Si bongkak kembali dari bertapa,
kembali dengan wajah baru,
kelihatan berjambang.. dan sudah tak terurus,
Apakah muslihatnya kali ini?
Persoalan negative dilontarkan mereka yang jumpanya,
Ternyata si bongkak dibenci dan dicaci masyarakat,
Si bongkak cuba berkawan,
Si bongkak cuba mengelak lawan,
Semakin rendah si bongkak tunduk,
Semakin banyak caci maki diterima si bongkak,
Si bongkak masih tidak mengalah,
Terus bersabar,
Masyarakat tidak menerima nasihat si bongkak,
apabila si bongkak cuba menyatukan masyarakat,
Masyarakat begitu ego,
Mereka mula menjadi seperti yang mana si bongkak pernah jadi,
Apakah sudah bertukar suasana?
Si bongkak mula mengalah,
Dikala masyarakat mula rosak,
Mula runtuh akhlak,
Nama si bongkak mula bertukar,
Masyarakat menjadi si bongkak yang baru,
Dan.. Si bongkak yang lama mula membawa diri,
Niat baiknya dipersia,
Ceritanya menjadi jenaka,
Ceritanya di salah erti,
Dan si bongkak ke pulau,
Duduk kesorangan,
Menanti masa dia diperlukan semula..
Firman Allah : “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."(Surah al-Hujurat, ayat 12) (sumber)
Till then, As-salamu alaykum :)
-zuan-
p.s: Aku tak tau nak labelkan ini puisi atau cereka pendek? Apa pendapat kalian?
click ads to show your support (",)