Showing posts with label Final Year Project. Show all posts
Showing posts with label Final Year Project. Show all posts

Friday, 18 January 2013

Done With This, Ready for That - UiTM Final Year Project

HOlla Peeps,

Quick entry from me (I guess #LOL), done with my exam petang tadi, Alhamdulillah.. Thanks to everyone who had been trolled and wish me luck for my finals, I really appreciate it :D

Got things I need to prepared before final 'war' with my panels which I hope they will say, "WOW! Its a great applications! I wanna buy it if it goes to the market!!!"


Me presenting a proposal to panels (Yeah i'm like orang minyak! LOL)


Yeah, another 'busy excuse' from me.. hehehe

So, maybe next week or another week I will update about my final year project presentation. And yeah, my student life is about to come to the end.. And workaholic life is waiting for me...

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: +shakiddo  cakap ada beberapa blog bawah blogspot temporarily removed..  Sapa dah experience it?


click ads to show your support (",)

Tuesday, 15 January 2013

Ser La Sa - Update

HOlla Peeps,



TIADA UPDATE UNTUK HARI INI...



Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: sedang busy dengan final paper, dan preparation untuk presentation final year project.. 


click ads to show your support (",)

Saturday, 28 July 2012

> Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

HOlla Peeps,

Blog ni dulu well known ngan Tech Technology dan Movie Review. Ada juga blogger yang pernah komen diornag rasa nak jadi baik dan insaf bila masuk blog ni sebab banyak ilmiah dan islamic yang di kongsi, dan Alhamdulillah itu lah niat aku, kongsi benda menarik kepada pembaca (dan sometime aku kongsi di SB FB Page). Pernah skali digelar Blogger Yang Suka Karok..Hehe skarang pula rasanya blogger yang suka join contest. Hehe actually join contest tanda support.. Sorry peeps, aku outdated pasal Tech untuk masa ni. Bulan puasa ni berehat dari tengok movie, so no Movie Review untuk di bulan yang mulia ini.. Alrite cukup panjang intro kali ni, dan adakah ini tanda aku ada free time? Well aku ambil keputusan untuk off kejap harini sebab dah siap bab desining untuk projek aku, so lepas ni focus untuk module dan music pula..hehe




Contest apa pula kalini? Well ia adalah



Hadiah bernilai RM200k untuk dimenangi!! Hehehe kidding, lebih RM200 untuk dimenangi sebenarnya yang mana #1 akan mendapat RM50.00, #2 RM30.00 dan #3 RM20.00! Bukan itu sahaja, 4 hadiah khas juga disediakan untuk Like Terbanyak, SEO Carian Google Tertinggi, Referral tertinggi, dan Random Pick! Menarik bukan? 


#dapat bonus tak klu tolong promote? huhu



Apa kena buat?
Buat CERITA DAN GAMBAR mengenai bulan ramadhan dan tahun ini sahajadan masukkan di blog anda. Konsepnya adalah CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Tak kisah lah anda nak cerita sepanjang mana pun asalkan ia ORIGINAL (plagiat akan automatik reject). Buka puasa, sahur, tarawikh, shopping masa puasa atau apa-apa sahaja mengenai CERITA PUASA RAMADHAN 2012. Gambar akan dimasukkan ke dalam FACEBOOK SHAKIDDO.COM


Well kalau nak diceritakan plan, memang tak terkira plan yang aku nak fulfill time puasa ni, yela cuti semester la katakan.. Tapi perlu delay kerna beberapa perkara perlu di utamakan,


1. Siapkan Projek Jawi aku! Memang top priority sekarang ni sebab naik semester bulan 9 ni supervisor mau 80% siap (sekarang ni baru siap design, lepasni nak kena coding, scripting, recording n editing). Hmm well i wanna say to her "Madam, lets present the project!!" hehe




2. Ini memang dah lama niat aku nak buat. Belajar baca balik Quran. Dah lama tak baca, so kita pun tak pasti samaada betul bacaan kita kan? Aku discover satu tempat belajar ni, Al-Baghdadi! Ia mengajar Quran melalui teknik ketukkan! Menarik bunyinya kan? Dengan bantuan alat ketukkan, kita diajar menyebut setiap tajwid dengan jelas dan lancar. Sungguh menarik, Al-Baghdadi ni dah banyak ada di setiap negeri.




3. Dan tidak ditinggalkan, nama pun bulan puasa, so Puasa dan menunaikan solat Terawih adalah salah satu priority aku juga untuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Opss tak payah la scroll bawah carik gambar aku puasa n terawih, kerna tak sempat aku nak bergambar dengan tok imam lagi.. huhu!!!

Shopping? Dah buat beberapa hari sebelum bermula puasa! Well malas nak sesak-sesak time bulan puasa. Plus bulan puasa kan bulan beribadah? Bukannya bulan shopping..hehe

Hmm antara benda yang aku nak buat tapi tolak tepi adalaha workout! Hehe nak badan ketul ketul macam HULK! Tapi bila fikir balik, kalau workout petang, mesti penat n dahaga, tapi advantage dia, bila balik rumah dah nak berbuka puasa. Disadvantage dia pula, penat tu mungkin tak hilang di malam hari dan akan menyebabkan mengantuk~ hasilnya? Tiada la terawih di malam hari~ 


Alrite, rasanya ini sahaja cerita aku untuk bulan ramadhan ini.. Kisah tulis ikhlas dari Zuan Macho!!!


-zuan-
p.s: ingatkan bulan puasa ni boleh cukup tidur, tapi bila nsk tidur je otak dok running fikir pasal design..adehhh~


click ads to show your support (",)

Monday, 21 May 2012

Alif Ba Ta Duniaku

HOlla Peeps,

Normal la pada seseorang pelajar tu untuk tetiba vanish dari dunia maya disebabkan ke-busy-an melanda diri. Tapi jangan salah faham yang pelajar itu sibuk belajar (terutama aku yang pemalas membaca ni) kerna dia mungkin hilang dicolek alien!

Progress final year projek aku semakin nampak jelas. Proses siapkan proposal dah 90%, dan bulan 6 ni dah nak kena present proposal before aku kena start developing. Ingat lagi pool yang pernah aku buat bulan lepas? Projek aku ada kaitan dengan Jawi. Yups membina aplikasi mengajar membaca tulisan Jawi berbentuk interaktif (menggunakan konsep fonik) kepada murid praskolah. Satu projek amal boleh dikatakan, kerana membantu mengelakkan jawi dari pupus ditelan zaman.

Jangan biarkan mereka senyum kerana tidak tahu menulis Jawi..

Jika kita lihat, akhbar-akhbar semakin kurang dalam penulisan jawi, semuanya rumi. Internasionale la kononnya? Tapi tak boleh la biarkan tulisan jawi ni pupus begitu sahaja, dan diharapkan ia digunakan dengan meluas suatu masa nanti seperti zaman kesultanan Melayu melaka dulu. Kita tengok negara maju di Asia seperti Jepun dan Korea, mereka masih menggunakan tulisan Kanji dan Hanja dalam penulisan mereka. Kenapa kita tak teruskan menggunakan Jawi dalam penulisan kita seperti mereka?

Thanks to both of my supervisor, mereka mencadangkan aku develope satu applikasi untuk mengajar membaca jawi, which is what i like, pendidikkan. Hope that one day, aku kembali dalam dunia pendidikkan :)

Jom layan lirik lagu Awie, Alif Ba Ta Duniaku (video ada kat bawah)..


Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku

Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku

Alif,ba,ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini

Ku, ku, I, I, I
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku

Kau, kau, you, you, you
tak mungkin boleh tahu
selagi ku tak cerita

Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarahmu itu
Sedarlah
Kawanku

Aa, aa, ih, ih, uu, uu,
Tak depan, bawah, atas
tiga cara saja
Membacanya

Oh, oh
Jangan ternganga
Uh... uh...
sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar ( 3X )
Kawanku

Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu/sama
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama 



Janganlah biar Jawi pupus ditelan zaman..


-zuan-
p.s : penat main futsal dan badminton semalam.. huhu ni la akibatnya dah lama tak bersukan, stamina pun dah tak ada.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...