Showing posts with label #LOL. Show all posts
Showing posts with label #LOL. Show all posts

Friday, 9 August 2013

Tembak Sana Tembak Sini

HOlla Peeps,

Bang Bing Bom sana sini.. Ramai mula risau.. Hmm apa nak jadi dah ni? Tahap keselamatan kita macam mana? Hmm aman lagi ke?

Aman kot..

Musim perayaan memang macam ni, bunyi mercun sana sini..hehehe


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: salam lebaran :) 


click ads to show your support (",)

Tuesday, 21 May 2013

Aku Spoiler! Kisah di The Loaf

HOlla Peeps,


Meeting up with:

Date: 
4 May 2013

Venue:
The Loaf, SOGO

Event:
Talking and talking and Gwiyomi...


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: tak sempat nak update lagi pasal Event Buat Duit Dengan Blog.. Coming soon.. 


click ads to show your support (",)

Tuesday, 14 May 2013

Cara Gua Saving Duit (Tips Jimat)

HOlla Peeps,

Sepanjang gua belajar di tempat orang ni (ado la 6 tahun kot) banyak dugaan bila poket tebal, bila poket nipis.. Sekarang ni bila dah mula internship (dah 2 bulan) baru la gua sedar macam mana nak elakkan diri dari boros dan hanya sibuk memuaskan nafsu yang hanya sementara. Kita ni manusia, memang mudah tewas dengan nafsu, terutama sekali nafsu makan mewah, nafsu shopping, nafsu travel dan nafsu sex berhibur!


Bila dah tak berduit baru la nak mintak kat PAMA (Papa dan Mama). Bila ada duit, ada ingat nak belanja diorang makan Dominos atau Nandos? Ado teringat nak ajak diornag pi USS atau Genting? Memang tak ada kot. Rasanya rata-rata lebih gemar menghabiskan fulus bersama kawan-kawan sebaya yang belum tentu sehidup semati dengan kita.

Sambil tu, den nak promote buku ni. Best!
Ado jual kat MPH. Arge tak baru RM18,
isinya lagi sedap dari makan Pizza arge RM30 hehehe

Yes, pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita sekarang ni. Tak ada individu normal yang lahir-lahir je dah tau apa nak buat tanpa pengalaman atau pengetahuan tengang sesuatu perkara. Mesti akan melalui zaman 'boros'. Zaman suka berhibur. Zaman ingin kemewahan. Zaman kemaruk keduniaan.

Alhamdulillah, rasanya rata-rata dah 'bangun' dari tidur. Harap kita terus terjaga dan tidak lagi dibuai mimpi-mimpi indah yang hanya sementara ni.

Ok! Dah lari pulak dari tajuk asal. Ni la akibatnya bila dah seronok menaip, terus lari dai jalan awal. Elok nak berhenti kat R&R Seremban, terus ke R&R Sungai Buluh hehe.

Berikut adalah tips saving untuk noobs yang tak tau cane nak save duit dan hanya bergantung pada PAMA (ini adalah extended version daripada versi awal yang pernah aku publish last year http://eleventx.blogspot.com/2012/06/tips-saving-duit.html):
  1. Rekod belanja (spending) harian di dalam buku. Setiap sen yang dikeluarkan perlu di kira (jangan menipu eks, please jujur dalam hal ni.. hehe) Opss kalau ada derma tu, jangan la rekod pulak sebab derma tangan kanan sorok tangan kiri hehe.. Dengan rekod ni, korang akan mula nampak mana duit tu flow.. So dari situ boleh set di dalam minda untuk kurangkan spending, supaya matlamat untuk saving duit boleh dicapai.
  2. Makan jangan mengikut nafsu. Kalau teringin sangat nak makan subway or lunch mewah mewah, time lunch save la RM2-3 setiap hari. Aku masih banyak makan roti sampai sekarang. Masih setia dengan Gardenia walaupun orang kata harga roti nak (Mana ada naik! Tipu je semua tu). Dengan makan roti time lunch, dan air buah yang harga bawah RM2.00 (Fav gua, Peel Fesh!). Aku boleh jimat up to RM3-RM5 a day! Yups! Sapa kata makan roti tak kenyang? Yang kata tak kenyang tu, korang baca bismillah tak? Hehehe
  3. Gunakan public transport! Walaupun aku ni sekarang ni mampu untuk membeli sebuah kereta murah (bukan nak berlagak), tapi aku masih tak berbuat demikian dan masih setia dengan Skooter Nouvo aku! Yeah, public slow, waste time, blablabla.. but what do you gain? Save MONEY! Time dalam public tu pula boleh dimanfaatkan dengan membaca buku dan tidur! Kan dah saving lagi masa tidur dan masa membaca buku di rumah. 
  4. Jangan berhutang dan mengunakan kad kredit sesuka hati! So berbelanjalah ikut kemampuan.  Kalau agak tak mampu nak beli Galaxy S4 tu, tunggu la dia turun harga, takpun cakap je kat tuan kedai "Saya ni comel! Boleh buat gwiyomi lebih cute dari Nora Danish! Kalau taknak jual half price, saya cari kat kedai lain!". Kita ni kalau dah tau tak mampu, tapi rasa kalau hutang, kita boleh dapat benda tu, mesti la nak berhutang kan? Tapi kira tak interest hutang tu? Kalau ada 'orang lain' tolong bayarkan interest tu, takde masalah. 
  5. Baca buku-buku ilmiah. Percaya atau tidak, yang membaca buku, akan membuatkan korang lupa akan kemewahan dunia untuk seketika. Yups! Korang akan rasakan yang ilmu ni, jauh lebih penting dari duit dalam poket. Dalam masa yang sama banyakkan bersedekah. Ia akan mengingatkan kita yang ramai saudara-saudara kita kat luar sana yang tak mampu nak makan dan minum.
  6. Disiplinkan diri untuk saving! Yups ini paling susah! Tapi paling berkesan jika mampu laksanakan! Salah satu cara yang aku nampak bekersan adalah dengan menyimpan sekurang-kurangkan 10% daripada income ke dalam bank, Tabung Haji atau unit trust seperti ASB.

Alhamdulillah, hasil dari apa yang aku slalu buat ni, aku masih mampu hangout dengan member time weekend tanpa perlu berpeluh keluarkan duit. Banyak lagi tips-tips yang boleh diamalkan rasanya. Tapi aku highlight-kan 6 ni je. Tips ni ditulis untuk ingatkan diri aku juga, supaya suatu hari nanti jangan pula 'billionare next door' ni jadi seorang yang boros dan hanya kemaruk dengan harta duniawi.


Apa pulak tips yang korang boleh kongsikan supaya kita boleh maximumkan simpanan kita untuk jangkamasa panjang?


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: alright, aku dah semakin busy lately. Praktikal dah nak habis. Ada beberapa minggu je lagi. Mayb akan kurang update dan kurang blogwalking. Maaf jika tak bekesempatan tuk drop komen di blog korang.. Chill ya~ :D 


click ads to fund me to USS (",)

Friday, 18 January 2013

Done With This, Ready for That - UiTM Final Year Project

HOlla Peeps,

Quick entry from me (I guess #LOL), done with my exam petang tadi, Alhamdulillah.. Thanks to everyone who had been trolled and wish me luck for my finals, I really appreciate it :D

Got things I need to prepared before final 'war' with my panels which I hope they will say, "WOW! Its a great applications! I wanna buy it if it goes to the market!!!"


Me presenting a proposal to panels (Yeah i'm like orang minyak! LOL)


Yeah, another 'busy excuse' from me.. hehehe

So, maybe next week or another week I will update about my final year project presentation. And yeah, my student life is about to come to the end.. And workaholic life is waiting for me...

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: +shakiddo  cakap ada beberapa blog bawah blogspot temporarily removed..  Sapa dah experience it?


click ads to show your support (",)

Tuesday, 15 January 2013

Ser La Sa - Update

HOlla Peeps,



TIADA UPDATE UNTUK HARI INI...



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sedang busy dengan final paper, dan preparation untuk presentation final year project.. 


click ads to show your support (",)

Thursday, 27 December 2012

Tech Thursday: Cut/Copy and Paste - Sejarah Copy dan Paste

HOlla Peeps,

Seremban, seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah instittusi pengajian tinggi yang terkenal di negara ini telah ditahan berikutan sidiket copy photocopy beberapa buah buku text akademik yang dijual di institut. Sindiket dianggotai suspek sendiri dan dibantu watak-alter egonya. Mereka ditahan ketika sedang menekan butang 'ctrl' dan dipercayai akan menekan butang 'c' sebelum meletakkannya di tempat yang lain. Sabit kesalahan beliau mungkin didenda dibuang pengajian, atau didenda membuat aktiviti ilmiah di pusat serenti, atau keduanya sekali. Mangsa dikatakan mempunyai sindrom 'kemalasan' dan 'ketagihan' yang mana beliau begitu malas untuk memikirkan idea menulis sesuatu sehingga sanggup 'copy' idea orang lain bulat-bulat tanpa memberi kredit kepada mangsa, dan 'ketagihan' dengan keuntungan kewangan yang beliau dapat. Sekian berita dari #BeritaAkuKenaTrollLOL

Cut, Copy, dan Paste... Perkataan yang 'biasa' di dengar di corong-corong telinga dan radio. Tapi adakah aktiviti Cut, Copy, dan Paste ini suatu yang normal dan tak salah dari segi etik mahupun undang-undang?

Pada awalnya, Cut dan Paste adalah aktiviti memotong sesuatu paragraph dari ketas dengan menggunakan gunting, dan kemudian menampalkannya di tempat lain menggunakan gam. Kemudian kaedah ini di digunapakai di dalam komputer, yang mana di komputer, ketika kita copy, memori di simpan di dalam buffer sebelum di-transfer ke lokasi yang dikehendaki dengan menggunakan command.

Pasti ramai tertanya-tanya siapa sebenarnya si genius di sebalik 'Cut, Copy and Paste' ini. Si pencipta telah mencipta sesuatu dengan niat asal hanya untuk 'experiment' yang mana beliau yakin ia tidak sangka akan digunapakai hari ini. Say thanks to Larrry Tesler, seorang Software Engineer yang mana juga expert di dalam HCI. Beliau adalah salah seorang engineer di dalam Xerox ketika beliau mencipta 'Cut, Copy and Paste' di sekitar tahun 70an.


http://www.designinginteractions.com/img/interviews/LarryTesler.jpg


Kemudian Apple (seperti biasa, mendiang Steve Job di sebalik tabir) telah mem-popular-kan 'Cut, Copy and Paste' dengan mengambil idea ini dan mencipta key untuk HCI ini iaitu 'x', 'c', dan 'v' didalam OS Lisa dan Macintosh. Dan beberapa tahun kemudiannya baru digunapakai di dalam Windows. Dan semakin lama, semakin mudah untuk copy dan paste.. (sumber wiki, sumber discovery)


Dan harini...



'Ala copy je la, sama je.. malas gua nak buat'

'banyak giler kerja, tak sempat la beb, copy je la'

'Klau copy benda ni, bukan orang nak tau pun! Konfirm gua dapat 'A' punya lah'

'Huh! Entry Copy paste je ni!!'



Di dunia akademik, aktiviti copy dan paste ini didefinisikan sebagai aktiviti 'meniru' hasil kerja orang lain, dan claim sebagai hasil kerja sendiri. Ia adalah aktiviti 'academic fraud' atau 'academic dishonesty' yang mana menipu didalam akademik. Ia dianggap suatu plagiarism yang mana jika ! Sesetengah pelajar bertindak 'copy' beberapa quotations secara tak sengaja atau secara sengaja tanpa memberi kredit atau citation dari mana mereka mendapat sumber berkenaan. Kebanyakkanya mereka terlalu obsessed untuk mendapatkan gred yang bagus sehingga sanggup 'copy' sesuatu kerja orang lain. Tak salah nak copy, tapi letak la citation supaya tidak disabitkan plagiarize!


http://inqka.uitm.edu.my/index.php/home/103-anti-plagiarism-campaign-/205-title-minister-surrenders-phd-cos-of-irregularitiesq-
I found some interesting presentation about plagairism, and i want you guys to look at it just by clicking this link *bukan spam!*

Alrite, dari segi lain pula, bayangkan kita sudah siap buat suatu jurnal, or tutorial yang akan dipublish kepada public setelah bertungkus lumus menyiapkannya. Tup-tup dah publish, n beberapa hari kemudian kita jumpa benda yang sama kita dah buat dan publish, ada di publish di blog orang lain dan malagnya, dia tak creditkan pun dekat kita. Apa perasaan kita? Annoyed? Nak report? Or takpe la....? Yup yup, you can disable others by copying something dari blog korang dengan disable-kannya (aku pun tak tau macam mana korang buat). Tapi INGAT, bila orang nak buat jahat, ada je cara mereka..


http://windowsxphelpnow.com/wp-content/uploads/2012/01/1.jpg


Banyak jugak aku cerita kalini, hehe dah ada free time sikit sebelum exam, boleh la sembang pung-pang pung-pang... Alright, secara konklusinya, aktiviti copy paste adalah aktiviti tidak beretika dan tidak bermoral dan dipandang hina oleh masyarakat JIKA disalah guna. Jadi, just gunakan idea ini, untuk sesuatu kebaikkan kepada semua, bukan untuk diri sendiri sahaja.. Jadilah manusia yang bermoral dan ber-etika..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: dulu aku rasakan word 'untongla' sangat annoying.. sekarang aku rasa word 'biasala' pun dah annoying, ia suatu word yang 'potong' kita punya mood untuk bercerita..


click ads to show your support (",)

Thursday, 29 November 2012

> #MyToysCanTalk - Android Can Talk

HOlla Peeps,


Link Part1


-zuan-
p.s: mengikuti tema Tech Thursday yang dah lama aku tak tulis, Android diperkenalkan di siri kali ini.. 


click ads to show your support (",)

Wednesday, 21 November 2012

> Plan Naik Berat Badan

HOlla Peeps,

Ramai tanya or tegur aku;

"Kurus la kau ni" > maksudnya aku ni kurus
"Awat hang ni kecik sangat?" > maksudnya aku ni kecik (atau 'comel')
"Awat hang ni pendek sangat" > maksudnya diorang kurang ajar (ok gurau)

Ok ok aku tau aku secomel Yuyu Zulaikha, dan korang nak puji aku sebenarnya kan??? Admit it!!! #LOL

Gambar time aku dalam train OTW ke Hat Yai. Time ni dalam 56kg 

Alright, dah lama niat aku nak naikkan berat badan aku sebenarnya.. Tapi tak naik-naik.. Sampai la satu masa, aku betul betul bagi komitmen untuk naikkan gak.. Dan aku makan makan dan makan (sapa follow instagram aku tau la apa aku makan). Ini juga salah satu Langkah Kanan untuk aku jadi salah satu host Jalan Jalan Cari Makan musim baru nanti barangkali? Hehe


Ayam memang makanan favorite aku, yang sedikit kecewanya tak ada gambar aku makan burger. 


And now, berat aku dah mencecah 61kg! Alhamdulillah, berbaloi segala 'usaha makan' aku hehe..

Pada yang ada niat nak naikkan berat badan, jangan lupa baca bismillah sebelum makan, sebab kalau tak baca, bukan kita yang kenyang, 'Sang Bertanduk' yang kenyang hehe.. Dan pada yang niat nak turunkan berat badan tu, sila sila la ke Fitness Concept or mana-mana kedai yang menjual alatan untuk workout atau bersukan. Tak yah la percaya sangat dengan produk fat burner tu, menghabiskan duit je..

Alright, sampai sini je entry pendek aku.. Harap ada peluang untuk mengarang lebih panjang di masa hadapan.. Adiós~


-zuan-
p.s: save gaza! Jangan putus-putus berdoa untuk mereka.. 

click ads to show your support (",)

Tuesday, 20 November 2012

> Pre-Graduates Dinner (RageFace)

HOlla Peeps,

Gua dah lama tak update kan? Soooooo layan je la gambar dinner gua dan kengawan gua (Yang telah di Rage Face secara teknikalnya)..






Malas nak edit banyak banyak gambar, so ni je la tuk update kalini.. Byee


-zuan-
p.s: #FreeGaza! 


click ads to show your support (",)

Monday, 5 November 2012

> Blogger Lama Tak Update Lepaks

HOlla Peeps,

Venue: KFC, KLCC
Time and Date: 18:30, 2 Nov 12
Attendee: Azham (Organizer), Jue & Hanie, Ezad, Sal, and Meeeeeeeeee!!!


Dan apa yang terjadi?







Sometimes, you dont have to write much to tell the story~


-zuan-
p.s: Lama tak buat comic strip. harap comic pendek ni mengubat kerinduan korang.. (",)  


click ads to show your support (",)

Friday, 7 September 2012

> I Hate You Barney

HOlla Peeps,

Jika ada yang masih ingat dengan insiden lepas yang mana aku ceritakan mengenai insiden tertumpah air dekat baju dan seluar yang sedikit memalukan tahun lalu? Yeahh dah dekat setahun entry tu.. Just seems like yesterday for me.. 

"Hey! Its ok.."

Semua orang bersikap teruja bila bersembang mengenai sesuatu, yang mana tangan akan terbang ke sana kemari untuk menambah kemanisan kedalam cerita tersebut.. 

Well banyak insiden mengenai air tertumpah terjadi kat aku.. Still remember about 2 years ago yang mana aku baru memiliki Aspire 4736G aku tak sampai sebulan, seorang kawan aku datang melawak ingin mencurah air milo ke lappy aku yang mana secara tak sengaja dia betul betul menumpahkan air milo tu keatas keyboard aku. Dan respon aku.. Tergelak terbahak bahak melihat kecuakkan muka kawan aku. Hmm kawan kan, aku cuba sedaya upaya untuk tak marah dan menjaga hati mereka walaupun selalu dilukai mereka sendiri. Well nevermind with that, laptop aku berjaya diselamatkan dan tidak mengalami apa apa kerosakkan..

Then 2 tahun kemudian, iaitu beberapa hari lepas.. Air tertumpah sekali lagi tertulis di dalam sejarah hidup aku.. Yang mana kalini lebih extreme! Air yang masih banyak di dalam cawan tertumpah dan membasahkan keseluruhan seluar aku..

Puncanya?


http://userserve-ak.last.fm/serve/_/58303937/Barney%2BStinson%2Bbarneystinsonawesomequote.jpg

Barney barney dan barney!

Sedang sibuk aku dan kawan aku bersembang mengenai pelakon sitkom komedi How I Met Your Mother, BARNEY! Tangan kawana aku tak terkawal hayunannya, yang mana dikhuatiri melebihi had had maksima yang dibenarkan kerajaan (Dusta belaka) dan mengena cawan nescafe ais (nasib baik bukan nescafe panas), dan.. bayangkan sendiri la apa yang terjadi...

Bukan sekali Barney merosakkan hidup aku sebenarnya.. Beberapa minggu lepas, sedang sedap aku melayan sitkom How I Met Your Mother, ketika suatu scene yang mana Barney buat lawak dia, tetiba lappy aku crash harddisk nya yang memaksa aku restore balik lappy aku yang menyebabkan kehilangan sebahagian besar data aku. 

Still,

"Its ok.."

Itu je la yang mampu aku luahkan dari mulut aku kepada kawan aku dikalah seluar aku sudah kebasahan dan berbau nescafe.. 

Try to be cool.. Try to fit in the environment where people say "its not easy to satisfy everyone, and its not easy to make everyone love you"

Ini bukan entry memuji diri sendiri or meminta dipuji, just sharing some lesson to live.. Sharing how to respond when you are in incident like one i had faced..


Dan dari situ la kita diuji kesabaran kita..


http://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-ash4/c0.0.403.403/p403x403/409587_427980897254730_2144138269_n.jpg
Agak-agak apa respon aku kalau Izara Aisyah tumpahkan air kat seluar aku ek? hehehe


-zuan-
p.s: there is a question for you guys.. Perasan tak kalau kita nak tidur pada malam hari, orang akan ucapkan "selamat malam". Tapi apa pula ucapan untuk yang tidur pada siang hari?


click ads to show your support (",)

Monday, 3 September 2012

> Onizuka 2012 | #AzhamSportage

HOlla Peeps,

Minat JDrama dan KDrama? Sekarang ni aku tak berapa melayan JDrama dan KDrama macama aku selalu layan dulu.. Minat untuk layan drama agak kurang, kerna lebih minat dengan movie yang berkonsepkan true story yang mana movie kurang mengarut tetapi lebih serius dengan plot cerita..

Recently aku addict dengan GTO yang di remake semula yang mana aku percaya telah influence beberapa kawan blog aku untuk melayan GTO 2012 ni..

Pada yang dah layan, mesti perasan dengan Kawasaki Z750RS Z2 yang dibawa oleh Onizuka di dalam drama ini ;



Yang mana, ia adalah model yang sama digunakan oleh Onizuka versi Anime ;



Aku mula membayangkan kekacakkan aku menewaskan Abang Ensem apabila menunggang moto ni bersama dengan isteri aku (dosa kalau naik dengan awek).


NOTE : Tak semestinya mat rempit je yang suka moto..


Ops dan petang tadi aku ketahui yang salah seorang kawan blog aku sangat teruja dengan KIA Sportage dan ingin ia menjadi hadiah hari lahirnya nanti.. Is it possible?

http://carsinfo.org/wp-content/uploads/2012/08/2012-Kia-Sportage.jpg


Jom discuss #AzhamSportage di twitter kalau ingin tahu siapa dia dan kenapa dia ingin kereta ini..


-zuan-
p.s: Alhamdulillah ramai suka header baru ni :) 


click ads to show your support (",)

Monday, 28 May 2012

> Aku dan Air

HOlla Peeps,

Nak dijadikan cerita, stime aku bermain gitar ngan member aku ;

John Mayer : "Macho, sikit air"
Zuan : "Nah Jambu, jangan teeee~" belum sempat habis cakap..

glup glup glup

*dan John meneguk air aku tanpa rasa bersalah*

Zuan : "~guk air smbil berdiri",
John Mayer : "Sedap air mineral ni, terima kasih Macho!! Don't forget to buy my new album!"
Zuan : "Err habiskan la... Aku dah tak dahaga.."
John Mayer : "Sure? Ok Thanks Macho!!!"


Macam tu la kisah aku dan John pada suatu ketika dulu yang mana tiada ketika yang terjadi, ia hanyalah rekaan semata-mata.. Dan kenapa aku tak minum air tu lepas John minum? Sebab apa? Sebab aku dari kecik memang tak minum air yang orang lain minum, lebih-lebih lagi kalau mulut/bibir dah sentuh cawan/botol/straw minuman.. Pasaipa? Sebab,

mulut dia berbau bucuk!!!

Nehhh just kidding hahahaha.. Tak kesah pun sebenarnya, minum je.. hehe just wanna share salah satu sabda Rasulullah;

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135) (sumber Wahai Anakku, Beginilah Cara Minum Rasulullah)

Jadi minumlah air sambil duduk. Pesanan ikhlas dari blogger yang malas nak update.. lol


-zuan-
p.s : sori la tak dapat nak update setiap satu minit sebab setiap satu minit hehe memang suatu yang mustahil sangat.. btw currently workin on some project.. so tak dapat nak blogwalking much and update regularly.. sorry peeps, pray for my DL this semester (",) 

Thursday, 17 May 2012

> Pengalaman Aku Dicolek Alien

HOlla Peeps,



Hohoho sori peeps sebab lama menghilang dari dunia muka buku, dunia burung tweet dan tak lupa dunia blog!!! Totally nak nangis happy bila dapat wish appy bday last week, tambahan ada pulak, ada yang sanggup call dan nyanyi lagu happy birthday untuk aku!!!! wohoo Arigatou!!! Nak jam tangan Lego Limited Edition X Star Wars Darth Vader!!!

Sebab hilang selama semingu?

Di suatu petang yang panas di Arau, sedang aku sibuk mengambil gambar dragonfly, aku terdengar suatu bunyi anih di atas kepala aku, ku pandang atas, ku lihat cahaya berwarna biru kekuningan, modelku terbang melarikan diri. Aku masih tertanya-tanya apakah di atasku, jadi aku menjerit "Aku nak alienw aa.. " belum sempat aku habis meluahkan kata, aku terasa badanku terapung di udara.. Dalam sekali kelipan mata, aku nampak 2 makhluk yang 'seperti ku kenal wajah mereka' tetapi tak dapat nak recall nama mereka. 
AKu seperti di dunia lain, kiri kanan ku lain rasanya, habanya, baunya, dan bunyinya.. Ketika itu aku sedar aku dicolek oleh Alien :O! Ia adalah beberapa hari sebelum tarikh hari lahir aku. Mereka menyedarinya. Mereka mengetahuinya.. Dan mereka berkata, "kamu tidak boleh pulang sebelum hari itu" dan Alien-alien tersebut telah mengadakan majis appy bday di planet mereka dan semua perbelanjaan di tanggung oleh Loki dan Thor!!! Aku mintak hadiah Lappy Alienware, tapi dorang kata out of stock dan terus kick aku balik ke bumi! the end! (malas nak cerita panjang-panjang)

Ok dah clear kan sebab aku hilang? Hehe thanks sooooooooooooooooo much for your wish!!! (",)


-zuan-
p.s : offline tak semestinya busy study, lol 

Tuesday, 1 May 2012

> Minggu Balas Dendam

HOlla Peeps,

Harini 1 May! Opss maaf, harini takde entry gila untuk 1 May kerna aku tak punya masa untuk memikirkannya yang mana mereka ada bertanya adakah Aku Suka Sex? Jawapannya "entah la" kerna aku belum pernah merasainya dan takut menanggung dosa besar jika melakukannya dan jika kamu fikir seketika Masjid Yang Diperbuat dari kaca dan keluli iaitu Masjid Kristal sangat cantik dipandang dan bila diTanya Pendapat : Ketinggian Menjadi Persoalan? Ramai yang rasakan ia tidak apa, adakah ini bermakna mereka berfikiran terbuka? Pening kan? Well kalau tak pening tak ada la PENINGkatan! Sebab tu la ramai pening kenapa entry tu dapat bilangan komen melebihi 170. Owhhh Ketatnyeeeee~ aweks tu pakai~ Sekali pandang adalah rezeki, dua kali pandang, neraka kata mari. KOrang tau tak yang Movie Review : Lada Land adalah movie review aku yang paling famous? #LOL ia mengalahkan Konspirasi Panas Duit Syiling Siri Ke-3 Malaysia woahh.. Ehh tak tau ke? Alaaa syiling baru yang macam token tu.. Haishh dan komik ATWR edisi #6 Raya Raya dan Raya adalah entry komik aku yang paling brjaya membuatkan ramai membaca komik aku (bahasaku semakin berterabur) dan aku nak bagitau yang Harun Aziz bukan pemenang ABPBH 2012! Alright lepas ni aku mungkin boleh berjinak-jinak dengan entry Tempat Makan Best : Steamboat Embun Dingin Corner kerna SEO untuk itu sangat menjadi untuk blog yang kurang menyegat seperti blog aku ini hehehe ada yang tertanya-tanya adakah aku plan entry ni sebulan awal? Owhh tidak, seorang pelajar tidak mempunyai begitu banyak masa untuk berbuat demikian..

Luffy Cuba Keluar dari Baju Aku

Minggu Pembalasan!!!

Minggu lepas boleh konsider minggu membalas dendam dengan menaip sebanyak nama entry yang termampu selepas boleh dikatakan bulan april adalah permulaan minggu busy untuk aku spend masa blogging..

Student Life is fun!!! 

Assignment adalaha makanan, test adalah minuman, dan projek adalah makan besar.. Dan masa adalah emas..

Addicted to internet!!!

Bila difikirkan, satu hari tu tak senang duduk kalau tak dapat online. LOL it is internet addiction! Get addicted to the internet. Everytime dekat ngan kedai komputer, akan rasa nak kidnap satu ipad n on9. (i hope i have an ipad)

Spend time Cuti with homie, family, and...

Futsal dan futsal, dua game futsal cuti ni. Memang tertunai hajat aku nak main futsal. hehe. And hangout with my homies, lepak ruma spend time with family and celebrating my dad's bday. And not to forget, spend time with her at putrajaya and watch avengers. Seriously berbaloi cuti 1 minggu aku..

Secara jujurnya, aku lebih enjoy cuti pendek! Sebab takkan terlalu buang masa dengan cuti. Cuti pendek, biasanya akan luangkan masa dengan aktiviti-aktiviti best je!

cuti sudah habis bro, and today.. Selamat Hari Pekerja :)



Sebenarnya aku malas berkempen suruh orang vote.. lol


-zuan-
p.s : dah lama tak menulis tanpa susunan dan plot macam ni..lol 

Sunday, 8 April 2012

> ABPBH 2012 : And The Winner Goes To...

HOlla Peeps,

ABPH 2012 : And The Winner Goes To

Semua orang berdebar-debar dan ternanti-nati siapa pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini kan? Well the writer of this blog already know the winner!!!


Host : Pemenang ABPBH 25 jatuh kepada.................
ZUAN! 


The Crowd : 

ehhh Zuan? 

Sapa tu??

BOoOoOoOooooooooo~

Undi Hantu ek?

Tak kenal Tak kenal!!!


Host : Tahniah kepada pemenang, sila Sampaikan Satu dua Kata,


ABPH 2012 : And The Winner Goes To


WTFish??!!!!


Ini entry mencapap~ #LOL xD



Moral Of The Entry : Jangan la mintak orang vote kita secara paksa or push push suruh vote, tak ikhlas vote tu masuk. Then kalau menang pun, fair ke? Berkat ke apa kita dapat tu? Renung-renungkan dan selamat beramal (",)


lebih 50% takkan baca keseluruhan entry ni dan akan fikir bukan bukan akan penulis blog ni #fakta


-zuan-
p.s : happy weekend, aku harap leh luang lebih masa untuk taip lebih banyak entry dan untuk blogwalking ke blog korang.. 

Friday, 6 April 2012

> Kerja Untuk Belajar?

HOlla Peeps,


"La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja...kerja..."


Sure ramai yang dah bekerja mula rindu akan zaman belajar kan? Yang mana waktu belajar tak perlu buat benda yang sama kita buat setiap hari ketika bekerja. Menurut pengalamana aku bekerja, kerja boleh jadi membosankan dan boleh juga jadi menyeronokkan.. 

Kerja jadi membosankan kalau kita tak minat dalam bidang kerja kita, dan gaji yang diberikan terlalu sedikit dan tidak berbaloi dengan kerja yang dilakukan.

Kerja jadi best kalau kerja tu memang kerja yang kita minat nak buat, kerja tak memberi tekanan yang banyak dan semestinya gaji yang tinggi diberikan.


Tidak menghairankan jika ada dikalangan yang bekerja itu adalah seorang pelajar, dan sebaliknya. Ada yang sedang belajar, tetapi disebabkan masalah kewangan, mereka terpaksa membuat part time work di tempat tempat kerja yang menawarkan kerja part time kepada pelajar. Ada juga pelajar yang menggunakan blog atau laman sosial untuk mendapatkan pendapatan.

Apa pendapat korang mengenai pelajar yang bekerja sambil belajar?




So enjoy student life while you still study (",)


-zuan-
p.s : i need t manage my time properly... 

Sunday, 1 April 2012

> Bila April

Semua sedia maklum yang penulis blog ni akan menjadi terlebih excited bila bercerita mengenai awal dan akhir bulan atau lebih tepat satu haribulan. Dia akan menulis hingga membuatkan pembacanya mempunyai syndrom membaca sehingga LOL #Fakta@Auta


HOlla Peeps,

April tahun lepas, penuh dengan duka
apabila duka lebih banyak terisi dari suka,
ku harapkan April kalini menjadi April yang istimewa,
untukku ingati sepanjang hidupku..


Ia sebuah puisi, khas untuk si dia, 
yang kembali kepada kekasih lama, tiada ombak rindu ingin ku nyanyikan,
hanya nak katakan, aku ingin bercinta selepas kawin,
kerna sudah serik dengan dosa, dosa yang semakin berat di bahuku..


*
**
**
**
**
**
**
**********
********
*****
***
*




illusion
#AkuTakkanSediakanBaldiKalauKorangMuntahLOL

Orange orange, cukup la bermadah dan bergiwang, We Can Work It Out!!!. Di Suatu Hari hatiku dicuri seorang gadis yang masih berlari keanak-anakkan yang mana tiada kaitan dengan Kisah dua Aku Kenal, Lagi Satu Aku Baru Kenal. Haippp kenapa la dia dok lari je? Dia tak tau ke aku Opocottt~ gila, lepas Jon Kata filem John Carter lebih hebat dari My Way! NO WAY!!! What the??? Nak berlakon filem The Hobbit ke? Dato' Papa tak cerita ke vocal aku mantap sampai aku dapat invitation karok kat REDBOX? Well makanan di Redbox rasanya kena improve kalau nak lawan Tempat Makan Best : Steamboat Embun Dingin Corner.

Aku ada sebab kenapa naik Public Transport Seperti KTM, dan disebabkan Kisah GTO, ehh bukan kereta GTO ok! Ni  GTO versi lain, ce google GTO, blog ni ada tak dalam page 1 result search dari 77,400,000  result (jumpah result tu mungkin berubah ubah)? Suatu pencapaian dari segi SEO blog ni, dan aku harap Contest Teka Angka Shakiddo.com dan Projek 100 Bloggers jadi rezeki aku untuk bulan ini kerna Bila Bercerita Mengenai Rezeki lain orang lain penerimaan rezeki mereka, well > Kalah Di Awal Perlumbaan, Tapi Menang Di Hujungnya kan?.

"Cuti Dah Nak Habis Bro" kata kawanku, skarang masa tuk fokus pada study, nak Jejalan ke Masjid Zahir lagi skali pun rasanya tak sempat. Ia Cantik Dipandang, Tetapi, jawablah sendiri. Suatu Penyakit Akhir Zaman yang apabila Ubat Yang Diminta takkan dapat kecuali kembali kepadaNYA.


Orange~ sampai sini je la aku membebel untuk bulan ni, bulan depan aku TAKNAK blog dah!!!! Boleh tak? Busy beb dengan FYP, etc.. Solid tak alasan tu? #LOL




Alright, nanti aku reveal top komentator bulan lepas yang mana akan mendapat sesuatu yang mempunyai sentimental value daripada aku..


-zuan-
p.s : xplorace uitm sangat memenatkan walaupun tak mencabar langsung permainan diorng.. 

Monday, 26 March 2012

> We Can Work It Out

HOlla Peeps,

Its monday AGAIN~ Well time goes soooooo fast, its like skipping Saturday and Sunday after facing Friday. The main question in my head is, Y TIME IS SO JEALOUS WITH MY HOLIDAY??? WHY???Y AREN'T YOU JEALOUS WITH JUE N HANIE'S HOLIDAY??? Well i finally get the answer, it is because i'm doin too much work at my weekend until i forgot that it is Monday already. #LOL True STORY!!!

we can work it out the beatles
#JustGoogleIt

Siapa peminat The Beatles kat sini? (Ehh tetiba tukar melayu pulak, adehh sori, tak sempat nak pakai google translate #LOL) Dan peminat Stevie Wonder??? Well harini aku nak jamu korang dengan lagu "We Can Work It Out", ia suatu lagu yang sangat lama, tahun 60's punya lagu ni (i'm sure Dhiya and Fie will know this song). Tapi diberi nafas baru oleh Stevie Wonder semperna tribute to Paul McCartney di White House 2 tahun lalu. Lagu ni sempoi, fresh dan banyak mesej.

Aku nak korang hayati dan tulis di comment box di bawah tu, apa korang dapat dari lagu ni,  layannn~




"We Can Work It Out"

Try to see it my way
Do I have to keep on talking till I can't go on
While you see it your way
Run the risk of knowing that our love may soon be gone
We can work it out
We can work it out

Think of what you're saying
You can get it wrong and still you think that it's alright
Think of what I'm saying
We can work it out and get it straight, or say good night
We can work it out
We can work it out

Life is very short, and there's no time
For fussing and fighting, my friend
I have always thought that it's a crime
So I will ask you once again.
Try to see it my way
Only time will tell if I am right or I am wrong
While you see it your way
There's a chance that we may fall apart before too long
We can work it out
We can work it out

Life is very short, and there's no time
For fussing and fighting, my friend
I have always thought that it's a crime
So I will ask you once again
Try to see it my way
Only time will tell if I am right or I am wrong
While you see it your way
There's a chance that we may fall apart before too long
We can work it out
We can work it out


-zuan-
p.s : rasa macam nak wat header baru la, patut tak? or korang suka header sedia ada?  

Sunday, 18 March 2012

> Opocottt~

HOlla Peeps,



Di suatu malam yang dingin,
sedang sedang ku blogwalking sambil mendengar lagu Buka lah Hatimu nyanyian Zarul di Media Player,





tiba-tiba..



"Aik dah habis ke lagu tadi?"  kataku,

*click click* memeriksa lagu tadi..

"Owh rupanya lagu dari blog ni... Patut la berat semacam je loading blog ni tadi" kataku lagi..


Moral of the story : Jauhilah Lagu yang boleh membuatkan anda terkejut, kerna ia mungkin akan melemahkan jantung anda, sekian..


-zuan-
p.s : entry yang dijanjikan akan dipublish esok hari... tunggu.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...