HOlla Peeps,
Selamat kembali ke alam persekolahan selepas cuti selama seminggu kepada murid-murid dan guru-guru..
Sedang aku membelek-belek koleksi DVD aku untuk mencari cerita yang menarik yang boleh aku tengok bagi mengisi kebosanan aku, aku terjumpa satu DVD, terlitas di kepala aku
"Eh, ada lagi DVD ni............. GTO : Great Teacher Onizuka..."
Eh, entry ni bukan nak tarik perhatian
Eyriqazz ke blog aku, tapi kalau beliau nak baca entri juga apa salahnya kan? HEHE Ia satu entry yang buat kerna aku
ingat kembali pada murid-murid skolah aku dulu. Yeah, pada yang membaca blog ni sejak 2 tahun lepas, mungkin ingat entry
Pengalaman di Simpang Jalan yang menceritakan sedikit pengalaman aku bergelar
Cikgu Sandaran di
SK Sikamat selama lebih kurang 1 bulan (tarikh berkhidmat dari 3/9/09 hingga 16/10/09) bagi
mengantikan seorang cikgu yang cuti bersalin. Aku mengajar sementara menuggu panggilan ke UiTM bagi sesi Januari 2010. SK Sikamat adalah sebuah sekolah di kawasan Seremban, lebih kurang 15 hingga 30 minit dari rumah aku jika menaiki motosikal.
**********
#EveryLegendHaveItsStartingPoint
Suatu pagi ketika aku sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja yang mana aku bekerja sebagai tukang basuh di
Sushi King Jusco, aku mendapat satu panggilan dari nombor yang tak dikenali. Sebelum aku angkat panggilan, aku tertanya-tanya adakah aku sudah lewat untuk ke kerja? Mungkin tak, kerja di Sushi King di
Bulan Puasa sangat mencabar nafsu makan. Dengan bau sushi yang sentiasa menarik hidung dan menyuruh mulut terbuka luas untuk memakannya.
Berbalik kepada cerita asal, aku mendapat panggilan dan panggilan itu adalah dari
PPD dan mereka memberi tawaran mengajar kepada aku, adalah suatu yang membuatkan aku sangat gembira dan tak senang duduk. Aku membuat keputusan untuk tidak ke tempat kerja pagi tu kerna aku diarah untuk mula bekerja sebagai guru ke esokkannya. Aku terus call boss dan memberitahu yang aku tak dapat datang kerja. Petang tu jugak aku ke Jusco Seremban 2 untuk memberi surat berhenti dan terus shopping baju kemeja, sluar slack dan tie.
Malam tu pula aku buka
drama bersiri popular Jepun GTO lakonan
Sorimachi Takashi isterinya
Matsushima Nanako untuk mendapatkan
feel seorang guru. Drama itu benar-benar memberi aku inspirasi untuk menjadi seorang guru.
#GTOIsMyInspiration
Hari pertama mengajar, aku masih nervous, aku
tak begitu familiar dengan environment bilik guru. Aku masih blur bagaimana nak
berinteraksi dengan guru-guru lain yang mana lebih tua dari aku. Waktu tu aku baru 21 tahun. Memang tak pandai nak bertutur dengan orang yang lebih tua. Aku selalu terfikirkan, apa
topik yang diorang selalu
bincangkan? Macam mana aku nak cakap? Nak tegur diorang? Nak buat diorang senyum dan terima baik kedatangan aku?
Mujulah ada seorang guru yang sangat peramah menegur yang memperkenalan aku dengan guru yang lain,
Cikgu Eshak namanya. Aku hanya tersenyum dan tunduk malu ketika itu. Alhamdulillah, semua cikgu menerima baik kedatangan aku. Dari pemantauan aku memang tiada cikgu yang umurnya bawah 25 tahun. Kebanyakannya sudah berkahawin, memang tiada seorang guru perempuan pun yang masih single yang boleh aku mengorat (
ops dah niat lain disitu hehehe).
Aku diberi tugas mengajar subjek
Sains,
Pendidikkan Jasmani dan
Kemahiran Hidup di darjah 4 dan 5. Hari pertama, aku hanya perkenalkan diri dan berkenalan dengan murid-murid. Seronok melayan kerenah murid-murid yang aku akan mengajar nanti. Balik ke bilik guru, aku mulia menulis plan mengajar aku seperti yang diberitahu. Pada mulanya agak memeningkan. Tapi lama-lama ia tidak lagi sukar...
Maaf kerana terperangkap dalam entry bersiri aku lagi hehehe, nantikan
GTO : Great 2 yang akan menyusul pada entry akan datang..
Teaser :
Macam mana seorang cikgu yang tiada pengalaman tau pendedahan mengenai dunia mengajar,
mengajar murid-murid?
-zuan-
p.s : esok kena submit jurnal jurnal yang aku dah search kepada supervisor dan boss project, harap approval..