Nak dimulakan cerita, ia ketika aku masih di sekolah rendah..
Di suatu petang,
![]() |
dushhhhhhhh!!!! |
"Aku! Ada masalah?" jerit salah seorang kawan aku.
"Ada! Kenapa ko sepak bola ni bagi kena muka aku?" tanya aku.
"Sebab aku bukan David Beckham! Kalau Beckham mesti dah kena burung kau!!!" jawabnya dengan spontan sambil disambut gelak tawa oleh rakan lain.
"Adoihh potong line dial-up betul la, dah jom sambung main bola" kataku sambil kembali ke kawasan bermain bola.
Esok hari,
![]() |
dushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! |
"Adoiiiiii Kuang nasik terlobih kuah~" jerit aku dan tumbang badan sambil muka kebiruan.
"Haaa ni makannnya!!! Orang dok main bola, dia skodeng apa? Harini aku Beckham! Muahahaha" jerit kawanku sambil ketawa terbahak-bahak membuat troll face!
Kemudian esok hari, aku mengarang sebuah karangan untuk 'dia'
Asalamualaikum,
Nama saya Zuan, orang panggil saya Macho..
Nama saya Zuan, orang panggil saya Macho..
Tersebut suatu kisah di satu zaman yang kita mungkin tidak lahir lagi.
Mungkin zaman itu paramiswara juga sudah mangkat kerna ini kisah yang ada lebih kurang dengan kisah P.Ramle bertajuk Musang Berjanggut. Musang tu adalah nama anak angkat raja yang mana suatu hari jatuh pokok akibat jatuh cinta pandang dua kali dengan seorang gadis.
Setiap hari Musang jatuh pokok. Hari demi hari sehingga semakin besar lekuk di tanah hasil daya yang diberikan Musang. Dan musang juga semakin berjanggut. Anak gadis yang diminati Musang suatu hari dilamar seorang lelaki. Dan Musang pun kesunyian di dalam istana kesorangan tanpa teman.
Dan aku cerita yang aku minat 'dia' dekat salah seorang kawan aku dan,
Lempang kawan aku dan menjerit "Tu akak aku la!! Dah ada anak satu pun!!"
Moral of the Story: Kalau nak skodeng anak orang pun, tunggu la lepas main bola. Takpun pergi je rumah 'dia', minta kebenaran orang tua dia nak jumpa anak dia. Kan lebih molek? Sekurang-kurangnya tak la jadi insiden Robin dilempang Batman. Tapi the main moral of the story, make sure fokus dalam apa sahaja yang kita buat, jangan disebabkan perasaan di dalam hati kita hilang fokus kepada sesuatu yang lebih penting..
-zuan-
p.s: tengah mencari idea untuk projek.. projek tergendala sepanjang minggu lepas sebab tak sihat, terawih pun dah mula tinggal sejak itu.. hmm..
click ads to show your support (",)