Showing posts with label my journey. Show all posts
Showing posts with label my journey. Show all posts

Monday, 5 September 2011

> Misi GUA!

HOlla Peeps,

#justgoogleit

Misi gua tahun ni sebagai seorang Blogger (so klu tahun depan, dah misi dapatkan kereta) :

Kumpul duit (hasil ads kat blog) dan dapatkan tablet pc so aku leh update blog aku dimana-mana aku berada!!! Tu je aku nak, update blog n keep in touch with others..

Sebab apa? Alrite, seminggu ni an, sangat susah aku nak update and keep in touch ngan other blogger n other friends... So walaupun seminggu an, aku rasa jauh sangat ngan korang, n sebenarnya aku RINDU korang!!!

"Macam mana nak dapat duit banyak tu? Susah kot?" alrite, klu senang tak fun la hidup kan? Usaha tu leh bawak kita ke mana kita nak, jus dont giveup!!!


-zuan-
p.s : cuti 4 bulan dah nak abis.. 4 hari lagi saki baki di seremban.. 

Saturday, 4 June 2011

> Balik Kampung For 5 Days

HOlla Blogges,

Starting esok until next friday aq mayb unavailable and kurang menziarah blog rakan-rakan blog sekalian kerana berada di kampung (sebelah Umiku di Kulim, Kedah) untuk menghantar rombongan meminang gadis idamanku (bwahaha tipu je.., nk melawat nenek aq)...

Hmm antara sebab-sebab aq mungkin kurang blogging is :

  1. kna follow parent melawat sudara mara
  2. mayb tenet slow kat sana so malas la nk on9
  3. kena layan budak-budak kecik
  4. cuaca panas di kedah yang mungkin membuatkn aq malas nk berpanas 
so mayb trafik aq low for a week.. hmm xpe la.. klu orng igt kita msti orng jenguk kita.. hehe enjoy ur day mate.. 
-zuan-
p.s kena tdo awl mlm ni.. so xde msa nk bw mlm ni.. sowi mate.. 

> Twisted Logic

HOlla Bloggers,


Bayangkan satu hari, 
kita bangun dari tidur, 
susah nk bangun 
dan kena ada pembantu robot untuk mengangkat kita,
ini kerana perut kita sudah terlalu buncit, 
buncit kerana terlalu banyak makan,
kerana sudah kurang bersenam,
kerana terlalu malas untuk berjalan, 
dan terlalu kerap berada di alam maya, 
tanpa mengendahkan dunia sebenar,
dan tanpa kita sedar,
sebenarnya kita di dalam sebuah kapal,
kapal yang sangat besar,
dan kita hanya bergantung pada sebuah kerusi bergerak,
yang mana kita mengawal kemana kita hendak pergi,
kita mendapat pertolongan dari robot-robot,
teknologi....
tetapi sedar tak,
robot itu akan semakin pandai, 
pandai kerana manusia yang memandaikan mereka, 
dan mereka semakin muak,
muak untuk menolong manusia....






pernah tgk tengok wall-e dan pernah dengar lagu coldplay - twisted logic?


"Hundreds of years in the future
It could be computers
Looking for life on earth

Don't fight for the wrong side
Say what you feel like
Say how you feel"


lihat, dengar dan hayatinya..

-zuan-
p.s aq slalu terpikir macam mana hidup aq pada tahun 2020, 2030 atau 2040.. 
sok aq ke Kedah, doakan aq n family aq selamat smpai ek... thanks

Wednesday, 1 June 2011

> Menjerit Tanpa Sedar Limitasi

HOlla Bloggers,

Secara jujur, kebelakangan ni aq suka sangat menjerit-jerit atau dengan kata dasar, KARAOKE.. haha xde kaitan pun sangat karaoke dengan menjerit, sebab korang jerit kalau nyanyi lagi Linkin Park je..haha

Aq addicted bai kebelakangan ni, dan lagu yang aq tak puas hari slagi tak boleh jerit dengan sempurna adalah lagu Bukti oleh Fiq.. Serius susah lagu ni, lagi-lagi part chorus dia, kena tarik nafas dalam-dalam before tarik lagu tu.. pastu klu berjaya tarik sampai abis, memang wa sgt kembang hidung..hahaha

OK salah satu yang aq addict skrng, mesti la BLOGGING!!!

Dan jangan lupa, movie movie movie.. Aq suka tgk movie, so sesape yg nk tgk movie tapi takde teman, leh ajk aq tgk skali (area Seremban or KL je k) sebab aq kan nak jadi seorang Movie Reviewer, so kna la slalu tengok movie..hehe

-zuan-

p.s sok x-men.. jom!!!






Thursday, 26 May 2011

> My Story : Pertarungan Antara Gajah Dan Ular



Cuaca yang dingin di petang hari sambil diiringi bunyi burung Hantu dan burung Cak Rumah.. "Ohhh sungguh tenang petang ini" Kata Averil Levis-Gine (Pelakon Sambilan Dari Kedai Basri Jaya) kepada Chuck Tukang-Jahit (Juga Pelakon Sambilan Dari Kedai Basri Jaya) sambil membelai-belai tangan kekasihnya itu tanpa menyedari batas-batas pergaulan di dalam Islam.. Tiba-tiba.... 

JENG JENG JENG!!! 
(Musik Filem P.Ramlee Kedengaran Di Set, dan Setting warna bertukar ke setting filem klasik Grayscale digunakan, owh sungguh klasik setting cerita kali ini)

Cuaca berubah mendung, awan bertukar warna (Seperti Efek Yang Telah Diletakkan Dengan Menggunakan Perisian Canggih - After Effect), Kilat sabung meyabung (Mengalahkan Bunyi Ayam Ketek Sabung), dan awan mula terbelah (Geng Awan Dania terpaksa berehat petang ni).. Semua sudah mendapat tahu, yang sesuatu akan berlaku petang itu. Sesuatu yang bakal ditulis dan dipelajari di dalam buku sejarah Tingkatan 4, dan diceritakan kepada pelancong dari negara luar supaya menjadi daya tarikkan pelancong ke Malaysia.. Sesuatu yang bakal dirakam menggunakan kamera telefon bimbit, dan mungkin kamera filem besar dan akan diupload di Utube dan akan dikomen dan di kongsi pengguna Facebook dan Twitter yang mana mungkin dikomen oleh The Rock dan Bruno Mars di laman Twitter mereka.

Okay, berbalik kepada Situasi yang berlaku sekarang... Ia melibatkan pertarungan Epik dan penuh Kontroversi (Yang Mungkin Menjadi Perbualan Di Surat Khabar, mengatasi Highlight kenaikkan harga Minyak dan Kes Mahkamah Yang Tiada Penyelesaian) antara Dua Jagoan...........................................................................................................

Bermain pimpong dengan muka ketat (seperti getah spenda) merupakan kebiasaan Musalman (Lakonan Mantap Pemuda Dari Senawang Bernama Moh D Adzuad) diketika membalas setiap pukulan lawannya.. Salah satu lawan yang masih sukar untuk ditewaskannya, Merong (Lakonan Pelakon Serba Tak Kena, Muhamma D Saiazuan)... Dan menjadi kebiasaan setiap pertarungan mereka akan disiarkan secara Siaran Ulangan di Kaca Televisyen Tempatan (Yang Lebih Kepada, Bersifat Kerajaan) dan tidak pernah sesekali berjaya keluar ke siaran luar negara (Kurang Swasta Barangkali, dan Kurang Pengaruh Shebby Singh), dan akan menjadi bahan bualan Kumpulan Makcik Sepah di petang hari, tetapi mungkin kali ini menjadi kelainan.... 

Apa yang menghairankan, Merong selalu korek hidung ketika memberi servis kepada Musalman, mungkin itu antara sebab Musalman membalas serangan dengan muka ketat dan senyap sahaja sepanjang perlawanan, dan apa yang keluar dari mulut Musalman hanyalah "uuuh!!", "auuch!!!" dan "aahhhh!!!"..... Beberapa sahabat yang setia berada di untuk menonton perlawanan getir ini (Sambil Menjadi Si Pengutip Bola Tanpa Bayaran) adalah Karim (Dilakonkan Oleh Lakonan Comel Dan Selamba, Moh-D Mimi), Mamat (Dilakonkan Oleh Pelakon Yang Selalu Berlari Ketika Pengambaran Filem, Fiq Sengget), dan Usop (Lakonan Tokoh POLITIK Tempatan Yang Suka Jual Minyak, Ehkesian).
gambaran pelukis mengenai perlawanan yang berlaku

Perlawanan berterusan selama 3 hari 3 malam, lebih lama dari perlawanan Tuah dan Jebat kerana mereka banyak berehat sambil menikmati Coolblog dan berbual mengenai Blog milik masing-masing dengan bangganya. Dan pada hari ke-4, masing-masing memutuskan untuk mengakhiri perlawanan mereka dengan satu bola dan satu mata sahaja.. Syaratnya, mereka perlu memukul bola pimpong tanpa menggunakan Bet pimpong, dan hanya menggunakan tapak tangan mereka sendiri... Jika dilihat dengan mata kasar, Musalman mempunyai kelebihan berbanding Merong kerana Musalman mempunyai tapak tangan yang besar (Kerana Banyak Membuat Kerja Memasak, dan Banyak ke Gym Untuk Teman Adiknya Membina Badan) berbanding Merong yang hanya mempunyai tapak tangan lembut (Kerana Kanyak Menaip di Papan Kekunci)...

Bola dilepaskan dari atas udara dengan ketinggian 7 kaki 5 cm, bola jatuh ke kawasan Merong selepas terkena Net, dan merupakan satu kelebihan untuk Merong membuat pukulan Ace untuk mendapatkan mata penyudah, Merong memberi tamparan kuat keatas bola tersebut sehingga merah tangan Merong dengan penuh bangga dan yakin yang Musalman akan gagal untuk membalas pukulannya, terapi Musalman dengan muka selamba, membalas pukulan Merong dengan penuh style, Merong pula kini dalam situasi berpeluh-peluh seperti duduk di Kawasan Paling Panas Di Malaysia untuk mebalas pukulan balas Musalman kerana tangan Merong masih merah (Memberi tanda yang Merong akan kecundang) tetapi dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka (Magik dan Tiada Logika biasa berlaku di dalam filem Tempatan dan Luar Negara) suatu aura Haki (Tiada kaitan dengan kuasa Haki Dalam One Piece) dilepaskan Merong menyebabkan bola terpantul balik ke kawasan Musalman... 

Berang dengan kuasa yang digunakan Merong, Musalman mengambil keputusan untuk mengeluarkan Chakra Kyubi miliknya (Juga tiada kaitan dengan Uzumaki Naruto), ekor 9 dikeluarkan untuk membalas aura Haki milik Merong... Sekarang Bola berpantul-pantul dari kawasan Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman, dan pantul kembali dari Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman, dan pantul kembali dari Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman, dan pantul kembali dari Musalman ke kawasan Merong, dan dari kawasan Merong ke kawasan Musalman selama 7 minit 59 saat dan bola masih belum jatuh!!! 


Penonton-penonton mula tidak senang duduk.. Helikopter mula mencari stesen minyak.. Ais Krim Malaysia mula kehabisan stok.. Ikan sudah habis untuk dibakar.. Musik tiada lagi rentaknya disaat Justin Beiber menyanyikan Never Say Never.. Telefon kehabisan bateri dan iPad mula meragam.. Sotong Paul mula berenang-renang liar di dalam akuarium kerana sudah tiada upaya untuk meramal pemenang.. Si pengguna deodorant Rexona mula berpeluh-peluh busuk.. Signal WiFi sudah tidak kesampaian.. Jalan tar sudah bertukar warna ke cokelat.. Rumah-rumah sudah menampakkan batanya.. Pokok tiada lagi irama sonata musim panas.. Kumbang mula melupakan Bunganya..

gambaran pelukis mengenai situasi pertarungan

dan disaat itu... 

disaat itu...........

Muncul penyelamat....

Penyelamat yang mungkin akan menamatkan pertarungan ini....

Penyelamat yang akan mencipta sejarah, juga boleh menyebab kan penonton mengata "aaaaaaaaah~"

Di sebalik jelebu yang mula melanda kawasan pertarungan (akibat pembakaran terbuka manusia akhir zaman) muncul bayang yang masih samar-samar figura nya.. langkah demi langkah diambil.. Kelihatan dua orang sedang menuju ke kawasan pertarungan.. Figura kedua-dua mereka masih samar-samar, dan apa yang dengar adalah bunyi tapak kasut mereka... Penonton kaku, pokok tidak lagi bergoyang, Paul juga sudah terdiam... Siapakan figura 2 manusia ini??? Apakah kaitan mereka dengan 2 Jagoan sehinggakan semua kaku???? Akan adakah perkataan "bersambung..."?????

Musik mula dengan sendirinya, unsur saspen mula dirasai, tegang bulu roma manusia yang masih belum mencukurnya, disaat maknyah mula kehilangan nyah mereka, penggemar KPOP mula beralih ke MPOP.. begitu kuat lagi aura dua individu yang masih belum kelihatan wajah mereka, kalau dibanding dengan aura Musalman dan Merong sebentar tadi... Berpelu-peluh para reporter menuggu kemunculan figura itu disaat dakwat pen mereka mula kering...

"MERONG!!!"
"MUSALMAN!!!"

Jeritan yang kuat seperti singa mengaum dikeluarkan, dan ia adalah suara dua orang wanita yang semakin kelihatan wajah mereka...kedua-dua mereka menunjukkan muka bengis, dan mula menyebabkan berapa kanak-kanak kecil menangis... 

"BALIK RUMAH!!!"

kedua-dua mereka serentak menjerit kepada dua-dua Jagoan menyebabkan kedua-dua mereka terpelanting jauh sejauh 5 meter ke arah padang..

"Ibu Mertua~!!!" 

Jeritan gadis-gadis comel yang muka seakan-akan Natalie Portman, Kristen Stewart, Angelina Jolie, Rachel McAdams, Kirsten Dunst, Taylor Swift, Katy Perry dan Ana Raffali (setiap sorang memiliki empat) tertuju kepada dua orang wanita pertengahan umur yang baru sahaja menumbangkan dua Jagoan dengan Jerita Batin Mereka... Ia seperti kisah dongeng dimana dua Jagoan menjadi idaman gadis-gadis dan ditakuti musuh yang hanya takut dan tumbang kepada Ibu mereka (tidak seperti kisah Tanggang yang begitu ego dan lupa daratan setelah hidup senang).

Kedua Jagoan dalam keadaan separa sedar dan terpaksa akur dengan kekuatan ibu mereka... Semua penonton terpaksa meninggalkan kawasan pertarungan bagi mengelakkan Tragedi Oktober berlaku, dan riak muka mereka nampak hampa kerana tidak dapat melihat penghabisan perlawanan kedua jagoan. Jagoan diheret pulang ke rumah dan telinga mereka kelihatan berdarah mendengar ceramah yang diberikan ibu mereka...

Keadaan kembali tenang, orang ramai mula sibuk bergotong royong membersihkan kawasan pertarunngan yang begitu sesak dengan sampah sarap.. Anak-anak muda mula merempit kegembiraan tanpa menghirau nyawa mereka dan orang sekitar.. Si peminat teknologi mula mengupload video dan gambar yang di rakam ke internet untuk disebarkan ke seluruh dunia dan galaksi... Kisah pertarungan mereka sudah banyak ditulis di blog dan disebarkan di berita.. Ada juga penulis-penulis lagu mula membuat lagu bagi mengingati peristiwa tersebut... Pengarah filem berlumba-lumba untuk mendapatkan bajet bagi mengarahkan filem dan dokumentari mengenai perlawanan ini.. Sekolah dan Universiti serta penjawat Am serta Swasta mendapat cuti 1 hari bagi mengingati perlawanan ini.. Disaat sang pengemis tidak lagi mengemis di tepi jalan, si kaya tidak lagi digelar kaya. Semuanya berakhir dengan senyuman....

antara pernagaan yang laris hari itu

p.s Hikayat ini tiada kena mengena dengan siapa-siapa sahaja di dunia ini, tetapi mempunyai mesej yang mungkin boleh dikatikkan dengan dunia kini.. Hanya cereka pendek di petang hari yang terkeluar akibat permintaan rakan
membuat poster selepas hasil karangan merupakan hobi aq.. tetapi aq tidak pernah berpuas hari atas setiap kerja yang aq laksanakan, seperti hilang kesempurnaan yang dicari..

Wednesday, 25 May 2011

> My Story : Homecoming

Apa yang akan anda lakukan jika anda tiada tiket untuk balik kampung?


Itu lah persoalan yang ditanyakan oleh tiga sahabat yang berada di perantauan untuk belajar. Setelah satu tahun di perantauan, mereka mula homesick. Dan perasaan rindu akan rumah dan keluarga serta sahabat dan sanak saudara mula memuncak apabila tiba musim perayaan raya puasa. Disebabkan terpaksa, mereka mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dengn menaiki motosikal sahaja. Tapi apabila hanya ada 1 motosikal dan 3 penumpang...?  Masaalah mula timbul...

Padat dengan Humor, Adventure, Action dan Drama..

Jangan Nantikannya (sebab hanya cerita rekaan pelajar)


p.s actually dari tarikh poster tu sendiri dah bagitau yang poster ni dah lama aq buat..
hehe semester 2 nye projek.. 

Monday, 16 May 2011

> Selamat Hari Guru

HOlla Bloggers

Guru bleh kata parent ke2 kita sebab diorng la yang mengajar n menjaga kte time parent kita tak ada disamping kita untuk menjaga kita..Pasti ramai yang ad kenangan masam masam manis dengan guru masing-masing dimana ad suatu ketika guru itu merupakan musuh atau insan yang paling dibenci murid, dan ad ketika guru itu merupakan permata untuk murid-murid..jadi guru ni susah, sangat susah, sebab macam-macam ragam murid-murid yang akan kita jumpa kan.. jadi tahap kesabaran perlu di level unlimited, sebab klu ad limit, rasanya tidur lokap la malam tu.. ;p

tringat aq dulu waktu aq jadi guru sandaran.. memang aq merupakan cikgu yang paling dibenci murid-murid pada awalnnye sebab aqs suke buat muke garang ngan diorng.. (ye la, awal2 jadi cikgu an, msti r susah nk adapt) pastu seminggu kemudian, rentak seorang guru mule ad dalam diri aq, yang mana aq mule disukai murid-murid, mula ditegur oleh mereka (ad gk murid perempuan yang mintak num telephone dr aq.. hahahaha)

kenangan jadi guru yang paling aq xleh lupe, hari sukan sekolah.. time tu, hubungan ngan murid2 makin rapat.. waaa rindu btl ngan SK SIKAMAT ;)


p.s ingat dan kenanglah jasa guru hingga akhir hayat anda.. :)

Tuesday, 10 May 2011

> End of April 2011 Semester

Joy n Sad x dapat dipisahkan..
tu la yang aq dapat huraikan semester Jan-April 2011
disebalik kesedihan, ada kegembiraan
dan disebalik kegembiraan ada kesedihan
so hidup ni jangan la harap nk gembira jew

sem ni sangat mencabar bagi aku
ye la, sem penuh ngan subjek mnghafal (theory jew, x bnyk praktikal)
so teruji betul aq nye daya ingatan n pemahaman

sem ni la aq baru berjaya meluahkan perasaan aq yang terpendam
walaupn gagal (manually)
and its ok, walaupn kecunang
sbb aq da usaha an

p.s cuti is coming, so aktif blk la as blogger tegar.. and nk keje as cikgu sandara, so Saiazuan Sensei Enters!!!

Thursday, 5 May 2011

> Satu je lagi...

HOlla Bloggers..

exam aq da hmpir sampai ke kemuncaknya (brdebar2).. 4 paper dah abis, dan 1 je lagi nak kena hadap (hoyeah)..10/5 ni abis la exam aq..tp paper last ni agak mencabar minda n usaha untuk membaca.. Philosophy!!!
ok paper yang leh wat aq pening lalat (dalam masa yg sama enjoy sbb best subjek nie)... So kna la bukak ati besar2 an bukak buku besar2 n bukak mata besar2 so aq leh enjoy study!!!

p.s 11/5 da dekat.. wishlist2.. xD

Wednesday, 20 April 2011

> You Will Face Junction

When someone need's u
u are there for them
 are there to motivate them
u will be the shoulder for them

but when u need someone
where are they?
where are the motivation that u need?
where are the shoulder that u need?

not asking back for a favor
just asking for an iridescent
the way we are back then
when we share those moments

used to be a good listener
good at motivating others
but
when the problems comes
it's like been hitting by a gravity
not just an ordinary gravity
something 100 times stronger than gravity

yes you will hear
"don't give up"
"there is always tomorrow"
"don't runaway from the battlefield"
"this is just a test from HIM"

but is that a sincere word u hear?
are they mean it?

remember this..
don't get lost..
motivate yourself is better than u heard others motivation
if there is wrong way u turn in, there is always a junction
so try to take other route..

peace...



p.s this is my last post for this month.. insyaAllah, i'll be back in May..

so i'm dedicated this song to you guys out there, especially LP fans.. a song by LP, and this song will be featured in Transformers 3 soundtrack...

hope u got something from this song..





"Iridescent" by Linkin Park


You were standing in the wake of devastation
And you were waiting on the edge of the unknown
And with the cataclysm raining down
Insides crying "Save me now"
You were there, impossibly alone

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

And in a burst of light that blinded every angel
As if the sky had blown the heavens into stars
You felt the gravity of tempered grace
Falling into empty space
No one there to catch you in their arms

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

Let it go
Let it go
Let it go
Let it go

Do you feel cold and lost in desperation?
You build up hope, but failure’s all you’ve known
Remember all the sadness and frustration
And let it go. Let it go

Sunday, 13 February 2011

> I Once A Basis

HOlla Bloggers..

Hari ahad.. dating, movie, tido, jalan2, makan2, dll.. mcm2 activity leh wat time weekend especially ahad.. y ahad? tah.. sbb arini ari ahad kowt.. aq da makin malas nk blog-walking lately, so traffic pn merundum mcm meteora.. haha ok, arini aq bgn kul 12, mkn magee, on9, tgk puteri impian, then.. tringat kt 2 taun lepas..

knape ngan 2 taun lepas? yeah, 2 taun lepas i was once a basis.. haha pemain bass tuk band The Ranggoli.. pe tu? haha check this out.... http://eleventx.blogspot.com/2009/10/reunion.html

but not a reunion actually... satu band yg ditubukan tuk menghilangkn rasa boring dipetang hari.. men lagu2 yang rasa mcm best tuk didengar kepala sendiri..

but bkn hanya main lagu orng, ktorng ad gk lagu sndri.. Last Song and Menanti... yeah... just 2 song sbb hanya mampu jam once a week...haha..

so after several month play as a band, ktorng pn da bosan play and no more ranggoli..

ptng tadi belek2 folder2 dlm lappy aq, trjumpa folder "The Ranggoli", mengandungi lagu2 yg ktorng prnah men dulu, direkodkan dlm cd.. then save dlm pc.. lol.. so for all the members of ranggoli.. ble nk jam blik?

p.s house mate aq ad ajk jam skali ngan dia.. hmm tgk la dlu klu wa rajin nk jam.. huhu... plus klu korang prasan kt fb aq, aq tuka profile pic aq tgh men bass

Friday, 11 February 2011

> Last 7

telling u i like u last year on the phone at the middle of the night.. 
then got rejected with "hahaha"..
being cool with that coz i got rejected soooooo many times



waiting for several month
hoping you change your mind
change the fact that u like me


then i got a bad news from the social network

u got accident
got my hand on the smoke for 1st time

my heart doesn't feel right

then when u recover



given you time to heal




remember when i asked you for a drama?
i'm not interested to watch it actually
all i did was to see u

if i can write a song
to make u fall i love with me
i think i can win a grammy

now after you recovered
u forgot that i still like u
and u got the new man right beside u




it has been 7 month now since last time u rejected me



and why still me chatting with u?
and why i still messaging u?

you act strangely now
not someone i know before
all you say is it is because of the accident

but still i got no feedback from you..
and now i just wanna say thanks....

for treating me this way...



p.s this can me meaningless without the readers who understand what it means....

Friday, 28 January 2011

> Lama kot

HOlla Bloggers..

Rsanya lama sangat aq tak tulis blog apatah lagi blogwalking sampai traffik aq drop sampai 1-5 sehari..hahaha
disebabkan faktor kembali ke ipt, aq tak pat nak update and blogwalking.. so sorry kepada sesiapa yang menunggu posting or komik "After Tea With Robot" dari aq.. hehe

so ngan cuti raya cina ni, aq cuba blogwalking and update blog sebanyak yang mungkin.. :D

smpai2 je semban aq trs carik mcd.. bf ngan sausage mcmuffin and post kt fb n tweet sbb happy dpt makan..xD

p/s adoi mana nk carik duit nk beli raket tennis nie? load yayasan n9 pn x masuk2 lg.. ~_~

Friday, 31 December 2010

> Kotak Hati Robot


Tik.. tik.. tik..
jam berdetik
x mungkin akan aku hentikan
hobiku hobimu
penat pasang akhir tersenyum
kau tak tahu rasanya hatiku
Saat siapnye modelku

Tik.. tik.. tik..
air mataku?
jangan terjatuh dalam hati
mau hilang machoku
biar ku simpan semuanye
ko tak tahu rasanya hatiku
Saat siapnya modelku
ko tak bisa bayangkan rasanya
melihat hasil kerja yg teragung
Ko tak tahu hancurnya hatiku
Saat kau berkata ia x laku
ko tak bisa bayangkan rasanya
hati terguris dengan katamu




p/s :Lirik Lagu diubahsuai dr lagu Masih Cinta - Kotak
sowi klu merosakkan lirik lgu ni.. just for fun

Last Post For 2010..
sorry ek lama x post and bw kt blog korang sbb de prob tenet..
ni pn usaha abis ni ni post last entry for 2010..
Happy new year... :D

Monday, 13 December 2010

> Hari Ini Penat

HOlla Bloggers..

Ok, tgk tajuk pun dah faham an? aq penat harini.. haha.. so tak banyak blogwalking leh wat arini.. so aq nye trafik pn low.. :(

pasal aq penat sangat ni.. padahal aq jalan-jalan gi pc fair kt klcc je arini.. aish..

xpe la sok aq start aktif balik.. komik After Tea With Robot pun lum siap lagi tuk minggu ni..

Saturday, 11 December 2010

> Pusing Satu Dunia Dalam 1 Minggu

HOlla Bloggers... Pusing Satu Dunia Dalam 1 Minggu???? hahaha tgk tajuk pn da tau tipu.. tp tu la kan..harap dpt travel satu dunia satu hari nanti, nk tengok2 tempat orang... nk tgk keindahan ciptaan Dia..so dri skrng kena kumpul la duit kalau nk hajat tu kesampaian.. huhu..

so makin gelap la kulit aq bila smpai kt afrika.. haha

walt disney studio kt paris... here i come... hehe

kt dpn stadium team fav aq bersama jali (ex roomate), go Arsenal!!!

kt Amsterdam.. tempat yg ingin dilawati roomate aq... 

hehe ni msti la tmpat fav aq.. tokyo.. brsama awek jepun la.. sp la.. hoho

err.. ni kt mesir.. dpn piramid.. klu x silap kt sini transformers 2 nye pengambaran

javapunk di Masjid Jumeirah kat Dubai

so pas 1 mgu travel, balik la aq ke Msia tuk menulis blog... xD

p/s sume gambar2 ni di edit suka suki jew so jgn caye aq btl2 g sana wakaka.. gmbar pn jmpa kt google , so thankx to mr google..

Friday, 3 December 2010

> Garam

"Garam atau nama saintifiknya Natrium Klorida....Rasanya masin...Biasanya digunakan sebagai garam makan yang berfungsi sebagai penyedap dalam makanan....Garam makanan terdapat dalam bentuk garam halus dan garam kasar yang merupakan satu-satuyna batuan yang boleh dimakan manusia"


HOlla Bloggers.. 

Pernah rasa garam? Tipu kalau kata pernah tak pernah... Ok bukan nak cerita pasal garam, masakkan, bahkan resepi kerana aq memang tak reti masak...Aq nak carita pasal pengalaman atau benda yang pernah dilalui atau diketahui atau diberitahu sebelum diberitahu sekali lagi...Korang mesti slalu lalui detik-detik dimana anda diberitahu//diceritakan oleh Member sesuatu yang anda sendiri dah pernah lalui dan dah pernah tahu...Atau lebih senang diceritakan Member anda mengangap anda ni seorang budak yang masih belum pernah lalui atau rasai...Biasanya perasaan diri ni jadi marah atau sedikit terkilan apabila Member seperti memandang rendah atau memikirkan anda ni seperti budak yang tidak pernah rasa pengalaman yang dia ada lalui(Kira Member ni kerek gak ar dengan apa yang dia dah lalui dan dengan berbangga cerita apa yang dia dah lalui sedangkan anda lebih tahu atau lebih awal rasa apa yang dia dah rasa) 

Dibawah adalah ayat-ayat yang biasaya aq akan cakap untuk membalas respon keatas apa yang diceritakan Member ni...

"Ooooooooooooooo.."
-buat-buat macam tak pernah tau padahal tau-

"Tau xpe.."
-slalu cakap macam ni-

"Tau!!"
-malas nak layan-

"la bru tau ke???"
-da stok menganjing blk da tu-

"Aq da rasa garam lg awal dr ko"
-kira dah habis malas nak layan-


p/s slalu larva2 dlm gunung berapi hampir meletus bila kena, tp sbar je sb sabar itu cool haha:D




jgn lupe tekan butang seperti dibawah
untuk tingalkn pesanan anda
ia terletak di sebelah kanan, selepas pengubahsuaian
mengikut kesesuaian tema

Sunday, 21 November 2010

> Hari Yang Sepi

Salam...
Tup tap dah 4 orng trsayang tingalkan aq kt dunia ni.. 1st of all my Tok Abah(My Umi's Side) who left me when i'm at 14 years old.. then my Maman (#3 in my family tree on my father side) when i'm at POLI(sem 1), then my Pakwe(My father's side) when i'm 21 and yesterday, my Maklong(My father's side..)..

Takziah kpd My Paklong dan keluarga Allahyarhamah.. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah. 

Saturday, 20 November 2010

> Bahu oh Bahu

hola2.. 

prnah ctr x dlu aq ada xciden at jan, 2008 and got my bahu patah? ya memang nightmare coz yg patah bahu belah kanan.. most of work guna bahu kanan n now (after 2 years) still bahu aq nie xmampu nk buat keje berat2.. ya.. memang sux la sbb nk angkt bnda2 berat pn susah.. 

so cm ne aq xciden still jd puzzle dlm hidup aq.. at that morning, aq nk g practical(poli nye LI waktu sem 4) nek moto.. on the way tu suddenly i got headache, ala klu headache tu biasa nye x  cukup tido la an.. 
but unluckily, not just regular one u know.. aq pening2 time ride moto, and x mampu kawal moto aq(got it?) and so speed moto up and hit kreta dpn nye bumper.. ouch!!!

pastu da langar confirm r jatuh.. moto ok, kreta ok.. aq pn nmpk cm ok.. but g hospital, xray... 
ouch.. bahu gua patah la.. ;( 
3 mgu gak r trlentar kt  umah.. sh1t tul.. time tu memang boring dia tahap gaban r.. lolz
pastu da pas 3 mgu bahu aq da ok la, but still pkai kain support tu(pe nama tah).. 
then da cukup 1 bln da ok..n dah leh wat keje2 ringan2..

1 year later..got problem psl bahu aq ni blk.. tulang bahu gua da lari dr joint dia.. mayb sbb pressure dr tulang tu.. ye la aq bkn sambung tulang pakai besi, smbung tradisional style, jmpa cina nye.. 
so skrng.. still joint tu lari walaupn da mcm2 ubat aq try.. aish.. 

mamat yg bahunya patah.. stlh di carik2 ni je gmba yg brjaya d ambil


p/s kpd sume yg suke bwk moto tu hati2 kalau pening pale... bnti la tpi jalan.. tkt jd cm aq.. cau..

Thursday, 29 July 2010

> Give it A Call


salam sejahtera..

rasanya dah lama aq x tulis blog.. bape lama? 2 bulan mungkin.. huhu.. memang ada niat nk tulis, but, kekadang fikir macam buang masa pun ada.... ye la, penat2 tulis blog, tapi xde orang baca, takde orang komen.. so jadi kurang motivated nk tulis blog ni.. blog is about ur freedom in writing everything you wanted (in my opinion la..)

1st of all.. welcome back to ur study to all uitm student, rasa macam tak perlu welcome back pun sbb dah 3 mgu msk blaja balik.. hoho.. ;p so skrng aq kt part 2, degree.. jauh lagi perjalanan aq kat dunia yang penuh dengan puzzle nie.. hoho.. 2 mgu lepas aq follow housemate aq g langkawi.. to free up my mind... pening beb.. personal probs.. hoho...
got lots of prob.. but dont feel like wanna show it here...


p/s ada mcm2 lg nk tulis.. but mayb akan ditulis.. or mayb not...... dunia makin bosan.. hiburan makin banyak.. tapi bosan.. mayb da sampai masa aq ambek sejadah... buat amal.. perpare tuk hari tua.. tak tau bila aq akan masuk kubur.. mayb x sempat pn luahkn "i lov u" kt someone i like..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...