Friday, 4 January 2013

Jangan Di Salah Erti - Puisi Budak Sengal

Salam Jumaat,


Si bongkak kembali dari bertapa,
kembali dengan wajah baru,
kelihatan berjambang.. dan sudah tak terurus,
Apakah muslihatnya kali ini? 
Persoalan negative dilontarkan mereka yang jumpanya,
Ternyata si bongkak dibenci dan dicaci masyarakat,
Si bongkak cuba berkawan,
Si bongkak cuba mengelak lawan,
Semakin rendah si bongkak tunduk,
Semakin banyak caci maki diterima si bongkak,
Si bongkak masih tidak mengalah,
Terus bersabar,
Masyarakat tidak menerima nasihat si bongkak,
apabila si bongkak cuba menyatukan masyarakat,
Masyarakat begitu ego,
Mereka mula menjadi seperti yang mana si bongkak pernah jadi,
Apakah sudah bertukar suasana?
Si bongkak mula mengalah, 
Dikala masyarakat mula rosak,
Mula runtuh akhlak,
Nama si bongkak mula bertukar,
Masyarakat menjadi si bongkak yang baru,
Dan.. Si bongkak yang lama mula membawa diri,
Niat baiknya dipersia, 
Ceritanya menjadi jenaka,
Ceritanya di salah erti, 
Dan si bongkak ke pulau, 
Duduk kesorangan,
Menanti masa dia diperlukan semula..


Firman Allah : “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."(Surah al-Hujurat, ayat 12) (sumber)


Sebuah cereka pendek mengenai seseorang yang pada awalnya banyak membuat kesilapan sehingga tidak diterima masyarakat. Kemudian dia sedar dengan kesilapannya, dan membawa diri ke suatu tempat sehingga dia jumpa sesuatu yang mengubah kehidupannya. Dia belajar pelbagai perkara. Dan apabila dia kembali ke tempat asalnya, segalanya berbeza dengan apa yang dia pernah jumpa sebelum ini. Ia mungkin tiada kaitan dengan dunia sebenar, dan mungkin juga berkait di mana kita sendiri tidak sedar akannya.. Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk semua..


Till then, As-salamu alaykum :)

-zuan-
p.s: Aku tak tau nak labelkan ini puisi atau cereka pendek? Apa pendapat kalian? 


click ads to show your support (",)

41 comments:

  1. ni puisi ni..
    wah zuan, kau buat sendiri ke?
    nice try!
    dah boleh update buku puisi dah pasni. hehehe

    ReplyDelete
  2. perghh serius puisi ni ada maksud mendalam terbaiklah..

    ReplyDelete
  3. tersirat betul ayat2 ni. :D

    ReplyDelete
  4. kedua2 boleh.. rasa macam lebih sesuai untuk puisi :)

    ReplyDelete
  5. puisi..

    normal r.. manusia kdg susah menerima pembaharuan. fikiran lebih kepada negative..

    ReplyDelete
  6. i love this :) i can relate. thanks zuan. and thank you the firman Allah snippet below. love it!

    ReplyDelete
  7. nice!
    Manusia bongkak. Bengkok dan bengong. Hahaha
    Lama tak lawat saiazuan

    ReplyDelete
  8. ayat canggih ni bro..hihi

    ReplyDelete
  9. Nice poem..sangat memberi kesedaran , thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  10. tepuk dada tanyalah selera :)

    ReplyDelete
  11. buat lirik lagu rock pun boleh ni

    ReplyDelete
  12. sentiasa husnuzhon(baik sangka) zuan.

    think positive :D

    ReplyDelete
  13. satu puisi yg sangat bagus..

    ReplyDelete
  14. great, yang indah dimata tak semestinya juga indah di dasar. :)

    ReplyDelete
  15. bagus pengajaran citer nih...

    ReplyDelete
  16. biasalah. sape-sape pun ada buat silap juga.

    ReplyDelete
  17. terbaik..memang kena dengan realiti kehidupan ni..

    ReplyDelete
  18. okay... jangan salah erti tentang kehidupan didepan mata anda... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite kene tahu gak apa makna dan hikmah disebalik setiap kejadian

      Delete
  19. hai hai...aku tgk ramai yg kata puisi.aku tak reti nak indicate dalam kategori apa.hihi..btw hasilnya bagus.

    ReplyDelete
  20. thanks for sharing ....
    berpuisi gitu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila zuan berpuisi . gitu la jadi nye :d

      Delete
  21. Replies
    1. perjalanan yang penuh dengan pengalaman,
      pengalaman yg mengajar kite erti kehidupan sebenar

      >_<

      Delete
  22. perghhh...tak kisah la camne permulaannya.yang penting pengakhirannya dia sedar.heheh

    ReplyDelete
  23. jom jalan jalan kat sabah bole la rasa naik kapal terbang..

    ReplyDelete
  24. memang nama dia si bongkok ke zuan? hahaha

    ReplyDelete
  25. buat sendiri ke saizuan sajak kat atas tu..sedap kot bace....nak paham maksud pon agak susah

    ReplyDelete
  26. kadek = cereka pendek

    zuan... rindu ! kbai hahaha. lama gila aku x komen sini.

    ReplyDelete
  27. puisi pn boleh cereka kontot pn boleh zuan.. hahah

    mentality masyarakat. sekali orang tu wat jahat terus label jahat walau dah taubat sekalipun. hmm.

    ReplyDelete
  28. puisi la kot? nice nice, keep it up huhu :)

    ReplyDelete
  29. puisi ae... menarik jg..

    p/s: yup..minat jpun jg.hehe..thnx coz sudi jguk blog aku..

    ReplyDelete
  30. menarik dan mendalam isinya

    rasa2 puisi okey kot zuan

    ReplyDelete
  31. belajar dr pengalaman :)

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...