Friday, 31 August 2012

> Dan Sabar Itu Separuh Dari Iman

HOlla Peeps,



Setiap insan di dunia ini tak pernah lepas daripada ujian daripada NYA..

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah
(Surah al-Baqarah 155-157).


Kita tak mungkin akan terfikir yang salah seorang sahabat rapat kita sendiri akan menikam kita dari belakang,

Kita juga tidak pernah terfikir yang peristiwa silam yang ingin kita  lupakan akan kembali semula menghantui kita,

Kita juga mungkin tidak sedar yang sedikit demi sedikit kita mula rasa berang akan sesuatu atau seseorang..

Kadang juga kita disakiti oleh seseorang dengan suatu cara, tetapi kita tetap sabar dengan ujian itu.. Tapi apabila kita menggunakan cara yang sama kita disakiti, kita berterusan dihina dan di pulaukan..

Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dan kita sering terlupa yang Allah SWT sedang menguji kita..

Apa yang kita lakukan adalah mengeluh, marah, memaki hamun dan melakukan perkara yang mungkin akan merosakkan akhlak kita demi melepaskan amarah yang hanya sementara berada di dalam diri kita..


Kepada Bro Jejai, diharap tabah menghadapi ujian daripadaNYA..


-zuan-
p.s: selamat hari meredeka semua! diharapkan tiada kekecohan atau kecelakaan berlaku ketika majlis menyambut kemerdekaan diadakan.. 


click ads to show your support (",)

20 comments:

  1. hurm.. kadang2 nafsu amarah menenggelamkan kesabaran kita. thanks bro sebab mengingatkan aku.. :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing zuan..betul tu ..bersabar sbnarnye indah kalau kite dapat rasa cara bsabar dgn betul..bersyukurlah kerana sifat pnyabar itu mmbutkn kite mnjd mnusia yang lbh smpurna :)

    ReplyDelete
  3. nice reading thanks for the entry zuan.

    ReplyDelete
  4. rasa lapang lepas bca entri ni..thanks zuan..

    sometimes, sy tlalu emo smpi lupa yg ini ujian Allah utk sy..astagfirullahalazim..

    ReplyDelete
  5. Sama2 doakan kesihatan Bro jejai semoga beliau tabah dan cepat sihat...

    ReplyDelete
  6. tgh bersabar jugak.bukan senang tu..it needs a lot of efforts and faith.

    ReplyDelete
  7. apa pun kembali pd yang mencipta kita :)

    ReplyDelete
  8. Insyaallah, Bro Jejai akan mendapat rawatan secepatnya berkat sokongan rakan-rakan Blogger yang lain huhu......

    ReplyDelete
  9. menarik.. itu sebab kita dianugerahkan hati dan akal untuk berfikir sebelum bertindak.. sentiasa lah bersabar atas apa saja dugaan yang mendatang.. hadapi kehidupan ini dengan ketenangan..

    ReplyDelete
  10. aku baru tahu pasal bro jejai.

    semoga dia dapat sembuh seperti biasa dengan cepat.

    ReplyDelete
  11. sabar... dan terus sabar.. Allah sedang menguji hambaNya..

    ReplyDelete
  12. tu lah.. betol tu Zuan.. mcm2 boleh jadi..
    semoga ujian yg dtg, mampu ditempuh..




    slm merdeka.

    ReplyDelete
  13. Sabar tu memang penting. Heww. Kalau tak sabar, memang susah hidup. Tapi, sabar ada hadnyaaaaa.

    ReplyDelete
  14. dan sebenarnya diri ini sedang menguji tahap kesabaran yg ada ni.

    ReplyDelete
  15. Selamat hari merdeka. Sama2 kita doakan bro jejai supaya sembuh.

    ReplyDelete
  16. namee dengar jugak pasal kes bro jejai tu. sedih juga rasa hati ni. hmmm. kita doakan dia la. mcm yg zuan cakap, hari ni orang sakit..esok lusa mana tahu kita pula. hmm. btw zuan, header baru sgt cool wey :D

    ReplyDelete
  17. sabar saja dpt meneruskan perjalanan hidup walaumcm manapun..

    wow! hebat header tu!

    ReplyDelete
  18. moge kite sumer dpt hadapi sgale ujian idup ngan tabah.. amin..

    ReplyDelete
  19. Sabar itu separuh daripada iman.. sembahyang dan Al-quran adalah satu ubat yg paling mujarab untuk kita amalkan..

    ReplyDelete
  20. mmg besar hikmah sabar ni..

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...