Last month one of my buddies introduce aku buku ni tika aku mencari-cari buku best tuk spend Baucer Buku RM250 1 Malaysia aku.
![]() |
Biografi Syed Mokhtar Albukhary |
Sebelum ini aku kurang mengenali siapa Syed Mokhtar ni, then just buy this book to know. Finish reading this in just beberapa hari kerna curiosity aku membaca buku ini sangat menebal.. Ternyata sangat terhibur, penuh inspirasi dan puas kerna padat dengan cerita pahit getir perjalanan Syed Mokhtar menjadi salah seorang hartawan terkenal di Malaysia yang tidak mengenal erti putus asa dan sangat dermawan. Ia mengetengahkan hubungan Syed Mokhtar dengan bekas PM Malaysia Tun Dr Mahathir ketika pemerintahan beliau (The 4th) dan cabaran getir Syed Mokhtar selepas itu.
Buku ini tidak begitu menceritakan kisah peribadi Syed Mokhtar, ia lebih kepada siapa disebalik kejayaan beliau dan pahit getir yang dilalui sebelum berjaya. Beliau membukitan yang walaupun tanpa pendidikkan formal, kita boleh berjaya di dalam kehidupan kita.
Sebuah biografi keluaran pVm Communications Sdn Bhd ditulis oleh Premilla Mohanlall yang sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harga yang sangat berpatutan dengan hanya RM19.90 dan boleh dibeli di mana-mana MPH berdekatan, atau korang boleh beli laman web MPHOnline.
Apa tunggu lagi, moh pi MPH, aku dengar tengah sale sehingga 50% (terms n conditions apply) sekarang ni..
Till then, Adiós peeps ;)
-zuan-
p.s: harap korang suka design baru blog ini.. :)
click ads to show your support (",)