Friday, 7 October 2011

> Bercinta Selepas Kawin?

HOlla Peeps,

Kebanyakkan pasangan kini akan ada hubungan "couple" sebelum berkahwin.. Banyak yang aku nampak (dari kalangan kawan dan family aku sendiri) couple dalam jangkamasa yang panjang dan Alhamdulillah selamat diijab kabulkan.. Ada jugak yang bru in relationship, then kawin.. Tapi banyak yang putus di tengah jalan gara-gara orang ke3? Ops jangan selalu salahkan orang ke3, kadang-kadang disebabkan relationsip yang lama, perasaan sayang tu mungkin berkurang dan semakin banyak kelemahan pasangan terdedah sehingga "boring" menjalani relationship.. Hmm yeke?


Couple sebelum kawin 


Dengan couple ni, hampir semua kebaikkan dan keburukkan pasangan akan terdedah pasangan masing-masing.. Sepandai mana korang cover pun, akan bocor juga macam-macam perkara, macam-macam rahsia.. Couple ni secara bagusnya merapatkan hubungan kan? Dengan couple ni boleh memahami hati budi masing-masing.. Sapa kata couple ni tak bagus? Tapi setiap perkara ada kebaikkan dan keburukkan..

  • Kenapa bagus?
Jika niat kita adalah baik, iaitu untuk mengadakan ikatan sebelum kawin, its ok la bagus la kan..? Plus, jika kita masih menjaga adat dan batas pergaulan dalam agama, still dikonsider, couple itu bagus.. Percaya atau tidak yang jika kita pandai pilih pasangan, kita akan lebih save duit? Kenapa aku buat statement macam tu? Sebab pasangan yang bagus, tidak akan membiarkan pasangannya membazir duit untuk something yang tak perlu, dia akan mengingatkan pasangannya untuk tidak membazir.. Dan couple ni, boleh saling mengingatkan antara satu sama lain untuk beribadah, "u dah solat belum?".


  • Kenapa tak bagus?
Kalau berlawanan dengan yang atas, mesti la tak bagus kan? Dan couple ni, kalau iman tak kuat, mesti kata ikut nafsu punya.. Sebab apa? Sebab iman tak kuat, sebab ikut nafsu bukan akal, dan sebab ingin mencuba something new? Ehem.. (macam aku cerita kat entry lepas la) "apabila berdua-duaan mesti ada yang ketiga.." But orang ke3 tu boleh tewas kalau korang kuat.. Kuat apa? Kuat iman! Malu itu sebahagian dari iman kan? So sapa kata malu tu tak bagus? 




Tapi macam mana gua nak kawin kalau tak kenal si dia kan?
I mean, kan couple tu bagus before kawin


Lama gak aku fikir jawapan soalan ni, tapi satu jawapan yang aku rasa solid adalah, "tak tau ke korang yang coupe itu seperti satu lakonan di dalam sebuah drama?" Percaya atau tidak yang semua ber couple ni berlakon baik di depan pasangan diorang, lemah lembut, gentle, sweet, semuanya yang baik baik, tapi once get married, dah lain pula jadinya.. Boleh terima tak idea aku? OK sorry-sorry memang tak semua pun macam tu hehe, aku dapat idea ni dari lagu Senario, Sebelum Selepas. Hayati liriknya..

Sebelum kahwin dia
Janji nak hidup sama
Sudah berumahtangga
Hilang entah kemana
Kata ke pejabat
Rupanya dia ligat

Cari-cari calon
Hendak cukupkan empat
Hendak cukupkan empat
Dua dah dapat
Tiga dah dapat
Empat tak sempat

Sebelum bekeluarga
Jalan-jalan berpimpin tangan
Pegang bahu tak mahu lepas
Sesudah anak tiga
Dah mula rasa
Nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas
Suami sebatu di depan isteri di belakang


Hmm boleh terima alasan aku? TAPI betul, tak semua orang macam ni kan? (",)


Jadi konklusinya bercinta selepas kawin?


Percintaan selepas kawin sangat diredhai Allah S.W.T. sebab apa? Sebab ia menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita disamping mengelakkan fitnah dari banyak pihak (boleh juga kalau nak cakap dengki, jeles, dan sebagainya).. Jadi ia juga mengelakkan dari melakukan perbuatan terkutuk (dan saving duit kot, klu kuar dating, abis berapa ratus? hehe)


Macam mana nak cari pasangan yang bagus? 
Ye la kan, kata bercinta lepas kawin,
salah pilih kang, masak gua~


Aku sendiri belum ada calon aku, tapi dari bacaan dan pemahaman aku, calon yang bagus adalah calon yang mampu membahagiakan rumah tangga itu dengan memberikan ketenangan, kerahmatan dan keharmonian di dalam masjid yang dibina.. Calon yang paling sesuai adalah yang taat kepada agama dan berakhlak mulia. Berikut adalah sabda Rasulullah mengenai calon yang bagus untuk dipilih,

Sabda Rasulullah s.a.w : "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Sebagai konklusi..


Nampak indah bukan kalau bercinta selepas kawin? Bayangkan kisah Adamaya dan juga kisah Nora Elena terjadi dalam kehidupan korang (but it sound ridiculous kan? But walaupn ridiculous, tapi logik dan tak mustahil terjadi)



-zuan-
p.s : weekend ni aku on holiday, so sorry kalau tak bw ke blog korang.. 
btw ada special entry untuk korang disini, jangan lupa join..
i'll be back on sunday (",) 

71 comments:

  1. huhuh zuan,,,dah mula cerita about love-love ni,,boleh jadi geng kita,,teruskan wei,,hehe,,nice entry

    ReplyDelete
  2. Kahwin dulu sebelum cinta mmg best.. Tapi berapa ramai yang setuju.. haha...

    ReplyDelete
  3. TSK! Habis belajar nak kawin gini. LDR jd penghalang T_T

    ReplyDelete
  4. copuple halal ba'da nikah ;) .. nice one ..

    ReplyDelete
  5. kalau hidup kita macam drama adam maya dan nora elena memang nampak perfect kan??

    tapi itu cuma drama jer...heheeee...coulpe kemudian putus..couple lagi..putus lagi... jodoh di tangan Tuhan....hohohohooo..

    p/s couple yang sporting ialah couple yang boleh terima bau kentut kita...kahkahkahkah..lariikkkk!!

    ReplyDelete
  6. haha. bila baca ni tetiba teringat kat cerita ketika cinta bertasbih.

    ReplyDelete
  7. kapel pas study lagi baik.
    tapi kapel pas kawen lagi lagi lagi baik :)

    ReplyDelete
  8. aiyakk~ tak ramayy yg setuju couple lepas kawin la zuan :) sbb........ kire nyer kawin pon dgn cara terpaksa lhaa :)

    ReplyDelete
  9. o yea
    kalo bole,i pon nk bcinta lpas kawin. haha

    ReplyDelete
  10. zuan stuju..sma pndapat bcinta dlu baru kawen tp ade yg kate lg best kalo bcinta lpas kawen tp xsume nye indah la tiu pon kalo dpt mr/mrs right kalo dpt yg wrong..gamaknye lepas kawen cerai sbb xserasi huhuh..byk sbnrnye yg kene dititik beratkn dlm hal yg serius :)

    ReplyDelete
  11. bercinta lepas kahwin best :)

    ReplyDelete
  12. TERbercinta b4 kawen.. ;)

    ReplyDelete
  13. perkahwinan itu satu ibadah... bukan perjudian... lelaki yg baik utk perempuan yg baik & sebaliknya... setiap dari kita telah ditetapkan jodohnya.. :)

    ReplyDelete
  14. kte prefer b'cinta slps kawen sbb kalo dlm novel mcm best je gtu...~

    ReplyDelete
  15. dear zuan...

    kali ni, tak dapat nak setuju.

    biar silap couple, jgn silap nikah.

    ni personal opinion okay. harap maklum.

    ReplyDelete
  16. aku tak setuju sangat pasal cinta lepas kahwin.hmmmm..tak ape kan?.

    alhamdulillah, setakat ni, aku dan ehem ehem banyak save bajet..

    weh, dah ada calon nanti.
    gtaw la aku.!

    ReplyDelete
  17. kalau cinta lps kawen sgt nikmat sbb time tu ler leh pegg,cuit2,gdix2...tp satnya kite bertawakal je lahh yg psgn tuh tak mmpunyai perangai yg huduh

    ReplyDelete
  18. Eh! Pocket setuju ngan cik syara mohamad, biar silap berpacaran, jgn silap kawin. Daah nk kna jual umah yg kita bli sama tu, anak anak pung sengsara. Just because we realized too late

    ReplyDelete
  19. setuju! kadang couple sebelum kahwin ni banyak yang kita tak tau lagi sebenarnya. bila dah duduk sebumbung baru tau. mula la rasa tertipu.

    apa2 pun, berdoa padaNya supaya ditemukan dengan jodoh yang baik.

    ReplyDelete
  20. ok je nk kahwin dan bercinta selepas kahwin tapi zaman skang ni banyak laki kepala tak betul...kang rse nyesal plak kahwin tanpa kenal. :( how?

    ReplyDelete
  21. bestnye kalo bcnta lps kwen hehehe..
    lg best dpt lg encem dan bek mwahahaha

    ReplyDelete
  22. bercinta b4 kawin. agree & not. y?
    agree : if da bercinta b4 kawen, perasaan syg tu ad lg ke? mmpu ke bertahan sdgkan b4 kawen da luah syg, cinta.

    not agree : tkot tersalah pilihan. tu je. yg pntg, b4 takes any action, knl hati budi sebetulnya. jgn cr yg perfect je. sbb sometime perfect is not perfect.

    sng ckp, kalo kita tak nmpk 'bodoh' depan org yg kita syg, dgn spe lg kn. :)

    so, terima kelemahan & kekurangan dgn hati yg terbuka.sape tahu kelemahan kta adlh kelebhn psngn kita. kn da complete.

    ReplyDelete
  23. Solat istikharah. Kita memang takkan kenal pasangan itu walaupun kita couple ke. Macam ada kakak tu cakap pada saya, tanya pada pembuat manusia kerana Dia Lagi Tahu.

    Jimat duit dan berkat :)

    -wina1979-

    ReplyDelete
  24. cintakan pasangan tidak melebihi rasa kasih dan cintakan Allah :)

    ReplyDelete
  25. uits.. naik flight ye ke langkawi.
    nway, i've my own opinion about this. setiap keputusan ada risknya.

    cth ya, couple sblm berkahwin;can be good,can be sebaliknya..

    bercinta sesudah kahwin pun boleh jadi kekal boleh jadi putus juga..
    bagi kes bercinta sebelum atau selepas berkahwin..keduanya memerlukan peranan kedua-dua belah pihak untuk 'mempertahankan' kerana memulakan adalah lebih senang.

    dan yang paling penting, semuanya dijalinkan KERANA ALLAH.
    insya allah berkekalan..

    sekian, hehee terpanjang lak..oke yer tuan tanah?

    ReplyDelete
  26. hahaha.... mak aku nak cari calon kat aku...tapi aku xnak hehehehe

    ReplyDelete
  27. semuanya terletak kepada jodoh...kalau ada jodoh pasti jadi tidak kira bercinta lama atau sekejap atau pun sebelum dan sesudah kahwen...tiada jaminan!


    Semuanya kerana jodoh bukan kerana lain2!

    ReplyDelete
  28. my opinion is just like i told u from the earlier u asked me regarding this case.

    kesefahaman in a couple/marriage needed kerna takutnya di hari depan bakalan berlaku apa2 kesalafahaman.

    seelok2nya carilah pendamping yg sebaik2nya untuk mendamping kita dari semua segi yg mana juga bisa membawa kita ke arah kebaikan sentiasa. ;)

    entahlah zuan. i didn't feel those feelings before and after of my life. masih muda untuk memikirkan perkara sebegitu..

    hv fun in langkawi zuan!!!

    ReplyDelete
  29. cari la cinta ALLAH.

    insyaALLAH dpt cinta yg hakiki.

    ReplyDelete
  30. kapel before married..hemm
    depends jugak..
    semoga JODOH kita yg baik2 :)


    zuan pegi langkawi??
    nak ikot!!!! :(



    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  31. cinta bagai rak sebelum kawin..dah kawin jemu..lepas tu cerai, baik bercinta masa kawin kot..tapi nak kenal hati budi masing2 la hmmm

    ReplyDelete
  32. cinta selepas kahwin..insyaAllah sentiasa mekar kerna terselit keredhaan Allah s.w.t, n restu dari mak ayah..

    buktinya..ramai masih bertahan perkhawinan mereka biarpun gaduh2..

    ReplyDelete
  33. sumernyer tlah diatur oleh Nya,,, ^_^

    ReplyDelete
  34. soal jodoh ni tak kenal erti cinta pun..... zaman dulu bercinta selepas kawin aman bahagia sampai anak cucu... zaman sekarang bercinta sebelum kawin bercerai berai....

    tak leh nak kata apa lahh... dah takdir

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    skuter sanyang motor sym

    ReplyDelete
  35. Urm. Soal perasaan mmg susah utk diperkatakan. Ada org prefer couple lama sblm kahwin utk kenal hati budi. Ada orang kapel kjap bfore kawen pastu continue kapel pas kawen dan ada org cuma betul2 kapel lpas kawen

    Masing2 ada pro & con nya. Tpulang pd individu itu sndri utk mnentukannya sbb kalau diperdebatkan, masing2 nak menang =)

    eh ko bila nak kawen? Hahaha btw, hv fun in langkawi dude!

    ReplyDelete
  36. bercinte lepas kawen lebih terbaik!!~~

    ReplyDelete
  37. Anonymous8/10/11 10:55

    susahnyee

    ReplyDelete
  38. Anonymous8/10/11 11:17

    in love with this entri so much! :)

    ReplyDelete
  39. biar seagung mana cinta antara adam & hawa..ia tidak menghalalkan maksiat~

    ReplyDelete
  40. kapel sblm kawen ngan slps kawen semua ada pro & kontra...

    yg penting semua bergantung pd diri cara kita uruskannya :)

    ReplyDelete
  41. cite2 kaklimah, cinta lpas kawen..ehehe :P

    ReplyDelete
  42. konklusinye cpt tau kawen

    ReplyDelete
  43. Anonymous8/10/11 16:56

    pada suha, bercouple tu proses untuk kita lebih mengenali pasangan before kahwin.

    kalau nak diikutkan cara paling baik adalah bercinta selepas kahwin sebab boleh mengelak melakukan benda yang tak elok. dan selalunya calon bercinta selepas kahwin ni mesti dari mak ayah kita atau kenalan rapat yang kenalkan. macam tu lagi safe. sebab ada orang dah kenal si dia even kita tak kenal dia pun kan.

    hmmm, percaya jodoh yang baik untuk orang yang baik.

    kalau kita nak jodoh yang baik, kita sendiri kena betulkan dan jaga diri sendiri sebaiknya. insyaallah, allah akan kurniakan jodoh yang baik kepada kita.

    ini pendapat peribadi suha. ada macam macam pendapat boleh dibincangkan. yang penting restu keluarga diutamakan jugak. :)

    ReplyDelete
  44. menantikan saat bercinta selepas bernikah...

    selalu terbayang, aku akan malu-malu dengan suami aku sebab baru memulakan sesi perkenalan. berbanding orang yang memang sudah kenal lama.

    indah sangat sebab dia milik yang halal. bila merajuk dipujuk dengan apa cara pun tak ada masalah. indah islam meletakkan bercinta selepas berkahwin sebenarnya.

    tapi, soal hati tiada yang mampu meneka. kadang cinta datang tak terduga. kenalah pelihara. agar segalanya terjaga. :)

    ReplyDelete
  45. lebih baik bercinta slps kawen..sekurangnye nk pegang2 dah jadi halal da.hehe

    ReplyDelete
  46. Anonymous8/10/11 23:09

    chemay pon rasa elok ber-couple dulu before kahwin.
    at least takde lah kita menyesal sangat kalau ade satu perkara buruk terjadi pada diri kita nanti masa lepas kahwin.
    sebab kita dah tau latar blakang dah perangai pasangan kita tuh.
    :)

    ReplyDelete
  47. kata orang, couple selepas berkahwin memang best..

    ReplyDelete
  48. tapi zaman sekarang ni, couple sebelum ke selepas kawin,xmenjanjikan ape2,kadang jadi ok,kadang jd xok, sbb aku dah nampak bukti depan mata, diorg bercinta bile dah berkawen,tapi dek kerana kecetekan ilmu dan kurangnye pegangan agama,skrg ni dah dlm proses bercerai,sedangkan br 3 tahun kawen.
    aku ckp psl kurangnya pegangan agama tu,relate ngan mslh zaman skrg,pembelaan kepada wanita2 skrg membuatkan kurangnya ketaatan isteri kpd suami,smpkan diorg lupe,bile diorg byk bersabar ngan kerenah suami, letih diorg melayan suami,ganjaranye diakhirat banyak. diorg lupe sume tu... yg penting,hak diorg didunia dibela..
    wallahualam

    ReplyDelete
  49. pilihan berchenta selepas kahwin...tu lg baik,xdop nk wat dosa mcm2...

    ReplyDelete
  50. hi,

    sy setuju couple sebelum dan selepas kawen, BUT ade batasnya lah kalau sebelum kawen tu, yg penting diri, maruah bangsa and agama kena jaga
    ;)

    ReplyDelete
  51. bercinta selepas kawen. itu yg paling best rasanya. kapel akan membuat kita mudah bosan. tapi, kena kenal juga b4 kawen. kenal, kawan,kawen, semua tu ada beza kan.haha. ;)

    ReplyDelete
  52. yang bagusnya semesti la cinta lepas kahwin kan? ;p

    tapi nak cakap cinta b4 kahwin is totally tak elok pon tak boleh jugak.ada yg bpndpat,time tu la utk kenal betul2 psgn masing2. so depend pada pendirian individu sndiri.

    apapun,b4 kahwin ke,lps kahwin ke,keberkatan tu yg ptg. ;p

    ReplyDelete
  53. no komen....muahahaaha

    ReplyDelete
  54. no komen....muahahaaha

    ReplyDelete
  55. kalau boleh nak kawen tu biarlah pilihan sendiri.hihi

    ReplyDelete
  56. Anonymous9/10/11 22:12

    bamyaknye komen.


    #speechlessNotByLadyGaga

    ReplyDelete
  57. nak komen...tp xtau nak komen apa..huhuu..xpnh fkir psal bnda ni..mudaa lg.. :D

    ReplyDelete
  58. zuannnn!miss you....hmmm,teringin nak dapat cinta selepas kahwin #kbai

    ReplyDelete
  59. selalunya kalau couple lama2 ni pun belum tentu kawen lagi kan...

    bercinta lepas kawen ni lagi best rasanya kan..:D

    ReplyDelete
  60. memang lagi sweet couple selepas kahwin, sebab masa tue dah ada ikatan yang sah..tak perlu risau apa2 lagi..

    ~btw, sy doakn tuan punya blog nie, cepat2 bertemu jodoh & bertemu jodoh yang baik..=)

    ReplyDelete
  61. berkenalan sebelum kahwin dgn bercinta sebelum kahwin adalah dua perkara berbeza...

    berkenalan sebelum kahwin, bercinta selepas kahwin....ok kot??

    klu tak kenai langsung tetiba nak kahwin susah gak ....bdw moga tuan empunya blog cepat bertemu jodoh:0)

    ReplyDelete
  62. thumbs up!

    terbaik la bro

    ReplyDelete
  63. ehmmm nice entri... kapel b4 kawin... sgt setuju kapel b4 kawin ibarat lakonan dlm drama... sume nk tunjuk bek demi pasangn masing2... hehe

    ReplyDelete
  64. aku becinta 5 tahun baru kawin. alhamdulillah ok je. dah kawin pun rasa mac couple. best kan. enjoy sesame. becuti sesame.

    ReplyDelete
  65. huuuuu
    cinta
    kawin
    cinta
    kawin
    huuuuu
    x tawlah bile an..hehhee =]

    ReplyDelete
  66. ermm,,kenal2 kejap pun takpe kot sebelum kahwin,,bile dah kawin dah takleh nyesal2,,hidup kena teruskan,,perlu bnyk tolak ansur dan menerima seadanya,,,

    ReplyDelete
  67. كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ (البقرة: 216)

    "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu me-nyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

    bila tgk dunia skrg ni..byk pkara yg haram dh jadi halal..syaitan dh bjaya menyesatkan manusia..kan? kapel itu haram so, takde istilah kapel islamic or whatsoever. cth mcm khinzir,haram..ade pulak kalau kau sembelih ikut islam terus die jadi khinzir islamic n bole makan? takde kebaikan pun sbenarnye..sbb ape? kite yakin ke ALlah ampunkan dosa masa kite bermaksiat(maksiat ada byk jenis) gn pasgn yg mungkin dh jadi isteri skng ni..dosa yg kite kumpul mase berkapel tu mungkin akan berkekalan seumur hidup..kalau kawen hdup bahagia pun..effectnye? ofcourse pd anak2.. kalau akar rosak mcmane pokok nk berbuah elok? sbb tula skrg ni mcm2 jadi..sumbang mahram berleluasa,budk umur 6thun dah tahu seks..kite mungkin xsedar n xnmpak akibatnye..sebab dah dikaburi dgn janji syaitan.. "bukan buat apa pun..kami xpena bjumpa..cuma kol n msg je..msg pun baik2 je.." bila laki n pmpuan dah saling sayg..hati dah terpaut pd ajnabi yg belum sah..rindu n terbayang2 wajah..itulah zina hati..n lead utk zina2 yg sterusnya.. percaya la pada janji Allah..bercinta sleps kahwen la jalan yg islam anjurkan..:)

    wallahu'alam..

    ReplyDelete
  68. bercinta lepas kawen syOk jugak kOt...xperlu nk sembunyi2 lau nk buat ape pOn..xperlu nak risau2 kena tangkap bagai...xperlu ade buang ank,bunuh ank..lau kena tinggal pOn,bia janda aslkn xmalu drpd malu buang ank..huhu

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...