Sunday 27 November 2011

> Ketatnyeeeee~

HOlla Peeps,


"Cuci mata-cuci mata~"

"Perhhhhh~ mantap laaaaaa!!!!"

"kau tengok longkang dia, perghhhhh!!!!"


Ops, terbiasa dengar ayat diatas? Selalu dilafazkan lelaki yang gatal-gatal (yang jenis 'aku suka sex') ketika melihat tubuh badan yang cantik dan umphhh~ dari si gadis yg sexy-sexy.. Adoi, mak tak cukup bagi duit kat kamu ke untuk beli baju ke sampai pakai baju saiz budak-budak ni? Atau boss tak bayar gaji sampai kain pun kurang ni?


Girls, please dont dress like this!!!



Sebagai seorang abang kepada seorang adik perempuan yang masih lagi di peringkat pembesaran, aku tulis entry ni khas untuk dia dan gadis-gadis di luar sana (termasuk my future wife) untuk mengingatkan korang semua mengenai pentingnya menjaga aurat.


and boys, dont motivate girls to dress sexy


Berikut adalah beberapa petikkan dari topik yang dibincangkan oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzhilah Kamsah mengenai HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM.  
  • Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.
  • Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. Walaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimewa itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.

Sangat bagus topik yang dibincangkan beliau, banyak isi di dalamnya, untuk petikkan penuh mengenai topik yang dibincangkan korang boleh ke sini..


You know what? 

Aku salute one of my classmate, badan dia kecil je aku nampak (aku bukan petapa gatal yang skodeng gadis-gadis), dan aku rasa she maybe good with S or M size untuk baju, last semester bila buat tempahan baju koperat for our Faculty Science Computer kan, she ask for size XL (the biggest one la senang cerita).. Dia kata "lagi besar baju tu, lagi bagus" sambil senyum (",)

Kenapa dia kata lagi besar lagi bagus? Maksudnya dia tak suka tunjukkan susuk tubuh badan dia dekat lelaki, dan dia mengikut perintah Allah iaitu menutup aurat. Selalu apabila ke kelas dia akan bertudung labuh sambil memakai sweater, she's a good girl!!!


#justgoogleit

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung". 
Surah An.Nuur (31)

#kesalahanpemakaian (klik untuk pembesaran)

#asEasyAsABCActually

Sesungguhnya Islam telah menetapkan garis panduan yang sempurna untuk umatnya, dan kita, janganlah terlalu mengikuti fesyen dari barat yang sudah tentu melanggar apa yang sepatutnya kita ikuti dan tidak menutup aurat seperti yang disarankan oleh Islam dan seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.




-zuan-
p.s : semalam kepenatan sangat selepas dinner dengan faculty, nasib baik aku dah simpan entry ni dalam draft, so aku schedulekan je harini.. insyaAllah kalau sempat, aku blogwalking ke blog-blog korang.. HAPPY WEEKEND(",) 

72 comments:

  1. nak pakai sexy2 bole..tapi pada tempatnya.. hee

    ReplyDelete
  2. betul betul betul...

    selalu diingatkan pasal benda ni...

    tambah2 masa SPM dulu....

    jangan hanya sekadar ingat fakta,

    tapi tak dibuat pon huhuhuh

    ReplyDelete
  3. Pakia shawl pun bole labuhkan smapi dada.yang penting leging tu adalah suar utk kat falam kain.bukan utk pakai ngan t shirt.

    ReplyDelete
  4. gua pakai jeans je...tetibe...

    xde kaitan langsung hahhaa

    ReplyDelete
  5. entry terbaikk..sokong..!!~~
    thanks for this entry...

    ReplyDelete
  6. naisss entr zuan!

    aku pon masih perbetulkan aurat.kadang2 manusia nih kan cepat leka.insyaAllah cuba berubah.

    semoga dapat isteri macam gambar last skali tuu zuan.

    ReplyDelete
  7. tp tu lahhh susa skrg, sonok atas dunia ajerrrrrr...

    ReplyDelete
  8. Semoga dijauhkan pakai seksi-seksi. Amin....huhuuu

    ReplyDelete
  9. nasib gua TAK seksi dan TAK pakai legging. anyway, peringatan jugak. tenkiu zuan zuan

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang baik elok disebarkan., insyaallah :)

    ReplyDelete
  11. nice entry from u zuan..
    smoga yg mbaca akan mgambil iktibar ;)

    ReplyDelete
  12. aku ikut gak.. tapi ikut aku pon still masih ingat batasannya..sama-sama ingat mengingati

    ReplyDelete
  13. pakai jean ketat2 pastu pakai tudung err aneh2 aje dorang ni

    ReplyDelete
  14. yg ta bole lg dorg nak buat.
    btw, nice entry zuan, padat ! :D

    ReplyDelete
  15. ideally begitu.
    tp kenyataannya berbeza.
    pocket tgh jalan kat jalan TAR
    ni, n dr 20 awek yg lalu, 18 tak memenuhi kriteria yg ko taruk.

    takder orang nasihat diorang? tak gak. nature manusia dah gitu. kita kena go beyond nasihat kalau nak ubah

    ReplyDelete
  16. tak faham bila perempuan pakai tudung tapi pakai legging ni.

    saya pun ada yang kurang lagi. pakai kasut tak pakai sarung kaki. sedang cuba untuk memperbaiki diri. =)

    ReplyDelete
  17. sedang mmperbaiki diri.. >_< tengss ingt mngingati

    ReplyDelete
  18. aku mmg anti betoi kalo org duk pakai yg entah pape xmenutup aurat tu..legging especially..

    ok aku pon ngah kayuh pelanpelan..so, transform la weyhhh wahai wanita muslimah sekalian..to be a better one!!

    ReplyDelete
  19. kehendak, kemahuan dan kefahaman masing2 yang mengatasi segalanya.. ayuh bersama kita kekalkan perkara2 baik dan jauhkanlah perkara2 buruk..:')

    ReplyDelete
  20. nice entry~

    sm0ga Allah redha..

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  21. aku pun hern orang yg pakai leging tu tak malu ke rasa cam tak pakai pe pe. suar tu utk dalam kain. bukan luar. ish ish ish.


    psst lagi tak bole bla kalau yg pakai leging tu macik macik pastu ada awek yg badan sehat gila sampai aku rasa leging tu kalau hidup bole jerit sesak napas.

    ReplyDelete
  22. oh ya baju aris tu macam diimport dari zaman paleolitik je.

    ReplyDelete
  23. Uish.. Baru jer tadi kawan aku time shopping terjumpa dengan seluar pendek wanita dan terkejut bila lihat harganya dalam rm36.. Mak aiii.. Tu pun ada yang sanggup nak pakai jugak..

    ReplyDelete
  24. true... ini tanggungjawab perempuan kepada lelaki..

    ReplyDelete
  25. pakai jubah takde shape senang .

    semoga kita semua dijauhi perkara2 tersebut .

    dosa . lagha .

    benci -__-

    ReplyDelete
  26. insyallah zuan sntiasa brubah2 dan pbaiki untuk kbaikn bsama2 amin..salam maalhijrah :)

    ReplyDelete
  27. naseb la baik gambar itu di kaburkan..haha kuranag pahala kalau x..

    Pizza Dari Dapur Masterchef Yang Menyelerakan Oi

    ReplyDelete
  28. thanks for this reminder,zuan.
    leka kengkadang.

    anyway, try to change for better. InsyaAllah. :]

    ReplyDelete
  29. terima kasih zuan atas info nie.

    wanita tetap nampak menggoda walaupun tidak bergaya dengan fesyen terkini. Keayuannya tetap terselah kerana wanita itu kurniaan dari-Nya untuk kaum adam :)

    hope zuan dapat pasangan yang beriman dan menjaga aurat :)

    ReplyDelete
  30. terbaek entri niH! :)

    ReplyDelete
  31. kalau terlalu ikut trend pun susah jugak...kita yang tertengok ni pun sakit mata kadang2...

    ReplyDelete
  32. Dear Zuan,

    Kita dtg Perlis tapi tuan rumah busy... =(

    sobs sobs sobs

    ReplyDelete
  33. naunzubillah..

    tp sy juga blum smpi thap mlabuhkn tdung..

    ReplyDelete
  34. skrg kuar pakai skirt labuh je mak pn dh tak bg pakai seluar sgt. tp kdg2 lelaki yg suro pakai mcm tu ssh jgk bila pmpn pn mengikut je.haih mcm2

    ReplyDelete
  35. makin ketat makin hot.itulah persepsi orang.jadilah seperti tudung salji berbanding pembalut nasi lemak.

    agak2 faham tak tu?mesti faham kan

    ReplyDelete
  36. nice entri..akan ika usahakan utk mengubah diri ika yg ta ckup smpurna ni n bnyk silap..

    ReplyDelete
  37. same la mcm kwn aku.. suka amik saiz besar..

    tp yg menggedik tu nak pki fit je.. baju bsr sikit malu. tudung tutup dada sikit pun tak boleh..

    annoying gile

    ReplyDelete
  38. oleh itu...kne lah sama2 beringat...
    salam maal hijrah =)

    ReplyDelete
  39. yup, kadang kadang tak boleh salahkan lelaki sepenuhnya.

    ReplyDelete
  40. renung2 kan dan selamat beramal.
    haha.nice.
    salam maal hijrah.

    ReplyDelete
  41. Salam maal hijrah!~ =)

    officemate dulu suke pakai legging & siap berbangga2 lagi..sedey~ (--")

    ReplyDelete
  42. klu ad cara lebih mudah. mcm mn kita nak sebarkan.

    nk ajk org rmai. huhu

    ReplyDelete
  43. ai loike this n3...
    mari berubah ke arah yg lebey baik IA

    ReplyDelete
  44. terima kasih untuk perkongsian & peringatan ni zuan :)

    ReplyDelete
  45. Salam Maal Hijrah..


    nice entri zuan....peringatan kepada semua...


    ya semua....kepada lelaki yang bersifat pemimpin dan wanita yang harus dipimpin...

    ReplyDelete
  46. urmm. nice en3.. aku suka..=)

    jom baca kejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

    ReplyDelete
  47. trme kasih atas peringatan.. :)

    org skrg pelik..baju kurung yg menutup aurat tu dh dijahit ikut body..jubah sekarag pon dah dimodenkan..

    ReplyDelete
  48. mcm knl je artis ppuan tu..huu

    skang ni artis daring2..

    pss : thanksss...peringatan utk dr sndiri juga..:D

    ReplyDelete
  49. membantut pembesaran je ketat2 ni

    ReplyDelete
  50. terima kasih abams sebab mengingatkan 'adikmu' ini. hahahaha !!

    gurls, jangan bogel eh? err. terover ke aku comment? wanita yg memakai baju yg ketat2 ibarat wanita bogel. itu saja utk kali ini. haha. kbai

    ReplyDelete
  51. betoi tu zuan..
    sipbek gua xde adik pmpuan..
    gua je harus jaga aurat gua :)








    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum
    hi zuan.
    bagus entry ni.
    suka tgk perempuan yg pakai tudung labuh (:

    ReplyDelete
  53. banyak perlu tengok2.mmg perempuan aurat terpenting sekali

    ReplyDelete
  54. Bertuah future wife awak dapat husband mcm ni ^_^

    ReplyDelete
  55. Anonymous4/12/11 15:27

    huuu :')

    ReplyDelete
  56. like this..(buat mcm fesbuk plak dah..haha...)

    ReplyDelete
  57. cuba untuk merubah pd yg lebih baik..thank zuan..jg ajar gf pakai gitu k :)

    ReplyDelete
  58. insya'Allah.. sama-sama kita perbaiki diri :)

    ReplyDelete
  59. u know what?

    entri ni..terbaikkkk ^^

    ReplyDelete
  60. bro nice entry....bijak2....

    ReplyDelete
  61. ..POST ni yang TERRBBBAAAIIIKKKK!!!

    ReplyDelete
  62. bagi aku klu nak saxy biar btempat.klu nak tutup,tutup lah seelok2nya.bukan tutup separuh2 ek...

    ReplyDelete
  63. remaja skrg rmy yg dh hanyut . .
    dek krna nk kbbsn hingga t'gdai mruah . .
    klo nk sexy pn,biaq la utk suami shja..

    ReplyDelete
  64. thanks for sharing.. :)

    info yang berguna..

    ReplyDelete

Every comment worth a thousand thanks.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...