Friday 31 August 2012

> Dan Sabar Itu Separuh Dari Iman

HOlla Peeps,



Setiap insan di dunia ini tak pernah lepas daripada ujian daripada NYA..

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah
(Surah al-Baqarah 155-157).


Kita tak mungkin akan terfikir yang salah seorang sahabat rapat kita sendiri akan menikam kita dari belakang,

Kita juga tidak pernah terfikir yang peristiwa silam yang ingin kita  lupakan akan kembali semula menghantui kita,

Kita juga mungkin tidak sedar yang sedikit demi sedikit kita mula rasa berang akan sesuatu atau seseorang..

Kadang juga kita disakiti oleh seseorang dengan suatu cara, tetapi kita tetap sabar dengan ujian itu.. Tapi apabila kita menggunakan cara yang sama kita disakiti, kita berterusan dihina dan di pulaukan..

Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dan kita sering terlupa yang Allah SWT sedang menguji kita..

Apa yang kita lakukan adalah mengeluh, marah, memaki hamun dan melakukan perkara yang mungkin akan merosakkan akhlak kita demi melepaskan amarah yang hanya sementara berada di dalam diri kita..


Kepada Bro Jejai, diharap tabah menghadapi ujian daripadaNYA..


-zuan-
p.s: selamat hari meredeka semua! diharapkan tiada kekecohan atau kecelakaan berlaku ketika majlis menyambut kemerdekaan diadakan.. 


click ads to show your support (",)

Wednesday 29 August 2012

> Koleksi Kad Raya 2012

HOlla Peeps,

koleksi kad raya daripada blogger


-zuan-
p.s: thanks to ShidaAzhamSyazanaJue dan Hanie 


click ads to show your support (",)

Monday 27 August 2012

> Selepas Satu Tahun

HOlla Peeps,

Setelah hampir satu tahun aku dengan header dan template yang sama, aku akhirnya decide untuk tukar header blog untuk kali ke 8 dan template ni tapi masih dengan tema biru.. 


konsep asal header


Harap korang suka..



-zuan-
p.s: puas raya korang? Hehe aku ada minggu lagi cuti sebelum kembali ke arau untuk semester terakhir.. 

click ads to show your support (",)

Saturday 25 August 2012

> Raya dan Blog

HOlla Peeps,

Di musim perayaan ni, ramai blogger yang publish dan share gambar gambar raya bersama keluarga, saudara mara dan sahabat handal.. Masing masing dengan tema tersendiri.. 

Hmm harini nak sembang sembang di blog je la.. Raya aku biasa biasa sahaja.. Sama seperti tahun tahun lalu.. Dan setiap tahun di rumah rumah saudara mara kita, kita perhatikan semakin banyak kedut di wajah mereka.. Semakin banyak kisah sedih keluar dari mulut mereka.. Masing masing sedar yang ini tanda mereka semakin lanjut usia..

Banyak kisah aku beraya di kedah.. Jika ada kerajinan akan aku ceritakan..

Apa yang aku ingin kongsikan adalah pengalaman aku berjumpa salah seorang kawan blog.. haha di hari raya pun sempat hangout dengan blogger.. 

Kenal dengan Azham Vsvc? Penulis blog bahasa inggeris yang bakal melalui dunia seorang guru..

Di Old Town

Dah beberapa kali aku dan si Azham ni plan nak jumpa.. Last last kat Old Town Kulim gak tempat kitorang jumpa..

First time meet up, di Pre-Screening Avengers.. Kitorang sempat cakap beberapa patah perkataan je, dan dia 'Vanish'! 

Then beberapa hari lepas ketika aku sedang tweet, 'tanpa aku sedar' aku enable location. Dan si Azham ni berjaya locate lokasi aku dan berjaya kidnapped aku ketika BBQ bersama famili aku.. *kejam an Azham ni?*

Hehe (most of it adalah makeup story #LOL)

Azham ni sebenarnya baik orang nya dan sangat tinggi! Pergh rasa macam orang kerdil je jalan sebelah dia.. Bila aku sembang dengan dia 2 jam macam 20 minit je, air panas pun dah jadi ais.. Seorang blogger yang sangat komitment dan dalam perancangan tuk buat mini gathering ke2 nanti..

Alright ada masa aku cerita lagi yok, ni nak keluar raya! Hehe till then, chaou~


-zuan-
p.s: raya datang rumah aku!!! 


click ads to show your support (",)

Sunday 19 August 2012

> Salam Lebaran

HOlla Peeps,



-zuan-
p.s: maaf zahir batin ye jika terbitkan entry yang menyinggung perasaan sesiapa.. dan mohon maaf jika kurang menerbitkan entry dan kurang blogwalking beberapa ketika ini.. raya jika singgah seremban, jangan lupa alert gua..hehe  :)


click ads to show your support (",)

Friday 17 August 2012

> #MyToysCanTalk #1 EPL is Back

HOlla Peeps,




-zuan-
p.s: dulu dengan komik #ATWR yang berjaya mendapat banyak komen +ve dari readers blog ini, tapi aku dah kurang berminat untuk sambung sini komik tu kerna kehilangan Gundam Dynames kesayangan aku..   jadi aku come up dengan komik (versi yang lebih pendek yang mana mengharapkan ia mampu saingi TROLL dan 9GAG *berangan*) yang lain yang mana menggunakan beberapa koleksi toys aku. 
Harap korang terhibur dengan siri pertama ini, yang mana hanya disediakan satu page! 


click ads to show your support (",)

Thursday 16 August 2012

> Pengaruh Tony Stark dan The Joker

HOlla Peeps,

Pengaruh media massa banyak memberi impak kepada semua orang terutama golongan remaja pada masa kini. Jika dahulu ibu bapa risau jenis kawan apa yang anak mereka kawan, sekarang ibu bapa mungkin akan risau rancangan tv apa yang anak mereka sedang tonton..

Tengok cerita di tv memang memberi influence pada hidup aku dari sudut +ve dan ada juga -ve nya..


http://img35.imageshack.us/img35/6959/79822424.jpg


Sebagai contoh, bila lepas tengok ironman, aku rasa nak jadi Genius dan visionary macam Tony Stark. Tapi ambil dari sudut positive je la an, yang mana aku nyah sikap playboy dan poyo yang ada dalam diri dia.. Tapi malangnya impak itu hanya melekat sekejap sahaja, aku akan jadi seorang yang rajin untuk buat sesuatu perkara untuk jangka masa pendek je, then tak lama kemudian akan jadi diri aku yang sebenar, seorang pemalas.. 

http://hijinksinc.com/wp-content/uploads/2010/07/leverage.jpg


Dan ada juga pengaruh negative pada aku. Seperti apabila selesai melihat siri tv Leverage. Aku mula akan berangan nak jadi Robin Hood moden, dengan mencuri sesuatu dari organisasi/syarikat yang corrupt sudah curi dari sumber yang lain. Tapi just berangan je la, sebab mencuri tu kan haram? Walaupun kita cuba buat benda baik, tapi ia menjadi tak baik jika caranya salah kan?

Sofar aku masih belum terpengaruh dengan The Joker! Menjadi individu psyko, dan penjenayah yang sanggup buat apa sahaja untuk kepuasan diri dan untuk keseronokkan.

BTW Apa pula impak cerita di tv kepada korang?


-zuan-
p.s: sangat lama tak update.. Alhamdulillah progress Projek develope applikasi Membaca Jawi aku semakin ok walaupun begitu banyak dugaan yang aku terpaksa tempuh..


click ads to show your support (",)

Monday 6 August 2012

> Karangan Sekolah Rendah : Dan Bila Esok

HOlla Peeps,


Nak dimulakan cerita, ia ketika aku masih di sekolah rendah..
Di suatu petang, 

dushhhhhhhh!!!!


"Adoiiiiii Kuang Ajaq!!! siapa sepak ni siot?" jerit aku selepas makan bola.
"Aku! Ada masalah?" jerit salah seorang kawan aku.
"Ada! Kenapa ko sepak bola ni bagi kena muka aku?" tanya aku.
"Sebab aku bukan David Beckham! Kalau Beckham mesti dah kena burung kau!!!" jawabnya dengan spontan sambil disambut gelak tawa oleh rakan lain.
"Adoihh potong line dial-up betul la, dah jom sambung main bola" kataku sambil kembali ke kawasan bermain bola.

Esok hari,

dushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!



"Adoiiiiii Kuang nasik terlobih kuah~" jerit aku dan tumbang badan sambil muka kebiruan.
"Haaa ni makannnya!!! Orang dok main bola, dia skodeng apa? Harini aku Beckham! Muahahaha" jerit kawanku sambil ketawa terbahak-bahak membuat troll face!


Kemudian esok hari, aku mengarang sebuah karangan untuk 'dia'


Asalamualaikum,
Nama saya Zuan, orang panggil saya Macho..
Tersebut suatu kisah di satu zaman yang kita mungkin tidak lahir lagi.
Mungkin zaman itu paramiswara juga sudah mangkat kerna ini kisah yang ada lebih kurang dengan kisah P.Ramle bertajuk Musang Berjanggut. Musang tu adalah nama anak angkat raja yang mana suatu hari jatuh pokok akibat jatuh cinta pandang dua kali dengan seorang gadis.
Setiap hari Musang jatuh pokok. Hari demi hari sehingga semakin besar lekuk di tanah hasil daya yang diberikan Musang. Dan musang juga semakin berjanggut. Anak gadis yang diminati Musang suatu hari dilamar seorang lelaki. Dan Musang pun kesunyian di dalam istana kesorangan tanpa teman.


Dan aku cerita yang aku minat 'dia' dekat salah seorang kawan aku dan,


Lempang kawan aku dan menjerit "Tu akak aku la!! Dah ada anak satu pun!!


Moral of the Story: Kalau nak skodeng anak orang pun, tunggu la lepas main bola. Takpun pergi je rumah 'dia', minta kebenaran orang tua dia nak jumpa anak dia. Kan lebih molek? Sekurang-kurangnya tak la jadi insiden Robin dilempang Batman. Tapi the main moral of the story, make sure fokus dalam apa sahaja yang kita buat, jangan disebabkan perasaan di dalam hati kita hilang fokus kepada sesuatu yang lebih penting..




-zuan-
p.s: tengah mencari idea untuk projek.. projek tergendala sepanjang minggu lepas sebab tak sihat, terawih pun dah mula tinggal sejak itu.. hmm.. 


click ads to show your support (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...