"Cuci mata-cuci mata~"
"Perhhhhh~ mantap laaaaaa!!!!"
"kau tengok longkang dia, perghhhhh!!!!"
Ops, terbiasa dengar ayat diatas? Selalu dilafazkan lelaki yang gatal-gatal (yang jenis 'aku suka sex') ketika melihat tubuh badan yang cantik dan umphhh~ dari si gadis yg sexy-sexy.. Adoi, mak tak cukup bagi duit kat kamu ke untuk beli baju ke sampai pakai baju saiz budak-budak ni? Atau boss tak bayar gaji sampai kain pun kurang ni?
Girls, please dont dress like this!!!
Sebagai seorang abang kepada seorang adik perempuan yang masih lagi di peringkat pembesaran, aku tulis entry ni khas untuk dia dan gadis-gadis di luar sana (termasuk my future wife) untuk mengingatkan korang semua mengenai pentingnya menjaga aurat.
and boys, dont motivate girls to dress sexy
Berikut adalah beberapa petikkan dari topik yang dibincangkan oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzhilah Kamsah mengenai HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM.
- Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.
- Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. Walaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimewa itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.
Sangat bagus topik yang dibincangkan beliau, banyak isi di dalamnya, untuk petikkan penuh mengenai topik yang dibincangkan korang boleh ke sini..
You know what?
Aku salute one of my classmate, badan dia kecil je aku nampak (aku bukan petapa gatal yang skodeng gadis-gadis), dan aku rasa she maybe good with S or M size untuk baju, last semester bila buat tempahan baju koperat for our Faculty Science Computer kan, she ask for size XL (the biggest one la senang cerita).. Dia kata "lagi besar baju tu, lagi bagus" sambil senyum (",)
Kenapa dia kata lagi besar lagi bagus? Maksudnya dia tak suka tunjukkan susuk tubuh badan dia dekat lelaki, dan dia mengikut perintah Allah iaitu menutup aurat. Selalu apabila ke kelas dia akan bertudung labuh sambil memakai sweater, she's a good girl!!!
![]() |
#justgoogleit |
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)
![]() |
#kesalahanpemakaian (klik untuk pembesaran) |
#asEasyAsABCActually |
Sesungguhnya Islam telah menetapkan garis panduan yang sempurna untuk umatnya, dan kita, janganlah terlalu mengikuti fesyen dari barat yang sudah tentu melanggar apa yang sepatutnya kita ikuti dan tidak menutup aurat seperti yang disarankan oleh Islam dan seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
-zuan-
p.s : semalam kepenatan sangat selepas dinner dengan faculty, nasib baik aku dah simpan entry ni dalam draft, so aku schedulekan je harini.. insyaAllah kalau sempat, aku blogwalking ke blog-blog korang.. HAPPY WEEKEND(",)