Friday, 14 October 2011

> Apakah Benar Perang Dah Tamat?

HOlla Peeps,

The world now lives in fear, We are afraid of everything
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar perang dah tamat?

Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar


Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita ada akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

War must therefore be made illegal


-zuan-
p.s : perang mungkin dah tamat di negara kita, tapi perang media? perang politik?
minda kita dikawal media, maklumat kita dikawal kita, benarkah semua informasi yang kita dapat di media?
benarkah semua yang diceritakan di buku sejarah? 

39 comments:

  1. betul tu. perang media perang politik tetap ada.

    sebab tu saya tak suka subjek sejarah. sebab saya tau info tak benar. haha.

    ReplyDelete
  2. rasa macam dah kurang kes perang perang ni..ke aku yang tak tahu..

    aku setuju ngan ps kau.

    goodnight weh.

    ReplyDelete
  3. rasa macam dah kurang kes perang perang ni..ke aku yang tak tahu..

    aku setuju ngan ps kau.

    goodnight weh.

    ReplyDelete
  4. PS kau aku setuju sesangat... Media propaganda jer banyak skrg nie...

    ReplyDelete
  5. perang minda. haha. takkan berhenti.

    ReplyDelete
  6. perang ekonomi, dunia2...nite!

    ReplyDelete
  7. setuju sgt2.... btw info terbaru aku dlm dlm dua bulan lepas..ko tau x malaysia sebenarnyer hanya dijajah selama dua taun iaitu ketika jepon uh...manakala british memegang tampuk negara kita sbg negara naungan bukan jajahan...hmm aku pon tau dr member aku sbb pakar sejarawan negara kene diskusi semula sejauh mane kebenarannye... ternyata hidup ini kite dah terlalu byk didoktrinkn ngn benda yg xpasti... hmmm...

    ReplyDelete
  8. oerang laki bini...ta abes2...huhu

    ReplyDelete
  9. setuju 100% dengan pesanan tu...
    perang mmg takkan tamat selagi ade rasa tak puas hati..

    ReplyDelete
  10. politik dan media xdpt dipisahkan..sekali perang tercetuslah kontrovesi yg sukar dikawal :)

    ReplyDelete
  11. perang dunia dan politik akan kekal selamanya

    ReplyDelete
  12. perang mulut ahli2 parlimen. eh? -.-

    ReplyDelete
  13. wah.. nice words.. ni u buat sendiri ke apa ni?

    ReplyDelete
  14. jom perang blogs plak hehe

    ReplyDelete
  15. salam jumaat..perang psikologi dan perang untuk sosial

    ReplyDelete
  16. stuju dgn p.s :) enth bila lah Malaysia nak hbs dgn perang. lg2 politik dah bosan nak tgk.haih

    ReplyDelete
  17. Bagus entri ni saia .. ada kebenaran disitu ..hrmm

    ReplyDelete
  18. aku suka dengan lagu ni,,,hahah ;)

    ReplyDelete
  19. negara kt memang dha merdeka, tapi sebenarnya masih "di jajah" dari segi pemikiran & budaya..perang2 kecil2 masih ada, cuma tidaklah hingga mengunus senjata..adapun perang hari ini lebih kpd perang mulut dan pendpaat..

    ReplyDelete
  20. pemikiran kita masih dikawal.
    perjalanan politik dan media banyak mempengaruhi minda.

    buku sejarah bahan terbaik untuk generasi muda mendalami sejarah yang membawa kepada pelbagai peristiwa dan kesan pada apa yang kita miliki sekarang. :)

    ReplyDelete
  21. susa kot nk hentikan perang nih..perang mlut lg susa nk stop

    ReplyDelete
  22. terjadinya perang apabila tercetusnya ketidakserasian sesama kaum sendiri.

    i can imagine how afraid the old pepople hidup di zaman perang dahulu kala..tembakan sana sini, diacu senjata ke muka dan berbagai2 lagi.

    but now, hidup kembali normal tanpa perang dunia. tapi perang seperti zuan mentioned di p/s tetap terjadi di zaman moden ini :( sedih!

    malaysia dan indonesia pun sedang berperang rusuhan serta provokasi in front of bangunan kedutaan malaysia di indonesia. (takut arisha dibuatnya)..=,=

    ReplyDelete
  23. benarkah sejarah?


    tepuk dada tanya selera...jangankan sejarah harus di pertikaikan adakah benar kamu islam bila kamu melaungkan takbir?

    ReplyDelete
  24. perang politik yang tak kan pernah selesai.
    perang ekonomi yang tiada penghujungnya.
    perang dengan jiwa dan fikiran sendiri pon ye jugak.

    ReplyDelete
  25. perang ni subjective. perang ni perbalahan antara dua pihak...mana ada habsi perang. perang kerajaan dengan pembangkang tak habis2..issue video sex la...najib sembah salib la. itu kan strategy perang. haha

    ReplyDelete
  26. tertinggal satu perang..
    perang nafsu dalam diri kita ^^,

    ReplyDelete
  27. satu-satunya perkara yang takkan penah habis, perang. selagi adanya perang, selagi tu kita tak pernah merdeka. merdeka luaran tak sama dengan merdeka dalaman.

    secara fizikal, memang kita lihat perang da tak ada. lihat secara mental, kita masih berperang. perang minda perang yg paling besar.

    macam yang kamu dinyatakan di p/s tu betul belaka.

    ReplyDelete
  28. 'perang' itu xkan pernah tamat~(--")

    ReplyDelete
  29. lebih kejam poltik dibanding perang pakai fisik sob..

    ReplyDelete
  30. aku suka gila lagu ni.

    nowadays,kecoh pasal kebenaran sejarah bila ramai yg tampil meluah.
    buku sejarah siolah semula. apa yg ada sume dirombak. nampak sgt sblum ni kite sume kene tipu helah. gara gara nak sembunyikkan kebenaran yang nyata.

    ReplyDelete
  31. Masih banyak perang yang belum habis.

    ReplyDelete
  32. perang belum pernah tamat,malah sekarang ni saingan makin hebat...dengan media sekarang sebarkan propaganda dunia...

    ReplyDelete
  33. osama dan obama berjabat?? hmm..

    ReplyDelete
  34. lagu rupanya...hmm ada dua jenis perang, perang guna senjata, perang melalui minda..kedua2 perang tu masih wujud d dunia huhu

    ReplyDelete
  35. laa, aku igt tengah perang ke ape rupanya lagu.

    tapi mmg tgh ada perang skrg,cuma tak heboh2 sgt. exmple,mcm kat afganistan,palestin. moga2 perang cepat tamat.

    ReplyDelete
  36. sekarang perang air mata darah beb.... tak aman lagi..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    jamming show Volume 10

    ReplyDelete
  37. this time i agreed with ur opinion

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...