Showing posts with label koleksi doa. Show all posts
Showing posts with label koleksi doa. Show all posts

Thursday, 7 June 2012

> Selamat Hari Lahir Umi

HOlla Peeps,



-zuan-
p.s : selamat hari lahir Umi, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, sentiasa gembira sepanjang masa tanpa rasa sedih, dan dikurniakan rahmat daripada-NYA.. Amin <3 

Friday, 20 April 2012

> Homecoming | Makluman GA

Salam Jumaat,

Alhamdulillah, minggu penuh suka duka untuk aku sekali lagi hampir melabuhkan tirai.. Well, it is Student's Life..



Orange orange (alright) insyaAllah malam ni aku akan berangkat pulang ke kampung halaman untuk mid sem break for a week bersama classmate aku.. Doakan selamat perjalanan balik kami :)




Doa Naik Kenderaan :
"Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami sedangkan kami sebelum ini tidak berdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali"

Amin..

Sumber Doa : DOA-DOA PILIHAN


*Makluman kepadam top komentator yang aku mentioned akan dapat GA, insyaAllah nextweek proses penghantaran akan dilakukan.. Err makluman kepada #5 Mr.Clive#6 Adylia Qarissa dan #8 KiD. Korang bila nak PM aku address korang la? :P


-zuan-
p.s : happy weekend peeps! ada plan roger la ye (",)

Friday, 17 February 2012

> Berhati-hati Dengan Kata-kata : Gurauan Boleh Menyebabkan Fitnah (Jawapan Ustaz Azhar Idrus)

HOlla Peeps,

Pada jumaat lepas ketika aku mendengar kutbah solat jumaat yang menyuruh kita supaya sentiasa ingat mati, aku terfikir sesuatu perkara (tak kusyuk betul aku ketika itu kerana terfikir akan isu ni) yang aku rasa aku boleh tanya pada seorang ustaz untuk dapatkan jawapan.




Pada yang bukan beragama Islam, yang mungkin kurang familiar atau paham dengan fitnah ini, merujuk pada wikipedia (fitnah), Fitnah merupakan komunikasi kepada satu orang atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas suatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain berdasarkan atas fakta palsu yang dapat memengaruhi penghormatan, wibawa, atau reputasi seseorang. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cobaan" atau "ujian".

Fitnah ni yang membawa maksud Syirik
.
Firman Allah :
"Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh."(Ayat 191: Surah Al-Baqarah)
"Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik."(Ayat 193 : Surah Al-Baqarah)
"dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh."(Ayat 217 : Surah Al-Baqarah)


Setiap perkara, mesti ada cara nak atasi/elak bukan? Jadi macam mana nak elak dari fitnah?

Drpd Abi Darda' Radiyallahu 'Anhu Berkata Nabi saw;"  Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dr surah Al-Kahfi dipelihara dan di selamatkanya dari Fitnah Dajjal '. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

#JumpaDiBlogOperaHidup
Jika amalkan membaca pada siang atau malam hari jumaat, insyaAllah akan terpelihara dari fitnah.

Banyak terima-kasih kepada Ustaz Azhar Idrus (jika ada keraguan mengenai apa-apa perkara, tanya la ustaz di FB beliau, insyaAllah ustaz boleh bantu) sesuatu hal yang tersoal dalam kepala aku terjawab. Jadi fikir-fikirlah sebelum bergurau, kerana satu gurauan pun boleh menyebabkan fitnah. Kita mungkin hanya berniat untuk bergurau sehingga tak sedar yang ia membawa kepada fitnah kepada seseorang. Begitu mudahnya fitnah boleh dilakukan..


-zuan-
p.s : Salam Jumaat semua.. 

Saturday, 26 November 2011

> Jom Berhijrah!

HOlla Peeps,


Terbaca entry daripada "CTK : Bersedia berdepan 1 Muharram 1433H ?" dan "Onie : Awal muharam(Maal Hijrah)" membuatkan aku tertarik untuk membuat entry mengenai Awal Muharram ataupun Maal Hijrah yang akan kita sambut pada esok hari (27/11/11 bersamaan 1 Muharram 1433 Hijrah) insyaAllah. 


Salam Maal Hijrah Kepada Semua


Bagi yang non-muslim dan untuk mengingati yang lain, sambutan Maal Hijrah ini adalah untuk menandakan peristiwa penting dalam dalam Sejarah Islam, iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah. (sumber) Ia juga merupakan hari keagamaan dimana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid. 


Berikut adalah Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun : 

# Doa Akhir Tahun : Dibaca Selepas Solat Asar

# Doa Awal Tahun : Dibaca Selepas Solat Maghrib

Kalau New Year orang tanya "Apa azam kau tahun ni?", Maal Hijrah pula? Apa pengorbanan anda tahun ini dan apa yang anda sanggup berkorban untuk tahun hadapan? 

Pada wanita-wanita di luar sana, harap anda berhijrah dari segi penampilan dan pemakaian, cukup-cukup lah menyiksa mata si lelaki yang begitu lemah iman mereka dengan memakai pakaian yang ketatnyeee~ (Rujuk entry pagi tadi)

Selamat Beramal..


-zuan-
p.s : insyaAllah esok ada ceramah agama di UiTM arau mengenai Maal Hijrah, tak pasti boleh di sertai oleh orang luar atau tidak..
terima kasih kepada Rosalia Huda, penulis blog ..The End Of The Story..;), atas review anda mengenai saiazuan blog.. trima kasih banyak-banyak! Apa lagi, jOm serbu blog beliau!!! (",)  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...