Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

Sejak Dua Menjak Ini - Internship Life

HOlla Peeps,

Rich Dad's Cashflow Quadrant - Robert T. Kiyosaki

Sejak dua menjak ini,
Aku banyak habiskan masa aku dalam train, dalam bus, 
dan di stesen-stesen menuggu public transport,
untuk menuju ke destinasiku,
no sweat,
kerna peneman aku adalah buku,
i used to be someone who hates book,
but now, 
they are one of my best buddies..


Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: apakah lagu kegemaran korang yang sering kali ingin didengari bila bukak radio? 


click ads to show your support (",)

Monday, 4 February 2013

Uh-Pin-Yuh N - Tanya Pendapat

HOlla Peeps,


Sang kerdil pulang dari perantauan,
mendapat ilmu dari bertapa jauh di sana,
mengharapkan mulutnya, akalnya diterima semua,
jika dulu dia hanya senyap,
takut ditertawakan katannya, ideanya, mulutnya,

kalini dia sedikit berbeza,
mula yakin dengan apa yang dikeluarkan sendiri,
mula yakin menghadapa mereka,

tapi sang kerdil mula bingung, 
mengapa begitu banyak perkara yang diluahkan boleh diterima pakai
dia pada mula fikir masalah, hanya ada satu pendapat masuk akal,
tapi mula memahami yang satu masalah, ada pelbagai pendapat yang lebih masuk akal,
sang kerdi mula girang, melihat dunia yang begitu besar ilmu perlu diterokai..



Koleksi Lego Shell Ferrari


Some agrees dengan pendapat yang diluahkan kita, but some don't..
Walauapapun, jangan berhenti, atau segan untuk menyatakan pendapat kita..
Apa kata mulakan dengan, "in my humble opinion.."

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: selepas 3 hari tidur di bilik baru, ternyata aku sangat gembira.. hehehe


click ads to show your support (",)

Tuesday, 29 January 2013

Lots of People Are Sayin - Dunia Kerja

HOlla Peeps,
http://s3.amazonaws.com/rapgenius/going-to-work.png

Kerja...
Ada yang kata bosan..
Ada yang kata fun..
Ada yang kata terpaksa..
Kerna dunia menjadi keutamaan kita....?

Apa pun komen mereka mengenainya, aku tak peduli..
Kerna setiap jawapan, adalah hasil daripada beberapa cerita mereka sendiri..
Jadi, tak perlu aku mengerti apa ceritanya..

Kerna..
Aku inginkan kerja, ingin kumpul harta, ingin ke 'sana' suatu hari nanti..
Ingin ke tempat di mana mereka jumpa sesuatu yang agung...
Seringkali ucapan manis terdengar di bibir mereka yang baru pulang dari sana..

Seseorang pekerja apabila ia mentaati ALLAH dan majikannya, nescaya ia masuk ke dalam syurga lebih dahulu dari majikannya selama 70 tahun.” (HR at-Tabrani) (Sumber)

Kerja..
Aku ingin berkawan denganmu..
Supaya halal setiap suapku, hasil keberkatan setiap peluhku..
Supaya aku diberi minit-minit untuk menunaikan kewajipanku setiap hari pada waktu yang awal,
dan supaya aku senyum girang pulang ke rumah, dinantikan mereka yang tercinta..

Till then, Adiós peeps ;)

-zuan-
p.s: bulan 3 aku start internship di bake180 yang terletak di area solaris dutamas.. 
Its kinda costly place! But I will survive!!!


click ads to show your support (",)

Friday, 4 January 2013

Jangan Di Salah Erti - Puisi Budak Sengal

Salam Jumaat,


Si bongkak kembali dari bertapa,
kembali dengan wajah baru,
kelihatan berjambang.. dan sudah tak terurus,
Apakah muslihatnya kali ini? 
Persoalan negative dilontarkan mereka yang jumpanya,
Ternyata si bongkak dibenci dan dicaci masyarakat,
Si bongkak cuba berkawan,
Si bongkak cuba mengelak lawan,
Semakin rendah si bongkak tunduk,
Semakin banyak caci maki diterima si bongkak,
Si bongkak masih tidak mengalah,
Terus bersabar,
Masyarakat tidak menerima nasihat si bongkak,
apabila si bongkak cuba menyatukan masyarakat,
Masyarakat begitu ego,
Mereka mula menjadi seperti yang mana si bongkak pernah jadi,
Apakah sudah bertukar suasana?
Si bongkak mula mengalah, 
Dikala masyarakat mula rosak,
Mula runtuh akhlak,
Nama si bongkak mula bertukar,
Masyarakat menjadi si bongkak yang baru,
Dan.. Si bongkak yang lama mula membawa diri,
Niat baiknya dipersia, 
Ceritanya menjadi jenaka,
Ceritanya di salah erti, 
Dan si bongkak ke pulau, 
Duduk kesorangan,
Menanti masa dia diperlukan semula..


Firman Allah : “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."(Surah al-Hujurat, ayat 12) (sumber)


Sebuah cereka pendek mengenai seseorang yang pada awalnya banyak membuat kesilapan sehingga tidak diterima masyarakat. Kemudian dia sedar dengan kesilapannya, dan membawa diri ke suatu tempat sehingga dia jumpa sesuatu yang mengubah kehidupannya. Dia belajar pelbagai perkara. Dan apabila dia kembali ke tempat asalnya, segalanya berbeza dengan apa yang dia pernah jumpa sebelum ini. Ia mungkin tiada kaitan dengan dunia sebenar, dan mungkin juga berkait di mana kita sendiri tidak sedar akannya.. Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk semua..


Till then, As-salamu alaykum :)

-zuan-
p.s: Aku tak tau nak labelkan ini puisi atau cereka pendek? Apa pendapat kalian? 


click ads to show your support (",)

Saturday, 9 June 2012

> Short Break

HOlla Peeps,


Semakin kita kurang kelapangan akibat kesuntukkan masa,
semakin kita terpaksa berenggang dengan yang rapat dengan kita,
yang rapat harap tidak di jauhi,
kerna yang rapat masih dikasihi..


-zuan-
p.s : off dari dunia blog untuk beberapa hari kerna perlu fokus dengan beberapa buah projek :) 

Monday, 24 October 2011

> Melayu Mudah Lupa


HOlla Peeps,

Melayu Mudah Lupa (Malays forget easily) adalah puisi yang dibicarakan bekas PM Malaysia, Mahathir Mohammad ketika UMNO Perhimpuan Agung UMNO 2001. Ia juga tajuk ucapan yang diberikannya pada tahun itu, yang kemudiannya diterbitkan sebagai sebuah buku. Sama ada ia boleh dikelaskan sebagai sastera dan bukannya politik (atau polemik) diperdebatkan. (wiki)



Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai..







Pada pendapat aku, apa yang Tun ingin sampai disini adalah mengenai manusia yang sifatnya adalah pelupa, dan beliau lebih fokus kepada melayu yang slalu lupa akan kesusahan yang pernah dilalui suatu masa dahulu sebelum kita kecapi kesenangan pada hari ini. 


Apa pandangan bernas kalian?


-zuan-
p.s : happy monday everyone.. (",) 

Sunday, 2 October 2011

> Harapan?

HOlla Peeps,

Apabila kamu kalah di dalam satu pertemputan di dalam medan perang,
jangan biarkan kekalahan itu memakan diri kamu..
kerana sekali kalah tak bermakna kalah selamanya..
kalah lagi? Relax, ada banyak lagi perlawanan yang menanti anda..
Cabar dirimu untuk menang di pertempuran yang seterusnya dan kekalkan kemenangan..
Sentiasa ada harapan untuk menang..


-zuan-
p.s : entry pendek untuk malam ni.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...