Friday, 23 March 2012

> GTO : Great 3

HOlla Peeps,

Sambungan GTO : Great 2!! Great 3, Finale..


#SayonaraSensei



Hari berganti hari, minggu salih berganti.. Sampailah masa untuk aku melabuhkan tirai aku. Hari terakhir mengajar, aku umumkan pada setiap kelas aku mengajar. Hati rasa berat nak tinggalkan diorang. Muka aku tersenyum, tapi hatiku menangis, tak sampai hati nak tinggalkan diorang. Begitu banyak aku belajar, begitu banyak pengalaman aku dapat, begitu ramai kawan aku tambah.

Ada cikgu yang menyuruh aku sambung mengajar di skolah tu kerana sudah hujung tahun jadi takpa la kalau teruskan mengajar, malangnya PPD tak membenarkan. Kerna kontrak hanya sampai 16/10/09. Jadi jika aku sambung pun, takkan ada gaji diberikan pada aku. Ramai murid yang memeluk dan  menangis, menghalang aku dari tamatkan mengajar.





Diorang ada buat sedikit farewell party untuk aku di dalam kelas. Terharu aku dengan apa yang diorang buat. Akan aku ingat korang sampai bila-bila dan entry ini lah yang akan jadi bacaan aku bila aku teringatkan korang..


**********


Pengalaman menjadi seorang guru benar-benar mengubah aku. Mengubah aku dari seorang yang kedekut ilmu, kepada seorang yang suka berkongsi ilmu. Mengajar aku, seorang yang sangat hot tempered untuk bersabar. Mengajar aku menghormati guru yang mana aku waktu di sekolah dulu suka mengutuk guru di belakang.

GTO menjadi inspirasi aku, tapi jauh kalau aku nak compare kan diri aku dan watak rekaan yang berjaya menyentuh hati dan memberi impak satu dunia. Sure ramai guru di luar sana yang menjadikan Onizuka atau Kumiko (Gokusen) sebagai inspirasi diorang untuk memimpin pelajar bermasaalah ke jalan yang nampak cahayanya..

Walaupun pendek pengalaman mengajar aku, tapi aku berbangga, sebab aku boleh kongsi pengalaman aku. Pengalaman aku menjadi seorang guru. Aku harapkan murid-murid yang aku pernah ajar tu, menjadi insan yang berguna, dan menjadi antara yang memimpin negara kita di masa hadapan, insyaAllah.. (gambar 1st aku dressup sebagai guru di sini - malu nak tunjuk hehee)


Sayonara SK Sikamat...


-zuan-
p.s : total time aku spend untuk siapkan entry ni, 3 jam.. total price untuk entry ni, priceless.. 

117 comments:

  1. experience yang tak mungkin dapat kat tempat laen kan?
    i wish i culd experienced it too...
    guru itu ibarat lilin membakar diri menerangi insan lain...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la apply, insyaAllah berpeluang merasainya juga :)

      Delete
  2. * bangga jadi anak JOHOR sebab pandai bace jawi~

    ReplyDelete
  3. mmg totally priceless..sronoknya ada pengalaman mcm ni..pas ni jd cikgu jugak ke?

    ps:smart ape gmbr tu? hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sooo priceless.. insyaAllah kalau ada rezeki, let time decide :)

      Delete
  4. haha cikgu kita ni smart la.. nasib baik aku dah ada boipreng.. klau takk memang dah cairrr dah!! kahkahkah

    wey jgn kedekut ilmu, nnt allah tak berkat ilmu yg kau dpt tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap smpai bila bila tak kedekut ilmu..hehe

      Delete
  5. pengalaman mematangkan kan zuan? bestnye anak2 murid dpt cikgu mcm cikgu zuan..hehe



    sedihnye la kan nk tgglkan dorang..





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  6. zuan lepas abis study ni leh sambung jdi cikgu lagi...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe insyaAllah sementara tunggu nak smbung master or dapat kerja :)

      Delete
  7. Waaa, terasa mcm nak jadi cikgu pulak bila dah habis belaja nanti. Nak jadi cikgu bahasa inggelish, sebab kite minat inggelish..kehkehkeh.

    Sweet lah bebudak tuh Zuan, siap buat farewell party untuk you kan :))

    ReplyDelete
  8. bestkan dpt ngajar budak2

    ReplyDelete
  9. eh, jadi cikgu? awat akak tak tau ni? huhu..sungguh lama akak membisu dari mengomen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah lama dah, skarang ni story kat readers je.. nak pupuk minat mengajar dikalangan pembaca :)

      Delete
  10. experience yg dapat tu mesti akan jadi sgt berharga kan...:D

    > smart pe gambar tu zuan..(^^,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau ada kotak emas, nak simpan dalam kotak tu elok elok

      Delete
  11. pengalaman akan mengajar kita erti dewasa... hikmah disebalik menjadi guru sandaran sangat berkesan. tahniah zuan! :)

    ReplyDelete
  12. bestnya zuan ada pengalaman ni. rasa nak jugak. :)

    ReplyDelete
  13. sukaaaaaaanya budak pakai baju biru yang debab ituuu! haha

    insyaAllah ilmu yg zuan bg kat diorang amalkan..slagi diorang amalkan,selagi tu Allah akan bagi pahala yang berpanjangan juga kt zuan. itu kelebihan pendidik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe xde num phone dia la aweyn..hehe salah seorng murid fav tu..

      Delete
  14. bro bro...dorang panggil ko ape kat sekolah?kehkehkehh XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang panggil bro je..hahahaha xD

      Delete
  15. pgalaman manis mcm ni siapa pun xkn lupa zuan..hehe :)

    pssttt..dah jawab survey ^_^

    ReplyDelete
  16. seriously, aku dulu masa sekolah amat membenci cikgu...tp bila da besar ni, baru aku sedar betapa mulia dan sucinya pengorbanan seorang cikgu yang mengajar anak bangsa menjadi seseorang yang berguna satu hari nanti..tabik bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut dari dulu kita kena anggap diorng ni sebagai seorang ibubapa kan, dengan itu insyaAllah ilmu tu lebih berkat :)

      Delete
  17. pengalaman yg x dpt dibeli~

    sgt sedey bila part berpisah,kan..akak dulu masa praktikal deorang peluk2 n mintak jgn pergi..sayu hati~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diorng tanya brapa harga pn taknak jual :)

      Delete
  18. agaknya pasni ada bercita2 nak masuk upsi tak zuan? :)

    ReplyDelete
  19. pengalaman sangat berharga

    ReplyDelete
  20. penglaman berguna untuk masa depan..menjadi cikgu bukan mudah sebenarnya. rosak cikgu,maka binasalah muridnya^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat tak mudah.. harap pngalaman ni leh dijadikan rujukkan untuk mengajar anak di masa hadapan :)

      Delete
  21. Untungnya ade pengalaman jadi seorang pendidik..

    mesti sedih kan dik nak berpisah ngan diorang.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sedih..tapi nak buat mcm mana, setiap pertemuan pasti ada perpisahan :)

      Delete
  22. pengalaman mengajar ni memang manis... anak murid dah besar pun tetap panggil kita cikgu bila jumpa di mana mana... zuan nak software jawi ke? saya ada software tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. software tu dah ada, nak journal mengenai jawi je skarang ni.. sangat susah nak dapat :)

      Delete
  23. jasa zuan takkn dlupakan.. :)

    kirim salam murid2 k..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kalau ketemu mereka lagi :)

      Delete
  24. pernah jdk cikguu ??weeehhoo...mcm syiok je dgr..hihihih...sorry zuan..baru laa bukak blog..bru buat survey n bru bc ur blog...lamanyaaa tak masuk sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan la tak tau? hahaha k thanks :)

      Delete
  25. pergh hebat la zuan ni,dah jd pendidik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. suatu ketika dahulu..hehe biasa biasa je sis :)

      Delete
  26. mesti murid-murid dah rindu dengan cikgu diorang ni kan :)

    ReplyDelete
  27. sedih weh nak tinggalkan dorg. dpt rasa pa ko rasa tem tu.

    PPD patut nya bagi kebenaran utk galakkan org minat dan memilih terus cikgu sbg kerjaya dah alang alang ko mengajar kat situ kann..

    budak2 tu siap buat farewell party kira ko ni cikgu kesayangan la.hhmmm..baguss..

    Mengubah aku dari seorang yang kedekut ilmu <<< ooo ko kedekut ilmu ya.=)
    Mengajar aku, seorang yang sangat hot tempered untuk bersabar << sikit la
    suka mengutuk guru di belakang << eh same. eh tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah akan kekalkan jadi seornag yang positive :)

      Delete
  28. hihihi..aku dah tengok gambo ko.hahaha..siap laaa....hahaha

    ReplyDelete
  29. nanti aku nak jadi cikgu sandaran sekejap la.
    hehehe.

    menarik gak pengalaman tu.
    siap ada farewell parti.

    have a good day bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe apply la.. pasni leh cerita plak pengalamn ko..hehe :)

      Delete
  30. aku pulak rasa sedih tetiba. hakhak xtau kenapa :P

    bestnya siap ada parti lagi. comel2 anak murid. sampai bila2 pn mst xkan lupa kan..

    hensem betol.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih? means entry ni berjaya menyentuh perasaan :)

      Delete
  31. comey3 budak2 ni. ceria je, tmbh2 bila nmpk kamera. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe budak budak, sangat suka kamera

      Delete
  32. salam zuan, sebenarnya bersugi dan gosok gigi memang berbeza, tapi kaedahnya tetap sama iaitu untuk membersihkan mulut dan gigi kita. Nak pakai kayu sugi pun boleh, nak pakai cara moden seperti berus gigi dgn ubat pun boleh. ikutlah mana yang kita mudah kerana Islamkan memudahkan umat dan tidak menyusahkan...hehehe sama-samlah kita rajin gosok gigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oic, thanks for the sharing Santri :)

      Delete
  33. pengalaman mengajar ni memang sangat berharga. tak ternilai. suka gila bila budak2 tuh kamceng and get along dengan kita. rasa kesian sbb ada jeh yang masih tergagap membaca dan mengira. rasa nak bawak balik rumah and bagi tuisyen scara free.
    anyway,
    tahniah lah bro! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe jom bukak pusat tusyen pasni

      Delete
  34. Anonymous23/3/12 18:41

    best2.. minta2 CK p0n berpeluang mencurahkan bakti dan ilmu pada ank didik.. doakan CK dapat paggilan CIAST yew :D

    ReplyDelete
  35. wahahaha,


    kau kedekut ilmu yea ? tak elok tak elok.


    nasib dah berubah.LALALALALALLALAA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dlu time budak budak lagi :P

      Delete
  36. waaa.. best kn dpt ajar knak2... gembira! hehe

    ReplyDelete
  37. wow...pengalaman yg cukup bermakna dan memberi impak yang besar~

    ReplyDelete
  38. erm rase entry ni mendalam sngt zuan

    gudjob

    walaupun 3 jam lamenye..ia berhasil menjadi medium membawa emosi zuan kat kami y bace

    sedih lak T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe janji pembaca rasa sedih, itu yang penulis mahukan..hehe :D

      Delete
  39. alolololo
    huuu..

    xpe.ne taww...
    kot ade rezeki lepas blja nnti kan?

    ReplyDelete
  40. betul tu zuan...bila dah jadi seorang guru baru kita faham perasaan guru kita bila kita jadi seorg pljar dulu..:D
    Untonglah jadi guru ksygn murid2 ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak expect pn akan jadi guru fav diorng.. so jadilah seorang guru ya :)

      Delete
  41. :) pengalaman emas yg zuan ada. hehe. namee teringin gak sbnrnya :) time hari guru dpt banyak hadiah tak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm tak sempat pn hari guru.. huhu

      Delete
  42. Replies
    1. tak brapa sehat la bro, dok batuk lagi :)

      Delete
  43. Terasa sedih pula bila baca entry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat menyedihkan, thanks kerna memahami :)

      Delete
  44. pengalaman yg sgt bernilai yer...:)

    ReplyDelete
  45. erkk.. hmm, biase lah kan..
    tugas seorang guru.. :'(

    ReplyDelete
  46. sedih baca!!

    dari pengalamn yang mematangkan seseorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak matang gak tak tau la kan? huhu

      Delete
  47. memang rasa berat hati nak tggalkan pelajar2 yg kita da selalu jumpa.. wlpun ada yg nakal, ada yg itu dan ini tapi itulah yg membuat hari kita bermakna.. :)

    stailnya gambar cikgu zuan! hahaha. mcm onizuka la juga sikit XD

    ReplyDelete
  48. love to see happy clever kids with a good teacher hehe. yap, berbagi ilmu bersama lebih menguntungkan karena selepasnya bakal ada banyak ilmu yang boleh kita dapatkan melalui aktivitas harian. so, let's enjoy the day as well as possible..

    ReplyDelete
  49. hai cikgu zuan,macamana la rupa zuan jadi cikgu,ekekeke :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu memahami isi entry ni leh bayang la rupa gua jadi cikgu..hehehe

      Delete
  50. sweet je bdk2 tu,
    siap buat farewell party lg tu :)

    ReplyDelete
  51. tu la untungnye jd guru, ade ank murid yg akn mngenang jasa kita., malangnye aku x bape nk minat jd cekgu ler :P

    ReplyDelete
  52. komik gto tu walaupun 'bukan2' ttp mengajar kita something..murid2x bknnya alat atau objek utk mengejar keputusan akademik semata2 ttp murid2 ialah manusia yg perlukan bimbingan dari seorg guru dalam meniti usia dewasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups, ia ada pengisian walaupn gila gila :)

      Delete
  53. Anonymous24/3/12 22:40

    so sweettt...

    ReplyDelete
  54. nape macam tatau ape ape jehh nehhhh.
    cikguuu ?
    ouchhh.
    nak jadi gengggg nak jadi genggg.
    kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tak baca entry dari awal...huhu :P

      Delete
  55. terharu plak..siap ada party lagi.. teringin pula nk jadi guru..hihi

    ReplyDelete
  56. alolololo...terharu nya :')

    ReplyDelete
  57. fuuyooo~~ jdi Cikgu .. bnyk anak buah ..

    ReplyDelete
  58. Walaupun aku hanya baca entri yg terakhir aku dapat rasa,...yup aku dpt rasa sesuatu bro...mak aihhh tacing bro...Apapun tahniah krn pengalaman ko tu akan jadi stu kenangan yg terbaik buat diri ko sendiri....

    ReplyDelete
  59. Zuan...I suka the "P/S" part...sangat priceless....

    ReplyDelete
  60. tak terpikir nak jadi lecturer pulak ke nanti? hehe.

    ReplyDelete
  61. hahaha. kemain lagi gambar cikgu zuan!

    ReplyDelete
  62. hahaha. kemain lagi gambar cigu zuan!

    ReplyDelete
  63. ensemnyer cikguuuuu...hahahaha....

    *mesti sedih sgt2 kn...pengalaman berharga tu,...hukhukhuk...

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...