Friday, 5 August 2011

> Mencuri Selipar Budaya Siapa?

HOlla Peeps,

Selepai selesai berdoa, keluar dari pintu masjid, tengok kat rak kasut, "Eh, mana selipar aku? Hmm.. kena rembat lagi la ni, kali ke 26 dah ni" sambil geleng kepala~ Jadi isu hilang selipar lagi la.. #LOL!!! Tapi perlu ke kita menghina dan memaki "si pencuri" selipar? Mungkin perlu, mungkin tidak.. Kenapa tidak pulak? Bukankan dia dah curi selipar kita? Nak balik dengan apa? Kaki ayam? "Bak mai sini selipar quickquack kau" Ok, mungkin 'dia' TERsalah ambek, dia terambik selipar kita, logik? Mungkin jugan selipar kita terlalu cantik tertarik dan da bomb, dan ia membuatkan "si pencuri" selipar berfikir untuk mengambilnya (nak beli tak mampu)?

antara jenama selipar yang 'popular'

Mengikut pengalaman aku kena "curik" selipar (kena curik, bukan curik ya) di masjid dan surau, masaalah ini boleh diatasi.. Ya, boleh diATASI (fuhhh~)!!! 11 Cara Mengelakkan Selipar Hilang:

sumber seliparJEPUN
  1. Gunakan selipar yang tiada brand (cap ayam digalakkan~) jangan gunakan selipar berjenama (seperti niki, adikenadas, pulamak, dan sebagainya), dan jangan gunakan selipar berjenama facebook..
  2. Gunakan terompah (Biasa diamalkan atuk-atuk)!! Ya, kemungkinan dicuri adalah 0.0000001% (kalau kena rembat gak, ada something wrong la dengan wayar "si pencuri")
  3. Pakai 2 selepar berbeza.. Macam mana? Sebelah kanan selipar lain, sebelah kiri selipar lain.. Si pencuri akan confuse dengan trick ini..
  4. Sila manga atau rantaikan selipar anda (menggunakan sekurang-kurangnya 5 jenis manga).
  5. Mencadangkan kepada pihak surau atau masjid menampal tanda "Dilarang Mencuri Selipar, Dosa tau mencuri selipar ni". Letakkan juga tanda hak milik anda di selipar anda.
  6. Kadang-kadang orang tersalah ambek, dia ingat selipar dia.. Jadi pakai selipar buatan sendiri (Macam gambar selipar botol kat atas).. 
  7. Gunakan selipar berwarna pink!
  8. Jangan risaukan keadaan selipar anda, kalau anda risau, ia mungkin dalam keadaan tidak selamat.
  9. Sorokkan selipar anda di dalam tong sampah!
  10. Salah satu yang aku sarankan, gunakan selipar bersaiz besar (paling besar digalakkan), si pencuri menginginkan selipar yang berjenama dan bersaiz fit dengan kaki mereka, jadi kalau saiz besar, kebarangkalian fit tu dah berkurangan.
  11. JANGAN pakai selipar pergi surau atau masjid, konfirm tak kena curik..

sumber google
Dan akhir sekali, janganlah amalkan budaya membenci 'pencuri selipar', tak elok benci membenci ni (setiap yang baik dibalas baik, dan sebaliknya), tengok aku ni (bajet gilerrrr), dah 26 kali selipar kena rembat (tu tipu, baru 3 kali), geleng kepala je, tak de pun maki diorang.. Ops, jika ada ada komen dan cadangan bernas, sila tinggalknnya di bawah, arigatou~


-zuan-
p.s : kering pulak tekak membebel kat entry kali ni..
ops ramai salah paham ingat selipar aku kena rambat.. #LOL :D
 

21 comments:

  1. suka no 9 dan 11.. hehee!!~

    ReplyDelete
  2. pernah gak hilang,, ada kwn tolong blikan trus,, eehehe ^_^ nak ilangkan lagi la lau cmtu,, =_=

    ReplyDelete
  3. hehehe..aku dah berapa kali dah kena curi..kasut dah 2 kali kena curi..kat masjid..apa yang aku fikirkan.

    " alaaa, tak akan ada pencuri, selalunya orang yang dtg masjid nie, orang yang baik baik ".

    end up..kasut aku lesap..tinggal stoking je..demnn..memang bengang gila..kau bayakngkan, aku jalan jalan midvalley dengan selipar tandas..tak bawak selipar spare.

    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  4. hmm.. kdg2 termaki gak..

    ReplyDelete
  5. memang dah suka mencuri tue
    kelarnya gambar selipar tue

    ReplyDelete
  6. jangan risau pasal selipar tuh penting. makin kita risau tuh yang dia ilang. huhu

    ReplyDelete
  7. haha kenape selipar pink dicadangkan? nmpk sgt golongon si pencuri ni lelaki kan? sbb x suka pink kih.

    ReplyDelete
  8. wakakaka~ solat je la pakai selipar tpi make sure selipa tu bersih,.=)

    ReplyDelete
  9. dulu kt asrama ade kes pukul sbb curi selipar ..
    perghh berat kes ni beb ..

    ReplyDelete
  10. jom g curi selipar jap lg~~^^

    ReplyDelete
  11. mungkin selipar dia dgn awk jenama sama tp letak belah lain *positif

    ReplyDelete
  12. len kali kerat selipar toh mcm slipar kat msjid toh..tak pon pakai sebelah lain..pai kite snediri tak hengat mane satu slipar kite..weee

    ReplyDelete
  13. haha betoi gak ek.. malas ahh pakai selipar camni.pakai terompah je . #LoL

    ReplyDelete
  14. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy buat servis kereta

    kat masjid ke surau pun selalu ramai yang tukang rembat selipar

    ReplyDelete
  15. salam..

    pernah kena curi selipar di surau dulu..

    ReplyDelete
  16. de lg upe nye kes slipar kna curik ni...pape pun g la surau @ masjid ngan slipar buruk2 ye...klu slipar jepun kang takut ilang lg...

    by da way...berkaki ayam pun bleh... ^^

    ReplyDelete
  17. org tak mampu cam gitu la rupe nye .
    hahaha :)

    ReplyDelete
  18. no 12. letakkan no hp anda di selipar anda & kalo bole letak alamat sekali

    ]mne laa tau untung2 dorg nak hntar blik kan.. heeheh :)

    SELAMAT BERPUASA :)

    ReplyDelete
  19. Gua dulu beli mercun tarik pastu ikat kat selipar. So kebarangkalian nk kne curi sikit.HAHHA.

    UPDATE:Cara Pantas Dapatkan BUFFERED EARNING

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah selipar aku selamat
    aku fobia juga dlu2 selipar aku hilang
    geram betul aku dkt pencuri selipar

    ReplyDelete
  21. wahhh.. idea kita lebih kurang .hehe

    pakai terompah tu cam best jew..lalala

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...