Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Friday, 15 February 2013

Salam Jumaat - Salam Takziah - Al-Fatihah Kepada Arwah Jejai

Salam Jumaat,

Alhamulillah, masih diberi kesempatan untuk kita merasa nikmat di dunia ini.. Kepada yang sudah meninggalkan kita, jangan kita lupa sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.. Al-fatihah kepada seorang blogger yang disegani, Arwah Azhar Bin Ramli (a.k.a. Bro Jejai) yang telah meninggalkan kita pada 12/2 yang lepas semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI :
SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH. (dipetik dari denaihati.com)


Jadikan peringatan kepada kita bahawasanya yang hidup di dunia ini, pasti kana pergi juga.. Dalam hidup ni, kita sering kali didugakan dengan pelbagai dugaan dan cobaan sebelum mencapai gol yang kita ingin kejarkan samaada di dunia ini ataupupn untuk akhirat kelak..  Ketika itu, emosi kita sering kali terganggu. Dan mulalah ada yang meninggalkan kewajipan atas alasan ingin siapkan kerja di dunia.

Alhamdulillah, segala dugaan yang dihadapi di Arau selama 3 tahun menjalani pengajian degree berhasil dengan result yang membanggakan. Alhamdulillah, walaupun tidak expect result sedemikian, tetapi ia berbaloi atas usaha yang dilakukan.. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang banyak membantu didalam pengajianku di sana.. So another 3 month untuk tempuh, iaitu dunia intenship.. Sebenarnya familiar dengannya sebab dah praktikal time diploma dulu, the different is different field and different work environment... Wish me luck peeps ;)


Till then, Salam..

-zuan-
p.s: siapa minat memanah? Rasa nak try la sukan memanah.. kawan baik aku ada bawak try memanah haritu di Terminal 2 Seremban.. Harga berpatutan dan sangat enjoyable.. :D 


click ads to show your support (",)

Monday, 4 June 2012

> Abang Ensem di Mata Aku

HOlla Peeps,

Siapa Abangensem @ AE? Well 1st time aku tengok dia ni, kat blog aku nampak seorang lelaki poyo yang cuba dapatkan market didalam saham hati gadis gadis dengan menggunakan nama ensem seorang bro yang menarik untuk dikenali peribadinya..

Why?

Agak pelik bila tengok nama blog pun Abang Ensem! So aku tertanya tanya kenapa nama perlu begitu? Kenapa dia kena senyum macam tu? Apa yang buatkn dia konfiden tuk letak nama AE instead of nama sebenar? Mesti ada sebab kan? So dah tambah banyak 'like' kenapa aku nak kenali personaliti dia. Plus dia ada knowledge mengenai hartanah dan banyak lagi..
Itu semua 1st view la, harap tiada unsur gay di sini pada pandangan korang.


And then, hari bertemu beliau in personal yang tak berapa 'personal'..


Apa aku nampak AE di mata aku?



> A man who likes to wear jersey and sempoi!


Diambil dari blog beliau tanpa kebenaran! lol
Well untuk seseorang yang bergelar jutawan macam dia, memakai jersi sangat pelik di mata orang kaya kaya! Tapi di mata aku, sangat cool dan teserlah sifat humble dan sempoi AE ni~
Yeahh sebab AE la aku dah mula suka pakai jersi kemana-mana saja aku pergi.. lol


> Seorang yang tak kedekut dan suka berkaraoke!


Pernah sekali, bro ni sponser karok untuk 3 jam di Redbox! Wohooo bila karok je, sapa tak nak kan lebih lebih lagi orang yang bersuara Jon Bon Jovi ni (actually beliau adalah co-sponsor untuk kontest karok yang madam pernah anjurkan dulu).. huhu and seriously suara beliau memang boleh challenge suara aku la (walaupun time tu aku sakit tekak #alasanSuaraTakSedap).. ok la, nice try bro~ 
hehe bila nak payung karok lagi bro?


> Blogger yang suka berkongsi ilmu dan sangat serius dalam blogging!


Well nama pun blogger kan? So kena komen la bab writing.. Tak dinafikan, setiap penulisan beliau ada isi yang ingin dikongsikan kepada pembaca. Jadi tak heran la dia ada 'prosperity' di perutnya (hehe jangan marah ek bro hehe)..
Kenapa aku cakap dia seorang yang serious dalam blogging? Sebab banyak iklan dia dipasang di blog-blog yang aku kunjung sampai nak buatkan aku muntah tengok muka dia yang mana teknik berkesan untuk menyedarkan kewujudan beliau di dalam dunia blog ni kepada pembaca lain.
bila la AE nak pasang iklan kat blog aku ek?


Bro AE pernah bagitau kat aku; 
"Kau belajar IT kan? Why not buat E-Book IT dan jualkan di blog? Boleh buat duit tu" Lebih kurng macam tu la ayat dia.. Well bro, aku belum buat apa-apa lagi. Tapi masih ingat cadangan bro ni dan insyaAllah in future gabungkan Tech Thursday jadi satu buku barangkali? 

Well actually salah satu lagi yang aku suka pada bro AE ni adalah gaya dia cakap. Sempoi tapi konfiden! He speak politely and pandai joke! Kalau korang borak-borak dengan dia, tak rasa sentap la dengan ayat dia..


Well itu je sofar yang aku nampak di mata aku. Yang tak nampak? Mungkin lebih banyak lagi good things about this bro seperti romantik kepada isteri dan bapa yang prihatin kepada anak! (",)


Kenapa aku dok bercerita mengenai AE ni? 
Menjanjikan hadiah yang sangat lumayan! Rugi woo tak join!!!


-zuan-
p.s : aku tak pandai kritik, tapi suka memuji ikut apa yang aku nampak dan jika ada terasa hati, maaf, ia hanya gurauan..hehehe and korang patut sedar yang aku suka join kontest dan ada semangat kental untuk memenanginya tapi ia jadi pudar sebab ada 'like' 'like' pulak:P 

Tuesday, 24 April 2012

> Done! Time To Pray For Luck

HOlla Peeps,


Finallyyyyyyyyyyyy zuan has come back, to blogging world!!!! (with the rock's style holding a mike)


Well, recently I've been workin on Samsung Global Blogger audition video. Thanks to everyone who help me in completing this video. Just a lil trim after one shoot recording session, and uploading the video *And it took ages for me to upload the video using broadband*


Well, I hope I win a trip to LONDON!!!! (",)


Korang dah submit video korang?


-zuan-
p.s : kepada pemenang GA, sila jangan marah abang posmen kalau tak sampai gift korang ek hehehe 

Thursday, 8 March 2012

> Dua Aku Kenal, Lagi Satu Aku Baru Kenal

HOlla Peeps,

Part 3 entry bersiri aku.. Setelah macam macam dugaan aku hadapi dalam perjalanan sampai ke KL Sentral, akhirnya aku bertemu juga dengan jejaka di bawah ni ;




Who is this dude? Dia adalah Syafiq! Lama gak dia dok ajak aku lepak, dan aku dok memberi alasan alasan yang dikatakan adalah alasan sampailah aku rasa malas nak bagi alasan..

Syafik ni ada buat gak temu janji dengan Taufiq! Sapa pulak Taufiq? Bawah ni tengok~




So secara tak sengaja, bertemulah kita tiga orang dan ronda ronda sekeliling Sunway Pyramid




Awek mana plak aku pandang tu?




Dhiya Fariza, salah seorang blogger yang dah lama aku nak jumpa dan jumpa juga haritu.. Tapi takde la bergambar dengan dia time tu..  Maybe nextime Dhiya (",)

Dan lepas cerita dari Di Suatu Hari dan Sebab Naik Public Transport Seperti KTM, cerita tak tergantung di sini.. Sebab ada final entry yang menjawab persoalan kenapa aku ke Sunway Pyramid.. One more entry you have to wait..hehehe


-zuan-
p.s : tiada entry tech thursday untuk minggu ni, maaf atas kesulitan.. 

Monday, 23 January 2012

> Headache dan Injured

HOlla Peeps,

Selepas musim hujan dan aktiviti mendapatkan beberapa orang pemain untuk pertandingan futsal pada 28/1 ini, aku demam dan mempunyai cedera ringan pada tangan dan kaki.. So memerlukan beberapa hari untuk memastikan tangan dan kaki aku pulih supaya aku boleh sertai pertandingan pada 28 ini. Dan pada 29 pula pertemuan dengan blogger  madammondoq dan beberapa orang blogger hebat di Kota Damansara.


-zuan-
p.s : baru seminggu cuti dah terpaksa berehat disebabkan injured di tengah tangan dan kaki 

Wednesday, 7 September 2011

Monday, 5 September 2011

> Misi GUA!

HOlla Peeps,

#justgoogleit

Misi gua tahun ni sebagai seorang Blogger (so klu tahun depan, dah misi dapatkan kereta) :

Kumpul duit (hasil ads kat blog) dan dapatkan tablet pc so aku leh update blog aku dimana-mana aku berada!!! Tu je aku nak, update blog n keep in touch with others..

Sebab apa? Alrite, seminggu ni an, sangat susah aku nak update and keep in touch ngan other blogger n other friends... So walaupun seminggu an, aku rasa jauh sangat ngan korang, n sebenarnya aku RINDU korang!!!

"Macam mana nak dapat duit banyak tu? Susah kot?" alrite, klu senang tak fun la hidup kan? Usaha tu leh bawak kita ke mana kita nak, jus dont giveup!!!


-zuan-
p.s : cuti 4 bulan dah nak abis.. 4 hari lagi saki baki di seremban.. 

Monday, 29 August 2011

> 6 Blog Yang..

HOlla Peeps,

Seperti yang dijanjikan, 6 blog baru pilihan aku untuk nuffnang blog day 2011 (Rujuk entry semalam : Nuffnang dan Blog Day 2011) sedikit briefing mengenai BlogDay ni:

Blog Day was created with the belief that bloggers should have one day dedicated to getting to know other bloggers from other countries and areas of interest, and Nuffnang is proud to be celebrating the 6th Blog Day on 31st August 2011! 
On Blog Day, bloggers will post a recommendation of 6 new blogs, and this way, everyone will find themselves discovering new, previously unknown blogs thanks to the viral effect of social media. Sounds great, doesn’t it?

Here’s how you can be a part of Blog Day 2011: 
1. Spot 6 new blogs that interest you the most, preferably blogs which are different from your own culture, point of view and attitude. 
2. Share with us why you have recommended those 6 blogs – are they funny? Do they tell unusual stories? Maybe the photos are out of this world? 
3. Publish your blog post about your 6 recommendations by 11.59 pm, 31 August 2011. 
4. Fill in your details in the form below to submit your entry.


ready?





Mempunyai personaliti menarik, masih muda tapi berfikiran matang dan mampu menulis entry yang sangat menarik pembaca untuk membacanya, 1st time aku baca blog ni apa yang bermain di fikiran aku adalah "how old is she?". Seorang pelajar sekolah yang tinggal bersama keluarga di Indonesia, tapi asalnya dari Malaysia. She got a sister who also blog and have a good one, Fifiey Lychee Maration. Plus, dia ni sangat ramah, tringin nak jumpa dia secara personal.. 



Blogger yang membuatkan aku pening kepala dan tak kering gusi dengan celoteh dia.. Bukan sekadar blog personal yang menceritakan mengenai hidupnya, ia adalah blog yang berinformasi dan mempunyai banyak tips untuk dipelajari. Banyak juga aku dapat dari blog ni, dan banyak juga aku gelak bila aku baca blog ni. Jangan tertipu dengan header dia, kerana dia jauh lebih comel dari itu.. Jika anda inginkan humor + informasi, she got the package..




1st time kita masuk sesuatu blog, benda yang pertama kita nampak adalah header, dan bila aku tengok header blog ni, "This blog should be an interesting one!" and yes it is!!! Penulisan entry yang bersahaja dan spontan, selalu membincangkan topik menarik pembaca. Aku agak terkejut yang dia masih baru dalam blogging kerana gaya penulisan dia sangat bagus sampai aku sendiri tak terkomen apa yang dia tulis.. A blogger who can rise up to the top!



TLC Promise Me :
For the Children of Rumah Aman..




Blogger yang bagus dalam setiap hujah dia mengenai setiap isu, dan mostly current issues menjadi topik perbincangan dia.. Aku suka style interface blog ni, lebar dan menyenangkan pembaca membaca, dan untuk pengetahuan dia adalah seorang programmer yang juga menulis untuk Negative Zero, jadi kalau ada pertanyaan mengenai coding boleh tanya dia.. Banyak info berguna diselitkan di setiap entry dia.. Seorang blogger yang humble..




Satu blog berbahasa inggeris, sesuai dengan tagline dia "Interpretations for words that touches my soul" blog yang banyak menyelitkan quotes dalam setiap entry dia dan akan terjemahkan quotes tu mengikut pendapat penulis itu sendiri..  A simple simple blog with simple entry that will make people think..




Totally new blog on the block!!! Sangat rare blog yang mempunyai cerita mengenai haiwan sebab ramai yang tidak berapa ambil peduli pasal haiwan. Penulis blog ini ingin menukar pemikiran pembaca ke lebih positif terhadap haiwan, yang mana ramai tidak begitu mengambil perhatian dan menyanyangi haiwan. Blog yang menarik untuk di ikuti.. sesuai dengan tagline dia "here where we fight for their rights" blog ni mampu buka minda pembaca.


kalau nak join, sini


-zuan-
p.s : harap semua brpuas hati dengan pilihan aku.. sori la kalau tak terpilih.. 

Saturday, 27 August 2011

> Nuffnang dan Blog Day 2011

HOlla Peeps,


Dunia blogging semakin menarik dengan idea-idea baru dari blogger-blogger baru, idea fresh walaupun kadang-kadang agak childish, tetapi mampu memberi satu sumber inspirasi trutama pada aku yang baru 2 tahun bertapak dalam dunia blogging..


iklan jap..
ok sambung..


Blogger baru mengingatkan aku tentang resmi padi, "makin tunduk, makin berisi" walaupun dah lama dalam blogging dan banyak pengetahuan janganlah angkuh bersikap rendah dirilah kita dengan semua orang..

Nuffnang ingin menghargai bloggers dengan menganjurkan Blog Day 2011 pada 31 Ogos 2011!!!



Dengan idea Blog Day ni, nuffnang ingin blogger mencadangkan blog baru yang masih belum dikenali ramai (bila dah kata blog baru, mestilah idea baru, dan menarik perhatian pembaca). Ok disebabkan new blogs, aku akan cari dan senaraikan 6 blogger yang start blogging tahun ni (so aku pilih blogger yang bermula januari 2011 so blog yang start 2010, 2009, dan yang lagi lama sorry ya, jangan kecik hati, KORANG TETAP DI HATI AKU hehe try ambek hati balik)...

Tengok pada gambar (poster) 3 laki dan 3 perempuan, jadi aku akan pilih 3 blogger lelaki dan 3 blogger perempuan.. Jadi doa-doa la korang terpillih ya.. hehe insyaAllah aku akan post entry 6 blogger terpilih tu pada pukul 12 tengah malam ni (macam biasa la ikut schedule blog aku.. Entry baru 12AM & 12PM)..



-zuan-
p.s : dari tengah malam semalam sebenarnya aku carik list blog yang aku nak senaraikan, ada cadangan? kalau nk cadangkn tinggalkan url blog di ruangan komen dibawah dan nyatakan kenapa blog itu harus dipilih (nak recommend diri sendiri pun boleh) :) 

Monday, 8 August 2011

> Rezeki Cuti

HOlla Peeps,


Sepanjang 3 bulan cuti ni 3 kejutan aku dapat dari nuffnang. (thanks to gsc-eonbankcard, citygolf, and xpax) Dan semua reward aku dapat diantara bulan 6 dan 7.. Alhamdulillah, thanks nuff (bila nak cashout duit aku pun tak tau~).. Semuanya bermula dengan Aku WOW!!! di Tengah Malam dimana aku telah bertarung bersama optimus menentang decepticon di Mid Valley untuk menyelamat dunia kat situ aku berjumpa blogger kreative heidishafiq (antara blogger awal yang aku kenal) dan dalam hall cinema aku ada ternampak blogger otai ujang tapi siapa la aku untuk dia nampak balik. ;p

Orang memberi, kita menerima, tak gitu?

kemudian aku pertama kalinya aku bermain golf di Blogger Sports Carnival 2011 with CityGolf dekat bangsar!!! HOYEAH lagi!!! kat situ pertama kali aku jumpa begitu ramai bloggers (sorang pun aku tak kenal), tapi kat situ aku berkenalan dengan deqnoor, seorang blogger yang sangat ramah. Owh ada lagi, beberapa minggu lepas, rock on with HOYEAH!!! MTV World Stage 2011 ROCK!! kat situ pun aku ada jumpa blogger cool zatywacky walaupun besesak-sesak dengan beribu-ribu manusia yang membanjiri icity..

Yang pastinya cuti aku kali ni tak de la wasted sangat (ye la tak kerja pun, blogging 24/7 je), hurm ble nak jumpa blogger otai lain lak ek? Aku nak korek ilmu-ilmu diorang..haha

Dan Alhamdulillah, rank aku di alexa naik lagi, thanks for the support,
dan dapat gak 1st review dari seorang blogger yang masyuk ROT

-zuan-
p.s : perut berbunyi, mana durian abah kopek tadi tah~ 

Friday, 8 July 2011

> DEMONSTRASI

INI BUKAN ENTRY BERUNSUR POLITIK
CUMA SHARE PENDAPAT



HOlla Peeps,

Beberapa hari lepas, aku ada terbaca notes dari the 4th, Dr. Mahathir bin Mohamad mengenai Demonstrasi yang akan dijalankan pada 9 July ini (esok la~)...

Beliau menceritakan mengenai pengalaman beliau semasa di mesir
berikut adalah antara petikan dari note beliau :


2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak. 
3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.

4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi. 
5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi. 
6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah. 
7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

dan beliau menambah :

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.
11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.
12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

ingat akan suatu peristiwa yang kita pernah lalui :

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

dan akhir sekali

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.
rindukan pemerintahan beliau

sumber :



-zuan-
p.s :  aku tak pandai dan tak minat politik (lebih lebih lagi kalau politik yang membabitkan balas dendam), tapi kalau ia membabitkan masa depan (aku, anak dan cucu), aku terpaksa la mengerakkan urat-urat aku untuk menaip sesuatu, mungkin dengan menaip sesuatu, mampu mengubah sesuatu.. Jom pecahkan tempurung kepala, jangan jadi lalang yang tau ikut angin je, orang kata salah, kita pun kata salah, buang sikap prejudge (membuat penilaian tanpa soal selidik terlebih dahulu atau cukup informasi) negara kita dah cukup aman, banyak negara nak jadikan kita ni negara contoh, jadi fikir la dengan betul sebelum memakai baju kuning.. 


peace (ini mungkin menamatkan kerjaya aku sebagai blogger, tapi aku ambil risiko ni demi masa depan, thanks)




Sunday, 3 July 2011

> Blogger Sports Carnival 2011 with CityGolf

HOlla Peeps,

Have ya all joinin this? Ok, yesterday is a full day for me, and i decided to get rest today~

It all stars with this post at 14th JUN

and i put a simple comment to enter it




and then...



i got an invitation from nuffnang!!!
this is my first time attending bloggers gathering


and that day...



i hit food first before start having fun~
 yummy dishes from the La Bodega 

thanks to this 2 dudes for following me :D

what ya smiling at DRE?

the man who teach me about blogging..
he's playing darts~

one of the bloggers that i said "HYE", and she teach me how to swing~

and i learn how to swing~
thanks to CityGolf with their latest specification Full Swing Golf simulators

but at the end of the day, i only got a picture~

thanks to NuffnangCityGolf in association with La Bodega for a cool bloggers community gathering!!! Till we meet again at next gathering!!!

-zuan-
p.s : i didnt snap much picture, because i only got a phone camera.. 
i really wanted to have a gathering with seremban bloggers :D
thanks to meaw

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...