Showing posts with label Sk Sikamat. Show all posts
Showing posts with label Sk Sikamat. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

> GTO : Great 2

HOlla Peeps,

Ini adalah Sambungan GTO : Great 1. Perkongsian pengalaman aku menjadi seorang Guru Sandaran.


#HowITeachThem




Aku tak pernah mengikuti mana-mana kursus mengajar, jadi environment mengajar ni totally new thing pada aku. Jadi macam mana aku mengajar?

Bercerita mengenai cara aku mengajar, pada mulanya aku agak blur mengenai bagaimana nak memahamkan murid-murid mengenai topik yang akan aku ajar. Sains diajar dalam bahasa inggeris sementara yang Kemahiran Hidup dan Pendidikkan Jasmani diajar dalam bahasa Malaysia.

Ada banyak perkataan yang digunakan yang aku rasa begitu sukar untuk difahami murid-murid. Jadi aku putuskan untuk mengajar melalu gambarajah. Aku melukis di papan hitam untuk gambarkan mereka mengenai macam-macam perkara walaupun bakat lukisan aku tak begitu bagus. Di dalam kelas aku, aku mengajak murid-murid berimaginasi kerana aku tau daya imaginasi budak-budak ni sangat brilliant. Topik mengenai planet, magnet dan banyak lagi diajar aku.

Aku hanya mengajar untuk 20 hingga 30 minit, selebihnya aku habiskan dengan bermain quiz dengan murid murid. Mungkin bertentangan cara mengajar yang betul, tapi aku gamble cara mengajar aku ni. Aku bahagikan murid-murid kepada kumpulan. Quiz yang aku berikan berkaitan dengan topik yang aku baru saja ajar. Begitu leka dengan quiz sampai aku tak perasan yang masa mengajar sudah habis dan sampai terlupa untuk bagi kerja rumah pada murid-murid.

Ada murid tak bagi aku keluar kelas sebab nak aku bermain quiz dengan diorang. Tapi aku terpaksa tolak permintaan diorang demi menghormati guru yang sedang menunggu di luar untuk mengajar.




Tidak dinafikan, hubungan aku dengan murid-murid begitu baik sampai murid-murid kelas lain yang aku tak ajar pun kenal aku. Aku agak dikenali di kalangan murid-murid sekolah ketika itu mungkin sebab aku tak marah atau merotan diorang dan sebab 'kemachoan' aku. Hehehe... #silaMuntah

Sedikit menyedihkan, menceritakan pengalaman aku mengajar murid kelas bawahan. Bukan memilih kasih tau membezakan kelas pandai dan kurang pandai. Aku terpaksa mengajar dengan lebih serius dan bermuka garang dengan diorang disebabkan kenalakan diorang dan kekurangan mereka dalam memberi fokus. Lagi menyedihkan, ada yang tak bawak buku dan ada yang ponteng.

Memang suatu cabaran yang paling sukar untuk aku. Sangat sukar, aku semakin memahami perasaan seorang guru. Aku hampir menitis air mata apabila tengok ada murid tahun empat yang masih tak tahu mengeja dan menulis. Bayangkan, dia mengambil masa lebih 5 minit untuk menulis tajuk topik yang akan aku ajar. Untuk lebih tegas, aku menyuruh dia duduk bersila di depan. Dan aku banyak fokus pada pelajar tersebut.

Hari demi hari, masih sama.. Dia masih gagal menulis sepantas mereka yang lain. Apa kan daya, aku hanya mengajar di sekolah. Masa yang diberikan tak cukup banyak nak mengajar dia seorang sahaja.




Aku ada pengalaman menjadi cikgu kawat untuk rumah merah ketika hari sukan sekolah. HAHA agak terkejut apabila aku diarahakan mengajar kawat! WHAT??? Waktu sekolah dulu aku tak pernah masuk kawat. Kalau selection, memang sengaja buat salah, sengaja buat tak pandai, sengaja tak dengar arahan. Now kena mengajar kawat?

Lepas mengajar di pagi hari aku diarahakn mengajar kawat di petang hari. Bila datang petang, ada kurang 10 orang murid yang menanti aku. Aik macam mana nak ajar ni 10 orang je? Memang what goes around comes around, apa aku buat waktu jadi murid dulu, kena balik kat aku. Aku suruh murid-murid mengajak kawan yang lain join kawat. Lama-lama makin bertambah. Kalau tak silap aku, perlukan lebih kurang 40 orang untuk satu pasukan kawat. Tapi tak dapat sampai 40 pun yang aku dapat kumpul.

Aku bedal je ajar je kawat, memang kelang-kabut awalnya. Then aku mintak bantuan cikgu lain yang lebih berpengalaman untuk menolong aku, Alhamdulillah, lama-lama makin ok. Pada hari sukan sekolah, diorang nervous tapi aku cheer diorang up dengan berjenaka. Team kawat aku dapat #3 dari 4 pasukan yang bertanding. Bangga beb sebab tak dapat #4.




Kemudian aku ada join lari dengan badan terbalik ke belakang (tak tau apa nama dia macam gambar di bawah) dengan guru-guru yang lain pada hari sukan dan dapat tempat ke #2 kalau tak silap aku hehe. Overall, pasukan rumah merah dapat #3..



Nantikan GTO Great 3 (Finale) di entry seterusnya..


Teaser : 
Bila seorang budak menjadi seorang guru..


-zuan-
p.s : betul ke aku nak bagi GA kat top 10 komentator bulan ni? jeng jeng jeng hehe 

Monday, 19 March 2012

> GTO : Great 1

HOlla Peeps,

Selamat kembali ke alam persekolahan selepas cuti selama seminggu kepada murid-murid dan guru-guru..

Sedang aku membelek-belek koleksi DVD aku untuk mencari cerita yang menarik yang boleh aku tengok bagi mengisi kebosanan aku, aku terjumpa satu DVD, terlitas di kepala aku


"Eh, ada lagi DVD ni............. GTO : Great Teacher Onizuka..."

Eh, entry ni bukan nak tarik perhatian Eyriqazz ke blog aku, tapi kalau beliau nak baca entri juga apa salahnya kan? HEHE Ia satu entry yang buat kerna aku ingat kembali pada murid-murid skolah aku dulu. Yeah, pada yang membaca blog ni sejak 2 tahun lepas, mungkin ingat entry Pengalaman di Simpang Jalan yang menceritakan sedikit pengalaman aku bergelar Cikgu Sandaran di SK Sikamat selama lebih kurang 1 bulan (tarikh berkhidmat dari 3/9/09 hingga 16/10/09) bagi mengantikan seorang cikgu yang cuti bersalin. Aku mengajar sementara menuggu panggilan ke UiTM bagi sesi Januari 2010. SK Sikamat adalah sebuah sekolah di kawasan Seremban, lebih kurang 15 hingga 30 minit dari rumah aku jika menaiki motosikal.


**********


#EveryLegendHaveItsStartingPoint


Suatu pagi ketika aku sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja yang mana aku bekerja sebagai tukang basuh di Sushi King Jusco, aku mendapat satu panggilan dari nombor yang tak dikenali. Sebelum aku angkat panggilan, aku tertanya-tanya adakah aku sudah lewat untuk ke kerja? Mungkin tak, kerja di Sushi King di Bulan Puasa sangat mencabar nafsu makan. Dengan bau sushi yang sentiasa menarik hidung dan menyuruh mulut terbuka luas untuk memakannya.

Berbalik kepada cerita asal, aku mendapat panggilan dan panggilan itu adalah dari PPD dan mereka memberi tawaran mengajar kepada aku, adalah suatu yang membuatkan aku sangat gembira dan tak senang duduk. Aku membuat keputusan untuk tidak ke tempat kerja pagi tu kerna aku diarah untuk mula bekerja sebagai guru ke esokkannya. Aku terus call boss dan memberitahu yang aku tak dapat datang kerja. Petang tu jugak aku ke Jusco Seremban 2 untuk memberi surat berhenti dan terus shopping baju kemeja, sluar slack dan tie.

Malam tu pula aku buka drama bersiri popular Jepun GTO lakonan Sorimachi Takashi isterinya Matsushima Nanako untuk mendapatkan feel seorang guru. Drama itu benar-benar memberi aku inspirasi untuk menjadi seorang guru.


#GTOIsMyInspiration




Hari pertama mengajar, aku masih nervous, aku tak begitu familiar dengan environment bilik guru. Aku masih blur bagaimana nak berinteraksi dengan guru-guru lain yang mana lebih tua dari aku. Waktu tu aku baru 21 tahun. Memang tak pandai nak bertutur dengan orang yang lebih tua. Aku selalu terfikirkan, apa topik yang diorang selalu bincangkan? Macam mana aku nak cakap? Nak tegur diorang? Nak buat diorang senyum dan terima baik kedatangan aku?

Mujulah ada seorang guru yang sangat peramah menegur yang memperkenalan aku dengan guru yang lain, Cikgu Eshak namanya. Aku hanya tersenyum dan tunduk malu ketika itu. Alhamdulillah, semua cikgu menerima baik kedatangan aku. Dari pemantauan aku memang tiada cikgu yang umurnya bawah 25 tahun. Kebanyakannya sudah berkahawin, memang tiada seorang guru perempuan pun yang masih single yang boleh aku mengorat (ops dah niat lain disitu hehehe).




Aku diberi tugas mengajar subjek Sains, Pendidikkan Jasmani dan Kemahiran Hidup di darjah 4 dan 5. Hari pertama, aku hanya perkenalkan diri dan berkenalan dengan murid-murid. Seronok melayan kerenah murid-murid yang aku akan mengajar nanti. Balik ke bilik guru, aku mulia menulis plan mengajar aku seperti yang diberitahu. Pada mulanya agak memeningkan. Tapi lama-lama ia tidak lagi sukar...


Maaf kerana terperangkap dalam entry bersiri aku lagi hehehe, nantikan GTO : Great 2 yang akan menyusul pada entry akan datang..


Teaser : 
Macam mana seorang cikgu yang tiada pengalaman tau pendedahan mengenai dunia mengajar,
mengajar murid-murid?


-zuan-
p.s : esok kena submit jurnal jurnal yang aku dah search kepada supervisor dan boss project, harap approval.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...