Tuesday, 14 May 2013

Cara Gua Saving Duit (Tips Jimat)

HOlla Peeps,

Sepanjang gua belajar di tempat orang ni (ado la 6 tahun kot) banyak dugaan bila poket tebal, bila poket nipis.. Sekarang ni bila dah mula internship (dah 2 bulan) baru la gua sedar macam mana nak elakkan diri dari boros dan hanya sibuk memuaskan nafsu yang hanya sementara. Kita ni manusia, memang mudah tewas dengan nafsu, terutama sekali nafsu makan mewah, nafsu shopping, nafsu travel dan nafsu sex berhibur!


Bila dah tak berduit baru la nak mintak kat PAMA (Papa dan Mama). Bila ada duit, ada ingat nak belanja diorang makan Dominos atau Nandos? Ado teringat nak ajak diornag pi USS atau Genting? Memang tak ada kot. Rasanya rata-rata lebih gemar menghabiskan fulus bersama kawan-kawan sebaya yang belum tentu sehidup semati dengan kita.

Sambil tu, den nak promote buku ni. Best!
Ado jual kat MPH. Arge tak baru RM18,
isinya lagi sedap dari makan Pizza arge RM30 hehehe

Yes, pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita sekarang ni. Tak ada individu normal yang lahir-lahir je dah tau apa nak buat tanpa pengalaman atau pengetahuan tengang sesuatu perkara. Mesti akan melalui zaman 'boros'. Zaman suka berhibur. Zaman ingin kemewahan. Zaman kemaruk keduniaan.

Alhamdulillah, rasanya rata-rata dah 'bangun' dari tidur. Harap kita terus terjaga dan tidak lagi dibuai mimpi-mimpi indah yang hanya sementara ni.

Ok! Dah lari pulak dari tajuk asal. Ni la akibatnya bila dah seronok menaip, terus lari dai jalan awal. Elok nak berhenti kat R&R Seremban, terus ke R&R Sungai Buluh hehe.

Berikut adalah tips saving untuk noobs yang tak tau cane nak save duit dan hanya bergantung pada PAMA (ini adalah extended version daripada versi awal yang pernah aku publish last year http://eleventx.blogspot.com/2012/06/tips-saving-duit.html):
  1. Rekod belanja (spending) harian di dalam buku. Setiap sen yang dikeluarkan perlu di kira (jangan menipu eks, please jujur dalam hal ni.. hehe) Opss kalau ada derma tu, jangan la rekod pulak sebab derma tangan kanan sorok tangan kiri hehe.. Dengan rekod ni, korang akan mula nampak mana duit tu flow.. So dari situ boleh set di dalam minda untuk kurangkan spending, supaya matlamat untuk saving duit boleh dicapai.
  2. Makan jangan mengikut nafsu. Kalau teringin sangat nak makan subway or lunch mewah mewah, time lunch save la RM2-3 setiap hari. Aku masih banyak makan roti sampai sekarang. Masih setia dengan Gardenia walaupun orang kata harga roti nak (Mana ada naik! Tipu je semua tu). Dengan makan roti time lunch, dan air buah yang harga bawah RM2.00 (Fav gua, Peel Fesh!). Aku boleh jimat up to RM3-RM5 a day! Yups! Sapa kata makan roti tak kenyang? Yang kata tak kenyang tu, korang baca bismillah tak? Hehehe
  3. Gunakan public transport! Walaupun aku ni sekarang ni mampu untuk membeli sebuah kereta murah (bukan nak berlagak), tapi aku masih tak berbuat demikian dan masih setia dengan Skooter Nouvo aku! Yeah, public slow, waste time, blablabla.. but what do you gain? Save MONEY! Time dalam public tu pula boleh dimanfaatkan dengan membaca buku dan tidur! Kan dah saving lagi masa tidur dan masa membaca buku di rumah. 
  4. Jangan berhutang dan mengunakan kad kredit sesuka hati! So berbelanjalah ikut kemampuan.  Kalau agak tak mampu nak beli Galaxy S4 tu, tunggu la dia turun harga, takpun cakap je kat tuan kedai "Saya ni comel! Boleh buat gwiyomi lebih cute dari Nora Danish! Kalau taknak jual half price, saya cari kat kedai lain!". Kita ni kalau dah tau tak mampu, tapi rasa kalau hutang, kita boleh dapat benda tu, mesti la nak berhutang kan? Tapi kira tak interest hutang tu? Kalau ada 'orang lain' tolong bayarkan interest tu, takde masalah. 
  5. Baca buku-buku ilmiah. Percaya atau tidak, yang membaca buku, akan membuatkan korang lupa akan kemewahan dunia untuk seketika. Yups! Korang akan rasakan yang ilmu ni, jauh lebih penting dari duit dalam poket. Dalam masa yang sama banyakkan bersedekah. Ia akan mengingatkan kita yang ramai saudara-saudara kita kat luar sana yang tak mampu nak makan dan minum.
  6. Disiplinkan diri untuk saving! Yups ini paling susah! Tapi paling berkesan jika mampu laksanakan! Salah satu cara yang aku nampak bekersan adalah dengan menyimpan sekurang-kurangkan 10% daripada income ke dalam bank, Tabung Haji atau unit trust seperti ASB.

Alhamdulillah, hasil dari apa yang aku slalu buat ni, aku masih mampu hangout dengan member time weekend tanpa perlu berpeluh keluarkan duit. Banyak lagi tips-tips yang boleh diamalkan rasanya. Tapi aku highlight-kan 6 ni je. Tips ni ditulis untuk ingatkan diri aku juga, supaya suatu hari nanti jangan pula 'billionare next door' ni jadi seorang yang boros dan hanya kemaruk dengan harta duniawi.


Apa pulak tips yang korang boleh kongsikan supaya kita boleh maximumkan simpanan kita untuk jangkamasa panjang?


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: alright, aku dah semakin busy lately. Praktikal dah nak habis. Ada beberapa minggu je lagi. Mayb akan kurang update dan kurang blogwalking. Maaf jika tak bekesempatan tuk drop komen di blog korang.. Chill ya~ :D 


click ads to fund me to USS (",)

47 comments:

  1. aku simpan dui buat kawin dulu sekarang ni zuan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah ada target tu.. keep yourself motivated bro :)

      Delete
  2. yup, pasal saving duit tu, dont put eggs in one basket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups, betul tu.. sekarang ni bnyk tempat boleh simpan n invest.. hope tak ada yang letak semuanya dalam satu bakul ;)

      Delete
  3. tips yg boleh diaplikasi.. tengs :)

    ReplyDelete
  4. aku selalu kantoi bab makan.. susah aku nak kawal tabiat pemakanan jahat aku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe biasa r tu bro.. gua pun slalu tewas gak

      Delete
  5. Sangat setuju dengan entri ni. And sangat bersesuaian utk org yg tgh akhir2 sem ni. Hahaha. By the way. nak berjimat jangan tggu nak akhir sem. Dari awl sem time dapat biasiswa or ptptn da boleh berjimat cermat. So in Shaa Allah sampai akhir sem duit still ade.

    p/s nak cari lah buku tu kat mph nanti. Weehoooo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yes, betul, jangan tunggu dah akhir baru nak mula.. kesedaran awal perlu ada.. hope you got this ohsem book :)

      Delete
  6. setuju dgn semua di atas...apa2 pn hati kita kena kuat bla berdepan dgn duit ni...godaan nyer bsr ya amat!

    ReplyDelete
  7. rasanya most of the tips bleh buat kecuali rekod dan menulis nie...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe penting bro rekod2 ni..dlu gua malas gak, pastu dah praktikkan la..tak perlu lama, at-least 3 month :)

      Delete
  8. So true.
    Kena disiplin
    Dan set kan saving tu untuk apa
    macam kite nak saving sebab nak kawen
    mihmihmih :3

    ReplyDelete
  9. simpan duit sebab nak pergi next trip -____-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ni mesti geram baca travelog gua kan

      Delete
  10. zuannnn jimat zuannnn :D

    ReplyDelete
  11. laaa.. kau pektikal lagi ke zuan? baru aku taw. muahahaha. ingat kau dah keje dah. sem ni ke last? kirenye kau konvo ngan aku la nanti ek? :P

    aku seorang yang sangat2 borosssss. lagi2 bab makanan. tak berkira langsung. sudahnye duit macam air jee. pfttt

    thanks for the tips. aku rase aku suke idea makan roti tu. hehehe.

    btw, happy belated besdayyyy! :)

    p/s : panajng kan aku tulis? dah lame tak mengomen orang maka ini lah jadinye. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha baru 2 bulan la ked.. err konvo skali ek? tah! ye la kot! haha

      hehe idea makan roti tu dah lama ak praktikkan, dan ia sangat berkesan. selamat mencuba..

      hehe thanks for the wish

      Delete
  12. nak berjimat memang nafsu kena kawal2 kaw2 baru berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yups, tapi jangan sampai kesihatan tu terabai sudah la, mcm makan pun makan magee.. kan tak elok tu.. hehe

      Delete
  13. mmg..nak berjimat senang je..nafsu tu ha..adess..kalah jgk walau dh buat jadual..erkk..jogging sini jap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe maknanya kena sentiasa beringat la.. hehe ok.. berapa KM nak joging kat sini?

      Delete
  14. guna public transport yang paling susah nak buat..heheh

    ReplyDelete
  15. Yang penting kena disiplin. Itu saja rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, disiplin. sangat penting.. keep in mind :)

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. saya still belajar dan mama dan abah selalu bagi rm100 per a week ,

    so nak jimatnya , half of them saya simpan dan half lagi spent . ^^ ... gitulah ceritanya ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, plan yang bagus tu, save 50% seminggu.. bagus2 :)

      Delete
  18. saya ada mslh saving duit hoho..tq kongsi tips ni zuan..insha Allah akan dpraktikkan, mslh besar saya ni kan, x blh ada duit lebih, tangan gatal nak beli buku..ayooooo hehe

    bykla saving zuan ni kan...ahhhaaa blh la belanja kitorg kelak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe belanja beli buku tu bagus, sbb buku tu aset kita kan.. :)

      Delete
  19. kalau tak jimat beri banyak mana pun asyik tak cukup je...heee
    perancangan kena baik. bagus tip ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yups, tu mungkin sebab nafsu tak terkawal kan bro. thanks bro :)

      Delete
  20. Setuju sgt..time tu Teena mmg xd duit, scholar lum msuk lg, setiap hari join program sbb nk dpt mkn free, x kisah la program apa, asal mknn free wajib dtg, sbb time tu sesak sgt..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yes! zuan pun pernah macam tu.. pi sebab nak mkn free je ;D

      Delete
  21. sy akan usahakn utk beli buku tu..:)
    sy pun tengah berusaha berjimat..
    hurm..mmg btul naik kenderaan awam lebih jimat...sy setuju sgt2..
    tp mcm sy nie tmpt kerja jauh...dah tue susah nk cri kenderaan awm yg ke pejabat..ade tpi waktu dia tak same dgn waktu kerja sy..jadik kena lah driving sendiri.minyak, tol, dgn jammed nya..mmg $$$ habis kat keta jer....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, dah terbeli kan.. kadang2 tak rugi pun ada transport sendiri.. just jangan anggap kereta tu sebagai aset anda okay :)

      Delete
  22. Zuan....aku pun dah merasa keperitan bila duet dalam poket makin menipis....tu la masa awal2 elaun masuk dulu beli fon baharu...sekarang dah pokai hehehehe

    ReplyDelete
  23. i ni antara manusia yg gile shopping, boleh jugak beli buku tu kot dpt memberi keinsapan pd diri sendri yg tak seberape insapni.mihmih

    ReplyDelete
  24. ada duit lebih masuk la Unit trust or asb ke
    unit trust boleh guna epf utk yg ada epf la :)

    ReplyDelete
  25. loving this entry very much. bookmark-ed!

    ReplyDelete
  26. maintenance kenderaan.
    bulan ni aku habsi beratus2 kat motor sebab rosak yang berkait2..
    fuhh.

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...