil masa dari 15 minit ke 40 minit bergantung pada trafik. Jika nasibku baik, akan tiba awal. Boss di sini tak kesah jika pekerja datang lewat, tapi pada aku, etika kerja datang awal kena sentiasa amalkan walaupun hanya praktikal dan elaun yang diberikan tidak banyak mana.




Some ask, "tak penat ke berulang? Why tak stay dengan Faid (Salah sorang programmer di situ)?"

Yeahh its soo penat~ But kepenatan itu hilang bila dapat lihat jumlah wang yang dapat di jimatkan (banyak benda boleh dimanfaatkan dengan saving ni).

Ngantuk di tempat kerja tu biasa la, jadi selalunya jika ngantuk, aku akan bangun dari tempat duduk, dapatkan segelas air, atau ke tandas untuk mencuci muka, ataupun take a walk in Publika. Tiada masalah bagi boss-boss (overall ada 4 orang boss yang juga merupakan shareholder company software house ini) di sini. Kerna mereka lebih suka melihat pekerja dalam keadaan happy dari murung atau ngantuk.

Waktu lunch tidak menentu, ada yang turun awal, ada yang lewat. Bergantung kepada tahap kelaparan sendiri. Kadang join group, kadang solo~

Biasanya aku yang paling awal keluar office untuk balik kerna tidak ingin tertinggal bas. Bas terakhir ke Pasar Seni yang singgh Solaris adalah pukul 6, kalau lewat terpaksa naik cab. Boss tak kesah aku blah awal disebabkan keadaan aku yang tidak mengizinkan untuk kerja lewat. Masing-masing memahami, mereka pun sedar yang aku selalu datang awal, jadi tiada masalah jika aku keluar awal.

Kebiasaan bus tiba pukul 6, dan akan tiba di Pasar Seni antara 7 ke 7 lebih bergantung pada trafik. Biasanya aku turun di belakang bangunan yang terletak Stesen KTM Komuter Kuala Lumpur. Lebih dekat dan menjimatkan masa. Komuter pada waktu kemuncak ada setiap 15 minit, seperti waktu kemuncak pagi. Pada waktu-waktu biasa, akan ada setiap 30 minit.

Pada kebiasaan akan sampai di Senawang pada pukul 8 lebih, dan paling lewat pukul 9.. Yups, this is true, this is rutin harian budak praktikal dari Senawang.




Kata-kata denaihati memberi inspirasi kuat untuk aku terus berulang seperti sekarang ;
"Alah bisa tegal biasa, mungkin kerja nanti itu pilihan yg ada, terpaksa duduk jauh dr tempat kerja. terutamanya bila dah kawin, isteri pun kerja jauh dr tempt kita kerja.http://denaihati.com/

No Sweat! No Regret! No Pain, No Gain! Kerna bagus for both my leg and financial.. Tak cukup rehat? Hehe I guess not, sebab normally akan go to sleep at 10, dan wake up at 5:30. So total sleep lebih kurang 7 jam setengah. More than enough right? Takde life? Still got 2 days break on weekend, shouldn't ask more than that..

Some said; it's a waste of time, banyak benda boleh buat kalau menyewa di sana. Bila difikir, klu duduk menyewa pun, apa aku buat is tidur jugak time balik kerja (Mungkin lebih dari 8 jam aku tidur nanti). Plus need to spend more money on eating (breakfast n dinner) & renting. 

Ada 12 minggu lagi.. Alhamdulillah, until now everything goes smoothly according to the plan  :D


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: agak lama aku tak tulis entry panjang macam ni.. Yeah! satu kepuasan... 


click ads to show your support (",)

Tuesday, 6 March 2012

> Mintak Ubat Batuk Je Pun

HOlla Peeps,

Doc : Sakit apa ni?
Aku : Sakit tekak, hmm ada selsema sikit.
Doc : Ok ok,

*ambil alat apa tah, then letak kat leher aku*

Aku : Err dah 3 minggu batuk ni sebenarnya Doc..
Doc : Ow, ok saya ubat yang lain la macam tu.. Dari suara, dah nak ok batuk tu. Takpe ni mesti kes makan ubat batuk orang lain ni..
Aku : Err mana doc tau?
Doc : Saya kan doctor!


Macam tu la perbualan aku dan doc tengah hari tadi. Baru start sem dah mintak ubat kat Unit Kesihatan UiTM.




Haaaa ni makannya!!! Mintak ubat batuk dan selsema je, dia bagi ubat kahak, batuk, demam, antibiotik, dan selsema.. Haihhh nasib baik la free, kalau berbayo? Abis duit aku bulan ni, dah la tengah hari tadi habis RM6++ untuk sewa rumah, dan total bill lain (yang termasuk bill internet free kitorang guna setahun lebih)

Lepas lunch aku terus makan ubat tu.. Then kat kelas petangnya (lebih kurang pukul 2) Satu benda lecturer ajar aku tak leh masuk dalam kepala (padahal pengenalan je harini).

Kepala dah kejap ke kiri kejap ke kanan, aku dok heran kenapa lecturer tu ada clone kat sebelah dia, dah macam cloning-jutsu yang Naruto selalu buat tu aku tengok.. Kepala aku kejap ke kiri kejap ke kanan lagi.. Apahal ni? Berat je mata ni adeh~ "Layan je la kelas ni" dalam kepala aku..


Habis kelas, balik rumah, cek balik ubat. Kat ubat selsema ada tulis ;

'PERHATIAN! Ubat ini boleh menyebaban mengantuk. Jangan membawa kenderaan'  


Dan baru aku paham kenapa lecturer aku buat cloning-jutsu tadi dalam kelas tadi..


Moral Of The Story : Jadi janganlah makan ubat dan sebelum anda ke kelas, kerana ia mengakibatkan lecturer anda menjadi naruto..


-zuan-
p.s : aku dah malas la nak pegang gelaran 'Zuan Macho', nak jadi 'Zuan Bon Jovi' plak la.. Smart gak nama tu, thanks Bro KiD hehe~ 

Tuesday, 21 February 2012

> X-Change Project | Happy 5 Nuffnang

HOlla Peeps,

Dua Entry Dikepilkan di Dalam Satu Entry.. 



**********




1st of all, aku nak ucapkan trima kasih kepada yang membaca dan menyokong entry X-Change Project yang aku, jue n hanie usahakan dan publish pada ahad yang lepas. Pada yang berminat untuk bertukar entry dengan aku, rasanya lebih mudah kalau PM di Facebook berbanding email, sebab FB pun ada function attach file di Message mereka, so lebih senang hantar menggunakan FB plus FB message pun dah macam chat box, so everything comes easy.

BTW, kepada atuk, rozeeta rashidsuha dan madammondoq nanti kita discuss kat FB untuk exchange entry ni ye (",) Tak semestinya X-Change Entry ini dilakukan pada hari ahad sahaja.

Pada yang salah faham tu, X-Change Entry ni bukanlah untuk up-kan trafik. Ia adalah satu projek menukar entry antara blogger secara suka-suka. Secara tak langsung, menambah kenalan dan merapatkn hubungan antara blogger yang X-Change Entry tu. Untuk lebih faham mengenai projek ini, boleh ke sini.


**********




Pasti ramai yang alert Nuffnang Is Turning 5!! Aku nak join party yang diadakan tapi ada 2 halangan menyebabkan aku tak dapat untuk join! So peluang untuk berjumpa blogger hebat seperti RM, HZ, YZ dan banyak lagi terlepas, sobssss~ Sebab pertama is aku tiada transport untuk ke Neverland Club, tempat dimana event itu dijalankan. Sebab ke 2 adalah masalah kewangan, seperti yang sedia maklum, budak UiTM dah nak start naik belajar balik pada 5/3 depan, jadi banyak duit untuk digunakan..

HAPPY BIRTHDAY NUFFNANG!!! Mayb next year i'll join in.. So please jangan merajuk ngan i sampai tak bagi BE untuk bulan ni..hehehe (",)


-zuan-
p.s : bila nak balik U, masalah insomnia pun datang menggangu.. sekarang ni kul 5am bru aku boleh tido.. adoi~ for now, all i need is ignore all my problems an continue blogging.. 

Sunday, 4 December 2011

> Ahad

HOlla Peeps,


Harini hari Ahad, atau dalam bahasa inggeris, Sunday.. Kawanku di Jepun pula sebut Nichiyōbi.. Lain negara, lain bahasa dan lain cara diorng spend time on Sunday.. Nasib baik di perlis ni, Ahad bukan hari bekerja sebab aku sangat perlukan rehat... Jaga Karnival ICT sangat memenatkan..


Krew sedang membetulkan Subwoofer yang rosak

Waktu lengang tiada pelanggan
"bosan wei"



-zuan-
p.s : zzZZzzzzzz.. 

Saturday, 3 December 2011

> Hari Terakhir Karnival

HOlla Peeps,


Sapa kata jaga booth tak penat, tambah tambahan melayan si gadis-gadis comel (ayat lelaki solo) dan jejaka bajet macho tampan tapi si gadis comel juga la yang membuatkan penat aku hilang (pervert!!!), arigatou~ 

duduk menuggu pelanggan


Harini hari last aku kena jaga booth (sempat lagi update blog) dan sure last day ni, sale dia kena make sure sampai target, berapa target? sure la RM10k!!! haha kidding, dengan menjual aksesori komputer, agak sukar untuk sampai target macam tu.. 

Alrite peeps, just nak update pasal progress aku jaga booth karnival ict je.. So pada yang ada area kedah or  perlis, mai la UiTM Arau dan hit booth BITS, beli barang komputer dekat booth aku, special price punya.. #LOL so aku tinggalkan korang dengan lagu masyuk dari Project Pistol, Wanita Seluruh Dunia.. Enjoy your weekend (",)



Wahai wanita..
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh..asalkan kau wanita..
Kau buat ku gila..
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh..lirikan mata senyuman manisnya
Oh..kau buat aku tergoda..
Wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua..

Wahai wanita..
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata..


-zuan-
p.s : harap harini tak demam la, semalam balik rumah je trus aku tidur sebab penat sangat plus suhu badan pun dah naik waktu tu.. 

Friday, 25 November 2011

> Tempat Makan Best : Demi Nasi Kandar

HOlla Peeps,


"Arghhhh I WANNA EAT MEAT!!!!"

Macam tu la jeritan batinku (atau lebih tepat jeritan perutku kelaparan) ketika di dalam kelas Digital Electronics petang semalam..


"Apa Puan ajar ni? Tak paham..."

Waktu lapar, kalau ajar 1+1 pun otak aku blank, ni la akibatnya kalau tak lunch, kelas petang confirm tak boleh nak fokus.. Habis kelas je, aku ngan Ame terus ke kedai makan untuk pekena Nasi Kandar kat Restoran Yasmin! Fuhhh Ame je tau perasaan aku time Q nak order nasi tu, 30 minit kitorang beratur semalam! 


"Awat lama sangat?"

Malangnya time kitorang ke Restoran Yasmin, nasi habis!!! Disebabkan lapar dan 'ketagih' dengan 'dadah' yang dimasukkan di dalam nasi kandar tu, aku beratur dan tunggu selama hampir 30 minit kat situ. Pada yang tak tau, Restoran Yasmin ni berkonsep mamak yang baru dibuka di Arau Perlis (Back to Student Life) dan buat masa ni fokus pada Nasi Kandar!  


Jangan main-main dengan kesedapan Nasi Kandar dekat Yasmin ni, orang beratur sebegini panjang nak pekena nasi ni

"Sodap wei~"

Ame berselera makan sampai tak perasan aku snap gambar dia pakai phone murah aku LOL


So pada yang belum pekena Nasi Kandar kat Yasmin ni, mai hit kat Arau (Kalau korang kat Mesir tu, jangan la mengada-ngada nak fly mai sini pulak)! Harga? Murah dan berpatutan! Nasi Extra + Ayam, baru RM5.20 (Air kosong sudah dah la kan?).. 

Tapi memang serius sedap la Nasi Kandar dia, aku lepas ni tak perlu ke Penang kalau nak pekena nasi kandar, sebab ia sudah ada di Arau.. 


Ops, blogger Sara kata dia ada ternampak aku tengah hari tu (time tu aku lepak minum je, tak makan) tapi, 

"awat hang tak tegur den? Nextime kalau terjumpa aku, tegur-tegur la ye, aku tak makan orang hehe"



-zuan-
p.s : malam ni aku ada dinner dengan Bits bertemakan "Smart and Elegance" so gua kena dress mcm James Bond la huhu.. Tak dapat nak online sangat malam dan petang ni, so happy Friday peeps (",) 

Monday, 7 November 2011

> OPKIM UiTM Perlis 2011


HOlla Peeps,

Minggu lepas, iaitu pada 28-30 October aku dan beberapa classmate di UiTM Perlis telah terpilih untuk mengikuti program OPKIM UiTM Perlis 2011, di Kampung Sungai Padang yang terletak di daerah Sanglang, dekat-dekat dengan Kuala Perlis... Program OPKIM telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis pada petang jumaat, bersamaan 28 Oktober 2011. 

Selepas perasmian, pelajar kemudian diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.. Setiap keluarga mendapt 2 anak angkat, siapa keluarga angkat aku? Nanti aku ceritakan di sini.

Sepanjang 3 hari di sana, banyak aktiviti-aktiviti bersama orang Kampung terutama Kampung Sungai Padang dijalankan.. Antaranya, ceramah oleh Prof Izzi, Aktiviti Sukaneka, Bergotong-royong, dan Berjalan keliling kampung untuk mengenali lebih dekat cara hidup orang nelayan dan petani.


Di dalam Sekolah Menengah Kebangsan Sanglang Perlis, ketika perasmian program 

Sedang menunggu nama disebut sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing


Ceramah Prof Izzi di Sek Keb Dato Ahmad Musa memberi ceramah memfokuskan golongan belia yang tinggal di kampung untuk menuntut ilmu di menara gading
Berjalan mengelilingi kampung pada petang hari


Pernah tengok sawah padi dan laut dipisahkan oleh jalan raya?

Memang besar kampung ni, dikelilingi sawah padi

Apakah nasib mereka pada Raya Qurban?

Selepas penat berjalan mengelilingi kampung, pekena la laksa kampung, memang awesome laksa kat sini!!! 

Aktiviti Sukaneka bersama orang kampung - Lari Menggunakan Tempurung Kelapa

Aktiviti sukaneka paling cepat berakhir, cari gula dalam tepung, aku dapat #3 dalam acara ni.

Pengadil : "pakcik, acara timbang bola takraw ni untuk orang muda je.."
Pakcik : "saya ni nampak berumur sangat ke? hey, saya mampu timbang  100x kali waktu saya muda dulu la"

Aku dan classmate aku selepas sukaneka, menunggu penyampaian hadiah

"Aku dilahirkan untuk jadi Juara!" Word tu yang bermain dalam kepala aku time aku ambil hadiah ni hehe

Aku bersama keluarga angkat aku, keluarga En Roslan atau Nyan

Kitorang diminta bercerita mengenai pengalaman kitoang bersama keluarga angkat pada waktu malam.
Waktu ni, perlawanan akhir piala malaysia dimana Negeri Sembilan menentang Terengganu,
and guess what? Kawan sebelah aku tu dari Terengganu, so kitorang bertaruh la sapa yang menang malam tu, dan of cos la aku wakil dari Negeri Sembilan, Hobin Jang Hobin!

Pada petang hari sebelum berangkat pulang ke UiTM, bid farewell to keluarga angkat dan orang kampung yang lain.. InsyaAllah ada rezeki, di lain hari akan ketemu mereka lagi (",)

Warga UiTM Perlis dan beberapa orang Kampung Sungai Padang yang terlibat dengan program ni 


Program yang berlangsung selama 3 hari ni memang memenatkan, tapi banyak pengalaman menarik aku dapat dari program OPKIM ni

Apa yang aku pelajari dari program ini?
  • Mengingatkan aku dengan asal-usul kita, iaitu asalnya kita dari keluarga nelayan dan petani.
  • Mempelajari cara hidup orang kampung yang hidup besederhana.
  • Amalkan sikap tolong-menolong dan dan bergotong-royong.
  • Beramah-mesra dan jadi seorang yang ramah dengan sesiapa sahaja walaupun kita tak kenal mereka.  


Sampai sini sahaja rasanya cerita aku mengenai pengalaman aku join OPKIM, jika diberi peluang lagi, aku  nak rasa hidup Orang Asli pula (",)

-zuan-
p.s : amacam raya  korang? best? 

Monday, 12 September 2011

> Sejarah Mungkin Berulang?

HOlla Peeps,


Hujan, hujan dan hujan.. Sedap an tidur time hujan? Tapi kalau hujan tu berterusan beberapa hari dan matahari pulak malu-malu je nak senyum ngan korang, mesti rasa pelik n cuak rite? Eh tak cuak? Serius tak normal #LOL!!!

Sebab time tu paras air dekat parit-parit mungkin dah naik, padang sekolah dah jadi swimming pool, jalan pulak? Ish, kereta dah dijadikan sampan nak lalu jalan tu.. Banyak kereta berhenti tepi jalan je.. Anak-anak kecil seronok la main air time ni... Mak bapak, dok kerut dahi.. Dan si peniaga ada yang untong dan ada yang rugi.. Time tu nak mandi pun susah sebab bekalan air mungkin dah terputus.. Ops duit dah habis! Nak draw? Jangan mimpi la sebab kawasan ATM mungkin dan naik air.. Harga makanan naik waktu ni, dan waktu ni bekalan makanan makin berkurang... Rasanya kalau time ni orang tak kunci kereta pun orangg tak ambek tau pasal kereta tu, sebab nak makan je dalam kepala dia..




Banjir-banjir, antara situasi paling teruk pernah aku alami... Serius aku geram klu uitm bagi lagi cuti.. Comeon la, aku dah puas cuti, bagi aku belajar!!! Aku nak belajar!!!


UPDATES.. ramai mcm confuse je kat mana aku ada? Rujuk sini


-zuan-
p.s : bangun pagi je lapar.. 

Sunday, 11 September 2011

> Adoi

HOlla Peeps,



"Nak banjir balik ke ni?" fuhhh~ 2 hari kat araustralia ni dok hujan je.. risau lak aku kang banjir lagi kat arau ni.. Suhu sejuk dingin je, so mata memang berat la kan.. Perghhh ngantok wo time aku taip entry ni.. Mood study dah datang dah ni, tapi the only problem rite now is, aku tak tau jadual kelas!!! #LOL

-zuan-
p.s : duit duit duit, nuffnang, bila mau bagi new buffered earning? hehe 

> Bye Seremban! Hello Arau

HOlla Peeps,

my hometown, seremban..

Entry yang membuatkan aku tak senang duduk.. Aku mengarang dari hari khamis lepas entry ni.. Menulis detik-detik bye-bye aku kat my hometown! (bajet fly ke india dan tak kembali!


I'M HOMESICK!!!


Hari-hari last kat smban, aku betul-betul manfaatkan baki cuti aku! Beraya ke rumah my bro's (geng senawang fc)! Hanging out ngan diorng smpai tak kenal dunia! Karok sampai suara jadi suara katak (aku rasa aku tau punca ribut taufan kat seremban aritu)! lepak KL! Merayap mencari kasut (kasut aku dah berlambak rasanya ~_~) tapi tak jumpa pun sebenarnya, last-last kat hometown aku gak jumpa apa yang aku nak, sampai hati aku berkata "segalanya aku leh dapat kat sini!"

arau...
Sampai je perlis, famili aku soh tunjuk jalan ke padang besar, "hmmm shopping la tu.." brjam-jam gak la layan kerenah abah, umi, adik-adik aku shopping kat sini.. 1st thing diorng carik, jersi la, apa lagi..haha then baru la carik baju-baju dan perhiasan rumah serta cendera hati tuk kawan-kawan diorang..


Kay, ni je la cerita aku tuk harini nie.. chao~

-zuan-
p.s : malas nak kemas rumah! 

Monday, 5 September 2011

> Misi GUA!

HOlla Peeps,

#justgoogleit

Misi gua tahun ni sebagai seorang Blogger (so klu tahun depan, dah misi dapatkan kereta) :

Kumpul duit (hasil ads kat blog) dan dapatkan tablet pc so aku leh update blog aku dimana-mana aku berada!!! Tu je aku nak, update blog n keep in touch with others..

Sebab apa? Alrite, seminggu ni an, sangat susah aku nak update and keep in touch ngan other blogger n other friends... So walaupun seminggu an, aku rasa jauh sangat ngan korang, n sebenarnya aku RINDU korang!!!

"Macam mana nak dapat duit banyak tu? Susah kot?" alrite, klu senang tak fun la hidup kan? Usaha tu leh bawak kita ke mana kita nak, jus dont giveup!!!


-zuan-
p.s : cuti 4 bulan dah nak abis.. 4 hari lagi saki baki di seremban.. 

Friday, 5 August 2011

> Segmen cx's : geng UiTM by campus

HOlla Peeps,

segmen ni kelolaan oleh
Aye
Seriusly dah lama giler tak kena tag-tag ni (sebab aku lebih fokus ngan entry-entry brbentuk sharing information, tak ada masa tuk segment-segment ni, tapi member nye pasal, WA SUPPORT la..) smpai aku dah lupe function tag ni.. #LOL!!! Dan thanks to Ayie, aku nak cakap aku kena TAG!!! (nama di pengelola dan si tag pun dah dekat sama, ada jodoh la ni #LOL)

Apa soalan???

Campus : UiTM Arau
Course : Degree in Sains Comp 
Parts : Part 3 (2nd Year)

ok, dia ada soh tag sapa-sapa.. Aku tak ada mangsa nak tag, sebab takut ada yang dah kena tag, macam ni je la, aku buat open tag!! Sapa nak buat entry ni, buat then linkkan ke Aye tu, bkn Ayie tau.. #LOL

UiTM di hatiku~ PLUG IN BABY!!! 


-zuan-
p.s : tengah-tengah ngantuk kena lak tag.. haha layan je la #LOL... 

Tuesday, 2 August 2011

> Pengalaman Berpuasa di Tempat Orang

HOlla Peeps,


Bangunku di watu sahur untuk minum seteguk air dan cukuplah dengan sebiji kurma untuk melapik perutku di siang hari, meniti hari-hari sebagai seorang pelajar di Universiti..Ah, itu kisah tahun-tahun lepas ketika aku masih di negeri orang, cuma tahun ini aku berpuasa sepenuhnya di negeri sendiri untuk memenuhi cuti selama satu per empat tahun yang diberikan orang berkuasa.. Ahh membazir lagi masa muda aku.. masuk tahun ini sudah hampir 5 tahun aku di negeri orang.. Bukan suatu tempoh masa yang singkat untuk menuntut ilmu.

sumbangan google yang hebat

Bukan ingin mengadu kisah sebagai seorang pelajar, tetapi ingin menceritakan dugaan berpuasa di negeri orang.. Banyak dugaannya, terutama sekali ujian untuk bangun sahur, begitu liat seliat pacat.. Berbeza sungguh ketika ku dirumah, dimana aku dengan mudah dikejut Umiku, dan apabila bangun sudah terhidang lauk pauk yang sedap...
Apabila di negeri orang ni, bagun dengan tenaga sendiri sangat la susah, dan menjadi suatu kejayaan apabila sudah berjaya bangun..

Meniti kepanasan harian yang memang mengeringkan tekak sangat menguji tahap puasaku, namun aku gagah untuk melaluinya demi kewajipan. Keikhlasan dihati, tiada siapa tahu... Teringat aku akan suatu kesah sahabatku, menceritakan dengan bangga yang dia tidak puasa di hari itu.. Pening kepalaku memikirkan sikapnya, apakah menjadi kebanggaaan untuk tidak puasa? Terdetik di dalam kepala ku untuk mengucapkan kejahilannya, namun hatiku terlalu malu dan lembut untuk berkata demikian.. Ada juga suatu ketika dimana aku melihat sendiri mereka menumis sayur dan mengetuk kuali untuk santapan sementara mereka diwaktu matahari masih lagi di atas kepala.. Ahh.. itu satu ujian bagiku...

sumbangan google yang hebat
Jangan dihina sahabat-sahabat yang tidak berpuasa di siang hari, mungkin ada sebab mereka berbuat demikian...


-zuan-
p.s :  Diminta oleh seorang sahabat untuk menceritakan kisah berpuasa di negeri orang, dan aku karang dalam bahasa yang aku gemari..tak pa noh??

Wednesday, 25 May 2011

> My Story : Homecoming

Apa yang akan anda lakukan jika anda tiada tiket untuk balik kampung?


Itu lah persoalan yang ditanyakan oleh tiga sahabat yang berada di perantauan untuk belajar. Setelah satu tahun di perantauan, mereka mula homesick. Dan perasaan rindu akan rumah dan keluarga serta sahabat dan sanak saudara mula memuncak apabila tiba musim perayaan raya puasa. Disebabkan terpaksa, mereka mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dengn menaiki motosikal sahaja. Tapi apabila hanya ada 1 motosikal dan 3 penumpang...?  Masaalah mula timbul...

Padat dengan Humor, Adventure, Action dan Drama..

Jangan Nantikannya (sebab hanya cerita rekaan pelajar)


p.s actually dari tarikh poster tu sendiri dah bagitau yang poster ni dah lama aq buat..
hehe semester 2 nye projek.. 

Friday, 20 May 2011

Tuesday, 10 May 2011

> Lyrics : Perpisahan Ini By 1st Edition (feat Aizat)

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


-zuan-
p.s tringat kt taman mainan, petang tu.. kita makan aiskrim sesame...

> End of April 2011 Semester

Joy n Sad x dapat dipisahkan..
tu la yang aq dapat huraikan semester Jan-April 2011
disebalik kesedihan, ada kegembiraan
dan disebalik kegembiraan ada kesedihan
so hidup ni jangan la harap nk gembira jew

sem ni sangat mencabar bagi aku
ye la, sem penuh ngan subjek mnghafal (theory jew, x bnyk praktikal)
so teruji betul aq nye daya ingatan n pemahaman

sem ni la aq baru berjaya meluahkan perasaan aq yang terpendam
walaupn gagal (manually)
and its ok, walaupn kecunang
sbb aq da usaha an

p.s cuti is coming, so aktif blk la as blogger tegar.. and nk keje as cikgu sandara, so Saiazuan Sensei Enters!!!

Thursday, 5 May 2011

> Gain No Trust

HOlla Bloggers..

Entry ke 2 aq arini.. bukan tak ada kerja nak buat, just nk luahkan rasa hati.. friend? u got friend, me got friend, everyone got friend.. but...do we got trust????

ok, trust tu word yang paling susah nak dapat kalau kte ad kawan sbb lots of backstabber in this world.. u trust someone, but u that person dont trust u enough..  know, when u learn that u make a mistake, what did u say or do?

apologize, to ur friend by saying "i'm sorry" (this is not Amir Raja Lawak Style, cos he look totally stupid with it (no offence)).. SO u msti expect, he will forgive u.. and be ur friend again right??? but he's not forgiving u and then, he starts telling bad things about u, he starts blocking u (on facebook, etc), and 100% avoiding u by not speaking to u, turning his "spenda face" away from u

so what will u do to face that kind of person? how long can u go with it? a day? a week? a month? a year? until u/he's dead?

it's better if u keep silent, it is also good if both of u have a talk..
but, will he.. change? its a sin (in Islam) if we dont talk to our friend which we have a clash with for more than 3 days.. so think about it.... peace..


p.s this is not a hot tempered entry, nor an entry to marah kat someone.. i am once a hot tempered, but i learn that being cool is better...

> Satu je lagi...

HOlla Bloggers..

exam aq da hmpir sampai ke kemuncaknya (brdebar2).. 4 paper dah abis, dan 1 je lagi nak kena hadap (hoyeah)..10/5 ni abis la exam aq..tp paper last ni agak mencabar minda n usaha untuk membaca.. Philosophy!!!
ok paper yang leh wat aq pening lalat (dalam masa yg sama enjoy sbb best subjek nie)... So kna la bukak ati besar2 an bukak buku besar2 n bukak mata besar2 so aq leh enjoy study!!!

p.s 11/5 da dekat.. wishlist2.. xD

Wednesday, 20 April 2011

> You Will Face Junction

When someone need's u
u are there for them
 are there to motivate them
u will be the shoulder for them

but when u need someone
where are they?
where are the motivation that u need?
where are the shoulder that u need?

not asking back for a favor
just asking for an iridescent
the way we are back then
when we share those moments

used to be a good listener
good at motivating others
but
when the problems comes
it's like been hitting by a gravity
not just an ordinary gravity
something 100 times stronger than gravity

yes you will hear
"don't give up"
"there is always tomorrow"
"don't runaway from the battlefield"
"this is just a test from HIM"

but is that a sincere word u hear?
are they mean it?

remember this..
don't get lost..
motivate yourself is better than u heard others motivation
if there is wrong way u turn in, there is always a junction
so try to take other route..

peace...



p.s this is my last post for this month.. insyaAllah, i'll be back in May..

so i'm dedicated this song to you guys out there, especially LP fans.. a song by LP, and this song will be featured in Transformers 3 soundtrack...

hope u got something from this song..





"Iridescent" by Linkin Park


You were standing in the wake of devastation
And you were waiting on the edge of the unknown
And with the cataclysm raining down
Insides crying "Save me now"
You were there, impossibly alone

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

And in a burst of light that blinded every angel
As if the sky had blown the heavens into stars
You felt the gravity of tempered grace
Falling into empty space
No one there to catch you in their arms

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

Let it go
Let it go
Let it go
Let it go

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...