Saturday, 22 October 2011

> Jerawat oh Jerawat

HOlla Peeps,

#justgoogleit

Terima kasih untuk respon bernas anda pada entry lepas mengenai "Jangan Tengok Cermin Lama-Lama Sangat, Nanti Jerawat Naik". Itu lah gunanya label Fakta Auta yang aku selitkan di dalam blog ni, untuk membincangkan fakta yang biasanaya kita dengar, dan tanpa kita sedar, kadang-kadang apa yang kita dapat tau tu, auta je.. Aku suka bab Q&A ni sebab boleh dengar pendapat readers Saiazuan Blog (yang mostly dikalangan bloggers) mengenai isu yang dibangkitkan.. 


So jom baca beberapa komen menarik dari komentator blog ni mengenai Fakta Auta : "Jangan Tengok Cermin Lama-Lama Sangat, Nanti Jerawat Naik":


Komen menarik based on logic

komen menarik based on knowledge

komen sempoi dari bakal doc


dan komen lawak sempoi yang terpilih

untuk lebih komen boleh baca di sini 


Jom kita kupas mengenai Jerawat..


Apa itu jerawat sebenarnya?


Jerawat secara amnya merupakan suatu biasanya terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Sering muncul di bahagian kulit yang berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Golongan remaja akil baligh dan dewasa biasanya mengalami masalah jerawat   disebabkan oleh perubahan hormon badan normal. (sumber)


Apakah punca jerawat naik?

  • Faktor hormon testeron terutama bagi perempuan di dalam lingkungan umur subur (dalam belasan tahun dan awal 20 'an) adalah punca utama masalah jerawat.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Kulit sensitif dan salah penjagaan kulit.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
 (sumber1 / sumber2 )

p.s: totally auta yang "pandang cermin terlalu lama menyebabkan Jerawat naik" auta juga jika "mengutuk atau menegur mereka yang berjerawat di muka"


Tips mengelakkan pembentukkan Jerawat :

  • Lakukan pencucian muka sekurang-kurangnya 2 kali sekali menggunakan pencuci muka. (pastikan pencuci muka yang digunakan tidak terlalu mengeringkan dan boleh mnghidratkan kulit)
  • Jangan picit jerawat yang naik di muka, kerana ia akan memburukkan lagi keadaan kulit sekiranya berlaku jangkitan.
  • Kurangkan dari terkena pancaran sinaran matahari.
  • Jangan terlalu kerap menukar produk pembersih kulit kerana ia menyebabkan alahan dan keradangan pada kulit.
  • Banyak makan makanan / minuman yang kaya dengan vitamin A (tomato, pisang, nenas, telur dan susu (sumber)).
  • Banyak minum air suam (7-8 gelas sehari) kerana air membantu mengeluarkan zat-zat yang kurang berguna di dalam tubuh.  


Harap segala persoalan terjawab dan tips-tips yang diberikan berguna untuk korang semua. Ada Fakta/Auta yang ingin dikupas?


-zuan-
p.s : enjoy your holidays (",).. 

59 comments:

  1. minum air suam bnyk2... dan bnyk mkn buah2...

    aku tak reti cri pncuci muka... kbnykn yg aku pkai, smua jd kulit kering.. lnsung tak best T_T

    so, aku pkai cra tradisional, mula2 basuh muka, phtu sapu tomato yg dah di hiris kat muka,, 5 minit 10 minit, basuh.. lepas tu letak bedak sejuk,, sejuk~

    ahaa..

    ReplyDelete
  2. bro,,,muka kau mesti suci kan,,hot gitu,,hahaha

    ReplyDelete
  3. babpicit jerawattu yg best..tak boleh tgok klu ada,geram sgt sebab muka i jarang ada jerawat.haha..

    ReplyDelete
  4. Pocket xpernah basuh muka. Bila dah berasa berkerak dah la baru nak cuci. Jerawat? Memang naik kekadang.

    Terasa nak self improvement lah pas ni, cari pembersih muka ke. Kot ensem sikit.

    ReplyDelete
  5. aku 1st time jerawat time darjah tiga... im a guyz at 9years old have acne.. hehe.. tp xtually kene sbb ade resdung aka sinusitis... setelah 10 taun br kian hilang..wahh supe wat iklan pembersih muka lah pulak...hehe

    ReplyDelete
  6. nice tips..tersangat down bila ditumbuhi jerawat walau sebiji.oh betul ke sebiji..hehe;)

    ReplyDelete
  7. mnum air suam tu pasti! perlu senantiasa cuci muka after keluar rumah. paling pentinmg bile nak tdo! tak kire laki ke ppuan ker.. :)

    ReplyDelete
  8. oh, aku pun ada kat atas...

    femes ar aku pasni

    hahaha

    :D

    ReplyDelete
  9. Aww.Aku tengah baca sambil mengutis jerawat.Bila sampai bab jgn picit jerawat tu automatically tangan aku lepas.Oh aku lupa aku baca otak main peranan so bila otak menerima arahan seluruh anggota badan akan dpt arahan drpd otak jadi tgn aku automatically berhenti adri picit jerawat.ok sorry lari dari tajuk sikit.hehe.

    Actually nak cakap terasa and kena btg hidung sendiri.Confirm la muka kau mmg suci dan murnikan. :)

    ReplyDelete
  10. tak habis2 lagi ke pasal mende alah ni.. baik kau tulis petua hilangkan parut untuk aku..hahaha.

    ReplyDelete
  11. sokong umie! haha. jerawat mcm mana pun msti nak naik tanpa di undang, lepastu tinggal parut. tulis petua hilangkan parut lagi bagus :P

    ReplyDelete
  12. aku nak komen macam pocket.
    hehe.

    dulu, masa form 1 and 2.muka aku penuh jerawat.

    sekarang.
    Alhamdulillah.
    licin.
    heheheh

    ReplyDelete
  13. aiyookk!! jerawat menakutkan dan diorg ske datang bila nk g holiday T_T

    ReplyDelete
  14. jerawat itu pemanis mukaaaa

    ReplyDelete
  15. muka halun licin dan gebu.nak tau rahsianya???




    kerapla senyum utk awet muda.bukan jerawat je takut naik bintik2 itam pun takot.haha

    sebenrya kalo tips yg selalu diamalkan tu sama la mcm blog ni kata basuh muka dgn pencuci yg sesuai dgn muka & byk mnum air suam!bukan air manis2..

    ReplyDelete
  16. Wah....fakta lengkap tentang jerawat....
    Orang berjerawat biasanya mempunyai jenis kulit berminyak....

    Mummy tidak berjerawat.....kulit yang tidak berminyak le tu.....

    ReplyDelete
  17. kdg2 dah sampai fed up dah dgn jerawat ni. haha~

    ReplyDelete
  18. hueh898989 jerawat aku terasa pasal jerawat jerawat ni.. jerawat aku berperasaan tau x. jap lagi tumbuh lagi 1 siap kaw! ngahahah
    ganeh ganeh

    ReplyDelete
  19. jerawat dan diriku tak dapat di pisahkan. =_=

    ReplyDelete
  20. huk3...jerawat!!!
    sebulan ni je dah 3biji kuar,,selalu setahun skali pon pyh..arghh,nape ni

    ReplyDelete
  21. jerawat ialah PATI yang tak pernah di undang. Tapi tetap datang bertandang.

    ReplyDelete
  22. muka aku xpnah ada jerawat












    ok sangat tipu..haha

    ReplyDelete
  23. selaku budak budak, alhamdulillah ceq x ditumbuhi jerawat. haha

    ReplyDelete
  24. nelly paling senang dapat jerawat ! sakit hati! tension kot !

    ReplyDelete
  25. Bila ada jerawat dekat muka ia menyebabkan aku nampak matures sikit.Tak adalah muka mcm baby face sgt.haha

    ReplyDelete
  26. yeay...aku mmg suka minum air suam...

    dan bila study je mesti stress...

    bila stress mulalah jerawat naik...

    ReplyDelete
  27. ayat cliche berkaitan jerawat..
    'makan kacang nt keluar jerawat'
    hehee..

    ReplyDelete
  28. best jugak kaji tentang jerawat ni..ada mitos berkata ..orang yang jatuh cinta ni berjerawat hahaa

    ReplyDelete
  29. I bookmark this link nak kasi kwn kwn baca :-) sebab ada lagi yg anggap tgk cermin jerawat naik as fakta. Tapi pandangan poket tu bernas jugak tang sentuh muka tgn kotor.

    ReplyDelete
  30. tp kn, ada org kata jerawat ni manis..? Wuhuu, yeke? n ada org jgk yg kata klu muka x de jerawat ni x matang?? ... >_< ngeh2

    ReplyDelete
  31. p tadah muke nan wap panas..kompem xnek jerawat..hihihi

    ReplyDelete
  32. resdunggg oohhhh ressuunngg\
    aiiihh
    punca jerawat gak
    haiiihh....
    huuuuu

    ReplyDelete
  33. i always call it jururawat. HAHA! lbih sdp bnyinya.

    lega. dtg just bila time tertentu je.

    ReplyDelete
  34. hey saya benci gila tgk cermin. nnti nk picit jerawat n yg tmpt takde jerawat pun su sentuh2. terus naik jerawat sbb tangan kan banyak bacteria.:)

    ReplyDelete
  35. just jangan tido lambat.bangun pagi n before tdo wajib cuci muka . :)

    ReplyDelete
  36. muka ada jerawat baru nampak jantan ...huhu

    ReplyDelete
  37. jerawat oh jerawat...hee..
    kena selalu cuci muka la..tapi aq jarang2 juga cuci muka...hee~

    ReplyDelete
  38. Saya jerawat naik time tension jer.. Time meningkat remaja dulu ade la naik sket2 but now ok sudah.. jangan tension2..he3

    ReplyDelete
  39. it's not exactly punca kot. it just sebab dan akibat yang harus ditanggung.

    ok said, if u face to mirror, pasti tangan nak menggatal pegang kulit, main2 lah kulit dengan kuku kononnya nak picit jerawat kecil. then kuku tu pun boleh bawak virus2 perosak kepada kulit..

    contoh juga makan seafood, akibatnya bagi yg alahan pastinya naik jerawat, gatal2..

    contoh kalau kita tegur friends, sisters yg baru tumbuh jerawat, then dua hari kemudia u pun naik sama. itu kebetulan semata2 kot-,- lol:) i dont know lah, yg penting jaga hygiene jaga diri!

    ReplyDelete
  40. better jerawat tumbuh dipicit bia kua nanah dan darah kotor then cuci dgn pencuci muka..untuk elak kuman merebak...nati ta pasal2 bertambah2 jerawat...then pakaila ubat jerawak yg berlambak2 di pasaran...tp yg berkesan garniea la...keh3....

    ReplyDelete
  41. apa yang saya tahu tenteng jerawat.. ia sgt sakit..

    ReplyDelete
  42. nasi baik sy tak ada masalah sangat tentang jerawat..kalau ada pun setakat 2..3..biji jew..naik jap....;d

    ReplyDelete
  43. kite jerawat nek masa pe'ot je..~
    n kalo kite pakai temulawak kompem ilang..=p

    ReplyDelete
  44. wa salu pesan kat org "jgn picit jerawat,xelok.nanti cacat muka."

    tp bila jd kat wa,wa picit juga.haha
    ah,tau tak ST IVES apricot?
    dia ada utk jerawat punya.sumpah mujarab.bila tgk jerawat naik je,wa terus sapu tu.
    fuhhh..kempis terus bro.!haha

    ReplyDelete
  45. info yg sgt bagus.. hahaha thanks tips jerawat tu.. blh bgi tahu kawan aku yg bnyak jerawat :D

    ReplyDelete
  46. nice entry
    thanks 4 sharing(sambil jari dok mengutil jerawat ket muka) :)

    ReplyDelete
  47. memang kalau ada jerawat.mesti rasa gian nak picit..tak tau kenapa..hek3 dah penyakit semula jadi kot camtu =D

    ReplyDelete
  48. jerawat itu sakit.jerawat itu tak cantik.tak suek jerawat.mostly jerawat aku jerawat tension. macam mana nak cure wahai en. fakta auta?

    ReplyDelete
  49. aku pon banyak jerawat. sobs

    ReplyDelete
  50. sy dulu jrawat kurg, skg heh...tmbh2 dgn minyak skali..

    ReplyDelete
  51. ct sush nk naik jerawat..bila da naik tu, cm kena sawan...huhu

    ReplyDelete
  52. mmg best komen2 mereka.. :)

    ReplyDelete
  53. bila dah kawen..jerawat akan berkurangan hehe

    ReplyDelete
  54. bab cuci muka tu, teringin jugak tau lelaki rajin ke pakai pencuci muka?

    ReplyDelete
  55. ohh.

    and perasan jugak jerawat akan naik bila stress datang. tapi biasa biarkan je. kalau dipicit lagi teruk kan.

    ReplyDelete
  56. alhamdulillah. dian punye muke takde masalah jerawat so far. sbb rajin basuh muke. hik :)

    ReplyDelete
  57. Anonymous6/11/11 10:49

    Masaalah jerawat ni memang masaalah remaja di seluruh dunia. Kalau dah guna macam-macam ubat dan sabun tapi masih tak menjadi, tension oii.

    Muka kita ni bukan bahan eksperimen untuk macam-macam produk, dan yang lagi tension lagi bila dah cuba produk tu muka kita bukan bertambah elok, tapi makin bertambah menggerutu ….aduuh.

    Yang penting banyaklah bersabar dan percayalah bahawa setiap penyakit tu pasti ada ubatnya. Nak jadi cerita, ada seorang Doktor yang dah dah 20 tahun dah jadi Doktor tapi sejak 6 tahun kebelakangan ini dah mengkhusus dalam bidang jerawat dan pigmentasi. Siap buka klinik Jerawat sendiri tu. Kata Doktor ni, dia memang nak menolong para jerawat,eh…para remaja mengatasi masaalah jerawat takat gaban ni terutamanya nak menghilangkan perasaan rendah diri dalam mencari pasangan.

    Agak-agak dah tak yakin dengan produk jerawat kat pasaran, jumpa ajelah face to face dengan Doktor ni. Sampai bila kita nak jadikan muka kita ni jadi bahan eksperimen…minta simpang la, muka nak pakai lama ooi. Cerita banyak pun tak guna, klik ajelah kat website Doktor ni dan jumpa le Doktor ni face to face kat klink JJ dia…bukan Jaya Jusco le…..Klinik Jerawat & Jeragat. …yang penting kita ikhtiar,insyaalah…

    http://amisya2.jomniaga.com/go/kamarul68

    ReplyDelete
  58. Satu fakta lagi iaitu..resdung juga boleh menyebabkan jerawat..even bukan semua org yg menghadapi situasi ni tp,penyakit resdung antara penyumbang kepada kewujudan jerawat kat muka..heee..=)

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...