Friday, 12 August 2011

> Malam Lailatulqadar

Assalamualaikum (السلام عليكم) dan HOlla Peeps,


Aku ingin berkongsi mengenai Malam Lailatulqadar untuk entry kali ni.. Apa itu Malam Lailatulqadar?

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Tanda-tanda Malam Lailatulqadar :

  • Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  • Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
  • Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

"Para Ulama berselisih pendapat tentang masanya Lailatul Qadar. Di antara pendapat tentang masanya Lailatul Qadar jatuh pada malam-malam yang ganjil selepas tanggal 20 Ramadan iaitu: 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan"


Cara Doa di Malam Lailatulqadar :

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut : 
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku." Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa.


Pada malam-malam itu, sangat elok kalau kita memperbanyakkan ibadat seperti solat, membaca Al-Quran, berselawat, berzikir dan memohon doa minta diampunkan dosa. Imam Ahmad, Ibnu Majah dan At-Tarmidzi telah melaporkan sebuah hadis yang diterimanya dari Sayidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah mengajarkan kepadanya doa yang diucapkan pada malam Lailatul Qadar iaitu yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, bahawasanya Engkau Tuhan yang maha Pemaaf, Engkau menggemari kemaafan, maka maafkanlah daku".


sumber : muisjais.goval-azim




-zuan-
p.s : sama-sama la kita cari malam lailatulqadar, jika ada salah silap sila bagitau (",) 

27 comments:

  1. Anonymous12/8/11 00:10

    Best kn klau dpt jmpe ;)

    ReplyDelete
  2. Anonymous12/8/11 00:38

    tulah suma org tunggu malam lailatul qadar..mlm tu penuh makna..thanks brkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tunggu ni..minta2 dapat jumpa :)

    ReplyDelete
  4. malam yang penuh nur yang harus digarap! baca tentang malam lailatulqadar ni jd merinding. terharu pun ada....

    ReplyDelete
  5. hermm,, lau dapat tngok perkara2 diatas.. alangkah bertuahnya diri ini,,,,, ^^

    ReplyDelete
  6. jom kita cari lailatuqadar :)

    ReplyDelete
  7. moh carik malam lailatulqadar.. jgn sebok soping je .. opss.. hu

    ReplyDelete
  8. sebenarnya tiada yang pasti...

    ReplyDelete
  9. bersyukurnya dapat klau jumpe mlm tu
    bukan senang..yang terpilih jew

    ReplyDelete
  10. jom kita cari..tapi yang penting niat yang ikhlas, 10 terakhir mmg penting..

    ReplyDelete
  11. malam yang dinantikan

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah.. bagus untuk ingatan bersama..

    ReplyDelete
  13. pnantian yg ditunggu...:)

    ReplyDelete
  14. banyak kan fadilat malam lailatul qadar nie..teringin na dapat tgnk tanda tanda nie..

    ReplyDelete
  15. Ada sesetengah pendapat cakap kalau malam lailatulqadr, siangnya satu hari akan sentiasa redup je.Wallahualam.


    Tapi pe'el org kite, 10 malam terakhir tu la nak shopping habis2. 10 mlm terakhir tu la saf kat masjid makin susut.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Saiazuan

    terima kasih info
    mengingatkan kembali

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    ReplyDelete
  17. thanx for the info~nice sharing.

    jom cari lailatulqadar~

    ReplyDelete
  18. ya...

    sama2 la kita mencari dan kejar malam lailatulqadar....insyaAllah...

    salam jumaat...

    ReplyDelete
  19. untung spe yg dpt malam tuh..harap2 aku dpt lah :)

    ReplyDelete
  20. lailatulqadar yg di nanti :)
    tq share info ^^!

    ReplyDelete
  21. ramai yang tunggu . tapi ramai jugak yang leka :)

    ReplyDelete
  22. moge2 thun ni kite semua bertemu malam lailatulqadar =)

    aminn..

    ReplyDelete
  23. trm kasih untk info & peringatan :)

    ReplyDelete
  24. Anonymous25/8/11 22:02

    harap ketemu, insyaallah. thanks sharing :)

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...