Showing posts with label demon. Show all posts
Showing posts with label demon. Show all posts

Friday, 24 February 2012

> Topi Terbang

HOlla Peeps,

Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” Surah Adz –Dzariyat Ayat 56


Lepas entry cerita ketika di asrama, ada yang request aku buat entry cerita hantu.. Hehe, aku tak ada pengalaman berkawan or terserempak dengan makhluk halus ni, tapi ada la satu story yang aku experience dalam mimpi, boleh?

Korang pernah mimpi kena himpap/ditindih? Rasa sesak nafas akibat dihimpap/ditindih sesuatu yang sangat berat. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakitnya rasa dihimpap/ditindih dengan tekanan yang sangat kuat sehingga menyukarkan pernafasan. Dikatakan ia adalah tindihan suatu makhluk Allah, Wallahu a'lam!

Ceritanya macam ni~

#justgoogleit
Bermula dengan mimpi dimana aku berdiri seorang diri di hadapan satu istana lama, aku tak dapat gambarkan dengan perkataan di mana tempat itu, tapi yang pasti ia sakan-akan kota A'Famosa Melaka. Aku pandang kiri dan kanan, aku nampak sebuah pokok tua yang tidak berdaun di sebelah kiri aku.. Ya, aku berdiri seorang diri sahaja.. Tiba-tiba aku nampak begitu banyak topi beterbangan keluar dari istana itu. Ia adalah topi ber-style-kan Top Hat, semakin banyak topi itu beterbangan keluar dari istana itu. Mula-mula ia berkeliaran dan ia mula menuju ke arah aku. Aku hanya berdiri kaku di situ,  hanya mampu melihat topi itu beterbangan, tak dapat di definisikan perasaan aku ketika itu.. 
Dan topi itu mula menghimpap aku satu persatu! Ketika itu aku mula merasakan tekanan yang sungguh kuat di atas badan aku, aku tak boleh bergerak, ketika itu aku mula teringat kisah orang dihimpap ketika tidur. Memang benar yang mata tak boleh bukak ketika itu, cuba leh menjeri, ia tak mungkin boleh dilakukan. 
Malangnya aku tak tau apa bacaan yang aku harus bacakan. Aku hanya ingatkan Allah ketika tu! Jika ini saat terakhir ku, biarlah aku dengan menyebut, Allah u Akbar! Allah u Akbar! Allah u Akbar! berkali-kali aku menyebutkannya, dan tak lama kemudian, beban itu mula kurang dan mata aku mula terbuka dengan sendirinya..

Begitulah pengalaman aku ditindih.. Macam mana pula korang? Pernah mengalami sedemikian?

Aku tertanya-tanya dan tak berpuas hati, lalu google untuk mendapatkan kepastian (ini la sebab aku suka online, hampir semua yang kita nak cari dihujung jari. Jadi persoalan yang mengatakan aku hanya habiskan masa aku dengan blogging telah terjawab).

Menurut bacaan aku ia adalah, Sleep Paralysis!


#gambaran pelukis mengenai sleep paralysis demon

Sleep Paralysis ni jadi time tidur di mana orang yang tidur tu rasa macam kena cekik, dada rasa sesak, dan seluruh badan rasa susah nak bergerak. Nak jerit pun tak boleh. (nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini)


Adakah betul ia adalah Sleep Paralysis? Bagaimana pula dengan mimpi dihimpap topi itu?


Well, lets get back to Islamic, Nabi SAW bersabda bahawa:
Mimpi ada tiga jenis: "Antaranya permainan syaitan untuk menyebabkan anak Adam menjadi sedih." (sumber : Hakikat Mimpi Menurut Islam)

Wallahu a'lam ~ Semuanya kuasa Tuhan..  Apa pula pendapat korang mengenai hal ini? 


-zuan-
p.s : minggu lepas, kutbah jumaat menceritakan tentang kelakuan zina yang semakin menjadi-jadi pada hari ini. Manusia seperti tidak lagi tahu malu dan tidak lagi segan melakukannya..apa pula topik untuk minggu ini? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...