Saturday, 6 August 2011

> Ulser Mulut Yang Memedihkan

HOlla Peeps,

"Arghh skitnya~" ketika mengunyah makanan, atau bercakap, menggosok gigi, atau berkumuh ketika berhadas.. Geram lak rasanya bila kena an? Kena apa? Kena Ulser Mulut, atau bahasa lainnya Mata Ikan (yeke mata ikan?).. Tambahan bulan-bulan puasa ni, makin sakit pulak jadinya (puasa masih tidak terbatal, insyaAllah)..


Apa itu Ulser Mulut sebenarnya? Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

gambar ikhsan Google 

Penyebab yang menyebabkan ulser mulut? Menurut Kementerian kesihatan penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui (tah mana datangnya tah). Ia mungkin terjadi disebabkan oleh : Stres, Perubahan hormon, Jangkitan (infeksi), Kekurangan zat makanan, Alahan, Radioterapi dan Kimoterapi. Selain itu juga ia mungkin disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit seperti tergigit bibir (bercumbu antara suami dan isteri barangkali), dan tercucuk benda yang tajam (gigit pen akibat gagal menjawab soalan peperiksaan).


Tanda-tanda Ulser Mulut? Rasa pedih dalam mulut (bukan untuk mengata atau bergosip orang) kesakitan di bahagian dalam mulut (ketika berkumuh, mengunyah makanan, menggosok gigi, etc..), tidak rasa selesa, hilang selera makan (akibat kepedihan), dan demam.


Jangan risau, ada cara atasinya.. "Macam mana doc?" (ops saya bukan doktor) Gunakan bahan kumuran antiseptik, sapu gel atau krim penahan sakit, kekalkan kebersihan mulut yang baik (banyakkan berkumuh), makan makanan lembut (kurangkn makanan berempah), elakkan makan makanan panas dan pedas (wasabi elakkan), banyakkan minum air (air suam, bukan coke) dan elakkan tekanan perasaan, insyaAllah sembuh.

gambar ikhsan Google
Tempoh lama kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3hingga 4 hari tetapi kesan ulser mulut akan akan sembuh dalam 10 hingga 14 hari. Sila dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser. Ada kemungkinan juga akan menunjukkan tanda-tanda barah mulut. #OMG!!!

Sumber : infosihatsihatselalu


UPDATE : Gunakan Bonjela! Ia merupakan gel yang bagus untuk menyembukan ulser dengan cepat, aku try, insyaAllah dalam satu hari dah pulih ulser tu.. Anda boleh dapatkan Bonjela di farmasi berdekatan..



-zuan-
p.s : slalu sangat kena ulser mulut ni.. sobs :'(
thanks to  Marya Hana, nuruashia, Misz Ayu, anismelon, Gadis Pantai Timur, diana, Ezay Hadry, Afzainizam, Edy Fee,  for your concern about my ulser.. it's gettin better guys :) 



39 comments:

  1. sy pernah kena..peh mmg sakit la..nak nganga pon sakit..

    ReplyDelete
  2. petua org tua nak hilangkan ulser mudah je. kurangkan minum ais dan banyakkan minum air masak waktu berbuka..

    ReplyDelete
  3. mata ikan..sakit kalau kena..setengah org letak gram sampai bernanah tw..~~

    ReplyDelete
  4. yup petua dari dapur, guna garam. mujarab

    ReplyDelete
  5. ulser mulut mmg pedih.
    tak boleh nak bukak mulut besar2.
    :B

    ReplyDelete
  6. macam tu rupanya ulser mulut..baru tau :D

    ReplyDelete
  7. jrg kene ulser sbb suke gile minum air masakk

    ReplyDelete
  8. akan kena ulser kalau mulut ni ske mncarut..then tahan sakit seminggu..dulu beli ubat kat farmasi..skang kumur guna listerine yg ori..3 ari da ilang.huuu

    ReplyDelete
  9. memang penawarnya adalah minum air masak je^^

    ReplyDelete
  10. sempoi...aku klau kene kumur air garam je....insyaalah ok

    ReplyDelete
  11. mmg sakit gle kalo nk mkn ...
    kalo kecik xp ...kalo beso mmg la nk mengis gse :)

    ReplyDelete
  12. baru pas kena....exited gosok gigi cam tu la...tp skang x sakit dah...tgal ksn2 dia je...hehe

    ReplyDelete
  13. aku pn salu kene dow .. huhu .. perit2 ..

    ReplyDelete
  14. cari ubat kat kedai sensei..ubat dari tembikai..sekejap jerk ilang...

    ReplyDelete
  15. ouchhh!! dugaan di bulan puasa. sabar ye...

    ReplyDelete
  16. kalau jd ulsur mulut mak sara akan suruh berkumur ngan air garam :) sakit sgt..

    ReplyDelete
  17. sakit tu bro..

    tak tahan menanggungnya..
    kanser mulut?.
    bahaya wooo..jangan pandang remeh.

    selamat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  18. salam...

    memang sakit...kalau kena ulser ni...gunakanlah bonjela nanti insyaallah..baik ulser tuu

    ReplyDelete
  19. woot saket ouh...penah gak kna., betul ke ulser tu sbb panas dalam badan -__-

    ReplyDelete
  20. thanks atas beberapa cadangan/tips untuk sembuhkn ulser.. alhamdulillah semakin pulih :)

    ReplyDelete
  21. tu arr..mmg sakit gile..
    bape kali dahh aku kene..
    tido pun susah...
    pastu mula lahh cde mood..
    macam nar terjun bangunan je..
    tapi aku selalu ulser sebab time mkan ghairah sgt..sampai tergigit..pastu luka..mmg sakit..

    ReplyDelete
  22. banyakkan minum air broooo...;)

    ReplyDelete
  23. huuu nasib baik xde ulser...harap x nak ada.kalau x ada siapa nak tolong habiskan juadah buka puasa.? nyiahahha...

    ReplyDelete
  24. kau pakai la bonjela doe :D

    ReplyDelete
  25. baru dtg baca .. takot nk msk sni =).. jgn lupa minum air bnyk2.. air masak taw..bkn air manis .. minum taw.. jgn lupa tu.. taw.. minum banyak3

    ReplyDelete
  26. meaw paling tak suka time ulser,seksa tau,huhu...

    ReplyDelete
  27. Anonymous7/8/11 14:15

    Kesian awk :(

    *dh pg cek dktor?*

    ReplyDelete
  28. Sekarang pun saye tgh ade ulser.huhu.

    ReplyDelete
  29. cara mengatasinya sgt betul - approved! ceceh.

    ReplyDelete
  30. hhhmmm... ni sah2 jenis kurang minum air. don't dry yourself. tapi, jgn terlebih air pulak. kalau gemuk air, susah nak turunkan berat badan nanti.

    ReplyDelete
  31. haritu raya kena ulser mulut, dah lah masa tu buat mee kari, huh, pedihh lah bila nak makan :/

    ReplyDelete
  32. memang pedih.!! pagi-pagi bgn nak p keje..pedih....nak gosok gigi pun...pedih.......

    ReplyDelete
  33. baru je kena ulser mulut!

    sakit!

    pedih!

    tolong!

    Bonjela mmg berkesan!

    Cubalah...

    ReplyDelete
  34. Ari tu aku kesan ulser baru,aku gigit pastu tekap pil vitamin c.terus hilang.tahan pedih tahap gaban lejap la.

    ReplyDelete
  35. saya bagi satu Rahsia bagaimana nak pulihkan ulser mulut dengan mudah. Ramai rakan2 diatas bagi macam2 cadangan. Bagus. Satu usaha untuk membantu orang yang mengalaminya.

    Saya bagi RAHSIA yang mungkin ramai tak tahu. RAHSIA itu ialah EPAL. Anda makan epal tak kira hijau atau merah. Cuba kenakan air epal kat tempat ulser tu, memang rasa pedih tapi kejap je. Tunggu dalam 2 hari. Insya-allah baik.

    Saya tau rahsia EPAL penawar bagi ulser mulut ( saya tak panggil 'ulser' tapi 'pecah mulut') sebab saya suka makan epal. Masa tingkatan 4, saya selalu rehat makan buah Epal. Satu hari saya mengalami 'pecah mulut' , macam biasa saya makan epal. Lepas tu.. dalam keesokkan harinya 'pecah mulut' makin pulih.

    Cuba amalkan lepas tu bagi feedback. :D
    See you soon

    ReplyDelete
  36. Anonymous29/5/14 14:59

    sakit lah tgh kene ni -_- tak gosok gigi pun .rasa nak robek robek je ulser ni :3

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...