![]() |
#justgoogleit |
Its not like i'm not having a normal life recently, but i forgot what i should, and shouldn't do.. Manusia senang benar lupa akan macam-macam perkara, walaupun perkara itu sekecil semut.. Untuk kesihatan, sebagai contoh, kita selalu lupa untuk :
- Minum air suam (mineral sebaiknya) yang mencukupi, sekurang-kurangnya 7 gelas sehari.
- Mengambil sarapan seperti santapan seorang raja, mengambil makanan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti seorang pengemis.
- Manusia juga lupa untuk mengambil makanan yang berkhasiat, iaitu makanan yang diambil dari pokok, bukan memakan makanan yang diperbuat dari hasil yang pokok itu berikan.
- Bermain game (atau permainan) yang menguji minda atau bermain permainan yang santai yang mampu merehatkan minda.
- Membaca buku untuk menambah pengetahuan, tips dan banyak lagi (baca blog pun okay right?).
- Tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7 jam sehari. Aku selalu headache kalau kurang atau terlebih tidur.
- Berjalan kaki lebih kurang 10-30 minit setiap hari.
- Bersolat dan berdoa. Sebagai seorang islam, solat adalah rukun Islam yang wajib dipatuhi.
Ha buat tak apa yang aku senaraikan kat atas? Sebenarya memang normal la kalau dapat laksanakan apa yang disenaraikan di atas, tapi masih ada yang gagal sempurnakannya. Apa yang aku selalu gagal untuk laksanakan ialah tidur yang cukup, bila dah jadi pelajar ni, memang kurang tidur tu perkara normal. Membaca pula? Kalau tak ada masa sangat, baca je saiazuan blog ni, hehe! (diolah dari aku dan sesuatu : change you can)
Sorry la, aku hanya mampu publish short entry untuk kebelakangan ni sebab busy dengan karnival ICT, assignment, preparation for test, etc..
Sorry la, aku hanya mampu publish short entry untuk kebelakangan ni sebab busy dengan karnival ICT, assignment, preparation for test, etc..
-zuan-
p.s : semakin hari semakin sebuk. aku cuba menyibukkan diri aku supaya aku tak terlalu rindukannya..the chapter ends, time to start a new chapter..