Showing posts with label tanda khiamat. Show all posts
Showing posts with label tanda khiamat. Show all posts

Friday, 16 March 2012

> Cantik Dipandang, Tetapi..

Salam Jumaat,

Tour Guide : Welcome to Dubai, here we got the tallest building in the world, we can proudly say that you can beat its high by combining both of twin towers from your country..
Tourist from Malaysia : Wow! But we have twins who stand tall same heigh, i think its good enough..

Sure ramai dikalangan korang dah tengok MI4 kan? Ada scene dimana Tom Cruise terhantuk ketika cuba melompat masuk ke dalam menara dari luar. Ia adalah menara Burj Khalifa, Dubai! Menara ini bergelar menara tertinggi di dunia sejak 2010 dengan menewaskan Taipei 101, dan mempunyai ketinggian  829.84 meter. Pasti semua orang berbangga dan kagum dengan ketinggian dan kemewahan negara Arab.




Cantik bukan? But, think again! Tapi sedar atau tidak, ia adalah antara tanda-tanda khiamat,

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

Astagfirullah.. Semakin banyak tanda khiamat, jika minggu lepas aku tunjukkan yang umat-umat akhir zaman akan menjadi umat yang terlalu mengejar kemewahan, dan hidup sombong, ini lah antara puncanya..


-zuan-
p.s : dah lebih 3 minggu aku tak review tech thursday kan? adehh takde benda best nak share buat masa ni.. btw sori kalau tak terbalas komen komen korang, busy with finding journals recently..  

Friday, 9 March 2012

> Dato' Papa

Salam Jumaat,

Islam itu agama yang indah, tapi ia jadi kurang enak dipandang apabila ada dikalangan umatnya membuat perangai yang tidak enak dipandang orang lain..


Mama : Papa! Tengok muka boboi tu, merah kena lempang dengan cikgu disiplin sekolah dia.
Papa : Apa? Berani dia tampar anak kita? Nak kena ni! Dia tak tau ke aku ni sapa? Aku ni orang paling kaya dan paling berpengaruh di area Lembah Dingin Sejuk ni! Berani dia!
Mama : Go Papa go! Go ajar itu cikgu!
Papa : Boboy jangan risau, biar papa ajar itu cikgu apa itu disiplin!

*di Sekolah..

Dato' Papa : Cikgu! Kenapa lempang muka anak saya?
Cikgu Disiplin : Kerna dia tak hormat dengan cikgu lain, dia juga selalu ponteng dan malas buat kerja rumah!
Dato' Papa : Saya salurkan dana ke sekolah ini bukan untuk cikgu lempang anak saya! Bukan untuk cikgu judge anak saya ni salah ke tak. Mana cikgu tau dia tak hormat cikgu lain? Mana cikgu tau dia ponteng dan tak buat kerja rumah? Anak saya ni kat rumah sangat hormat dan sayang saya dan isteri saya, apa kitorang suruh buat dia tak bantah! Saya tak percaya apa cikgu buat ni!
Guru Besar : Cikgu Disiplin! Apa cikgu dah buat ni? Saya nak cikgu mintak maaf kat Dato' sekarang juga atau cikgu akan dipecat!
Cikgu Disiplin : Tapi cikgu...
Guru Besar : Takde tapi-tapi, minta maaf sekarang atau kamu akan dipecat!




Seringkali perkara di atas terjadi. Orang yang berkuasa dan berharta sering dipandang baik dan di pandang tinggi. Segala bentuk keadilan diutamakan kepada mereka. Ramai antara kita terlena, dan terleka dalam mengejar kemewahan dan akibatnya kita lupa satu tanda khiamat seperti yang pernah diriwayatkan ;  

Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.



Ia terjadi akibat manusia terlalu mengejar kesenangan dan kemewahan di dunia sehingga terabai ibadah, dan kewajipan lain yang perlu dilakukan. Disebabkan itu, tersebarlah penyakit akhir zaman yang menjadikan kita THE LIVING ZOMBIE!

Amar makruf nahi mungkar...


-zuan-
p.s : khamis, hari yang memenatkan, kelas dari pagi hingga malam, tapi aku brjaya siapkan entry ni..opsss ni entry ke 500 blog ni!!! alhamdulillah dah 2 tahun lebih aku bergelar blogger! Teruskan support blog ni thanks (",) 

Friday, 19 August 2011

Masjid Yang Diperbuat dari kaca dan keluli : Masjid Kristal

HOlla Peeps,



Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Tempoh pembinaan kira-kira 2 tahun, 2006-2008 dan ia dibuka secara rasmi pada 2 Feb 2008, berkeluasan 2,146.12 m² dan boleh menampung kapasiti jemaah 700.. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia kerana mempunyai perkhidmatan wi-fi didalamnya bagi membolehkan pengguna mengaccess internet dan menggunakan al-Quran elektronik. (wiki)

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.


-zuan-
p.s : tak pernah pergi pun lagi.. korang dah? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...