![]() |
#justgoogleit |
Terima kasih untuk respon bernas anda pada entry lepas mengenai "Jangan Tengok Cermin Lama-Lama Sangat, Nanti Jerawat Naik". Itu lah gunanya label Fakta Auta yang aku selitkan di dalam blog ni, untuk membincangkan fakta yang biasanaya kita dengar, dan tanpa kita sedar, kadang-kadang apa yang kita dapat tau tu, auta je.. Aku suka bab Q&A ni sebab boleh dengar pendapat readers Saiazuan Blog (yang mostly dikalangan bloggers) mengenai isu yang dibangkitkan..
So jom baca beberapa komen menarik dari komentator blog ni mengenai Fakta Auta : "Jangan Tengok Cermin Lama-Lama Sangat, Nanti Jerawat Naik":
![]() |
Komen menarik based on logic |
![]() |
komen menarik based on knowledge |
![]() |
komen sempoi dari bakal doc |
![]() |
dan komen lawak sempoi yang terpilih |
untuk lebih komen boleh baca di sini
Jom kita kupas mengenai Jerawat..
Apa itu jerawat sebenarnya?
Jerawat secara amnya merupakan suatu biasanya terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Sering muncul di bahagian kulit yang berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Golongan remaja akil baligh dan dewasa biasanya mengalami masalah jerawat disebabkan oleh perubahan hormon badan normal. (sumber)
Apakah punca jerawat naik?
- Faktor hormon testeron terutama bagi perempuan di dalam lingkungan umur subur (dalam belasan tahun dan awal 20 'an) adalah punca utama masalah jerawat.
- Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
- Kulit sensitif dan salah penjagaan kulit.
- Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
- Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
- Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
- Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
p.s: totally auta yang "pandang cermin terlalu lama menyebabkan Jerawat naik" auta juga jika "mengutuk atau menegur mereka yang berjerawat di muka"
Tips mengelakkan pembentukkan Jerawat :
- Lakukan pencucian muka sekurang-kurangnya 2 kali sekali menggunakan pencuci muka. (pastikan pencuci muka yang digunakan tidak terlalu mengeringkan dan boleh mnghidratkan kulit)
- Jangan picit jerawat yang naik di muka, kerana ia akan memburukkan lagi keadaan kulit sekiranya berlaku jangkitan.
- Kurangkan dari terkena pancaran sinaran matahari.
- Jangan terlalu kerap menukar produk pembersih kulit kerana ia menyebabkan alahan dan keradangan pada kulit.
- Banyak makan makanan / minuman yang kaya dengan vitamin A (tomato, pisang, nenas, telur dan susu (sumber)).
- Banyak minum air suam (7-8 gelas sehari) kerana air membantu mengeluarkan zat-zat yang kurang berguna di dalam tubuh.
(sumber)
Harap segala persoalan terjawab dan tips-tips yang diberikan berguna untuk korang semua. Ada Fakta/Auta yang ingin dikupas?
-zuan-
p.s : enjoy your holidays (",)..