Showing posts with label Perdana Menteri Malaysia Ke 4. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri Malaysia Ke 4. Show all posts

Sunday, 20 November 2011

> Berpegang Pada Prinsip

HOlla Peeps,


Aku nak share something malam ni, ia adalah satu prinsip hidup yang dipegang oleh bekas Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad, satu prisip hidup yang bagus untuk dipegang jika kita ingin menjadi seorang pemimpin yang hebat seperti dia di masa hadapan insyaAllah.



"Prinsip saya, jika nak buat sesuatu, saya tidak akan beritahu pada sesiapa pun kecuali ia betul-betul memerlukan pandangan. Ini kerana jika kita sudah berjanji tetapi tiba-tiba kita tidak dapat tunaikan maka orang akan cakap kita mungkir janji. Jadi saya tidak buat janji. Jadi kalau apa yang saya nak buat terpaksa ditangguhkan ataupun bertukar fikiran tidak mahu buat, orang tidak akan boleh mengatakan kepada saya yang saya mungkir janji. Kerana itu keputusan bersara dari jawatan Perdana Menteri itu dulu saya tidak bercerita pada orang lain. Contoh, kalau saya kata tahun depan saya hendak berhenti tetapi tidak berhenti, nanti orang sudah tidak percaya pada saya lagi. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk beritahu kepada semua (di hadapan semua orang secara terbuka) sebab apabila saya sudah umum begitu, saya sudah tidak boleh undur lagi dah. Dan tiada siapa pun boleh halang keputusan saya." (source)

Sangat menarik prinsip yang dipegang beliau, mampu mengelakkan janji dari dimungkiri. Ye la bukankah kita selalu mugkir janji? Kita sebagai manusia sering kali terlupa atau tidak perasan yang kita telah membuat sesuatu janji kepada beberapa pihak yang mana sering kali gagal dilaksanakan oleh kita. 


-zuan-
p.s : cerek dekat rumah sewa aku rosak, so badan aku kurang air.. adoi bergantung kat air kosong di kedai makan je.. huhu 

Monday, 24 October 2011

> Melayu Mudah Lupa


HOlla Peeps,

Melayu Mudah Lupa (Malays forget easily) adalah puisi yang dibicarakan bekas PM Malaysia, Mahathir Mohammad ketika UMNO Perhimpuan Agung UMNO 2001. Ia juga tajuk ucapan yang diberikannya pada tahun itu, yang kemudiannya diterbitkan sebagai sebuah buku. Sama ada ia boleh dikelaskan sebagai sastera dan bukannya politik (atau polemik) diperdebatkan. (wiki)



Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai..







Pada pendapat aku, apa yang Tun ingin sampai disini adalah mengenai manusia yang sifatnya adalah pelupa, dan beliau lebih fokus kepada melayu yang slalu lupa akan kesusahan yang pernah dilalui suatu masa dahulu sebelum kita kecapi kesenangan pada hari ini. 


Apa pandangan bernas kalian?


-zuan-
p.s : happy monday everyone.. (",) 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...