Showing posts with label kafein sumber tenaga. Show all posts
Showing posts with label kafein sumber tenaga. Show all posts

Tuesday, 6 September 2011

> Mitos Kafein


HOlla Peeps,


Kafein kafien dan kafien, ia adalah kegemaran ramai orang tanpa dinafikan (aku gemar betul white coffee) tapi ada je yang kurang gemarkannya. Ia menjadi minuman kegemaran diwaktu pagi dan pada bila-bila masa kerana peranannya sebagai peransang dan keupayaannya melambatkan kepenatan. Semua sedia maklum yang dengan meminum kafein, anda akan susah untuk tidur, tapi betul ke?


#justgoogleit

Jom bercerita mengenai mitos mengenai kafein yang aku jumpa :


  • Kafein menyebabkan ketagihan : Percaya atau tidak, ia sebenarnya tidak menyebabkan ketagihah seperti yang dikatakan, korang akan rasa  ketagih sebab korang yang rasa inginkannya..
  • Kafein risiko kenaikan untuk osteoporosis, penyakit jantung dan kanser : Sebenarnya dengan pemgambilan kafein dengan kuantiti yang sederhana (kira-kira 300 miligram) lebih kurang tiga cawan kopi -sebenarnya tidak memudaratkan orang dewasa yang sihat.
  • Kafein menyebabkan insomnia : Sebenarnya ia bergantung. Badan manusia menyerap kafein dengan cepat. Diproses terutamanya melalui hati, kafein mempunyai separuh hayatyang agak singkat. Rata-rata, ia mengambil masa 4-5 jam untuk menghapuskan separuh daripada kafein yang digunakan dari badan korang - selepas lima jam lagi, 75 peratus daripada jumlah itu dihapuskan. Melainkan korang sangat sensitif, cawan pagi atau dua tidak seharusnya menjejaskan tidur korang.
  • Wanita hamil dan mereka yang inginkan bayi perlu elakkan pengambilan kafein : dikatakan pengambilan yang banyak boleh menyebabkan keguguran. Menurut kajian, risiko akan meningkat jika pengambilan kafein yang tinggi (selamat untuk minum 2-3 gelas sehari sebenarnya). Dan ia sebenarnya normal kepada ibu mengandung untuk mengelakkan pengambilan kafien.
  • Kafein memberi kesan kepada kanak-kanak : Sebenarnya tidak sebab kadar memproses kafein dalam badan mereka adalah sama dengan orang dewasa. Cuma untuk kanak-kanak yang sensetif, pengambilan kafein boleh menyebabkan kesan buruk seperti kerangsangan, cepat marah, kurang tidur dan kebimbangan.
  • Kafein tidak elok untuk kesihatan : Ramai fikir begini bukan? Tapi menurut kajian, sebenarnya kafein meningkatkan kecerdasa, daya ingatan, daya tumpuan, tenaga, dan perasaan suka bergaul dalam diri! Percaya atau tidak, logic thinking korang pun akan meningkat dengan pengambilan kafein.. 


menarik kan? Rasa macam tak caya? lebih info kat sini : http://shine.yahoo.com/event/green/seven-myths-about-caffeine-2527315/



-zuan-
p.s : meniti hari hari terakhir di seremban.. adoi uitm je, rambut tak leh panjang..klu kantoi kena saman.. waaa bayar je saman tu? ingat gua anak jutawan ka? haha  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...